Tuesday 27 November 2012

Arthritis




Arthritis

Penyakit ini merupakan suatu penyakit kronik pada sendi-sendi dan juga melibatkan beberapa organ-organ lain. Bahayakah penyakit ini? Baiklah, sebanyak 1-3% daripada penduduk seluruh dunia mengalami penyakit ini.

Kebarangkaliannya akan meningkat pada usia 30 sehingga 50 tahun. Wanita yang belum mengalami putus haid adalah lebih berisiko untuk mendapat penyakit ini berbanding kaum lelaki.

Apa punca penyakit ini? Punca utama penyakit ini masih belum dikenal pasti secara tepat. Namun, kebanyakan teori mengaitkannya dengan tindak balas autoimun. Genetik juga memainkan faktor penyumbang terhadap penyakit ini.

Bagaimana mahu mencirikan penyakit ini ya? Terdapat beberapa kriteria dan simptom yang boleh dikenal pasti untuk mengesahkan penyakit rheumatoid arthritis. Tanda-tanda awal ialah di mana
  • berlakunya pembengkakan pada membran sinovial (synovial membrane) dan tisu penyambung.
  • Pesakit biasanya akan mengalami sakit pada tiga atau empat sendi terutamanya pada sendi-sendi tangan, kaki dan pergelangan tangan terutama pada waktu pagi, selepas bangun dari tidur. Ciri ini akan berlaku kebiasaannya pada kedua-dua belah anggota badan (symmetrical affection). Penyakit akan berlanjutan sekurang-kurangnya kira-kira enam minggu.
  • Diagnosis juga boleh dilakukan dengan melakukan beberapa siri ujian. Ujian rheumatoid factor kebanyakannya didapati positif disamping meningkatnya juga nilai C-reactive protein (CRP) dan erythrocyte sedimentation rate (ESR), Sinaran x (x-ray) yang dijalankan juga mendapati berlakunya hakisan (erosions) pada sendi dan bahagian tulang yang terlibat.









Macam mana pula dengan kesannya penyakit ini terhadap organ-organ lain?

Ya, rheumatoid arthritis juga biasanya mengakibatkan
  • kekeringan mata (keratoconjunctivitis sicca) disamping munculnya nodul-nodul pada bahagian anggota yang biasa dikenakan tekanan (extensor surface). Pada sesetengah kes, organ-organ lain seperti paru-paru dan jantung juga akan terlibat sama.
Baiklah, bagaimana pula dengan langkah merawatnya.
  • Langkah paling mudah ialah banyakkan berehat. 
  • Lakukan latihan fisioterapi. 
  • Ubat-ubatan juga boleh diambil mengikut arahan doktor. Kebiasaannya ubat yang diberi ialah analgesics dan non-steroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs) bagi melegakan simptom-simptom penyakit. Kaedah pembedahan akan dilakukan selepas langkah lain seperti ubat-ubatan yang diambil tidak berkesan.
Mengikut Peter C. Lanyon, Consultant Rheumatologist, University Hospital, Queen Medical Centre Nottingham, UK, sebanyak 40% pesakit akan dikategorikan sebagai mengalami kelumpuhan atau cacat anggota dalam masa 3 tahun. 80% pula akan mengalami kelumpuhan tahap sederhana dan teruk dalam masa 20 tahun.

Bagaimana Shaklee dapat membantu anda

Advanced Joint  Health Complex -  

Memperbaiki keselesaan sendi, anti-inflamasi



Ekstrak Boswellia :

-Menghalang pembentukan bahan kimia yang menyerang tulang rawan.

- Bahan aktif utama ekstrak Boswellia ialah asid boswelik yang berfungsi sebagai anti-radang semulajadi. ia menyokong kesihatan sendi dengan menghalang bahan kimia daripada menyerang tulang rawan yang menyebabkan ketidakselesaan sendi.

Ekstrak jagung :

- Membantu mengekalkan tulang rawan

- Ekstrak jagung membekalkan satu sumber yang pekat dengan glukosamina yang berfungsi meningkatkan sokongan kusyen sendi dan pemeliharaan tulang rawan. Glukosamina adalah blok binaan utama bagi membina tulang rawan dan lendir bagi melincirkan sendi.

- Banyak kajian menunjukan supplement ekstrak jagung dapat menggalakan kelenturan, pergerakan bebas dan menjadikan sendi lebih fleksible. dan kajian mengesyorkan yang supplement ekstrak jagung dapat menyumbang kepada kesihatan sendi dalam jangkamasa yang panjang.

- memelihara tisu penyambung yang sihat

Zink, Tembaga, Mangan dan Vitamin C merupakan nutrien terpenting dalam kesihatan sendi. ini kerana zink, tembaga, mangan dan vitamin C membekalkan sokongan nutrien untuk kolagen dan komponen tisu penyambung lain yang memberi kekuatan dan struktur terhadap sendi.



ALFALFA COMPLEX

  • Melegakan sakit sendi dan belakang.
  • Menghilangkan kelesuan dan tekanan.
  • Merawat arthitis
  • Mencuci usus bagi membuang toksik, boleh jugak mkn utk buang lemak berlebihan
  • Mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor disebabkan jangkitan dalam buah pinggang
  • Meneutralkan asid dalam badan
  • Membuang angin dalam badan





OMEGA GUARD

  • mengawal sakit dan inflamasi, menangani kekakuan.
  • merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam. DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan.





