Wednesday 27 May 2015

Shaklee Effect - ESP

" Suamiku Encik ESP "

Kenapa sy CINTAKAN ESP?

TESTIMONI DIRI SENDIRI [ Shaklee Success Story ]

Jangan ingat, pengedar Shaklee jual Shaklee suka2 ja.. Tanpa mencuba sendiri dulu..
Sebenarnya ada kisah di sebaliknya yg menyebabkan kitorang 'Fall in Love with Shaklee'..

This is my story~~

Nampak tak kulit sy kat gambar sebelum tu..

✅ Kusam
✅ Berjerawat
✅ Tona Kulit Tak Sekata
✅ Parut Jerawat
✅ Liang Pori yg Besar
✅ Berminyak
✅ Bibir Pucat

Semua ni punca drpd salah guna produk.. Dan sy dulu memang suka tukar2 produk.. Sampai pernah guna produk harga cecah rm400 lebih.. Huhuhu

Menyesal sangat masa tu.. Mula2 cantik, halus gebu ja kulit.. Nampak kemerah-merahan.. Once dah stop guna.. Hahh, ambik kau! Habis teruk efeknya kat muka.. Dulu sy tak berapa minat mau jaga kecantikan dalaman sebab takut mau makan ini itu..

Pastu, dah stop guna produk yg ada bahan terlarang tu.. Resdung pulak dah buat hal.. Makin menjadi2 la jerawat kat muka.. Tapi, syukur tak teruk sangat sebab sy rajin buat rawatan resdung yg asap2 tu..

Lumrah perempuan suka CANTIK.. Konon mau yakin diri la bila selfie.. Haha..
* alasan tak logik *

Then, cari2 la cara yg berkesan untuk masalah kulit sy sekaligus rawat resdung sy.. Setiap kali taip kat google, mesti yg keluar dulu.. "Set Cantik Shaklee"
Nampak tak, betapa famous Shaklee ni..

Mula2, tak berkenan langsung.. Sebab supplement.. Kan sy tak berani kalau makan2 ni..
Tapi, bila dah balik2 keluar Shaklee jugak..
Start tengok testimoni2 kat google.. Berlambak wehh..
Mustahil tak berkesan kalau testimoni dah berlambak

Dengan izin Allah, di bukakan la pintu hati ni untuk try Shaklee.. 😙😙
Kalau belum try, belum tau kan..

Shaklee dah ada di tangan.. Guna2 sampai ke hari ni..
Woww!! Amazing.. I got my #ShakleeEffect..
Perubahan ketara betul..

Jerawat Berkurangan
Pori2 Makin Kecil

Kulit Makin Cerah
Tona Kulit Sekata
Kulit Kurang Berminyak
Parut Jerawat Makin Pudar
Bibir Kembali Kemerah-Merahan
Bonus! Resdung Berkurangan

So, this is my #ShakleeEffect.. Sy antara pengguna yg berpuas hati dan paling penting dah jadi Shaklee Extreme Lover.. Sy jugak ahli berdaftar Shaklee sekarang..

Rahsia saya?

Of coz la ESP!! Qu Puteh kami..

Dan add on with :

Vitamin C
Vitamin E
Vitamin B Complex
Skincare set Enfuselle

Fiza - 012-5299013 Shaklee Jitra
Pos seluruh Malaysia

Tuesday 26 May 2015

BISKUT COKLAT CHIP ALA FAMOS AMOS


Bahan-bahan ( 100 biji )

450g tepung gandum
1 biji telur
250g mentega
115g gula halus
110g gula perang
100g chocolate chips
3 sudu besar cocoa powder
250g gajus(panggang dan cincang halus)
1 sudu kecil baking soda

Cara-cara

1.  Pukul mentega dan gula sampai kembang

2. Masukkan telur dan pukul lagi

3 .Masukkan tepung+baking soda yg telah diayak, sedikit demi sedikit dan juga chocolate chips dan kacau

4. Masukkan gajus dan kacau lagi

5. Buat bulat kecik-kecik dan tekan dengan garfu atau apa-apa bentuk yang disukai

6. Bakar dalam oven pada suhu 160C selama 15 minit

Monday 25 May 2015

Maksud Hidangan Sepinggan Lengkap


Merupakan satu hidangan yang mempunyai keseimbangan nutrien dan zat yang diperlukan oleh badan.Antara nutrien yang diperlukan oleh tubuh kita ialah karbohidrat, lemak, protein, vitamin dan garam mineral yang harus di ambil pada kuantiti tertentu.



