Tuesday 28 January 2014

Penyakit Trombositopenik Purpura Idiopatik (Kekurangan Platlet)

Sistem imun pesakit musnahkan platlet dan megakariosit dan sebabkan platlet jadi low.

Penyakit ini berpunca daripada kekurangan sel platelet di dalam darah yang berfungsi membantu pembekuan darah. Sebab-sebab berlakunya keadaan ini adalah kehadiran antibodi anti-platelet yang di hasilkan dari limpa. Antibodi anti-platelet ini ialah sejenis protein yang memusnahkan platelet pesakit. Masih tidak di ketahui sebab-sebabnya, namun yang nyata kebanyakan pesakit ada sejarah selsema dan jangkitan virus.


Bagaimanakah cara-cara untuk membuat diagnosis penyakit ITP?

Bilang sel platelet kurang daripada 15,000/ml. Kajian ke atas tulang sum-sum (bone marrow examination) akan memastikan penyakit ITP. Leukemia dan kegagalan sum-sum (bone marrow failure) hendaklah dibezakan daripada ITP, dan ini hanya dapat dipastikan melalui pemeriksaan sum-sum tulang. Kebanyakan pakar bidang penyakit darah dapat mengenali penyakit ITP melalui sejarah dan rawatan pesakit tanpa perlu pemeriksaan sum-sum tulang.


Apakah komplikasi serius ITP?

Komplikasi penyakit ini adalah pendarahan di otak yang berlaku dalam kadar < 1% pesakit dan boleh berlaku bila-bila sahaja. Kajian menunjukkan kemungkinan ini berlaku jika sel platelet kurang daripada 20,000. Namun kebanyakan pesakit tidak mengalami komplikasi ini walaupun sel platelet kurang daripada 20,000.



Apakah kesan jangka panjang yang timbul akibat daripada penyakit ITP?

Tidak ada masalah jangka panjang bagi pesakit ITP kecuali kemungkinan berlakunya pendarahan di gusi mahupun di otak. Juga bagi seorang perempuan ada kemungkinan darah haid yang lebih dari biasa. Kebanyakan pesakit ITP akan pulih sediakala.


Bolehkah penyakit ini berulang setelah pesakit sembuh sepenuhnya?

Bagi pesakit yang di klasifikasi sebagai ITP akut, kebanyakan mereka akan sembuh sepenuhnya. Namun ada juga yang berulang yang ditakrifkan sebagai ‘relapse ITP’ yang biasanya berlaku pada pesakit kronik.


Adakah seseorang ibu yang menghidapi penyakit ITP akan melahirkan anak yang berpenyakit yang sama?

Tidak. Ada kemungkinan antibodi dari ibu dipindahkan kepada bayi dan ini akan menyebabkan sel platelet berkurangan. Jika terlalu rendah, bayi berisiko tinggi mengalami pendarahan. Walaubagaimanapun keadaan ini akan pulih.


Di peringkat umur manakah ITP boleh berlaku pada kanak-kanak?

Tidak ada umur yang tertentu bagi penyakit ini. Namun kajian mendapati ianya berlaku pada lingkungan umur 4 tahun.


Apakah jenis rawatan bagi penyakit ITP?

Rawatan penyakit terpulang kepada samada berkomplikasi atau tidak. Bagi kes biasa, perhatian dan nasihat di berikan. Bagi yang berkomplikasi, tambahan darah di perlukan dan steroids, imunoglobulin atau pembedahan membuang limpa mungkin perlu.


Apakah prognosis penyakit ini?

Prognosis ITP amat baik. ITP tidak merbahaya kecuali < 1% pesakit yang menghadapi komplikasi. Namun demikian rawatan segera dan prihatin oleh ibubapa di perlukan untuk mengawasi anak mereka.


Apakah nasihat yang patut di berikan kepada ibubapa/penjaga pesakit ITP?

Yang penting, ibubapa pesakit harus diberitahu komplikasi seperti pendarahan di otak (intracerebral bleed) yang mungkin berlaku dari penyakit ini dan pesakit tidak digalakkan bermain secara kasar. Ada juga pakar menasihatkan pesakit memakai topi keledar sekiranya ingin menunggang basikal. Ibubapa harus prihatin dan membawa ke hospital jika keadaan anak merunsingkan. Seperti pendarahan gusi dan lebam-lebam yang berterusan, pening kepala, sawan dan melena (najis berdarah). Penyakit ITP ini juga tidak berjangkit.




Jadi, supplement apa yang sesuai?