COLLAGEN POWDER

Kandungan dalam collagen
  • Kolagen ikan: Memberikan kesan elastin, mengekalkan kulit lebih anjal
  • Ekstrak kulit kerangan: mengandungi glukosamina sbg pelincir bg sendi, menghidrat mata, & melegakan ketidak selesaan mata
  • Lactobacillus acidophilus: Meningkatkan penyerapan kolagen 
  • Ekstrak biji Camellia Japonica: Mengandungi acid oleik dan isoflavon. Membekalkan nutrisi dan penghidratan.
  • Ekstrak Pfaffia: Merawat rambut gugur, ketidakseimbangan hormon, dan meningkatkan tenaga batin. Meningkatkan prestasi dan tenaga.
  • Vitamin C: Menggalakkan pengeluaran kolagen dan menentang radikal bebas.
  • Vitamin B2,B6: membekalkan tenaga yang penting dalam proses pengeluaran kolagen didalam sel tubuh.

Selamat membaca. Semoga semua beroleh manfaat bersama.

PM CERDAS CERGAS untuk maklumat lanjut! Percuma konsultasi. 
email : cerdas2@yahoo.com
012-5299013
FB : CERDAS CERGAS

Thursday 22 November 2012

KEBAS TANGAN

Faktor-faktor yang menyebabkan masalah kebas tangan ( numbness)
(1) Antara punca utama adalah kerana kekurangan nutrisi. Apabila badan kekurangan nutrisi penting daripada pemakanan, ianya akan melemahkan sistem saraf seterusnya kita akan mula berasa kebas tangan serta sesemut.
 
(2) KEBAS menjadi penanda aras yang kita kekurangan vitamin B12. Paras mineral seperti KALSIUM, POTASSIUM dan POTASSIUM yang rendah juga menyebabkan kehilangan deria rasa di kawasan hujung kaki.
 
(3) Gangguan yang dikenali sebagai carpal tunnel syndrome juga menjadi punca kehilangan deria rasa pada tangan dan jari. Aktiviti yang berulang-ulang seperti menaip menjadi punca tangan kebas dan akan bertambah teruk jika tidak dirawat dengan segera.


(4) Jika anda mengalami kebas tangan ketika tidur ataupun ketika duduk, besar kemungkinan ianya berpunca daripada pengaliran darah yang tidak teratur sehingga boleh menyebabkan kehilangan deria rasa. Ini mungkin berpunca daripada pengumpulan plak yang bermula daripada masalah atherosclerosis dalam tangan.




Tips untuk melegakan rasa kebas atau sesemut
Rasa kebas atau sesemut ini boleh berlarutan dalam jangka panjang atau sebentar sahaja. Walauapa pun, anda dinasihati untuk mendapatkan rawatan segera untuk mengelakkan masalah yang lebih teruk.
(1) Anda boleh melakukan urutan pada tangan untuk memperbaiki aliran darah serta mengurangkan rasa kebas. Gunakan minyak panas untuk memberikan kesan urutan yang lebih elok.
(2) Cara yang paling mudah dan berkesan adalah balut tangan dengan tuala yang direndam dalam air panas. Pastikan anda mencubanya kerana kesannya sangat hebat.
(3) Doktor mungkin akan preskrip ubat penahan sakit atau anti-inflammatory drug untuk rasa sakit dan masalah keradangan saraf. Di samping itu, pengambilan vitamin serta supplement yang diperlukan oleh badan juga sangat membantu.
(4) Senaman mudah untuk melegakan rasa kebas : Genggam tangan untuk 5 saat dan regangkan kelima-lima jari untuk beberapa saat. Ulang balik sehingga anda berasa lega.

CADANGAN SUPPLEMENT UNTUK KEBAS TANGAN
Kekurangan B12 dan kalsium dalam badan antara punca anggota menjadi kebas
 Omega fatty -3 merupakan anti - inflammatory  supplement untuk keradangan seperti radang sendi/saraf

 Alfalfa : Melegakan sakit sendi dan belakang


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
 - mychibibox-

Tuesday 20 November 2012

Jerawat di Anggota Badan

Jerawat di Anggota Badan

DAHI - Jerawat di dahi disebabkan haba badan melampau, peredaran darah tidak baik. Minda dan badan anda mungkin terlampau letih. Amalkan tidur awal dan bangun awal. Dapatkan tidur yang mencukupi dan minum air banyak.

HIDUNG - Jerawat di batang hidung bermaksud tulang belakang anda mungkin bermasalah. Jika di hujung hidung mungkin kerana haba perut melampau dan sisitem penghadaman tidak normal. Di salah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dengan masalah ovari atau sistem reproduksi.

DAGU - Fungsi buah pinggang terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah. Kaum wanita mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca daripada haid yang tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.

PIPI KIRI - Fungsi hati mungkin kurang lancar termasuk dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah.

PIPI KANAN - Fungsi paru-paru mungkin tidak normal.