Hidangan boleh dihidangkan sebagai hidangan utama dan hidangan sampingan atau snek.
Antara faktor-faktor yang harus di ambil kira dalam menyediakan hidangan sepinggan lengkap ialah :

  1. Mempunyai semua nutrien yang diperlukan oleh badan bagi 
  2. mengekalkan kesihatan, 
  3. membekalkan tenaga yang mencukupi dan 
  4. menggalakkan tumbesaran. 
  5. Mengandungi nutrien-nutrien yang boleh disediakan secara peranggu meja atau berpek.
  6. Hidangan sepinggan lengkap boleh disediakan secara berikut :
  7. Mudah disediakan dan tidak memerlukan masa yang lama untuk disediakan.

  • Bergoreng – mi goreng, makaroni goreng, nasi goreng
  • Berkuah – tomyam, mi rebus, sup ayam, soto
  • Makanan segera – kebab, burger, sandwich
Hidangan sepinggan lengkap boleh dibahagikan kepada tiga cara iaitu cara timur, cara barat dan mengikut budaya setempat:

********************************************************************

  • Hidangan sepinggan sepinggan cara timur

Hidangan ini merupakan hidangan utama di negara kita yang digemari oleh semua kaum. Hidangan seperti nasi lemak, mihun goreng sering dihidangkan sebagai sarapan pagi atau semasa berkelah.
Kebiasaannya disediakan secara menggoreng (mi goreng, nasi goreng) dan merebus (mi sup dan mihun sup).

  •  Hidangan sepinggan lengkap cara barat
Banyak hidangan makanan kita dipengaruhi oleh masakan cara barat. Di negara kita makanan cara barat mudah di dapati seperti di kedai Pizza Hut, Kentucky Fried Chicken, Burger King.
Dalam menyediakan makanan ini, antara bahan utama yang sering digunakan ialah tepung gandum, sos tomato, mentega, susu dan keju.
Roti burger, spageti dan makaroni adalah contoh hidangan sepinggan lengkap cara barat.

  •  Hidangan sepinggan sepinggan mengikut budaya setempat
Hidangan ini adalah mengikut budaya setempat dan terkenal mengikut sesuatu negeri atau daerah. Kebiasaannya ia menjadi hidangan kegemaran penduduk setempat.
Dalam penyediaan hidangan ini, mereka banyak menggunakan rempah-ratus seperti kulit kayu manis, ketumbar, kunyit, buah pelaga dan sebagainya.

Nasi kerabu, laksa Johor, nasi dagang adalah contoh hidangan sepinggan mengikut budaya setempat.

TETAPI, ADAKAH HIDANGAN DI ATAS MENGANDUNGI NUTRIEN YANG LENGKAP DAN MENCUKUPI?
Fiza
012-5299013
Shaklee Independent Distributor Jitra

KENAPA KITA PERLUKAN SUPPLEMEN

KERANA PENGAMBILAN MAKANAN YANG TIDAK SEIMBANG AKIBAT KESIBUKAN BEKERJA DAN KEKANGAN LAIN

Ramai antara kita yang menyedari bahawa makanan-makanan kita hari ini tidak lagi begitu berkhasiat seperti dahulu.

PEMPROSESAN
PENGHANTARAN
TANAH TANIH YANG PUPUS
INDUSTRI MAKANAN SEGERA YANG PESAT BERKEMBANG

Kita disuruh makan seimbang dan sihat tetapi beribu-ribu ringgit dibelanjakan setiap tahun untuk mempromosikan  atau mengiklankan makanan dan minuman yang berlemak, bergula tinggi dan kepadatan nutrien yang rendah.

Kita sekarang merupakan satu bangsa yang "meragut" dan suka kepada makan dengan cepat. Jarang-jarang sekali kita duduk di meja makan bersama ahli-ahli keluarga dan menikmati makanan yang dimasak sendiri di rumah setiap hari.

Jika seluruh ahli keluarga dapat hadir bersama dan menikmati hanya satu sarapan sahaja setiap hari, ini dikira sangat-sangat bernasib baik kan.. anak-anak sekolah kelam kabut bersiap-siap ke sekolah, ayah pula bersiap-siap ke tempat kerja lebih awal supaya tidak menempuh jem dan dapat sampai lebih awal di pejabat dan selamat daripada punch card MERAH :) Namun, sarapan ini sekalipun biasanya boleh dikatakan "makan sambil berlari", ataupun merupakan makanan-makanan ajaib yang dimasak melalui microwave!

Akibatnya, kita tidak lagi memakan makanan-makanan mentah dan segar, lengkap dan bermanfaat yang sarat dengan nutrien-nutrien seperti yang kita pernah makan pada masa dahulu.


Tuesday 19 May 2015

Air Zam-zam




Hasil penyelidikan sampel air di Eropah dan Arab Saudi menunjukkan bahawa air zam-zam mengandungi zat fluorida yang ada daya efektif membunuh kuman, sama seperti sudah mengandungi ubat.