1. VIVIX jika pesakit itu tidak mengandung
2. B complex bagi dewasa
3. Mealshake bagi kanak-kanak

Jika pesakit sedang mendapatkan rawatan doktor, sila teruskan ubat-ubatan dan boleh tambah supplement untuk penambahbaikan.

Ingin dapatkan supplement Shaklee?
Hubungi saya Fiza 0125299013 (sms/wsap)
atau isi borang order di sini >>>> ORDER 
COD : JITRA ALOR SETAR KANGAR

Saturday 25 January 2014

HEALING CRISIS/ KRISIS PENYEMBUHAN

Anda rasa semakin teruk setelah mengambil produk Shaklee kami?




Q: Apakah yang dimaksudkan dengan krisis penyembuhan?

A:Ia merupakan satu proses berterusan dalam badan yang mengambil masa untuk membersih dan membina semula sel-sel badan yang telah rosak akibat radikal bebas. Sebahagian dari proses ini akan mula untuk menyingkirkan toksin yang telah sekian lama terkumpul didalam badan sepanjang hidup. Semasa proses penyingkiran toksin, badan anda akan mengalami tanda atau sintom yang membuatkan rasa tidak selesa, dan ia dipanggil sebagai krisis penyembuhan. Dalam perubatan China, penyembuhan terbaik sentiasa didahului dengan krisis penyembuhan.


Q:Mengapakah krisis penyembuhan selalu terjadi selepas mengambil makanan tambahan?
A:Menurut Professor Yoshio Niwa, seorang pakar dalam nutrisi molekul, apabila kita menambahkan pengambilan nutrien, nutrien itu akan bertindak balas dengan oksigen didalam badan. Dan tindak balas ini akan merangsang organ badan bagi menjalankan proses pembersihan, penyingkiran, menggantikan tisu yang lama dengan tisu yang baru dan lain-lain lagi dengan berkesan. Sebagai contoh, anda akan mengalami ruam pada kulit, lebih banyak pergerakan usus, dan ini merupakan satu tanda bahawa badan sedang menjalani proses menyahtoksin. Bayangkanlah sekiranya badan anda seperti besi paip yang berkarat, dan bila anda meletakkan serbuk anti karat atau pencuci paip, banyak karat yang terhakis akan keluar daripada dinding paip tersebut, dan itu akan menyebabkan anda berasa lebih teruk serta banyak kotoran-kotoran yang terdapat di sekeliling paip itu. Tetapi selepas karat itu disingkirkan, paip tersebut akan menjadi lebih baik dan kembali bersih seperti baru.

Q:Adakah krisis penyembuhan petanda yang baik?

A:Ya. Krisis penyembuhan merupakan satu petanda yang menunjukkan rawatan atau makanan kesihatan yang diambil benar-benar berkesan. Sesetengah orang akan berfikir yang sintom mereka menjadi semakin teruk, tetapi hakikatnya ia adalah proses penyembuhan semulajadi dan ia ternyata petanda yang sangat baik untuk mendapatkan kesan krisis penyembuhan yang sebenar. Umumnya, krisis penyembuhan hanya berlaku kepada orang yang sihat sepertimana daya tahan mereka masih cukup kuat untuk mendapat tindak balas dari perubahan biologikal semasa proses penyembuhan itu berlaku.

Q:Adakah setiap orang akan mengalami petanda dan sintom yang sama semasa krisis penyembuhan?

A:Setiap orang adalah berbeza. Sesetengah individu akan mengalami krisis penyembuhan sebaik sahaja mereka mengambil makanan tambahan dan mereka yang lain hanya akan merasai selepas satu atau dua bulan. Kesannya juga berbeza. Lebih banyak toksin di dalam badan, lebih teruk lagi krisis penyembuhannya.

Q:Secara umumnya, berapa lamakah tempoh bagi krisis penyembuhan ini?
A:Ia sebenarnya bergantung kepada keadaan kesihatan individu tersebut. ia mungkin mengambil masa dalam tempoh 2-3 hari atau mungkin berbulan lamanya.

