Wednesday 6 June 2012

VIT C SUSTAINED RELEASE

VITAMIN C – ANTIOKSIDAN UNTUK KESIHATAN DAN KECANTIKAN KULIT.

Vitamin c telah digunakan sejak tahun 40'an bertujuan menyembuhkan penyakit kulit, proses penuaan adalah disebabkan oleh radikal bebas dan faktor usia, akibat dari tindak balas radikal bebas tersebut menjadikan kulit kita rosak,kusam,berkedut-kedut serta muncul pigment-pigment hitam pada kulit.

Fungsi vitamin c adalah sebagai bahan antioksidan untuk melawan radikal bebas didalam badan kita.

Vitamin c juga meningkatkan daya ketahanan dalam tubuh kita serta mempercepatkan proses pemyembuhan sekali gus meningkatkan jaringan kult menjadikan kult awet muda. Vitamin c dgn fungsi antioksidannya berperanan meremajakan kulit, mencegah penuaan akibat serangan radikal bebas serta menghalang sinaran matahari yg bole menimbulkan gangguan kulit.proses terakhirnya menjadikan kulit lebih sihat,cantik,bersih,bersinar dan cerah.



1)Vitamin c adalah sebatian organik yang diperlukan didalam tubuh setiap hari, vitamin c dapat menguatkan keupayaan tubuh kita menyembuhkan penyakit.

2)Kekurangan vitamin c menyebabkan collagen yang c lemah dah tidak sihat, menyebabkan pemulihan kulit yang lambat. kekurangan yang berpanjangan akan menyebabkan skurvi, badan kita memerlukan vitamin c yang cukup untuk kekal sihat dan cantik.

3)Tubuh kita tidak boleh menghasilkan atau membina vitamin c dengan sendirinya.

4)Vitamin c adalah sebatian yang larut air, apabila berlebihan dengan mudah dikeluarkan daripada tubuh.

5)Vitamin c mudah musnah dibawah haba, sinaran ultra ungu, aditif makanan, bahan kimia pertanian dan mudah dioksidakan jika terdedah pada udara. kebanyakkan vitamin c didalam makanan kita sudah musnah sebelum makanan dimakan disebabkan dimasak terlalu lama, disimpan terlalu lama juga terdedah pada udara.

MANFAAT VITAMIN C

1) Membantu mengurangkan kadar kolestrol dalam darah.
2) Menghalang SKURVI. (SKURVI=Penyakit yg disebabkan kekurangan Vitamin C dlm makanan, ditandai oleh gusi bengkak dan berdarah, pendarahan dibawah kulit, dll)
3) Mempertingkatkan sistem pertahanan badan.


4) Memguatkan dinding salur darah.
5) Menolong pembentukan tisu gentian.
6) Membantu pembentukan kartilej, tulang dan gigi yang sihat.


7) Mengurangkan kedut pada kulit
8) Membaiki parut pada kulit.
9) mencegah penurunan payudara dan buttock 


10) menjadikan kulit lebih cerah
11) menghilangkan jerawat dan pigmentasi.
12) menjaga kesihatan otot dan mencantikkan/menghaluskan kulit.


13) membantu penghasilan collagen dimana collagen dapat meningkatkan keanjalan dan keremajaan kulit.
14) melambatkan proses penuaan dan menghaluskan pori-pori pada kulit.

B COMPLEX


B complex

Kita memerlukan vitamin dan mineral untuk mengekalkan kesihatan. Antara vitamin yang kita perlukan untuk kekal sihat adalah vitamin B kompleks.

Vitamin B kompleks adalah merupakan gabungan dari beberapa vitamin yang larut air. Komponen B kompleks terdiri daripada:

1. B1 (thiamin) 6. B2 (riboflovin)
2. B3 (niacin) 7. B5
3. B6 (pyridoxine) 8. B12 (cobalamine)
4. Acid folic 9. Asid panthothenic
5. Biotin



Setiap komponen dalam vitamin B kompleks memiliki fungsi khusus. Vitamin ini membantu dalam fungsi sistem pertahanan tubuh dan saraf yang sihat. Ia juga membantu dalam penghasilan sel darah merah dan mampu mencegah anemia.