Lalu perbezaan air zam-zam dibandingkan dengan air telaga lain di Mekah dan sekitar Arab adalah dalam hal kuantiti kalsium dan garam magnesium.

Kandungan kedua-kedua mineral itu sedikit lebih banyak pada air zam-zam, mungkin sebab itulah air zam-zam dapat menyegarkan bagi jemaah yang keletihan.

Keistimewaan lain komposisi dan rasa kandungan garamnya sentiasa stabil sentiasa sama dari sejak terbentuknya telaga ini. “Rasanya” selalu terjaga, diakui oleh semua jemaah haji dan umrah yang selalu datang setiap tahun.

Boleh Menyembuhkan Penyakit

Nabi saw menjelaskan: ”Sesungguhnya, air zam-zam ini air yang sangat diberkahi, ia adalah makanan yang mengandungi gizi”.

Nabi saw menambahkan: “Air zamzam bermanfaat untuk apa saja yang diniatkan ketika meminumnya. Jika engkau minum dengan maksud agar sembuh dari penyakitmu, maka Allah menyembuhkannya. Jika engkau minum dengan maksud supaya merasa kenyang, maka Allah mengenyangkan engkau. Jika engkau meminumnya agar hilang rasa hausmu, maka Allah akan menghilangkan dahagamu itu. Ia adalah air tekanan tumit Jibril, minuman dari Allah untuk Ismail”. (HR Daruqutni, Ahmad, Ibnu Majah, dari Ibnu Abbas).

Rasulullah (saw) pernah mengambil air zam-zam dalam sebuah kendi dan bekas dari kulit, kemudian membawanya kembali ke Madinah dan Air zam-zam itu digunakan Rasulullah (saw) untuk memercikkan kepada orang sakit dan kemudian disuruh meminumnya.

Dalam penyelidikan ilmiah yang dilakukan di laboratorium Eropah, terbukti bahawa air zamzam memang lain dari yang lain. Kandungan airnya berbeza dengan telaga-telaga yang ada di sekitar Makah.

1. Kadar Kalsium dan garam Magnesiumnya lebih tinggi dibanding telaga lain, berkhasiat untuk menghilangkan rasa haus dan kesan penyembuhan.

2. Air Zam-zam juga mengandungi zat fluorida yang berkhasiat memusnahkan kuman-kuman yang terdapat dalam kandungan airnya.


3. Yang juga menakjubkan adalah tidak ada sedikit pun lumut di telaga ini. Air Zam-zam sentiasa bebas dari pencemaran kuman.

4. Ajaibnya lagi, pada masa semua telaga air di sekitar Mekah dalam keadaan kering, telaga air zam-zam tetap berair. Dan air zam-zam memang tidak pernah kering sepanjang zaman.

Beberapa ulama fiqah mencadangkan agar jemaah haji membawa air zam-zam ketika pulang ke negaranya kerana air zam-zam boleh jadi sebagai ubat untuk penyembuhan.

Ini terbukti ramai jemaah dari negara umat Islam mahupun negara lain yang pernah merasakan keajaiban air zam-zam.

Monday 18 May 2015

Kelemumur, Rambut Gugur tiada lagi!

Memang tak best kan kalau kepala banyak kelemumur dan rambut pula luruh..

Asyik tergaru-garu ja.. kalau kat rumah, ok lagi.. cuba garu depan orang. hahahha.. mesti tak selesa. 

Alhamdulillah masalah saya 90% selesai.. dah kurang gatal kulit kepala dan keguguran rambut. Orang utara cakap, rambut tak lughuh dah.. hehehhe...

Masalah luruh rambut ni biasa bagi ibu selepas bersalin..jom kita tengok kat bawah ni. Info dari blog ibumadeeha. tq akak atas infonya!

Sebenarnya, masalah rambut gugur bukanlah perkara pelik. Ianya disebabkan beberapa faktor seperti di bawah:

Penurunan mendadak Estrogen selepas bersalin
Kandungan Estrogen yang tinggi semasa mengandung menyebabkan pembentukan scalp rambut yang sihat dan ia mengunci akar rambut dengan kuat maka pertumbuhan rambut berlaku dengan baik. Tetapi sebaik sahaja bersalin penurunan kadar estrogen secara mendadak menyebabkan akar rambut longgar dan mudah gugur.

Pengambilan makanan berproses sebagai diet harian
Rambut juga seperti rumput hijau di padang, perlukan bekalan nutrient dan air yang cukup agar ia tumbuh subur. Pengambilan diet dengan makanan berproses menyebabkan badan kita sukar untuk menerima nutrient yang cukup untuk berfungsi. Otak akan menghantar gelombang untuk mengambil nutrient dari rambut kerana rambut secara amnya tidak mempunyai fungsi penting dalam meneruskan aktiviti harian. Kerana kekurangan nutrien seperti zinc, zat besi, protien dan lain-lain menyebabkan rambut kusam dan akhirnya gugur.