Q:Ramai orang bertambah baik selepas mengambil makanan tambahan, tetapi walaupun saya masih mengambil makanan tambahan, saya masih lagi tidak merasai sebarang perubahan, Mengapa?
A: Secara umumnya, selepas 1-2 bulan pengambilan makanan tambahan,anda sepatutnya telah merasai perbezaannya (cth. Tenaga bertambah, pergerakan sistem usus yang lebih baik, dll.) sekiranya tiada sebarang peningkatan, anda berkemungkinan mempunyai masalah seperti:

  • Tidak mengamalkannya setiap hari
  • Tidak mengikut dos yang telah di cadangkan
  • Takut kepada krisis penyembuhan, lalu berhenti dari mengambilnya
  • Pemakanan yang tidak sempurna serta mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat
  • Mengalami penyakit kronik yang memerlukan tempoh yang panjang untuk sembuh
  • Mengalami keadaan yang kronik yang membuat anda hilang keyakinan dalam mana-mana rawatan mahupun makanan tambahan
  • Mengalami masalah emosi


Tanda-tanda & Penyebab Krisis Pemulihan

Memahami Krisis Penyembuhan dan Petanda serta Simptom:


Krisis Penyembuhan Penerangan / Penyebab
Sakit kepala yang melampau Tekanan darah tinggi, petanda menyahtoksin

Demam, tidak cukup rehat Meningkatkan metabolisma, merangsang fungsi imunisasi badan

Cirit-birit, meningkatkan pergerakan usus, najis berbau, air kencing berbau. Petanda bagi menyahtoksin, menghimpunkan bahan buangan dan sisa-sisa dalam usus besar


Kembung perut - Sistem penghadaman yang lemah

Ruam, kulit gatal, kelemumur, keluar lendir Fungsi hati yang lemah, usus besar yang tidak sihat dan sistem pembersihan

Penghasilan lendir seperti selsema, kahak


Fungsi paru-paru yang lemah, keluar kahak juga adalah petanda bagi menyahtoksin

Pendarahan Hidung Mungkin petanda bagi kekurangan darah

Rasa sakit pada otot dan sendi Badan berasid, toksin terkumpul dibahagian yang sakit

Peningkatan rasa sakit di sebahagian. Mempercepatkan krisis penyembuhan badan yang bermasalah

Tidur yang bermasalah atau terlalu aktif Sistem saraf yang lemah

Kitaran haid yang tidak menentu, Hormon yang tidak seimbang / penyakit buasir, perubahan waktu kitaran haid, kegatalan pada alat sulit, penghasilan lendiran yang banyak


Lapar, Pening Tekanan darah rendah, anaemia

Loya, sembelit, tersedu Sistem hadaman yang lemah, masalah hati

Edema (membengkak) Masalah buah pinggang 





Rujukan: Dr. Mary Ruth Swope, Columbia Unversity



http://supermomndaddy.blogspot.com/2012/05/anda-rasa-sakit-sakit-lepas-ambil.html

Tuesday 21 January 2014

KENAPA PERLU AMBIL ZINK SEBELUM MAKAN?

Kita tahu bahawa terdapat nutrien yang hilang semasa proses memasak. Tahukah anda bahawa nutrien juga boleh hilang semasa proses memakan. Bioavailability setiap nutrisi bergantung kepada apa yang kita makan, dan diet secara keseluruhan.

zinc complex shaklee
Kita ambil contoh Zinc. Zinc Complex Shaklee mengandungi 15mg Zinc (mengikut USRDA), namun persoalannya adalah kesemua zinc ni diserap oleh tubuh kita?

Zinc disarankan diambil semasa perut kosong (sebelum makan), ada sebabnya.

Ini kerana, dalam proses pencernaan yang normal, zinc akan dimusnahkan, dikeluarkan, dan mengikat dirinya dengan bahan lain.

Roti dan bijirin mengandungi phytates yang mengikat dirinya dengan zinc sekaligus mengganggu penyerapan. Dan apabila ia diambil dengan susu (bayangkan sarapan pagi dengan roti dan susu), aktiviti ini menjadi bertambah aktif. Justeru, bioavailability zinc telah menurun. Dan ketahuilah bahawa pengambilan zinc bersama-sama roti dan susu (selepas memakan makanan tersebut) boleh menurunkan potensi zinc sehingga 1mg untuk setiap 15mg!

NOTA : Pengambilan zinc Complex Shaklee pada hari2 pertama mungkin mendatangkan rasa loya.

Sumber : http://forevermomz.blogspot.com/2013/05/kenapa-zinc-complex-shaklee-diambil.html#comment-form
Rujukan:
D Oberleas, Proc West. Hemisphere of Nutrition Congress IV, American Medical Association, 1973 C C Pfeiffer, Mental and Elemental Nutrients : A Physician Guide to Healthcare, 1975

Saturday 11 January 2014

KKM

Assalamualaikum

Hari ni saya rasa bersyukur sangat. Sebab apa? Ramai customer pilih shaklee sebagai supplement keluarga. Doktor pun ramai. Doktor yang daftar sebagai member pun ramai. Ini la maksudnya shaklee diiktiraf. Ya la kan.. doktor jugak yg cipta dan hasilkan supplement shaklee ni.