PADA BADAN (BELAKANG & DEPAN) - Sistem perkumuhan yang bermasalah, sembelit. Amalkan pemakanan yang sihat dan ikuti piramid pemakanan bagi mempastikan toksin tersingkir dengan lebih baik.

Monday 19 November 2012

KEPENTINGAN SUSU IBU DAN KEBAIKANNYA


Saya agak sedih bila ada ibu yang keberatan untuk menyusu bayi. Ada yang memberi alasan susah, takut kendur, tiada masa.. Hak bayi anda mendapat susu terbaik selama 2 tahun seperti saranan dlm Islam dan AlQuran. Jom kita lihat kebaikan susu ibu.

Berusahalah untuk berikan anak anda susu badan, kerana terdapat banyak manfaatnya.
Dalam AL-Quran telah dinyatakan dengan jelas bahawasanya susu ibu adalah pilihan terbaik untuk bayi selama 2 tahun.

ALLAH SWT berfirman :“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan TEMPOH MENCERAIKAN SUSUNYA IALAH DALAM MASA DUA TAHUN; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).” – Surah Luqman: ayat 14
Ya, Allah ya Tuhanku.. Kurniakan aku kesabaran yang cekal, dan juga limpahkan air susu di badanku demi untuk membesarkan anakku ini. Aminnn….


 Susu ibu vs susu formula: Apa bezanya??Memang banyak BEZAnya!!

Rata2 pada zaman kini, ramai ibu yang tahu apa kelebihan susu ibu berbanding susu formula..Tapi betolkah anda benar2 tahu? Atau sekadar tahu...Kalau yang dah tahu detail, boleh baca info ni untuk refresh lagi minda kita berkenaan susu ibu dan susu formula..

Secara fisiologi, susu ibu adalah cecair yang terhasil secara semulajadi khas


untuk bayi. Pakar kesihatan bersetuju bahawa susu ibu memberikan nutrisi yang terbaik buat bayi. Sehingga kini, para saintis masih lagi melakukan pelbagai penyelidikan dan menemui manfaat susu ibu. Oleh itu, syarikat-syarikat yang menghasilkan susu formula tidak seharusnya bongkak dengan menyatakan produk mereka hampir sama dengan susu ibu. Hakikatnya, sebanyak mana pun wang yang digunakan oleh syarikat-syarikat ini untuk tujuan penyelidikan, kebaikan susu formula takkan menghampiri susu ibu. Senang cerita, susu lembu takkan sama dengan susu manusia!
Di samping mengandungi antibodi dan kesan imunisasi untuk menghalang jangkitan kuman, komposisi SUSU IBU boleh berubah-ubah bergantung kepada keperluan bayi. Bagaimana?

Kandungan susu ibu berubah dengan usia bayi: susu ibu untuk bayi pra-matang mempunyai kandungan protein yang tinggi manakala susu ibu untuk bayi 8 bulan adalah tinggi kandungan kalorinya berbanding bagi bayi 1 bulan.

Susu ibu berubah dengan cuaca: susu ibu mempunyai lebih banyak kandungan air apabila cuaca panas dan tinggi kandungan lemak apabila cuaca sejuk.

Rasa susu ibu berubah-ubah bergantung kepada makanan yang dimakan ibu: anak anda didedahkan kepada rasa yang berbeza-beza pada peringkat awal usianya lagi.

Kandungan SUSU FORMULA pula kekal sama dalam apa-apa jua kondisi. Tak termasuk lagi dengan harga susu formula yang semakin meningkat. Hmmm…..susahkan?
Pandai-pandailah anda pilih yang mana yang terbaik untuk permata hati anda.

Khasiat serta kandungan yang dimiliki di dalam susu ibu tidak perlu dipertikaikan lagi. Susu Ibu mempunyai nutrisi yang lengkap untuk bayi termasuk kandungan karbohidrat, lemak dan protein. Ia juga mempunyai segala khasiat seperti vitamin, mineral, hormon dan antobodi yang diperlukan oleh bayi untuk proses pembesaran.

Tuntutan agar ibu menyusukan anak turut tertulis di dalam Al-Quran, antaranya;

“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan itu”
– surah Al-Baqarah, ayat 233


Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan(ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan.
- (Surah Luqman : 14)

” Jika mereka menyusukan (anak-anakmu) untukmu, maka berikanlah pada mereka upahnya; dan mesyuaratlah di antara kamu (segala sesuatu dengan baik; dan jika kamu menemui kesulitan, maka perempuan lain boleh menyusukan (anak itu) untuknya”
– Surah At-thalaq, ayat 6

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya berserta dengan tempoh
menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan.
-(Surah al-Ahqaf: 15)

Ayat di atas menjelaskan bahawa pemberian susu ibu turut digalakkan dalam Islam. Sama ada kita sedar atau pun tidak susu ini sebenarnya mempunyai khasiat tersendiri dan banyak membantu tumbesaran bayi. Tiada apa yang membahagiakan ibu bapa apabila melihat anaknya sihat dan cerdas.