Stress
Stress memerlukan banyak B-complex, ia juga menyebabkan sekatan pada salur darah yang menyukarkan penyaluran nutrient kepada rambut.

Bahan kimia dalam produk rambut
Kebanyakan syampu di pasaran terhasil dari bahan kimia merbahaya yang merosakkan rambut. Macam-macam iklan yang kononnya nak luruskan lambut, lebatkan rambut, atasi rambut gugur dan produk ini dijual dengan harga yang murah. Hakikatnya, produk-produk ini mengandungi bahan kimia yang akan membuatkan rambut kita semakin rosak.

Untuk memastikan rambut yang sihat, pemakanan yang seimbang adalah perlu. 

Makanan untuk rambut yang sihat adalah 

makanan yang kaya dengan protein, 
Vitamin B Complex, 
Zink dan 
Vitamin C. 

Dan jika mengamalkan supplemen, pengambilan vitamin-vitamin di atas dan multivitamin akan membantu menghasilkan rambut yang sihat. Namun, pengambilan vitamin haruslah konsisten selama sekurang kurangnya 90 hari kerana sel dalam tubuh hidup antara 90 hingga 120 hari. Maka perlu masa untuk sel menerima dan menyerap dengan baik semua vitamin yang kita ambil.



Set penjagaan rambut Shaklee dikenali sebagai ProSante, adalah bebas kimia dan selamat untuk digunakan.

(1) Long Lasting Finishing Spray
“Medium hold” memastikan gaya rambut tidak berubah
Memberikan perlindungan UV
Menguruskan rambut yang dikeriting halus dan rambut yang mudah kusut

(2) Revitalizing Shampoo
Melicinkan kutikel rambut dan melebatkan rambut
Sistem pembersih yang lembut dan berpaten
Menyegarkan dan menyeimbangkan kulit kepala dan rambut tanpa terlalu melembapkan atau mengeringkannya

(3) Purifying Shampoo
Membersih dengan menyeluruh, menyingkirkan sisa-sisa produk fesyen rambut, pengumpulan mineral dan bahan-bahan cemar persekitaran lain
Mengekalkan keseimbangan lipid dan lembapan semulajadi serta tidak melunturkan warna rambut
Ideal untuk mengawal lapisan kulit kepala yang sihat, rambut juga tidak berkelemumur

(4) Replenishing Conditioner
Perapi dan pelembap yang pekat bagi rambut yang berkilat dan lembut bak sutera
Memperbaiki kerosakan pada permukaan rambut dan memperbaiki hujung rambut yang bercabang
Menguatkan rambut dengan protein dan humektan yang berasal dari alam semulajadi

(5) Lightweight Conditioner
Melicinkan dan melembapkan rambut tanpa menjadikannya terlalu melekit
Mengembalikan elemen struktur supaya rambut kelihatan lebat, berkilat dan sihat
Menghilangkan kesan statik agar rambut mudah digayakan dan diurus

(6) Nourishing Scalp Treatment
Menyelesaikan semua masalah rambut dengan serum yang amat mudah diserap oleh kulit bagi melancarkan peredaran, menentang factor persekitaran yang merosakkan dan juga membekalkan khasiat kepada kulit kepala.
Vitamin antioksida iaitu A dan E, dan juga Koenzim Q10 melindungi anda daripada kerosakan akibat radikal bebas dan pencemaran persekitaran.
Bertindak membekalkan ruang yang optimum untuk rambut anda.
Formula tanpa bilas memudahkan anda menggunakan dan menggayakannya.
Tidak menjadikan rambut melekit atau berminyak.

Perbezaan Shaklee
ProSanté Nourishing Scalp Treatment adalah formula eksklusif, yang terbukti mampu mengurangkan keguguran rambut semasa menyikat dan dapat melebatkan serta menguatkan rambut secara semula jadi apabila digunakan sebagai sebahagian daripada sistem Penjagaan Rambut ProSanté.



Yang mana satu anda perlukan?
Keperluan adalah mengikut jenis dan masalah rambut anda seperti berikut:

Bagi mereka yang mengalami masalah keguguran rambut anda boleh gunakan set berikut:
  • Revitalizing Shampoo
  • Lightweight Conditioner
  • Nourishing Scalp Treatment

Set ini boleh digunakan secara harian.

Bagi mereka yang mengalami masalah rambut berkelemumur, rambut bercabang, rambut rosak dan berminyak, anda boleh gunakan set berikut:
  • Purifying Shampoo
  • Replenishing Conditioner
  • Nourishing Scalp Treatment

Set ini untuk kegunaan 1-2 kali seminggu, bukan harian.

Jom Suburkan Rambut Anda!