Hari ni salah sorang customer anak buah shaklee saya tanya tentang pendaftaran produk dgn KKM - Kementerian Kesihatan Malaysia. Bagus.. amat prihatin. Bukan pakai taram ja produk. Harus lah cek kan. Ni saya tunjukkan sticker hologram kat produk shaklee. Contoh pengesahan KKM. Dijamin ya selamat. Walaupun shaklee produk satu dunia guna.. malaysia tetap jalankan tanggungjawab terhadap pengguna Malaysia. Supaya kita sentiasa selamat. Nak cuba shaklee? Mai hubungi saya 012 5299013. Shaklee ada di mana-mana. Cuba buka wakil jualan saya.

Saya?Heheh.. shaklee alor setar jitra kangar!


Posted via Blogaway

Wednesday 8 January 2014

KESUBURAN - CADANGAN SET

1) Zinc Complex - Zinc memberi kesan terhadap berbagai hormon termasuklah hormone sex, hormone thyroid, kemandulan bagi lelaki dan perempuan, prostate, thyroid yang tidak aktif . Kekurangan zinc juga dikatakan antara sebab kemandulan – Istilah yang di gunakan adalah “Below the level of technical sterility” bermaksud di bawah paras kesuburan. Ia mempengaruhi bilangan sperm (sperm count) dan pergerakannya (sperm motility). So, zinc ni mmg penting untuk kesuburan.



2) Vita-lea - untuk memastikan keperluan 12 vitamin dan 7 galian dipenuhi. Rata2 pengambilan makanan seharian kita tidak dapat memenuhi keperluan ini atas banyak sebab dan kekangan.Dan uniknya Vitalea @ multivitamin shaklee kerana ianya mengandungi iron formula yang sangat penting bagi tubuh.

3) B Complex – paling penting untuk elak kemurungan (anti-stress) & menstabilkan hormon. Uniknya vitamin b shaklee kerana ianya turut mengandungi Folic acid dan Biotin yang sangat penting untuk pembentukan darah dan kestabilan hormon.

4) Vit E - membantu meningkatkan hormon seks baik lelaki mahupun wanita..Uniknya vitamin E shaklee kerana turut mengandungi silenium manakala vitamin E kebanyakkan di pasaran adalah dijual berasingan dengan silenium. Ia juga sangat bagus untuk jantung tetapi waktu yang sama ia boleh meningkatkan pengeluaran hormon seks testosteron.

5) GLA Complex - membantu mengatasi masalah haid tidak teratur dan membantu menghasilkan cecair serviks yang subur & berkualiti. Gla menstabilkan hormon wanita dan mengatur pusingan haid supaya normal.

6) Coq health - Koenzim Q10 atau CoQ10 adalah bahan yang ditemui dalam semua sel-sel badan. Semakin meningkat usia, CoQ10 semakin kurang dihasilkan dan kajian menunjukkan bahawa memakan CoQ10 tambahan mempunyai manfaat kesihatan, termasuk meningkatkan kesuburan lelaki dan wanita.

KESUBURAN WANITA
Faktor yang boleh menjadi pergantungan utama telur wanita pada CoQ10 ialah untuk tenaga. Proses pengeluaran telur, ovulasi dan perkembangan embrio di kalangan wanita mengambil sejumlah tenaga dan memerlukan CoQ10 yang merupakan sumber utama tenaga untuk penguncupan otot dan pengeluaran protein.Semakin meningkat usia, badan menghasilkan kurang CoQ10 sekali gus menjejaskan kesuburan kita.

Teori ini disokong oleh penemuan positif dalam penyelidikan di Kanada pada tahun 2009 yang telah menunjukkan subjek kumpulan ujian diberikan suplemen CoQ10 menghasilkan lebih banyak dan lebih baik telur yang berkualiti, mencatatkan kadar kehamilan yang tinggi dan kelahiran anak-anak yang lebih ramai daripada orang-orang yang tidak menerima CoQ10.