Kekurangan vitamin B kompleks boleh melemahkan sistem saraf dan mengganggu fungsi otak yang mana akan meningkatkan lagi risiko penyakit jantung. Kekurangannya juga boleh menyebabkan pembentukan sel abnormal dan boleh mengakibatkan anemia.

Selain tiu, kekurangan vitamin B kompleks juga dikaitkan dengan masalah seperti depresi dan kehilangan memori. Terdapat beberapa keadaan di mana kekurangan vitamin B kompleks akan menimbulkan masalah kesihatan seperti keletihan, sesak nafas, insomnia, kurang konsentrasi dan mudah tersinggung

KELEBIHAN VITAMIN B KOMPLEKS
1. Menghasilkan tenaga dan berperanan dalam membantu kemampuan berfikir.
2. Mengelakkan penyakit beri-beri.
3. Merangsang pertumbuhan pada kanak-kanak.


4. Diperlukan untuk kesihatan mata, kulit, kuku dan rambut.
5. Penting untuk sirkulasi dan fungsi normal sistem saraf.
6. Mencegah stress.


7. Menguatkan antibodi tubuh.
8. Amat penting untuk aktiviti sel genetik.
9. Diperlukan dalam pembentukan protein asid amino.


10. Diperlukan untuk memproses dan perbaikan sel-sel darah merah.
11. Mencegah anemia.

Vitalea - Killer Product


Apakah kelebihan vitalea? 

Ianya dikatakan killer product of Shaklee kerana ianya adalah multivitamin beserta iron sangat penting utk pembentukan darah dan sel. Jika dulu saya belajar, dikatakan 2 biji vitalea bersamaan dengan 40 jenis lauk. Bermaksud, untuk mendapatkan zat yang sama banyak dalam 2 tabs vitalea ianya sama lah dengan hidangan 40 jenis lauk pauk.

Ada sesetengah doktor mengeluarkan kenyataan bahawa pengambilan multivtitamin shj sudah mencukupi bg mereka yang sihat. Namun pada saya jujurnya, keperluan b com dan vit C hari ini sangat penting seiring dengan pengambilan vitalea.Asasnya, semua masalah kesihatan memerlukan vitalea. Ini kerana di dalamnya yang mengandungi 12 vit dan 7 galian utama banyak membantu dalam kestabilan sistem tubuh badan manusia.

Vitalea banyak membantu mencantikkan kulit wajah, kuku yang licin, rambut yang kuat dari segi akarnya, membantu mencegah penyakit tiroid@ beguk(penyakit tiroid ini terjadi kebiasaannya kerana kekurangan iodin dan ini terdapat di dalam vitalea kita), supplement penting untuk diet atau slim yang mana walau kita kurang makan namun pengambilan vitalea ni banyak membantu memberi badan rasa bertenaga, tidak lesu dan menjadikan kulit yang sentiasa tegang.

Ibu2 yang mengandung dan menyusukan anak sangat digalakkan mengamalkan pengambilan vitalea kerana kepentingan zat dan vitamin serta keperluan iron oleh si ibu dan ianya juga penting untuk tumbesaran anak.Mengapa ada sesetengah ibu yang mengandung mahupun yang menyusukan anak mudah rasa pitam atau pening kepala?Hakikatnya ibu2 ini kekurangan zat besi @ iron dalam pengambilan diet harian mereka. Iron banyak terdapat dalam makanan laut seperti kerang, tiram namun terdapat banyak kekangan sekiranya kita hendak bergantung dengan sumber asli semata2

Apakah kekangan yang dimaksudkan? Harga kerang mahupun tiram lebih adalah mahal disesetengah tempat, sumbernya juga terhad...kelebihan bagi mereka yang tinggal berdekatan dengan perairan, bukan semua orang makan makanan laut..ianya menjadi terhad kepada mereka yang allergic kepada makanan laut. Kekangan ini membuatkan kita disarankan menambah supplement dalam diet harian agar semua zat yang perlu diambil dapat disempurnakan. 

Anda berminat nak mencuba Vitalea Shaklee?