Kulit kepala yang sihat adalah asas kepada rambut yang sihat. Itulah sebabnya kenapa setiap produk ProSanté mengandungi Scalp Health Complex, iaitu gabungan 10 vitamin, mineral dan herba bagi menyediakan persekitaran optimum untuk rambut yang sihat, lebat dan menawan.

Shaklee memilih bahan-bahan seperti:

Ekstrak swertia dan halia untuk merangsang peredaran darah dan membekalkan tenaga untuk folikel rambut; Mineral kulit yang penting seperti kuprum, zink, mangan serta vitamin A dan E untuk membantu metabolisme kulit kepala yang sihat; dan Minyak daun pokok teh serta esktrak teh hijau untuk menentang kerosakan akibat radikal bebas dan faktor-faktor persekitaran lain.

Dan anda juga tidak akan menemui sebarang bahan kimia kuat yang boleh merosakkan rambut dan juga kulit kepala anda dalam rangkaian penjagaan produk ProSanté.

Hubungi saya untuk tempahan dan mengetahui bagaimana anda boleh mendapatkan produk Shaklee dengan harga diskaun.

Fiza
tel : 012-5299013

Tuesday 12 May 2015

Menang yang Rugi

Jom kita fikirkan...

Kalau kita bergaduh dengan pelanggan 
Walaupun kita menang,
Pelanggan kita tetap akan lari,
.
.
Kalau kita bergaduh dgn rakan sekerja
Walaupun kita menang,
Tiada lagi semangat 1 kumpulan,
.
.
Kalau kita bergaduh dengan majikan
Walaupun kita menang,
Tiada lagi masa hadapan di tempat itu
.
.
Kalau kita bergaduh dengan keluarga
Walaupun kita menang,
Hubungan kekeluargaan akan renggang,
.
.
Kalau kita bergaduh dengan guru
Walaupun kita menang,
Keberkatan menuntut ilmu 
Dan kemesraan itu akan hilang,
.
.
Kalau kita bergaduh dengan kawan
Walaupun kita menang,
Yang pasti kita akan kekurangan kawan
.
.
Kalau kita bergaduh dgn pasangan
Walaupun kita menang,
Perasaan sayang pasti akan berkurangan
.
.
Kalau kita bergaduh dgn sesiapa pun,
Walaupun kita menang,

Kita tetap akan KALAH��.

Sehari tak dapat satu, tak lengkap hidupku!

Tudia tajuk..hahaha..

Ya, memang saya tak boleh hidup tanpa vitalea. Penah seminggu tak ambil vitalea, badan rasa lemah, mood kurang best, asyik-asyik nak jadi singa ja.. hehehe.. kenapa?

Sebab vitalea ni asas pada badan kita..

Vita Lea MULTIVITAMIN pertama dunia

Tablet Vita Lea ini disaluri serbuk nutrisi- spirulina (semualjadi). Larut dalam air dan juga tubuh manusia.

Setiap tablet mengandungi 28 nutrisi harian lengkap yang diesktrak ari sayuran dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral penting.

Mineral yang terkandung dalamnya mudah berintegrasi dengan protin untuk penyerapan yang cepat oleh usus kecil kita.

  • Penambahan tenaga Segera
  • pelengkap Nutrisi - kurang pengambilan sayur boleh ambil ini
  • metabolisma- melambatkan penuaan
  • Elemen penting tubuh- sel baru, pembesaran, pertumbuhan rambut otot kulit kuku, hormon serta penjagaan kesihatan tiroid
  • melindungi Organ- lindungi fungsi buah pinggang , jantung dan hati

> best pink pipi
> tangan kulit lembab
> badan gebu

Ramai tau yang perasan kulit gebu bila konsisten dengan vitalea ni...haaaa... nak cuba?

kontek saya 012-5299013 Fiza

Cod Jitra
SID JITRA :)

Sunday 10 May 2015

Selamat Hari Ibu MAK!!! Hadiah paling bermakna untuk Mak!


Hari ni 10 Mei 2015, HARI IBU sedunia..

Alhamdulillah, mak sihat dan paling happy, mak dah sembuh dari sakit-sakit sendi dan kebas tangan yang dah lama hinggap.

Mesti ramai yang nak hadiahkan sesuatu pada mak.. pastu masih tercari-cari apakah yang paling best dan sesuai untuk mak.. haaaa... nin diaaa.. VIVIX!


Kenapa saya suggest vivix?