KESUBURAN LELAKI
Kesuburan lelaki juga dipengaruhi oleh tenaga yang menurun akibat protein membentuk sebahagian besar sel-sel sperma dan bergantung kepada CoQ10.Kajian menunjukkan bahawa punca utama kemandulan lelaki termasuk jumlah sperma yang rendah dan kualiti sperma yang kurang. Mempunyai ciri-ciri antioksidan yang kuat untuk menangani masalah-masalah ini menjadikan CoQ 10 bermanfaat untuk kesuburan.

Fungsi antioksidan adalah melindungi telur dan sel sperma daripada kerosakan oksidatif yang membawa kepada kematian sel.CoQ dapat meningkatkan kedua-dua air mani dan sel sperma dan meningkatkan pergerakan sperma.

7) Alfalfa Complex - membantu mengatasi rasa “sakit ketika bersama”, membantu atasi masalah keputihan, haid yang tidak teratur, senggugut dan membantu dalam hubungan suami isteri (bertindak seperti kacip fatimah).

*** Suami ambil 1-6 (1 biji setiap hari)

*** Isteri ambil 1-7 (1 biji setiap hari, Alfalfa 3-5 biji sehari)

ataupun pilih ikut bajet dan kesesuaian.

Namun harus diingat, soal rezeki ini semuanya dari Allah. Kita sebagai manusia harus berusaha, berdoa dan bertawakal kepadaNya. InsyaAllah..



Hubungi
Fiza
Sms/wsup : 012-5299013
Shaklee ID : 882013
Shaklee di Alor Setar dan jitra 


Saturday 4 January 2014

Promosi Januari 2014

Alhamdulillah.. seronok sgt bila dapat tahu alfalfa promosi sepanjang bulan ni. Banyak khasiat alfalfa ni. 1001 kegunaan. Yang paling utama.. penyahtoksin. Buang habih segala toksin tu supaya badan lebih sihat. Alfalfa juga meneutralkan asid dlm badan. Jadi kalau kita ada gastrik, gout.. elok sgt makan alfalfa ni.

Khas bagi org perempuan pulak, alfalfa ni berfungsi sebagai 'kacip fatimah' hehe.. apa tunggu lagi? Belum cuba belum tau!

Sms/ wsap fiza di 0125299013
Cod area alor setar, jitra, kangar!!


Posted via Blogaway

Wednesday 1 January 2014

PEMBUKA REZEKI

Dalam menjalani kehidupan di dunia ini, kita amat memerlukan rezeki dalam meneruskan hidup.Tanpa rezeki manusia tidak boleh hidup.
Tetapi persoalannya ialah di mana terletaknya pintu rezeki? Dan bagaimana ingin membukanya?
Sebagai umat Islam kita tahu bahawa Allah adalah Maha Pemberi Rezeki. Tanpa izin Allah, kita tidak akan dapat meraih rezeki dariNya.
Tetapi dalam usaha kita untuk mendapat rezeki, apakah kriteria-kriteria yang Allah inginkan supaya rezeki itu sampai kepada kita?
Apakah perbezaan antara rezeki yang diberkati dan tidak diberkati?



ALLAH MAHA PEMBERI REZEKI
Kita mengetahui bahawa Allah itu bersifat ar-Razzaq (Maha Pemberi Rezeki). Allah menjamin rezeki setiap makhluknya. Setiap rezeki ada ujiannya. Bukanlah ujian itu bersifat bala, tetapi sebagai pengajaran buat hamba-hambaNya untuk lebih berusaha dan menjadi lebih berkualiti.
Sesungguhnya Allah itu Maha Pembuka Rezeki dan Allah juga boleh menutup rezeki makhlukNya.

ISTIGHFAR PEMBUKA REZEKI
Rasulullah s.a.w bersabda, “Barangsiapa yang senantiasa beristighfar, maka Allah akan memberikan kegembiraan dari setiap kesedihannya, dan kelapangan bagi setiap kesempitannya dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangka,”(HR.Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad).
Berdasarkan hadis di atas jelas pada kita bahawa salah satu kunci pembuka rezeki adalah istighfar, yang bermaksud memohon ampun.
Dengan melazimi istighfar, seseorang itu akan dibukakan pintu rezeki dari sumber yang tidak disangka-sangka.

