Thursday 28 August 2014

Herbal blend Hilang gatal

Assalamualaikum

Semalam alkisahnya.. kaki suami saya kena gigitan serangga.. tak pasti jenis apa.. tapi jadi macam dalam gambar ni (ehsan encik gugel)


Jadi saya sapu la SHAKLEE HERBAL BLEND. Kebetulan pula stok sampai semalam kat Shaklee. makanya saya borong la 20 tiub untuk customer-customer tersayang. Ramai dah dok tanya sejak sekian lama. Tak sangka la muncul semula. Dalam 10 minit sapu, gatal dan bengkak semakin berkurangan.. Alhamdulillah.. yang bestnya, Herbal Blend ni bukan saja orang tua boleh pakai, baby pun boleh untuk ruam lampin, sengal-sengal tubuh masa demam. Ni antara fungsi dan kegunaa herbal blend



Budak-budak ekzema sesuai sangat la pakai krim ni.
Kena air panas ke.. uish.. kesian kan.. mcm testimoni ni. Hari ke 9 dah licin muka adik Haziq!



Kisah adik Haziq :

“Haziq ini sedang melihat longgokan sampah di luar rumah yang sedang dibakar. Tanpa disedari, ada sebotol air freshener ambi pur dalam longgokan sampah tersebut. Jadi, bila dah pressurised … meletuplah jawabnya dan api yang menyala tadi terus menyambar muka si Haziq.”

” masa kena tu liza sapu dengan herbal cream..esok pagi cuci tempat terbakar dengan basic h dan sapu herbal cream.keesokkan tempat terbakar jd hitam sesangat cm dlm gambr tu..next day kulit yg terbkar dh menggelembung. bnyk tempat gakla yg menggelembung..hari ke3 kulit dh kering dh menggelupas ckit2.smpila hari ke 9. totally kulit dh habis menggelupas.tgglproses nk ilangkan parut jer. liza sapu dengan vit e 3x sehari..dlm pada masa yg sama liza bg haziq mealshake, chewable vit c ”

Herbal Blend ni, diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi (horse chestnut, bunga yarrow, daun sage, dan juga rosemary). Ia telah diuji secara klinikal bagi melembutkan kulit yang kasar dan pecah-pecah, seperti tumit, lutut dan siku. Ia dingin, bermentol dan tidak berminyak.

HORSE CHESSNUT

ROSEMARY - boleh halau nyamuk tau!

Daun Sage Putih

Bunga Yarrow Kuning (putih dan merah pun ada)
Amacam? best kan HERBAL BLEND SHAKLEE ni... no chemical tau.. sebab tu elok sangat untuk kulit baby yang maha halus dan gebu gebas tu.. hehehe.. nak dapatkan produk HOT ni? RM27.50 aja.. tahan setahun oooo.. nak harga lagi best? 

Cepat hubungi saya
Fiza 012-5299013
COD SHAKLEE ALOR SETAR, JITRA, KANGAR

Tuesday 26 August 2014

Hujan

Ohhh.. hujan sekarang ni, amat lebat..
jom kita berdoa sebab waktu-waktu doa mustajab adalah ketika hujan.. hehe..


Nak tau jugak waktu-waktu lain yang mustajab untuk berdoa? Ni diaaa



APA YANG ISTIMEWANYA VITAMIN B COMPLEX SHAKLEE?

Assalamualaikum..

Ramai yang bertanya, apa beza folic acid, vitamin b12, b2, b6.. macam2 lagilah yang berkaitan dengan vitamin B.

Ha.. untuk pengetahuan semua, dalam B complex shaklee ni terkandung semua jenis vitamin B termasuklah asid Folik. Sebab tu la ia dinamakan Vitamin B complex.. sebab ianya complex (lengkap gitu).. hehe

Jadi, hari ni saya nak share berkenaan vitamin B 12, ini bukan copy paste ya, sumber rujukan saya buku ni!
Muka surat 49 dan 50. Jom kita baca! 

