Monday 31 August 2015

Tanggalkan White head dan Blackhead dengan Shaklee Make Up Remover

Assalamualaikum

Semalam pegang je pipi, rasa kasar.. aishhh.. dah lama tak servis muka. Bila dah bekerja di rumah ni.. jarang-jarang pulak nak belek muka.. huhu. Itu lah WAHM.

Terpandang pulak make up remover shaklee ni..

Ni memang best tau!
Nama ja make up remover tapi bukan make up ja yang dia sental.

Make up remover ni sental

  • kulit mati/kulit kering
  • white head
  • black head
  • sisa make up
  • minyak berlebuhan di muka (minyak ni yang buatkan kita ada white head)
  • habuk-habuk yang boleh sumbatkan liang pori seterusnya sebabkan jerawat bila ada bakteria yang masuk
Dalam web shaklee.com.my, ini yang dinyatakan pasal GENTLE ACTION MAKEUP REMOVER


  • Melicinkan, melembutkan dan menyerikan kulit anda
  • Tunas Pokok Bic bertindak lembut untuk menyingkirkan sel kulit mati dengan menyeluruh tanpa merosakkan kulit
  • Aloe menyegarkan dan menegangkan kulit
  • Rumusan ringan, tidak berminyak dengan aroma yang menyegarkan
Memang best menda alah ni.. lepas pakai, kulit rasa licin sangat.. very soft


eiii.. geram tengokkk!!!



Haaaa.. nak order ya?
Klik kat sini. ... anda akan terus dibawa ke web shaklee. Bayaran pun semua anda buat sendiri. mudah kan! 

------------> ORDER SINI


Fiza 012-5299013 Shaklee Jitra

Sunday 30 August 2015

Apom pelangi

Hari-hari kena angkut apom untuk Hazeeq, anak no 2 umur 4 tahun. Kalau sikit tak ja.. ini sekali hadap 10 biji. hahahha.. jenuh ibu.

Jadi ibu pun kena la buat sendiri apom untuk dia.. ya lahhh.. nak makan banyak-banyak.. puas hati buat sendiri. Resepi ni dapat dari FB Sheily Rusli. Alhmdulillah bahan-bahan sangat mudah dan apom pun jadik elok

Bahan-bahan


  1. 4 biji telur
  2. 1 cawan gula (ibu kurangkan)
  3. 1 sudu kecil esen vanila
  4. 4 sudu besar susu pekat manis
  5. 1 sudu besar ovalet
  6. 2 cawan tepung
  7. 2 jenis pewarna (untuk buat pelangi)
Cara-cara
  1. Blend bahan 1-4 hingga gebu (warna cream)
  2. Masukkan tepung dan sebatikan
  3. Bahagikan 3 bekas. 2 bekas warnakan dengan pewarna yang anda suka. 1 bekas lg biar warna asal.
  4. Masukkan dalam loyang selang selikan 3 warna ini
  5. Kukus dalam periuk selama 45 minit.
    Macam ni la rupa apom pelangi sebelum masuk pengukus.


Fiza 012-5299013 Shaklee Jitra

Thursday 27 August 2015

MAKANAN ANTI GEMUK

Bagi menurunkan berat badan dan mendapatkan tubuh yang lebih sihat, para ahli diet menyarankan supaya membuang 500 kalori sehari dengan cara makan lebih banyak serat dan bersenam.

Hasil kajian yang dijalankan, selepas seminggu mengamal diet pengurangan kalori dan bersenam, seseorang itu mampu menurunkan antara 0.5 kg hingga 1.o kg lemak.

Dan satu makanan yang dikatakan membantu dalam menurunkan berat badan ialah popcorn atau bertih jagung.


Bertih jagung ialah makanan yang mengandungi kalori yang sangat rendah, asalkan tidak dicampur dengan mentega dan garam. Satu hidangan popcorn 740 gram hanya mengandungi 100 kcal (kalori) berbanding makanan snek lain seperti french fries.