Penyelamat bayi

Hasil kajian UNICEF (The United Nations Children’s Fund) menunjukkan 7 cara yang paling berkesan untuk menyelamatkan kanak-kanak dari penyakit adalah dengan meningkatkan penyusuan susu ibu. Kesedaran melalui kempen nyata tidak memberi kesan apabila seramai 40,000 orang kanak-kanak dianggarkan mati setiap hari di negara- negara membangun kerana kekurangan zat.

Kadar kematian bayi dan kanak-kanak yang tidak menyusu badan pada usia 3 bulan pertama juga telah direkodkan meningkat 10 hingga 15 kali bagi negara membangun. Kebanyakan kes kematian ini dipercayai berpunca daripada penyakit cirit birit yang serius.
Bahkan di negara barat seperti Amerika dan Eropah, banyak kes Sudden Death of Unknown Cause (Sids) atau Cot Death telah dilaporkan akibat daripada pengambilan susu botol.

Oleh demikian kempen penyusuan ibu amat digalakkan di negara mundur sebagai pilihan untuk tidak menyusu botol kerana sistem bekalan air di negara tersebut tidak bersih. Walaupun penyusuan botol di negara kita selamat dan terjamin, penyusuan ibu tetap yang terbaik.

Khasiat dan kebaikan susu ibu

Susu ibu merupakan makanan dan minuman terbaik untuk bayi terutamanya sejak lahir hingga bayi berusia enam bulan. Ia mengandungi semua khasiat dalam imbangan yang betul. Sebaik selepas melahirkan, susu pertama kental berwarna kekuningan. Susu ini dinamakan kolostrum. Khasiatnya amat tinggi. Kandungan proteinnya tiga kali ganda melebihi susu ibu biasa. Ia mengandungi antibodi yang tinggi serta lebih sel darah putih.

Kolostrum mampu melawan jangkitan pelbagai penyakit seperti cirit- birit, selesema dan radang paru-paru. Malah ia bertindak sebagai imunisasi pertama. Ibu-ibu digalakkan kerap menyusui ibu pada hari-hari pertama kelahiran bagi membekalkan kolostrum secukupnya pada bayi. Sesetengah ibu tidak mahu memberikan susu mereka pada bayi pada waktu ini kerana menurut mereka susu belum ada. Kekeliruan ini merugikan kerana bayi seharus mendapat kolostrum sebanvak mungkin.

Teknologi moden cuba meniru merumus susu formula agar menyamai susu ibu. Namun sehingga kini khasiat dan kebaikan yang terkandung di dalam susu ibu tidak dapat disamai apalagi untuk ditandingi. Antara kebaikan susu ibu adalah ia mengandungi zat makanan dalam nisbah yang betul dan isi kandungannya berubah mengikut keperluan bayi membesar. Komposisi zat dan vitaminnya sesuai dan mencukupi untuk bayi. Ia mengandungi enzim lipase yang menghadamkan lemak.

Susu ibu bersih dan bebas bakteria. Selain itu ia mengandungi anti jangkitan yang melawan pelbagai jangkitan penyakit. Antaranya sel darah putih hidup (leucocytes) yang membunuh bakteria. Antibodi (immunoglobulins) mampu menentang jangkitan penyakit biasa sehinggalah bayi berupaya membentuk antibodinya sendiri. Sekiranya si ibu mempunyai jangkitan, antibodi yang dapat melawan jangkitan tersebut akan hadir di dalam susu ibu.

Kita kerap melihat bayi kecil menangis tanpa henti berjam-jam lamanya. Besar kemungkinan perutnya kembung. Sekiranya bayi menyusui ibu sepenuhnya pada usia tiga bulan, masalah ini dapat diatasi. Ini kerana terdapat bahan dinamakan bifudus factor
membantu bakteria istimewa Lactobasillus bifidus membiak dan menentang bakteria yang menyebabkan diare atau cirit-birit. Selain diare, susu ibu berjaya menentang jangkitan penyakit biasa seperti enzema, lelah dan sembelit.

Susu ibu tersedia bila-bila masa pada suhu badan dan sentiasa steril. Susu tepung akan masam selepas beberapa jam tetapi susu badan tidak pernah rosak walaupun bayi tidakmenyusu beberapa hari. Kebaikan susu ibu bukan sekadar menjadi penawar dan
bertindak sebagai tembok menghalang penyakit malah ia mampu meningkatkan kecerdasan otak bayi. Dua kajian terbaru Cambridge di England dan Flinders Australia membuktikan bayi yang disusui badan, kecerdasan IQnya mampu mencecah tahap tujuh hingga 10 mata melebihi IQ biasa.

Dan kajian dari Holland menunjukkan susu ibu mengandungi Asid Docosahexanoic dan Asid Arachidonic yang tidak diperolehi dalam susu tiruan berguna untuk pertumbuhan sistem tumpuan nervous.

Untungnya si ibu…
Perkara paling ditakuti wanita selepas bersalin adalah mengembalikan bentuk badan asal. Banyak mengeluh badan mereka susah turun terutama bahagian perut dan punggung.
Ini berita baik. Dengan menyusu bayi dengan susu badan anda boleh melangsingkan badan dibantu dengan sedikit senaman.