Vitamin B12
Juga dikenali sebagai "cobalamin"

Fungsi :
membantu tumbesaran fetus dan kanak-kanak, 

selera makan,
tindak balas saraf,
baik utk kecerdasan otak,
Kekuatan fizikal
Kekuatan memori
Membantu otak utk fokus
Membantu keupayaan seksual
Mengelakkan anemia
Mengurangkan keletihan dan keresahan
Membantu merawat diabetes
Membantu mengurangkan rabun



Keperluan mengikut RDA : 2.5ug
Maksimum dos : 2000ug


Sumber B12
Daging merah
Tenusu
Telur



Vitamim B12 penting untuk membantu asid folik menghasilkan sel-sel baru terutamanya dlm sel darah merah. Ia juga penting utk membantu sistem saraf dan diperlukan untuk kebaikan myelin sheath.
Myelin sheath = lapisan lemak yg menyelaputi sistem saraf yg mempercepatkan penghantaran saraf yg panjang.
Kajian terkini menunjukkan pengambilan B12 dan vitamin B yg lain yang secukupnya membantu otak yang berusia menjadi sihat.

Siapa yang perlukan tambahan atau lebih B 12?

★ vegetarian
★vegan - org yg tak makan telur dan tenusu, daging dan juga ikan.
> sudah tentu B12 perlu diambil dari suplemen atau makanan yg diperkayakan (dgn B12) sbb vitamin B 12 hanya boleh didapati dari sumber haiwan
★ warga emas - usia 50 an sbb penghasilan B 12 drp sumber makanan melibatkan proses kimia yg kompleks seiring usia kita di mana perut tidak dapat menghasilkan asid perut utk ia berfungsi secara efisyen.
Jadi, adalah lebih mudah dengan mengambil suplemen B 12 drp memakan sumber makanan B12.

Tips memilih suplemen

* kandungan minimanya 2.5 microgram (100% rda)
* lebih kandungannya contoh - 10ug - 25ug jika berumur lebih tua kerana B12 tidak bahaya jika diambil berlebihan walaupun dos sehingga 1000ug - 2000ug sehari.
Jika anda tidak bernasib baik dan mengalami kekurangan faktor intrinsic, makanla sebanyak mana pun B12, ia masih tidak dapat menampung kekurangan B12.
Bahan ini adalah protein penting yang dihasilkan oleh lapisan usus, bergabung dengan B12 utk memudahkan B12 diserap dalam usus.

INTRINSIC FAKTOR - GLYCOPROTEIN yg dihasilkan oleh usus.

Senang crita - kebarangkalian 2% ja yg mengalami kekurangan intrinsic factor ni. Jadi jgn risau na. Tanda2 yg mengalaminya bila kena pernicious anemia.

Simptom2 pernicious anemia adalah -
  1. keletihan melampau
  2. Dimentia - lebih kurang alzheimer ( memory loss )
  3. Kekeliruan
  4. Lemah anggota badan

Penyelesaian : Suntikan vitamin B12

Nak cuba B complex shaklee? hehehe.. meh la contact saya Fiza, 012-5299013 cod pun boleh.. Shaklee di Jitra, Alor Setar, Kangar !

Panduan Anak Soleh

Assalamulaikum
Sedang saya cari idea untuk blog, tiba-tiba terjumpa info ni.. meh saya kongsi ya!


Semoga ibu bapa dapat manfaatkan bersama. Anak-anak adalah aset kita di dunia dan akhirat. Jom lakukan yg terbaik untuk mereka.

Monday 25 August 2014

Cinch Energy Tea Mix

Cinch Energy Tea Mix ni adalah gabungan dari 3 jenis teh iaitu :
  1. Teh hijau
  2. Teh Merah 
  3. Teh putih

Apa khasiatnya?

Nak cuba?

hubungi saya
Fiza
012-5299013
Cod kawasan Alor Setar, Jitra dan Kangar juga!





Wednesday 13 August 2014

Rawat Cyst dengan GLA

Cyst?

Apa itu cyst? Bahaya tak?

Jom cek di sini jenis-jenis cyst

http://pakar-sakitpuan.blogspot.com/2011/03/cyst-ovary.html

Bagaimana Shaklee dapat bantu penghidap cyst?