Fiza 012-5299013
 Shaklee Jitra

Wednesday 26 August 2015

Kulit Berminyak : Atasi dengan mudah

Assalamualaikum

Ramai kan orang Malaysia alami kulit berminyak. Dah la cuaca Malaysia ni panas.. kulit muka pulak berminyak.. adoii.. boleh perah buat minyak goreng pisang.. hehehhe

InsyaAllah dengan pengambilan B complex Shaklee, masalah kulit berminyak dapat di atasi.

Bagaimana ia berfungsi?

B-COMPLEX mengandungi 8 kumpulan vitamin B yang melengkapi antara satu sama lain. Ianya membantu untuk mengekalkan tona kulit yang sekata. Vitamin B3 yang terdapat dalam B complex membantu melembapkan dan memberi perlindungan kepada kulit. Menstabilkan hormon & mengurangkan stress yang boleh mengganggu kulit yang menyebabkan jerawat. Biasanya, bila hormon tak stabil, minyak berlebihan akan dikeluarkan. Kemudian, bila dh lebih ni.. liang pori akan tersumbat.. maka jadi la jerawat...

So, nak order B complex dari saya?

Klik link --> B COMPLEX

Senang saja, boleh gunakan kad debit atau kredit anda terus sebab anda direct order dari Shaklee!

Jangan lupa hubungi saya untuk guide cara makan ya dan juga special gift!


Fiza 012-5299013 Shaklee Jitra

Tea Bag Yang Sangat Sedap

Ohoi hoii... jenuh la macam ni..

Ketagih ayaq tea bag pulak dah..

Hari tu cuba milk tea.. ya Allah.. sangatlah sedap. Rasa dia sangat kick. Tak kelat, tak manis sangat.. just very very nice wooo...

Hari ni try green tea plak sebab masa queue nak order ayaq.. ada sorang pakcik ni order green tea.. haa.. pastu rasa cam.. eh.. nak order lahhh.. hahaha.. order sama strawberry untuk si bumblebee ni aka abang ngah hazeeq.... tersengih-sengih dia sedut.. sedappp sangat-sangat.. hahaha.. abang ngah ni expression dia hover skit.. hehe..

Sampai ja rumah.. pas setel angkut 2 budak tidoq, ibu pun terkam terus green tea.. hallamakkk.. jemm.. rupanya jasmine tea laaa.. bau bunga melur.. adododoiiii.. rezeki kurang murah hari ni. Sedih sat.. tapi balun jugak. Hihi

Sapa nak dapatkan tea bag area Tanah Merah, Jitra.. boleh dapatkan di tepi pasaraya Yawata. Buka petang pkl 4 kalau tak silap sbb last day pi pkl 3 lebih x dak lagi khemahnya. Tutup pkl brpa cheq tak pasti.. rasanya sebelum maghrib. Cuba pi intai-intai tengok na!

Adiosss

Fiza 012 5299013
Shaklee Jitra

Resepi mudah Coklat Ganache

Anak-anak saya suka makan jem coklat dengan roti. Sudahnya, tiap bulan mesti kena angkut chocolate spread. Yang paling sedap sudah tentu Nutella.. hehehe.. penah juga try jenama Sunbear, ya, sedap juga dan harga lebih berpatutan berbanding nutella. Kemudia, agak susah nak dapat Sunbear dan nutella di kedai runcit. Terjumpa pulak jenama Gardenia.. hihihi.. alhamdulillah sedap

Bila anak-anak suka makan ni. ibu pun terfikir la nak buat sendiri coklat spread. Jadi.. google laa mencari resepi.

Terjumpak 1 resepi ringkas kat blog NI


Bahan-bahan (saya kurangkan separuh adunan)

500g coklat masakan potong kecil-kecil
300g whipping cream
50g butter/mentega (suhu bilik)



Cara-cara

  1. Masak whipping cream sehingga mendidih (sekejap saja.. whiping cream mudah membuak-buak)
  2. Tutup api dan masukkan coklat masakan, Kacau rata dengan whisk supaya cepat sebati
  3. Kemudian masukkan butter dan kacau lagi hingga sebati, SIAP!
Menurut tuan blog ni, kalau buat coklat spread, tahan la 2-3 hari jika tak letak dalam peti ais..
hmm.. ok la kan... kos pun tak la mahal mcm beli coklat spread yg dah siap tu.. hihihi

Work At Home Mom

Fiza 012-5299013
Shaklee Jitra


Sunday 23 August 2015

PETAI, tanda-tanda PENUAAN

Alamak!!