Semua tahu, sewaktu mengandung rahim mengembang dan selepas melahirkan anak ia mengambil masa untuk kembali ke saiz asalnya. Dengan menyusui bayi, sejenis hormon dipanggil Oxytocin yang dirangsangkan melalui hisapan bayi membantu rahim mengecut lebih cepat. Ia juga mengurangkan risiko pendarahan berlebihan dan risiko mendapat kanser buah dada juga ovari.
Penyusuan ibu dengan sepenuhnya selama enam bulan pertama mampu menunda kedatangan haid. Andai berhubungan dengan suami ketika itu 98 peratus kehamilan dapat dielakkan. Secara tidak langsung menyusu badan menjadi salah satu kaedah berkesan merancang keluarga.

Selain kebaikan daripada segi fizikal dan kesihatan, penyusuan badan menawarkan kebaikan lain yang lebih istimewa. Naluri keibuan lebih menyerlah, ikatan kasih antara anak dan ibu terjalin. Di dalam proses menyusui, sejenis hormon dipanggil prolaktin terhasil dalam badan ibu. Hormon ini dapat mempengaruhi dan merangsangkan perasaan keibuan.

Sewaktu menyusu juga bau ibu, sentuhan dan wajah akan terakam pada ingatan bayi yang masih kecil itu. Proses penyusuan membantu bayi lebih mengenali ibu dan paling penting mereka dapat merasakan kehangatan kasih si ibu. Anak akan lebih mesra dan kasih sayang mereka lebih mendalam pada ibu.

Kalau kita melihat si ibu terpaksa bersusah payah menyediakan peralatan membancuh susu ketika berjalan, ibu yang menyusu badan hanya perlu membawa diri mereka sahaja. Mereka juga tidak perlu bimbang kehabisan air untuk membancuh susu andai terperangkap di dalam kesesakan jalan raya. Susu badan sedia ada, bersih dan terjamin selamat. Susu badan dapat menjimatkan kos belanja, masa dan tenaga.

Tanggapan banyak buah dada jatuh atau melendur kerana menyusu badan juga kurang tepat. Bentuk buah dada berubah semasa hamil dan mungkin mereka tidak bercoli, diikuti tarikan graviti ataupun usia semakin lanjut. Untuk itu pastikan ibu-ibu memakai coli sesuai sepanjang tempoh kehamilan dan sewaktu menyusui bayi

Sekarang kita semua ibu2 sepatutnya tiada alasan lagi tak boleh susukan anak dengan susu ibu (melainkan ibu ada masalah berkaitan yang tak dapat dielakkan), kerana sekarang kita memang mendapatkan kemudahan sebaik mungkin untuk menyusukan anak kita..Nak atau tak nak je...Malas atau rajin je...Kalau kata kurang susu tu..ia boleh diikhtiarkan dengan pengambilan makanan berkhasiat dan sebagainya..Cuma perlu cari alternatif lain dan berusaha lebih sikit untuk menggali ilmu...

Sekiranya anda sedang mencari vitamin yang sesuai untuk ibu2 menyusu, boleh hubungi saya atau sms 012-5299013 atau email ke pyxis81@yahoo.com

ihsan : Kasih Ibu

Saturday 10 November 2012

GOUT

GOUT

Sakit gout adalah sejenis penyakit sendi yang berpunca daripada pembentukan kristal asid urik di dalam cecair sendi ekoran daripada kandungan asid urik yang tinggi di dalam darah.

Sakit gout akan membawa rasa sakit yang ketara, terut

amanya di sendi ibu jari kaki yang bengkak dan merah akibat daripada radang. Jika dibiarkan, ia akan merebak ke sendi-sendi lain sementara menyebabkan hakisan pada permukaan dalaman sendi dan tumbuhnya tophi gout yang keras pada permukaan kulit.

Masalah batu karang pada buah pinggang turut sering berlaku pada penghidap gout. Begitu juga dengan Risiko sakit jantung turut bertambah bagi mereka mempunyai kandungan asid urik darah yang tinggi.

Serangan gout adalah kronik dan berpanjangan. Serangan gout tiba-tiba jenis ini dikenalpasti sebagai jenis sakit gout yang berulang-ulang. Semasa sakit itu, sendi akan menjadi bengkak dan rasa berdenyut-denyut, keadaan ini akan berterusan untuk tempoh lebih kurang satu minggu.



Tanda-Tanda Sakit Gout

Sakit gout biasanya menyerang ibu jari kaki.
Ibu jari yang diserang akan menjadi bengkak kemerahan, panas, dan mengalami sakit yang ketara.
Serangan sakit gout biasanya berlaku secara tiba-tiba.
Bahagian yang diserang akan menjadi sangat sensitif sehingga tiupan angin pun boleh membawa kesakitan
Jika tidak dirawat, bengkat tersebut akan berlarutan berhari-hari sehingga lebih daripada satu minggu.
Kemungkinan besar sakit gout akan menyerang kembali selepas beberapa minggu atau bulan.
Sakit gout juga boleh menyerang pada sendi-sendi lain seperti lutut, buku lali, pergelangan tangan dan jari-jari.