Kami cadangkan GLA complex sebagai ikhtiar.


MANFAAT GLA COMPLEX

Minyak benih bunga matahari adalah satu lagi sumber asid lemak Omega-6. Ia mengandungi Vitamin E yang membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan memelihara integriti sel*.


Menggalakkan kesihatan semasa kitaran haid
Membantu merawat CYST
Setiap kapsul Shaklee GLA Complex mengandungi asid lemak utama daripada campuran minyak borage, minyak bunga matahari dan vitamin E, serta Shaklee Guard, iaitu sistem antioksidan semula jadi Shaklee yang eksklusif untuk memastikan keberkesanan penuh dan kesegarannya.
Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
Membantu meningkatkan kesuburan (bagus utk mereka yg ingin cuba hamil)
Melegakan PMS (sindrom pra-haid)
Membantu dalam menangani menopus
Menguatkan kuku dan rambu
Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
Membantu menangai ekzema
Melegakan simptom akibat artritis reumatoid
Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
Menguatkan imuniti tubuh
Memperlahankan proses penuaan
Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung
Mengawal kencing manis dan darah tinggi
Mengawal kolesterol
Untuk fungsi saraf
Membantu membaiki simptom berkaitan masalah kencing manis seperti peningkatan sensitiviti terhadap kesakitan dan menghilangkan kebas pada bahagian bawah badan.
Kajian membuktikan pengambilan 480mg setiap hari GLA boleh mencegah kemerosotan dan mengurangkan masalah kencing manis dengan membaiki kadar insulin dan kolesterol utk pesakit diabetes atau lebih dikenali sebagai kencing manis.



P/s GLA Complex  promosi bulan ini. hargai terbaik wlpun untuk 1 botol. Best? Cepat hubungi saya

Fiza
012-5299013 atau fb https://www.facebook.com/noorhafiza.akib


Saya sedia membantu anda. Jgn risau, free consultation utk pelanggan saya :)

HB TINGGI


Apa Itu Bacaan HB?

Bacaan hb adalah suatu pengukuran yg diambil melalui sampel darah untuk menentukan paras haemoglobin (hb) di dalam darah seseorang. Secara umumnya, hemoglobin ialah protein yang berfungsi membawa oksigen ke seluruh tisu badan.

Contoh Bacaan HB Normal

Apakah Bacaan HB Normal bagi Orang Dewasa serta Ibu Mengandung?

Paras hb seseorang dikira dalam unit g/dL (gram per deciliter). Paras normal hemoglobin bagi wanita adalah di antara 11.5 - 16.5g/dL manakala lelaki adalah 12.5 - 18.5g/dL. Manakala bacaan hb yang normal bagi ibu mengandung ialah pada julat : 11-12 g/dl (gram per deciliter).

Apakah Punca Bacaan HB yg Rendah?

Kurang zat besi/ folate/ vitamin B12
Pendarahan
Kanser
Penyakit buah pinggang/ hati
Hypothyroidism
Thalassemia

Apakah Risiko Ibu Mengandung yg Mempunyai Bacaan HB yg Rendah?

Apabila paras hemoglobin tidak mencukupi, seseorang itu berisiko untuk mendapat anemia. Apabila sel darah merah yang matang dan membawa oksigen semakin berkurangan, di sinilah serangan anemia bermula. Anemia secara umumnya akan menyebabkan seseorang mudah pitam, lesu, kurang cerdas dan cergas, mudah letih serta cepat mengantuk. Manakala bagi ibu mengandung, bacaan hb yg rendah boleh mengakibatkan risiko-risiko berikut:


Kesan kepada ibu

Ibu boleh pitam atau mudah pitam/pengsan
Mengalami keguguran
Mengalami kegagalan jantung
Pendarahan semasa mengandung dan bersalin
Risiko alami penyakit berjangkit

Kesan kepada bayi dalam kandungan

Kesan kepada Bayi:

Intrauterine growth restriction (IUGR) atau Pertumbuhan janin terbantut
Lahir sebagai premi atau tidak cukup bulan
Berat bayi yang lahir kurang 2.5kg
Anak lemas semasa lahir atau Asphyxia
Mati ketika dilahirkan atau stillbirth

Bolehkan Anemia Dikesan Lebih Awal? Apakah Simptom-simptom Anemia?