Baru perasan, dulu tak suka makan petai, sekarang.. nampak ja sambal tumis ikan bilis dengan petai, kaki tak dapat melangkah lagi selain terpaksa ambik dan makan. Hahahahaha.. tanda-tanda penuaan kah itu? hihihi...ya lah.. dah umur 34 tahun yo!

Bagi memujuk hati ini, jom kita tengok apa khasiat petai

Keistimewaan petai ialah ia mengandungi tiga gula semulajadi iaitu sukrosa, fruktosa dan glukosa. Digabungkan dengan serat, petai memberikan, meningkatkan kadar segera dan berterusan tenaga.

Mungkin banyak yang tidak percaya, jika dibandingkan dengan apel, petai menyediakan protein 4 kali lebih banyak, karbohidrat dua kali lebih banyak, tiga kali ganda fosfor, lima kali lebih Vitamin A dan zat besi, dan dua kali ganda jumlah vitamin dan mineral lainnya.

Berdasarkan kajian, buah petai yang berbintil-bintil pada papannya dikatakan mengandungi kadar protin dan lemak yang tinggi berbanding tumbuhan hutan yang lain, iaitu sebanyak 

  • 8 peratus protein
  • 11 % karbohidrat, 
  • 71%  air, 
  • banyak mengandungi kalsium, fosforus, zat besi, vitamin A, B1 dan C.

Kajian yang dibuat di makmal secara saintifik mendapati, petai mengandungi 

  • 0.8183 %  lemak, 
  • 5.2% protin, 
  • 2.06% karbohiderat, 
  • 36,647 kalori, 
  • 4.18335 vitamin C, 
  • 25.38%  air, 
  • 0.95% abu, 
  • 22.30 serat kasar, 
  • 0.916 gula, 
  • 1.35 ppm kalsium, 
  • 842.45 ppm kalium,
  •  7.8 ppm magnesium dan lain-lain jenis asid lagi.

Sebenarnya kandungan pemakanan biji petai berbeza mengikut umur dan kesegaran bijinya. Buah petai yang kecut ataupun bijinya tidak membulat mempunyai kandungan khasiatnya kurang.

Dalam perubatan tradisional Melayu, biji petai dipercayai berkesan untuk merawat penyakit jantung dan penyakit kencing manis, mencuci buah pinggang serta untuk mengeluarkan cacing. 

Kandungan klorofil dalam biji-biji petai berfungsi sebagai agen antioksidan yang baik untuk kulit, memastikan kesegaran tubuh.  

Namun begitu memakan petai pada kuantiti yang banyak juga tidak baik kerana mempunyai kadar asid amino yang tinggi yang dapat mengakibatkan komplikasi pada ginjal

Di antara kebaikan atau rawatan hasil memakan petai ialah:

Kemurungan 
Keputusan kaji selidik di kalangan orang yang mengalami kemurungan, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan petai. Ini kerana petai mengandungi tryptophan, sejenis protein yang badan bertukar kepada serotonin, yang yang dapat menjadikan orang lebih relaks, gembira dan menjadi emosi lebih stabil.

PMS (sindrom pra-haid) 
Vitamin B6 petai membantu mengawal atau meneutralkan paras gula dalam darah dan membantu wanita yang mengalami mood tidak stabil ketika berdepan sindrom premenstrual.

Anemia 

Zat besi yang tinggi di dalam biji petai boleh merangsang pengeluaran hemoglobin dalam darah dan seterusnya membantu dalam kes-kes anemia atau pesakit kekurangan darah.  
Tekanan darah tinggi 
Kandungan kalium dalam petai dengan kandungan rendah garamnya baik untuk menurunkan tekanan darah tinggi dan mengurangi risiko strok.
US Food and Drug Administration telah hanya menyenarikan petai sebagai buah yang mampu mengurangkan risiko tekanan darah dan strok. 

Kuasa  minda 

Khasiat petai lain ialah kemampuannya di dalam meningkatkan kekuatan tenaga minda. Ini  berdasarkan laporan di USA yang dijalankan di mana petai diberikan kepada pelajar semasa sarapan sebelum peperiksaan.    