Sudah tentu kerana khasiatnya yang sangat2 membantu kita dalam kehidupan. Jom kita tengok apa fungsi vivix



Vivix telah terbukti menyelesaikan masalah penyakit2 serius, antaranya :
  • • Diabetes
  • • Kolestrol tinggi
  • • Penyakit Kardiovaskular (Jantung)
  • • Tekanan Darah Tinggi
  • • Alzheimer atau nyanyuk
  • • Arthritis, Osteoporosis, Masalah sendi dan tulang
  • • Gout
  • • Letih
  • • Metabolisme badan RENDAH (antara sebab sukar turun berat badan)
  • • Masalah kulit dan bintik penuaan (kedut)
  • • Kanser dan tumor
  • • Katarak dan masalah mata
  • • Masalah saraf
  • • Lemah imun tahan daya badan - lambat sembuh
Haaaa.. tunggu apa lagi? Tiada apa yang boleh menandingi kasih sayang ibu kita

Fiza
Your Shaklee Independent Distributor Jitra
012-5299013


Saiz Perut Baby

Seringkali ibu terutamanya ibu baru risau bayinya yang baru lahir tidak cukup susu. Tangisan bayi sering disalah anggap sebagai tanda bayi lapar, sedangkan bayi menangis mungkin kerana hanya mahukan pelukan atau kerana dia tidak berasa selesa. Keadaan bertambah mencabar bila banyak suara di sekeliling ibu yang menambahkan rasa gusar hati itu. Perasaan ini boleh menjadi penyebab ibu hilang keyakinan tentang kemampuannya untuk menyusukan bayi.

Benarkah bayi menangis kerana lapar? Sedangkan ibu baru sahaja menyusukan bayi 5 minit yang lepas. Untuk itu, mari kita lihat, berapa besar perut bayi...



Apa terjadi jika bayi minum susu terlalu banyak daripada kuantiti susu yang bersesuaian dengan umurnya?
  • Bayi akan muntah susu
  • Bayi berasa perutnya tidak selesa
  • Bayi terbiasa minum susu dengan banyak

Jika ibu risau tidak cukup susu (sedangkan tidak), apa boleh terjadi?
  • Ibu mungkin risau dan boleh stres
  • Ibu mungkin akan memberi susu lain selain daripada susu ibu
  • Bayi akan terlalu kenyang dan kurang meminum susu ibu
  • Bayi kurang mendapat khasiat susu ibu kerana telah dikenyangkan dengan susu buatan
  • Susu ibu yang tidak dirangsang kerana kurang 'demand' ini, membuatkan 'supply' berkurangan
  • Lama-kelamaan ibu boleh mengalami masalah kurang susu
Dengan mengetahui saiz perut bayi baru lahir dan anggaran kuantiti susu ibu yang diperlukan, inshaAllah

Ibu yakin badan ibu menghasilkan susu yang mencukupi untuk bayi kerana bayi cuma minum sedikit sahaja pada permulaan hidupnya

Ibu boleh menapis kata-kata orang lain yang menyarankan ibu untuk menambah susu lain selain daripada susu ibu

Kemungkinan untuk ibu menjayakan misi penyusuan susu ibu secara eksklusif akan meningkat

Ilmu suluh kehidupan. Semoga ibu-ibu dipermudahkan untuk menyusu dan diberi kejayaan.

sumber : Ratuhati

Fiza 
Shaklee Independent Distributor Jitra
012-5299013

Wednesday 6 May 2015

Tak nak la Mengandung lagi... saya nak enjoy dulu!

Tahukah anda bahawa sengaja melengahkan usaha utk hamil boleh membawa beberapa masalah jangka panjang?

 Diantaranya:

1. Kesuburan kaum wanita menurun dgn usia. Kadar kesuburan adalah tertinggi pada awal 20 an hingga pertengahan 20 an, selepas itu kadar kesuburan mula menurun.
2. Pasangan yg lewat menjalani pemeriksaan sebab gagal utk hamil boleh terlepas peluang utk mengesan sebab2 kegagalan utk hamil dan ada di antaranya penyakit2 endokrin dan penyakit kronik yg merbahaya.

3. Wanita-wanita yg kurang subur lebih tinggi risiko mengalami masalah kesihatan seperti haid yg tidak teratur, sindrom polisistik ovari, pra kanser dan kanser rahim serta lain2.
4. Kehamilan pada usia yg lebih muda iaitu awal 20 an lebih kurang risiko berbanding dgn kehamilan pd usia terlalu muda (belasan tahun) dan usia lewat terutama selepas 35 tahun. Pd usia yg muda, kekuatan fizikal lebih tinggi dan kadar komplikasi kehamilan dan kelahiran lebih rendah.


5. Kejayaan rawatan kesuburan adalah lebih rendah jika usia pasangan wanita lebih lanjut berbanding dgn usia lebih muda.
6. Kehamilan pd usia yg lebih lanjut bukan sahaja mempunyai kadar komplikasi yg lebih tinggi pd ibu tetapi juga kepada bayi yg dilahirkan termasuk kecacatan bayi terutamanya sindrom down.

Promosi Gila berganda-ganda May 2015!