Faktor-faktor berikut juga boleh menyebabkan gout:

1. Diet dan berat badan juga salah satu punca keadaan asid urik gout seperti kegemukan, satu diet protein tinggi, alkohol atau rendah kalori dalam diet.

2. Ubat juga mendatangkan asid urik gout. Ia boleh meningkatkan asid urik dalam darah. Anda perlu berhati-hati apabila menggunakan ubat seperti aspirin, diuretics.

3. Orang yang pernah mengalami penyakit ginjal, tekanan darah, kecederaan dan pembedahan berkemungkinan besar boleh mendapat gout.

 Antara makanan yang patut di elakkan ialah:-

Makanan laut seperti ikan, kerang, sardin dan ikan bilis.
Sayur-sayuran seperti asparagus, bunga kobis dan bayam.
Organ dalaman haiwan seperti paru, hati dan jantung.
Daging merah.
Cendawan.
Yis (roti putih, roti manis).

Bagaimana Shaklee boleh membantu anda?
Pengambilan beberapa supplemen berikut dapat membantu mengurangkan asid urik dalam badan pesakit Gout.

1. Alfalfa - untuk menyingkirkan toksik secara lembut dari badan. Namun pengambilan alfalfa memerlukan pesakit mengambil air yang banyak. (DPTKAN HARGA ISTIMEWA+PROMOSI BULAN INI SJ)

2. Performance drink- memastikan tubuh pesakit sendiri mempunyai kandunga
n air dan gula yang cukup agar tidak dehydrate.

3. OmegaGuard- Ini sangat penting bagi pesakit yang mengalami gout yang sangat teruk. Omega penting untuk mengelakkan inflamation pada sendi2 pesakit. Ianya sebagai langkah berjaga2 sebelum bengkak itu menjadi lebih teruk.

 4. VITAMIN C - untuk mengurangkan uric acid di dalam badan, sekurang-kurangnya perlu ambil 3 biji sehari, iaitu 1500mg.

Nampak banyak? Namun inilah yang paling asas dapat kami bantu. Jika dapatkan konsultasi dari doktor, mereka pasti menyarankan pesakit bergantung dengan ubat selama2nya namun kesan ke atas buah pinggang hanya pesakit yang menanggungnya.

 COD AREA : ALOR SETAR/JITRA/KANGAR
email : cerdas2@yahoo.com
sms/whatsapp : 012-5299013
fb : http://www.facebook.com/CerdasCergas
http://www.facebook.com/noorhafiza.akib

boleh isi form ini untuk order DI SINI

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.


babykawaiistore

Friday 9 November 2012

Tahukah Anda ada 5 sebab Vitamin Anda Tidak Berkesan


Tahukah Anda ada 5 sebab Vitamin Anda Tidak Berkesan

1. Tak suka minum Air Putih
Inilah masalahnya ramai yang ada masalah untuk amalkan minum air putih dan tetapi lebih suka yang bewarna dan berperisa.

TAHUKAH ANDA?

Air yang manis boleh meningkatkan kepekatan darah serta menyebabkan kegemukan.

SARANAN
Disarankan banyak minum air putih apabila mengamalkan pengambilan vitamin supaya penyerapan vitamin oleh tubuh berlaku dengan lebih baik.





2. Makan vitamin secara banyak sekaligus pada satu masa.

Saya tahu anda suka makan vitamin tapi pandai-pandailah aturkan@boleh tanya Perunding Kesihatan Vitamin Anda ..saya bagi contoh macam makan ubatlah..anda patuh jer saranan doktor kan contohnya 1 biji 3 kali sehari (anda patuh dgn arahannya kan )



TAHUKAH ANDA?
Apabila anda makan semua vitamin secara sekaligus, ini meningkatkan kepekatan darah kita hanya pada masa-masa tertentu. Ramai yang suka amalkan ini apabila waktu hendak tidur sedangkan pada masa selepas itu kita akan kurang minum air.

SARANAN

Agih-agihkan pengambilan vitamin anda mengikut kesesuaian dan keperluan anda agar kepekatan darah tidak meningkat secara mendadak pada satu satu masa. Ini juga membantu agar buah pinggang tidak terlalu dibebani pada satu satu masa tertentu sahaja.

3. Elakkan pengambilan vitamin bersama ubat.

Sekiranya anda dalam pemantauan doktor atas masalah kesihatan, elakkan mengambil ubat secara serentak dengan pengambilan vitamin.


TAHUKAH ANDA ?
Ini kerana kesannya akan menyebabkan darah bercelaru dan tidak dapat menyerap vitamin dengan baik.

SARANAN

Cuba sediakan jadual, sekiranya selepas makan pagi anda mengambil ubat doktor maka anda boleh amalkan vitamin pada waktu tengahari atau malam. Namun sekiranya anda perlu makan ubat secara berturutan, pagi dan petang, maka amalkan vitamin selepas 1-2 jam selepas pengambilan ubat doktor.


4. Kurangkan pengambilan kafien dalam diet harian.
Haaaa ini yang tak best dengar nie kan..mana boleh tak minum Kopi rasa tak bertenaga untuk mula hari2 yang mencabar..