DOSA PENUTUP REZEKI
Rasulullah s.a.w bersabda,”Sesungguhnya seorang hamba boleh tertahan rezekinya kerana dosa yang dilakukannya.” (HR.Ahmad, Ibnu Hibban dan Ibnu Majah).
Hadis ini menunjukkan pada kita bahawa tertahannya rezeki itu adalah berpunca dari dosa yang kita lakukan.
Dosa itu bersifat negatif. Dan rezeki itu bersifat positif. Rezeki itu terhalang dek kerana dosa yang dilakukan.
Dosa-dosa seperti meninggalkan solat, mengumpat, memfitnah, menolak hukum Allah secara terang-terangan, dan sebagainya menjadi punca kenapa rezeki itu tersekat.
Dan penyelesaian bagi menghapus dosa yang kita lakukan ialah dengan perbanyakkan istighfar.

ISTIDRAJ
Kadang-kadang kita terfikir bagaimana masih terdapat orang yang dilimpahi rezeki yang banyak sedangkan dia banyak melakukan maksiat dan kejahatan. Rasululullah saw bersabda:
Apabila kamu melihat bahawa Allah swt memberi nikmat kepada hambaNya yang selalu membuat maksiat (durhaka), ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah swt. “(Diriwayatkan oleh at-Tabrani).
Jelas pada hadis di atas bahawa jika seseorang itu diberi rezeki sedangkan dia berdosa itu tandanya dia sudah diistidrajkan oleh Allah swt.
Istidarj bermaksud pemberian nikmat Allah swt kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya.
Maka berawasilah setiap muslim akan istidraj ini. Jangan biarkan diri kita diistidrajkan oleh Allah

SOLAT DHUHA
Solat dhuha juga merupakan kunci bagi pintu rezeki. Banyak hadis yang menerangkan tentang kelebihan solat dhuha.
Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk AKu di awal pagi, nescaya Aku akan mencukupimu di akhirnya” (Riwayat Ahmad).
Hadis Qudsi ini menganjurkan kita untuk mengerjakan solat Sunat Dhuha yang faedahnya Allah swt memberi jaminan terhadap keperluan-keperluan manusia pada setiap hari.
Rasulullah saw juga bersabda:
Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah ats tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh buat baik satu sedekah dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mnegerjakan dua rakaat solat sunat dhuha. “ (Riwayat Bukhari dan Muslim)

TAQWA DAN PEMBUKA REZEKI
Dengan nama Allah, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah(dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya), nescaya akan diberikannya kelapangan (jalan keluar dari segala perkara yang menyusahkannya). Dan diberikanya rezeki yang tidak disangka-sangka. Dan (ingatlah), sesiapa yang bertawakal (berserah diri bulat-bulat) kepada Allah, maka dicukupkan baginya (keperluan untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala yang di kehendaki-Nya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. - (Ayat 2 & 3 Surah At-Talaq)
Ayat ini juga terkenal dengan nama ayat seribu dinar. Daripada ayat ini, ia menjelaskan kepada kita bahawa dengan menjadi orang yang bertaqwa,maka baginya rezeki yang tidak disangka-sangka, dikeluarkan daripada sebarang kesempitan dan dicukupkan baginya segala keperluan.
Maka marilah kita bertaqwa pada Allah swt dengan sebenar-benar taqwa.
Allah sudah memberi jaminan yang jelas buat hamba-hambaNya bahawa dengan menjadi hamba yang bertaqwa dan beramal solah, Allah akan memberikan rezeki dan mencukupkan segala keperluan hidupnya.
Dan sudah tentu kelapangan hati dan kebahagiaan dunia dan akhirat kita harapkan.

PENUTUP
Sebagai pengajaran pada topik ini:
1.       Sesungguhnya Allah adalah Maha Pemberi Rezeki.
2.       Untuk membuka pintu rezeki, beberapa syarat perlu dipenuhi.
3.       Rezeki terhalang kerana dosa.
4.      Perbanyakkan istighfar supaya Allah melapangkan hidup kita.
5. Berawasilah dengan istidraj kerana amat merugikan kita apabila kitadisesatkan Allah dengan nikmat dunia.
6.   Akan tetapi orang-orang yang berusaha mencari hidayah Allah, maka Allah akan membantuNya.
7.    Jadilah hamba yang bertaqwa kerana padanya juga ada kunci pintu rezeki.

“Dari Allah Kita Datang Kepada Allah Jualah Kita Dikembalikan Kelak

Wallahualam.

BIG BUBBLE

HOME SCHOOL

Ingin hasilkan bubble mcm beli di kedai?

Ramuan :

Sabun
Gula
Air

Campur semua, akan terhasil gelembung buih yg mengujakan. harus tiup ya. hehe
credit to : Natrah Mohamad


shaklee di Alor Setar, Jitra, Perlis
012-5299013 sms/ wsap