Tiap-tiap bulan memang Shaklee buat promosi..start Mac 2015, promosi shaklee semakin menjadi2 kegilaannya. hahaha.. ya lah.. dulu 1 produk saja. La ni skali 3 produk wooo

Pastu yang jadi ahli, di offer pulak bonus 1 kali ganda. Contohnya klu bonus RM 1000, dapat la RM2000.. haaa, tapi ada la syaratnya.. memang kacang sungguh la nak skor. Tapi, tak boleh cita kat sini.. sbb hanya untuk ahli saja..

So sekarang jamu mata saja untuk pengguna tengok promo biasa ye. hehehe



Ni ha...beli 2 dapat diskaun 5%. Nak lagi murah? Wajib masuh ahli yo!

Memang bagus offer ni. Omega dan Phytocol St untuk rendahkan kolesterol jahat dalam badan.

Nak tau fungsi omega.. klik sini --> OMEGA

Nak tau fungsi phytocol St.. klik sini --> PHYTOCOL






Ni pulak kalau beli 6 omega atau phytocol ST, maka dapat la 1 free. Uiiii.. sebotol ni hrga ratus2 tau, sebab tu untung beli bulan ni.

Omega bukan saja untuk potong kolesterol, dia cairkan lemak-lemak juga. Jadi slim gitu. Pastu, jantung pun kuat. Ya la.. bila darah dah elok, x dak la sekatan jantung nak pam ke seluruh badan.. :)




Ni pulak promosi vitalea for kids

Khas untuk kanak-kanak tahun ke atas. Murah sangat ni.. banyak khasiat, tak merosakkan gigi sebab tiada gula tambahan. Natural gitu!

Okeh, nak dapatkan segera? Hubungi saya

 012-5299013 Fiza

Cod Shaklee Jitra yo!

Monday 4 May 2015

Basic H2™ Organic Super Cleaning Concentrate

Kaedah Mencuci Secara Semula Jadi Tanpa Racun

Kod Produk:00015 (473ml)
Kaedah Mencuci Secara Semula Jadi Tanpa Racun

Setiap botol Basic H2 Organic Super Cleaning Concentrate dengan kepekatan berganda ini sungguh selamat digunakan dan dilengkapi kuasa pembersihan yang tinggi untuk menanggalkan kotoran dan minyak dalam sekelip mata. Basic H² berkesan untuk membersihkan tumpahan susu, mengelap tingkap, menyental kotoran pada gril, dan1001 kegunaan lagi. Cubalah sendiri dan lihat betapa kagumnya anda!
Hanya Satu Pencuci Untuk Ribuan Kerja Rumah
  • Ultra-pekat: 16 auns boleh dicairkan menjadi 48 gelen pencuci berkuasa tinggi.
  • Pencuci serba guna: menanggalkan kotoran, gris dan minyak daripada sebarang permukaan yang boleh dicuci, di dalam dan di luar rumah.
  • Mencuci kotoran berminyak dan gris yang paling degil, tanpa meninggalkan kesan comot.
  • Dua kali lebih pekat berbanding rumusan Basic H² asal – hanya gunakan separuh sahaja.
  • Tidak perlu dibilas, tidak meninggalkan sebarang sisa sabun atau kesan palitan.
Gunakan Pada Sebarang Permukaan Yang Boleh Dicuci – Di Dalam atau Di Luar Rumah
  • Dinding, tingkap dan cermin
  • Kaunter dapur, jubin dan lantai
  • Peralatan
  • Dapur
  • Hiasan kayu
  • Periuk belanga
  • Perabot (Jangan gunakan dalam akuarium atau tangki air pengelap cermin kereta)
Cara Penggunaan Untuk Hasil Terbaik
Dapur, peralatan, perabot, hiasan kayu, dinding, keluli tahan karat, granit, marmar dan bilik mandi
  • 1⁄4 sudu teh + 16 oz. air dalam Penyembur Get Clean
Periuk belanga
  • 1⁄2 sudu teh + 1 gelen air suam
Tingkap dan cermin
  • 1-2 titis + 16 oz. air dalam Penyembur Get Clean
Lantai
  • 1 sudu besar + 1 gelen air
Kain benang biri-biri, nilon, fabrik berkualiti tinggi
  • 1⁄2 sudu teh dalam satu besen air suam
Tahukah Anda?
  • Kebanyakan pencuci serba guna mengandungi toksin yang boleh disedut atau diserap melalui kulit.
  • Pelarut sintetik boleh mengganggu keseimbangan hormon.
  • Pelarut organik seperti butyl cellosolve merupakan toksin saraf dan boleh merengsakan hidung.
  • Morpholine, sejenis toksin berbahaya, boleh mengakibatkan kerosakan hati atau buah pinggang.
  • Pencuci kaca mengandungi ammonia, sejenis racun yang boleh merengsakan kulit, mata dan sistem pernafasan.
Basic H2 Tidak Mengandungi Bahan-Bahan Ini Mahupun Bahan Berbahaya Yang LainKeunikan Shaklee
Selamat
  • Tidak toksik
  • Tiada gas beracun
  • Tiada bahan kimia berbahaya
  • Tanpa pewangi
  • Lembut pada tangan anda
  • pH seimbang
  • Tanpa klorin
Berkesan
  • Amat berkesan menanggalkan minyak. Ultra-pekat: 16 oz. Boleh dicairkan menjadi 48 gelen.
Mesra Alam
  • Rumusan semula jadi daripada sumber yang mapan (diekstrak daripada jagung dan kelapa)
  • Mudah biorosot
  • Tanpa fosfat
  • Bungkusan yang boleh dikitar semula
  • Tanpa bahan pewarna
  • Selamat untuk sistem septik dan pembetungan
Shaklee Independent Distributor
Jitra