TAHUKAH ANDA ?
Sebenarnya pengambilan kafien boleh merosakkan vitamin yang sedia ada dalam badan. Maka pengambilan minum yang berkafien yang tinggi secara berterusan boleh membazirkan vitamin yang kita amalkan selama ini. Maka kita tidak akan mendapat kesan seperti yang diharapkan sama sekali disebabkan vitamin rosak disebabkan pengambilan kafien secara berterusan.

SARANAN

Cubalah untuk kurangkan pengambilan kafien..contohnya kalau dulu minum 3 cawan sehari..kurangkan 1 cawan sehari..kemudian perlahan2 anda akan terus melupakan minuman kesanyangan anda,di saat Vitale & Bcomplex menjadikan anda Bertenaga dan Ceria sepanjang hari..


5. Makan Vitamin Tanpa Imu Yang Betul
Makan Vitamin mesti tahu caranya kerana ada sesetengah vitamin tidak boleh dimakan pada masa yang sama.


TAHUKAH ANDA ?

Kisahnya begini..
a) Multivitamin yang lengkap dengan zat besi tidak boleh diambil bersama air susu, Ini kerana ia akan mengganggu penyerapan zat besi itu sendiri.
b)Vitamin E tidak boleh diambil bersama alfalfa kerana alfalfa boleh mengganggu penyerapan vitamin E oleh tubuh badan manusia.
c)Alfalfa & Vitamin AntiOksida tidak disarankan untuk ibu mengandung kerana boleh mengakibatkan risiko keguguran di awal kehamilan.

SARANAN

Adalah penting sewaktu membuat keputusan membeli mesti mengambil kira Perkara Pertama iaitu
-Vitamin Anda HALAL
-Vitamin Anda SELAMAT
-Vitamin Anda SEMULAJADI
-Vitamin Anda BERKESAN

Akhirnya anda mesti memilih Perunding Vitamin Anda dengan Bijak iaitu
- Seorang perunding SAH yang dilantik oleh SHAKLEE Malaysia
-Seorang perunding yang boleh MEMBIMBING anda memilih VITAMIN anda
-Seorang perunding yang Memberikan TIPS Ekslusif & JADUAL yang BETUL

InsyaAllah Jika semua Perkara dan Syarat2 di atas anda Patuhi maka Anda akan menjadi Pengamal Vitamin yang PALING GEMBIRA keran Vitamin Anda Mula BERTINDAK dengan OPTIMUM..SELAMAT MENCUBA


ihsan : norwina-mh.blogspot.com

Tuesday 6 November 2012

PETUA KEMPISKAN PERUT

1) Inginkan badan langsing selepas bersalin


  • untuk mengelakkan badan jadi gemuk selepas bersalin,anda boleh mencuba petua berikut iaitu: ambil 5 halia bara atau dikenali juga dgn nama halia cina, 10 biji lada hitam dan 30 ekor ikan bilis. Caranya tumbuk semua bahan td sehingga lumat atau separuh lumat, kemudian perah sedikit air limau nipis dan gaul. Makan bersama dengan nasi panas pada waktu pagi dan  malam setiap hari sewaktu anda dalam pantang.

2)  Mengurangkan buncit perut.( bagi lelaki terutamanya heheheh)
  • Bagi lelaki yang mengalami masalah perut buncit, anda boleh mencuba petua ini. Ambil sedikit kapur makan dan sedikit air limau purut yang telah diperah jusnya. Kapur dan air limau purut tadi digaul bersama sehingga sebati . Amalkan menyapu disekeliling perut sebelom masuk tidur dan biarkan kering sehingga pagi.
3) Mengempiskan perut. ( sesuai utk wanita jew tau)
  • Petua yg mudah dan kos yg murah. Anda perlu amik air limau nipis yang telah dicampur teh tanpa gula dan minum tiap2 hari. Amalkan meminum air tea o limau suam tiap hari (tanpa gula tau) dan insyallah perut anda yang buncit akan kempis. Petua ni utk org yang sihat walafiat tanpa menghidap sebarang penyakit.
NIESHA SHOPE


 PETUA DARI BAHAN SEMULAJADI

1. Memelihara wajah dari tompok-tompok hitam dan warna kulit yang tidak sekata.

Ambil ½kg beras dan setengah auns limau nipis yang telah matang. Bersihkan beras dan toskan. Perah air asam limau nipis ke dalam kuali dan masukkan beras yang telah dibasuh tadi. Goreng tanpa minyak sehingga berubah menjadi kehitaman. Tumbuk dan ayakkan menjadi tepung beras. Kemudian bancuh dengan air sejuk dan gosok pada wajah seperti menggosok daki. Untuk hasil yang lebih baik, boleh juga jadikan tepung beras ini sebagai masker.


INFO : PETUA CEPAT DAPAT ANAK

INFO : PETUA CEPAT DAPAT ANAK]

Lumrah bagi pasangan yang berkahwin, mesti nak dapat anak cepat-cepat. Lebih-lebih lagi bila rakan seangkatan yang berkahwin lebih kurang tempoh yang sama, semua dah menimang cahayamata, bunting pelamin misalnya. Tertekan juga kadangkala, apabila teman2 semua dah bertiga, berempat.. kita masih berdua.