Jika anda mengalami keadaan-keadaan berikut; terutamanya ketika hamil, anda mungkin berhadapan dengan risiko Anemia:

Sentiasa letih
Pening kepala atau pitam
Apabila melakukan aktiviti fizikal, mudah mendapat sesak nafas
Warna kulit bertukar menjadi pucat
Penurunan berat badan
Kadar denyutan jantung yang cepat
Lemah daya ingatan


Apakah Langkah yg Perlu Diambil untuk Mengembalikan Bacaan HB yg Normal?

Bagi ibu mengandung yg mempunyai bacaan hb yg rendah, anda digalakkan untuk mengambil makanan-makanan berikut:
kurma (buah yang paling berkhasiat, banyak disebut dalam al-quran)
madu (yg asli)
hati ayam (tidak elok makan selalu sebab organ dalaman)
kerang
sayur bayam
ikan bilis
daging
Ibu mengandung yg mempunyai bacaan hb yg rendah juga AMAT DIGALAKKAN mengambil supplement yg mencukupi terutamanya ASID FOLIK, ZAT BESI (IRON) & MULTIVITAMIN bagi membantu menaikkan bacaan hb anda. Set Kehamilan Optimum Shaklee boleh membantu anda!



Dapatkan Set Kehamilan Optimum Shaklee anda dengan HARGA ISTIMEWA & PENGHANTARAN PERCUMA! Setiap pembelian juga melayakkan anda mendapat KONSULTASI PERCUMA seumur hidup. Hubungi saya SEKARANG!



Fiza
012-5299013
COD Shaklee Alor Setar, Jitra
FB : https://www.facebook.com/noorhafiza.akib





Tuesday 5 August 2014

Bagaimana menentukan waktu kesuburan anda

Untuk memahami dengan lebih mendalam berkenaan dengan waktu kesuburan, adalah sangat penting bagi setiap wanita mengetahui bagaimana organ reproduktif mereka berfungsi. Pastikan anda telah membaca bab-bab terdahulu yang menerangkan dengan terperinci bagaimana organ-organ tersebut berfungsi.

Berikut adalah beberapa fakta yang perlu diketahui oleh semua wanita yang ingin mengetahui waktu yang paling subur iaitu waktu yang paling sesuai untuk melakukan hubungan seks bagi tujuan untuk hamil :

1. Ovulasi (proses pengeluaran telur dari ovari) selalunya berlaku 14 hari sebelum kedatangan haid yang akan datang. Jadi untuk mengetahui tarikh ovulasi, setiap wanita perlu perihatin tentang haid mereka serta mencatitkan masa datang haid. Dengan kaedah ini mereka akan berupaya untuk mengagak tarikh haid yang akan datang.

2. Jangkamasa hayat ovum adalah dari 24 hingga 48 jam selepas ovulasi.

3. Jangkamasa hayat sperma di dalam tubuh wanita adalah dari 24 -72 jam selepas hubungan seks.

4. Waktu yang paling subur bagi seorang wanita adalah bermula dari 4 hari sebelum ovulasi sehingga 2 hari selepas ovulasi. Anggaran kasar adalah di antara hari 10 hingga hari ke 16 kitaran haid. Bilangan hari dikira dari hari pertama datang haid.

5. Bagi wanita yang mempunyai haid yang tidak tetap, salah satu cara untuk menentukan hari subur adalah dengan mengambil kitaran haid yang paling pendek ditolak dengan 16 kemudian kitaran haid yang paling panjang ditolak dengan 12. Contohnya, jika kitaran haid seseorang wanita itu adalah di antara 26 hingga 35 hari , waktu subur wanita tersebut adalah di antara hari ke-10 (26-16) hingga hari ke-23. Kiraan tempoh kitaran haid adalah dari hari pertama datang haid.