012-5299013 Fiza

Friday 1 May 2015

Vitalea Berumur 100 tahun

Alhamdulillah..

Untuk pengetahuan semua, vitalea genap umur 100 tahun atau pun 1 abad.

Vitalea Shaklee merupakan multivitamin pertama yang dicipta di dunia. Sudah tentu pengasas Shaklee, Dr Forrest C Shaklee yang mencipta vitalea ni

Jadi sempena meraikan ulangtahun vitalea ni, Shaklee berbesar hati menghadiahkan 1 botol vitalea untuk ahli baru yang join Shaklee bulan Mei 2015 ni dengan pembelian mana-mana produk shaklee. Untungnya.. harga vitalea sebotol RM 92 tau!

Jom daftar ahli.. banyak lagi insentif menarik Shaklee tawarkan bulan ini.. sangat-sangat best!

Hubungi saya segera

Fiza 012-5299013
Senior Coordinator Anda!


Mengapa Pemakanan Sihat Penting Semasa Mengandung?


1. Untuk mengekalkan kesihatan ibu.

2. Untuk memenuhi keperluan nutrien dan memastikan penambahan berat badan semasa mengandung iaitu bagi:

  • berat bayi

  • penyimpanan protein, lemak dan nutrien lain

  • penambahan darah

  • penambahan cecair badan yang lain

  • pembesaran payudara

  •  pembesaran uterus (rahim) 
  •  cecair amniotik (air ketuban)

  •  plasenta (uri)

3. Bekalan zat untuk janin.

4. Persediaan untuk penyusuan.

5. Mengatasi masalah kekurangan zat makanan.

6. Untuk memastikan pertumbuhan dan perkembangan janin yang sihat.



Your trusted Shaklee Independent Distributor

Fiza 012-5299013 

COD Jitra

Harum manis ..Perlis mari

Alhamdulillah

Mai lagi musim harum manis..

Kenapa ya harum manis ni harga mahal daripada yang lain?

Pikiaq punya pikiaq.. mungkin sebab


  • hanya hidup di daerah daerah tertentu di negeri perlis sahaja
  • buah ni hanya ada setahun sekali
  • pokok berbuah 1 tahun skali
  • bau yang harum lain daripada buah pelam lain.
Macamana nak tahu itu buah harum manis?

haaa.. ini bezanya

  • bentuk buah dia bulat sikit
  • kulit yang licin
  • isi dia warna kuning, isi yang oren mungkin rosak
  • warna kulit bergantung pada cara balutan dan kertas balutan. Buah yang paling baik, kulit berwarna hijau muda dan nampak gebu, Dibalut dengan kertas khas yg berwarna coklat. Kulit buah harum manis yang berwarna hijau agak gelap sebab dibalut dengan kertas surat khabar.. insyaAllah.. rasa tetap sama.
  • buah gred A beratnya sekitar 500g, jika beli 1 kg, maka dapat 2 biji.. hehehee, buah gred B berat sekitar 300g +.. camtu la kisahnya..
okeh, nak order? Boleh ja.. hubungi Shahrul 013-4254470 wsap/msg/call

COD Jitra ya! sapa cepat dia dapat! While stock last... 

Khasiat harum manis

  • kaya dengan Vit A, C, zat besi, kalsium fosfor, sodium, potasium dan magnesium, tembaga, vitamin E, selenium, glutamin asid, pectin
  • mengurangkan risiko kanser prostat, kolon, payudara dan leukimia
  • tinggi fiber, dapat mengurangkan sembelit
  • mengaktifkan sel otak
  • merendahkan level kolesterol jahat LDL
  • menambahbaik deria penglihatan
  • mengurangkan risiko sakit jantung
tak larat nak makan buah? makan supplement.. hehehe
SHAKLEE kan adooo

Fiza, 012-5299013 Your shaklee independent distributor.. JITRA