Antara penyebab biologi sukar hamil di kalangan wanita:

~ Tiub fallopian tersumbat
~ Endometriosis
~ Mempunyai hormon prolaktin yang tinggi (prolaktin ialah hormon penghasilan susu yang mengganggu penghasilan telur)
~ Menghidap PCOS (mempunyai hormon kelelakian yang tinggi menyebabkan telur tidak matang)
~ Masalah hormon
~ Tumor pituitari yang mengganggu penghasilan telur
~ Menopous sebelum waktunya
~ Masalah tiroid
~ Fibroid

Penyebab biologi di kalangan lelaki:

~ Jangkitan kuman atau penyakit yang dihidapi sewaktu kecil yang merencatkan sistem pembiakan
~ Jangkitan kuman akibat penyakit kelamin dari hubungan seksual
~ Menghidap azoopsermia iaitu testis yang tidak berfungsi untuk menghasilkan sperma
~ Menghidap hernia
~ Gangguan hormon
~ Salur sperma tersumbat
~ Mati pucuk, lemah tenaga batin, dsb

Penyebab2 dari faktor luaran (lelaki dan wanita)

~ Hubungan seksual di luar waktu kesuburan
~ Stress dan tekanan
~ Pemakanan yang tidak sihat
~ Kekurangan zat
~ Amalan merokok atau meminum alkohol
~ Mengambil terlalu banyak ubat-ubatan (drug)
~ Terdedah kepada pencemaran
~ Terlalu kurus atau terlalu gemuk

Bagi penyebab biologi, anda suami isteri dinasihatkan mendapat khidmat pakar dalam bidang reproduktif, agar masalah anda berdua dapat diselesaikan secara medikal.

Sekiranya anda berdua tiada masalah biologi, bermakna peluang untuk anda cepat dapat anak adalah cerah. Namun, anda mesti bersedia untuk mengubah cara hidup anda.

Bersenam

Bersenam bukan sahaja menyihatkan badan, malah memberi kesegaran minda. Badan yang sihat dan minda yang tenang menurunkan paras stress dan meningkatkan hormon kesuburan anda.

Mengelakkan pencemaran

Mungkin kita tidak dapat lari dari pencemaran, terutama pencemaran udara. Anda boleh menghentikan diri dan keluarga dari menjadi punca dan mangsa pencemaran dengan mengamalkan ‘green-living’. Setidak-tidaknya dengan berhenti merokok

Mengambil supplement (vitamin & mineral) untuk menambah kesuburan

Kesuburan boleh ditingkatkan dengan pengambilan supplement berikut:

Vita-Lea - kesuburan wanita banyak dipengaruhi oleh vitamin A. Jadi untuk cepat dapat anak, seorang wanita (lelaki juga) harus melengkapkan diri dengan mengambil multivitamin dan multimineral. Kenapa kena ambil multi? Kerana ia membekalkan vitamin dan mineral perlu dalam kehidupan kita sehari-hari, bagi memastikan kesihatan berada di tahap optimum.

Mangan dan magnesium di dalam Vita-Lea membantu ereksi bagi lelaki.

B Complex – Vitamin2 B3, B6 dan B12 memainkan peranan penting dalam memulihkan tenaga (menukar makanan kepada tenaga). Penting bagi mereka yang hidup dalam keadaan sibuk, selepas kerja di pejabat yang memenatkan, anda memerlukan tenaga untuk bersama dengan suami/isteri.

Vitamin B12 juga berperanan dalam memperbanyakkan sperma

Vita C - Sebagai vitamin yang menjaga kesegahan sel, vitamin C juga berfungsi menghasilkan sel sperma yang sihat. Sperma yang tidak sihat, lembik, lembab… akan menghadapi masalah untuk bersenyawa dengan sel ovum.

Vita E & Selenium - bekerja bersama2 dengan vitamin C sebagai anti oksidan. Radikal bebas dalam tubuh mampu merosakkan sperma dan ovum. Jadi bagi menjaga kualiti sperma, seseorang lelaki harus mengambil vitamin E dalam kadar yang mencukupi. Selenium lengkap dalam Vita E Shaklee, untuk membantu pergerakan sperma agar lebih tangkas dan bergaya.

Omega Guard – Omega 3 dan Omega 6 meningkatkan kelicinan pergerakan sperma bagi memudahkan persenyawaan.

Zinc - meningkatkan hormon testosteron dan bilangan sperma.

Alfalfa – membantu mengatur pusingan haid, masalah keputihan dan masalah kewanitaan.

Banyaknya supplement, mana satu yang perlu ambil? Semua kah?

Kalau nak ambil semua mungkin terlalu banyak, jadi untuk mereka yang mahu mencuba, ikhtiar untuk cepat dapat anak, saya cadangkan ambil supplement di bawah sebagai permulaan”

Untuk Suami : Set Family Wellness (vitalea+b complex+vita C) bersama Vita-E dan Zinc

Untuk Isteri : Set Family Wellness (vitalea+b complex+vita C) atau Set Family Wellness (vitalea+b complex+vita C) bersama vita-E +alfalfa
 
Ihsan : nurul azliza