Kajian terhadap 200 pelajar sebuah sekolah di Twickenham telah membuktikan pelajar yang terlibat memakan petai dapat meningkatkan kuasa otak mereka dan membantu mereka lebih segar, bertenaga dan memberi tumpuan dalam pembelajaran.  

Sembelit 

Petai juga dapat mengatasi masalah sembelit. Petai mengandungi tinggi serat dan boleh membantu penghadaman dan menggalakkan pembuangan air besar tanpa menggunakan julat.  Petai boleh membantu memulihkan tindakan usus yang normal.

Keletihan 
Cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat jus petai dicampur dengan dengan madu. 

Pedih ulu hati  

Petai mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan, jadi jika anda mengalami pedih ulu hati, cuba makan petai untuk mengurangkan kesan kesakitan. 

Gigitan nyamuk  

Satu amalan yang biasanya dilakukan orang kampung ialah menggunakan kulit petai untuk mengurangkan kesan gatal gigitan serangga dan nyamuk.  Kulit petai digosok pada bahagian yang kena gigit.  Insyaalah, rasa gatal, sakit, bengkak, kerengsaan atau lebam akan beransur kurang. 

Saraf  
Petai yang tinggi vitamin B yang membantu menenangkan sistem saraf.

Berat badan yang berlebihan

Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi punca pengambilan makanan berlebihan. Dengan memakan petai, kita dapat mengawal badan daripada ketagih mengambil makanan berkarbohidrat tinggi.  Dengan cara itu dapat mengatasi masalah berat badan berlebihan.

Ulser 
Petai mampu meneutralkan lebihan asid dan mengurangkan kerengsaan oleh salutan lapisan perut. Jadi, ia dapat membantu mengatasi penyakit ulser.

Kawalan suhu

Petai dianggap "penyejuk"  dan boleh menurunkan suhu fizikal dan emosi, termasuk kepada ibu-ibu mengandung. Di Belanda, sebagai contoh, wanita hamil makan petai untuk memastikan bayi yang dilahirkan dengan suhu yang sejuk.

Merokok 

Petai juga boleh membantu orang yang cuba untuk berhenti merokok.   Petai yang kaya dengan kandungan vitamin B6, B12, serta kalium dan magnesium dapat membantu badan pulih daripada kesan-kesan nikotin terhadap tubuh.
Kalium (potasium) dan magnesium dalam petai boleh mengurangkan keinginan untuk merokok. Merokok adalah membahayakan kesihatan.  Biar mulut berbau petai daripada berbau rokok.

Tekanan perasaan (stres) 
Potassium atau kalium merupakan bahan mineral untuk kesihatan vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam badan anda. Apabila kita tertekan, kadar metabolisme kita meningkat, sekali gus mengurangkan kadar potassium. Ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek petai yang tinggi potassium.
Mengatai masalah cacing dalam badan
Petai juga dapat membunuh cacing di dalam perut dan usus di mana ia akan keluar bersama najis.

Merawat deman kuning.
Bahagian daun petai boleh digunakan untuk merawat demam kuning. Caranya ialah dengan merebus daun petai di mana kemudian airnya diminum dan ulang beberapa kali.

Strok 
Menurut kajian dalam "The New England Journal of Medicine" makan petai sebagai sebahagian daripada diet yang teratur dapat mengurangkan risiko kematian oleh strok sebanyak 40% ".

Ketuat 

Mereka yang ada ketuat pada badan, boleh mencuba untuk menghilangkannya dengan meletakkan biji petai pada bahagian yang berkenaan.  Gunakan plaster atau kain untuk melekatkan biji petai di bahagian ketuat itu.

Mengurang kemabukan
Terdapat petua yang mengesyorkan adunan petai bersama susu dan madu, adunan ini dipercayai dapat mengurangkan masalah kemabukan, kerana herba petai, madu dan susu dapat memperbaiki aras glukosa dan mengembalikan aras cecair badan ke tahap seimbang.

Petua hilangkan bau petai di mulut
- Makan beras mentah dalam 10 biji.
- Kunyah terung mentah.
- Kunyah timun.
- Berus gigi selepas menggunakan dental floss.
- Kunyah chewing gum
- Campur masakan petai dengan terung.  