6. Beberapa jam selepas ovulasi, peningkatan hormon progesteron yang mendadak akan menaikkan suhu badan wanita tersebut. Peningkatan suhu yang berlaku adalah di antara 0.5 hingga 1.5º F (97.5 º F – 98.5 º F). Waktu paling subur adalah 2-3 hari sebelum peningkatan suhu badan jadi wanita ini perlu melakukan pemantauan suhu badan untuk beberapa bulan sebelum mengenalpasti waktu paling subur. Peningkatan suhu badan ini boleh diukur dengan menggunakan jangkasuhu. Dipercayai bahawa perubahan suhu badan ini adalah untuk mengujudkan persekitaran suhu yang optima untuk proses persenyawaan dan implantasi embrio.

Berikut adalah beberapa panduan untuk melakukan ujian suhu badan bagi mengesan waktu subur :

1. Dapatkan jangkasuhu dari Farmasi, jangkasuhu digital lebih mudah digunakan dan senang dibaca.

2. Dapatkan carta ”Basal Body Temperature Chart ”(BBT) daripada doktor atau boleh dimuat turun dari internet.

3. Sebelum masuk tidur, pastikan jangkasuhu, pen dan BBT diletakkan di atas meja katil

4. Bangun pagi dan terus ambil suhu badan dengan memasukkan jangkasuhu di bawah lidah. Jangan melakukan apa-apa aktiviti sebelum mengambil suhu badan. Jika menggunakan jangkasuhu raksa, biarkan jangkasuhu selama 5 minit sebelum menentukan bacaan.

5. Terus catitkan suhu badan di atas carta (BBT).

6. Catitkan setiap pagi pada waktu yang sama

7. Proses ovulasi berlaku betul-betul selepas peningkatan mendadak hormon LH (”Luteinizing Hormone”) dan kandungan hormon ini boleh dikesan melalui ujian air kencing. Waktu paling subur adalah di dalam lingkungan 36 jam selepas peningkatan hormon LH. Ujian air kencing yang digunakan adalah sangat mudah seperti juga ujian air kencing untuk kehamilan. Alat yang digunakan untuk mengukur kesuburan ini dinamakan ”Ovulation Predictor Kit” dan boleh didapati di mana-mana Farmasi.

8. Kualiti dan kuantiti lendiran yang keluar dari faraj boleh juga dijadikan asas untuk menentukan waktu kesuburan. Hormon estrogen dan progesteron boleh mengubah kualiti dan kuantiti lendiran yang keluar. Selepas kering haid, faraj akan terasa kering dan kuantiti lendiran akan meningkat secara perlahan. Pada permulaannya lendiran ini berwarna sedikit kekuningan dan kadangkala keputihan serta melekit apabila disentuh. Apabila wanita itu menghampiri waktu kesuburan (ovulasi), kuantiti lendiran akan meningkat dan ketika berlaku ovulasi, lendiran tersebut kelihatan seperti putih telur mentah yang separa lutsinar dan licin. Lendiran ini juga boleh ditegangkan seperti gula-gula getah. Inilah waktu yang paling subur bagi seorang wanita. Selepas waktu subur, lendiran ini akan berkurangan dan menjadi melekit.

Petikan dari buku PANDUAN LENGKAP REPRODUKSI WANITA DAN RAWATAN INFERTILITI tulisan Dr.Mohd Rushdan dan Dr.Murizah Mohd Zain.

GLA Complex


Apakah kelebihan dan khasiat Shaklee GLA Complex ni

  • Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid 
  • Melegakan PMS (sindrom pra-haid)  
  •  Membantu meningkatkan kesuburan

  • Membantu dalam menangani menopus
  • Menguatkan kuku dan rambut
  • Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri

  • Membantu menangai ekzema
  • Melegakan simptom akibat artritis reumatoid
  • Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri

  • Menguatkan imuniti tubuh
  • Memperlahankan proses penuaan
  • Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung

  • Mengawal kencing manis dan darah tinggi
  • Mengawal kolesterol
  • Untuk fungsi saraf