Petua hilangkan bau petai di tandas
Untuk mengelak tandas berbau busuk petai, potong terung dan diletakkan di dalam tandas.  Terung akan serap bau petai.



Tuntasnya, petai menawarkan pelbagai khasiat. Maka, wajar kita mengamalkan pengambilan petai dalam makanan untuk mendapatkan khasiat dan kebaikannya. 

haaa.. tudia... hihihi..baguih no petai!

info dari blog INI

Hadiah UlangTahun Pertama Paling Bermakna

Assalamualaikum

Wahhh.. anak anda akan genap umur 1 tahun tak lama lagi. Kemudian anda pasti akan tercari-cari hadiah yang bermakna untuk anak anda yang comel dan pandai tu kan.. Ya, kebanyakan daripada kita akan belikan mainan pada anak sempena ulangtahun mereka. Ada yang pilih hadiah paling mahal untuk diberikan sempena ulangtahun.. alhamdulillah anda sangat - sangat sayangkan anak, memang setiap ibu bapa pasti nakkan yang terbaik untuk anak.

Namun, anak kecil belum faham apa itu mahal atau murah. Apa kata, anda hadiahkan mealshake  untuk anak-anak. Kenapa? 7 sebab


  1. Mealshake lengkap dengan 24 jenis vitamin dan mineral
  2. Minuman multivitamin perasa vanila yang lengkap dengan, tanpa pewarna dan perasa tiruan
  3. Kaya dengan PROTEIN dan membantu menyihatkan sel-sel dalam tubuh badan mereka.
  4. Mengandungi asid folik, biotin, kalsium dan magnesium untuk membina tulang dan sel-sel supaya membesar dengan sihat dan kuat
  5. Mengandungi vitamin A, C, E, zinc, selenium sebagai antioksidan untuk melawan radikal bebas salah satu punca penyakit kanser.
  6. Mengandungi vitamib B yang lengkap dan iron untuk mebentuk sel darah merah yang sihat
  7. Kaya dengan serat larut yang membantu menyingkirkan lemak berlebihan daripada kolon dan perut
Haaa... bagus kan.. hadiah yang paling bermakna adalah KESIHATAN

Nak cuba?

hubungi saya segera Fiza 012-5299013. Harga terbaik dengan penghantaran segera .. InsyaAllah.
Cod, Jitra

Thursday 20 August 2015

Senangnya buat Homemade Face Paint

Mahal kan nak beli cat yang tak bahaya bila letak kat kulit terutamanya kulit muka.. Haa.. apa kata kita buat sendiri untuk anak-anak..
Bahan-bahan pun senang nak cari, yang penting, selamat untuk digunakan ya!
Anda perlukan :
  • Tepung jagung
  • Losyen muka atau losyen baby
  • 1/4 sudu kecil minyak sayuran (minyak masak pun boleh je)
  • Pewarna masakan
  • Bekas kecil
  • Mangkuk
Cara-cara :
  1. Campurkan losyen dan tepung jagung dengan sukatan yang sama. Jika tepung 2 sudu, losyen juga perlu 2 sudu. Gaul sebati. Tambahkan minyak sayuran supaya cat tadi tidak mudah kering. Gaul rat sehingga tidak berketul
  2. Kemudian, masukkan sedikit pewarna masakan ke dalam bekas asing dan campurkan adunan tadi (1 sudu besar). Pastikan pewarna masakan atau apa-apa pewarna tu boleh di basuh ya... hehe. takut nangis nanti bila dah conteng di muka, tak keluar pulak!
  3. Ulangi langkah 1 dan 2 tadi untuk warna-warna lain pula. Untuk kesan lebih hebat, boleh tambah glitter.. hhehe.. ok, have fun!




Vitamin Cerdas Cergas: Cergas haji & Umrah

Vitamin Cerdas Cergas: Cergas haji & Umrah: Dah habis bulan Syawal, menjelma pula Bulan Zulkaedah :).. maknanya.. nak dekat haji dah.. Bulan Zulhijjah. Orang Islam dah start tunaikan ...

Cergas haji & Umrah

Dah habis bulan Syawal, menjelma pula Bulan Zulkaedah :).. maknanya.. nak dekat haji dah.. Bulan Zulhijjah. Orang Islam dah start tunaikan Rukun Islam ke 5, menunaikan HAJI..

Alhamdulillah bagi yang dah pernah jejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah.. biasanya. orang Malaysia dapat pi haji bila umur dah meningkat. Mungkin sebab faktor kewangan dan masa.

Kos menunaikan Haji agak mahal juga.. jadi perlu la menabung dulu. RM11 ribu jugak kan tahun ni 2015. Kalau 2 tahun lepas rasanya kos tak sampai RM10 ribu pun.. jadi nak kumpul 5 angka ni kadangkala agak susah bagi sesetengah orang.. sebab tu ada yang dapat menunaikan haji bila umur dah meningkat.

Bila umur dah meningkat ni, tubuh pun tidak segagah orang muda. Jadi, ada 2 set supplement khas untuk umrah dan haji

SET 1---> set utama dan penting


  1. Performance Drink - membekalkan tenaga berpanjangan di kala cuaca panas dan keletihan, membantu badan menyimpan cecair supaya sentiasa cergas dan kuat.
  2. Ostematrix - membantu mengurangkan lenguh dan memberi kecergasan ketika beribadat
  3. Nutriferon - membantu melawan penyakit supaya badan sentiasa kuat dan sihat, mengurangkan simptom-simptom demam, selsema, alahan, sakit perut, mual dan sebagainya.
InsyaAllah, anda boleh hadiahkan kepada ibubapa yang menunaikan haji dan umrah. 

Kita hanya berusaha, Allah yang menyembuhkan :)

Berminat? hubungi saya sekarang 012-5299013 atau boleh order di SINI kemudia jangan lupa hubungi saya untuk dapatkan hadiah percuma dan cara makan ya!

Fiza, Shaklee Jitra

Wednesday 19 August 2015

Wang Percuma!! Siapa yang bertuah?

Assalamulaikum..

Haaa.. hari ni nak promote 1 page di fb yang offer wang percuma

Nak join tak? Senang ja.. ikut langkah2 berikut.. Masuk kat PAGE VITAMIN FOR ALL ni..

Tekan SINI -----> VITAMIN FOR ALL



Selamat mencuba!

Tuesday 18 August 2015

Resepi Swedish Meatballs IKEA

Ingredients
Bahan untuk meatballs
Bahan untuk gravy
Servings: biji
Instructions
Cara menyediakan meatballs
  1. Panaskan 1 sudu besar minyak di dalam frying pan dengan api sederhana.
  2. Masukkan bawang dan kacau lebih kurang 2 ke 3 minit.
  3. Satukan daging, serbuk roti, kuning telur, all spice, serbuk buah pala dan bawang besar yang telah di masak. Tambahkan garam dan serbuk lada hitam.
  4. Dengan menggunakan sudip atau tangan, gaul adunan hingga sebati.
  5. Buatkan 24 bulatan-bulatan bebola daging, atau saiz mengikut citarasa.
  6. Tambahkan 1 sudu besar minyak ke frying pan. Masukkan beberapa bebola daging dan masak sehingga kesemua permukaan keperangan, lebih kurang 4 ke 5 minit. Masak sehingga kesemua meatballs habis di masak.
  7. Alihkan ke dalam bekas yang beralas paper towel supaya minyak diserap.
Cara menyediakan gravy
  1. Cairkan mentega di dalam frying pan.
  2. Masukka tepung sedikit demi sedikit sambil mengacau. sehingga sedikit keperangan, lebih kurang 1 minit.
  3. Masukkan pula stok daging sedikit demi sedikit sambil mengacau.
  4. Masak sambil sentiasa mengacau sehinnga agak sedikit pekat, lebih kurang 1 ke 2 minit.
  5. Masukkan sour cream, garam dan serbuk lada hitam. Kacau sebati.
  6. Masukkan meatballs ke dalam frying pan yang berisi gravy.
  7. Kacau sesekali dan masak sehinggat memekat, lebih kurang 8 ke 10 minit.
  8. Tabur daun parsley.


Copy paste : SEDAP TUBE