Wednesday, 30 April 2014
Monday, 21 April 2014
Kencing manis semasa hamil (diabetis gestasi)
Apakah itu diabetis gestasi?
Kencing manis semasa hamil juga dikenali sebagai diabetis gestasi. Ia adalah kencing manis (diabetis) yang dihidapi buat kali pertama semasa kehamilan. Dua hingga 14 peratus ibu hamil diserang penyakit ini.
Diabetis akan berlaku apabila badan tidak boleh menghasilkan insulin yang secukupnya, iaitu hormon yang dihasilkan oleh pankreas. Insulin mengawal jumlah gula dalam darah yang digunakan untuk tenaga dan membolehkan gula yang tidak diperlukan segera disimpan.
Semasa kehamilan, badan anda akan menghasilkan lebih insulin untuk memenuhi keperluan bayi anda, terutamanya dari pertengahan kehamilan dan seterusnya. Jika badan anda tidak boleh menyediakan insulin tambahan ini, anda akan mempunyai terlalu banyak gula dalam darah anda dan akan menimbulkan diabetis gestasi.
Diabetis gestasi selalunya akan teresolusi dengan sendiri selepas bayi anda dilahirkan, berbeza dengan jenis diabetis lain yang merupakan penyakit seumur hidup.
Bagaimana saya tahu jika saya mempunyai kencing manis dalam kehamilan?
Ujian yang disarankan kini untuk diagnosis diabetis gestasi adalah ujian toleransi glukosa oral (OGTT). Jika anda berada dalam kumpulan yang berisiko tinggi mendapat diabetis gestasi, anda akan diberikan ujian ini antara minggu ke-24 dan minggu ke-28 kehamilan.
Doktor anda akan membuat ujian urin untuk kandungan gula pada setiap temu janji antenatal anda. Jika terdapat gula dalam urin anda, ini mungkin tanda diabetis gestasi, walaupun cara ini bukan lagi yang terbaik untuk mengesan penyakit ini.
Selalunya, diabetis gestasi tidak memperlihatkan sebarang simptom, tetapi anda akan mengalami perkara berikut:
- keletihan;
- dahaga yang terlampau;
- membuang air kecil dengan banyak;
- penglihatan kabur.
Jika anda mempunyai sebarang simptom-simptom berikut, berbincanglah dengan doktor anda.
Apakah kesan kencing manis pada kehamilan saya?
Ini bergantung kepada bagaimana anda menjaga diri anda. Jika anda dapat mengawal diabetis anda dengan rapi, ini merupakan tindakan yang terbaik untuk anda dan bayi anda.
Masalah utama jika anda mempunyai terlalu banyak gula dalam darah ialah ia akan merentasi plasenta ke bayi anda, iaitu terdapat sedikit risiko yang bayi anda akan menjadi terlalu besar. Bayi yang besar akan membuatkan proses kelahiran dan bersalin lebih sukar. Kadang-kala, pembedahan caesarean perlu dilakukan.
Bayi-bayi yang menerima terlalu banyak gula dalam darah semasa kehamilan akan mempunyai masalah kesihatan selepas kelahiran seperti gula dalam darah yang rendah (hipoglisemia) dan jaundis. Tahap gula dalam darah bayi mungkin perlu diawasi untuk sementara waktu di unit neonatal.
Bayi-bayi yang dilahirkan oleh ibu-ibu yang mempunyai kencing manis didapati cenderung kepada obesiti dan diabetis jenis 2 di kemudian hari nanti.
Siapakah yang berisiko untuk mempunyai diabetis gestasi?
Anda dikatakan berada dalam kumpulan berisiko tinggi untuk mempunyai diabetis gestasi jika:
Indeks jisim badan (BMI) anda lebih daripada 30;
dahulu anda telah melahirkan bayi yang besar dengan berat sebanyak 4kg atau lebih;
anda menghidapi diabetis gestasi sebelum ini;
keluarga anda mempunyai sejarah kencing manis (ibu atau bapa, datuk atau adik-beradik mempunyai kencing manis);
keluarga anda dari nenek moyang lagi mempunyai sejarah kencing manis yang tinggi, dan ini lebih ketara jika anda dari keturunan Asia Selatan, Caribbean berkulit gelap atau Timur Tengah.
Bagaimana diabetis gestasi dirawat?
Dalam kebanyakan kes, anda boleh merawatnya dengan mengubah diet anda dan selalu bersenam. Doktor anda akan menasihatkan anda mengenai cara-cara mengawal tahap gula dalam darah dengan mengurangkan makanan dan minuman bergula. Anda akan dibantu dalam mengawal cara pemakanan anda dan dinasihatkan untuk memilih diet seimbang yang sihat yang terdiri daripada karbohidrat penuh bijiran, protin tanpa lemak dan lemak jenis baik.
Jika berat badan anda berlebihan sebelum anda hamil, anda disarankan untuk mengurangkan pengambilan kalori anda dan melakukan senaman ringan sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari.
Anda akan diminta untuk mengawasi tahap gula dalam darah anda untuk mengetahui sama ada perubahan yang anda lakukan memberi kesan atau tidak – doktor anda akan menunjukkan caranya.
Anda perlu melakukan skan ultrasound untuk memeriksa keadaan pembesaran bayi anda dan jumlah cecair amnion anda.
Bagaimana jika saya tidak dapat mengawal penyakit saya dengan diet dan senaman?
Dalam kira-kira 10 hingga 20 peratus kes diabetis gestasi, keadaan tidak boleh dikawal dengan diet dan senaman, dan jika ini berlaku, anda perlu mengambil ubat untuk mengawal tahap gula dalam darah anda atau menyuntik insulin. Dalam kes sedemikian, anda akan diajar cara untuk menyuntik diri anda sendiri.
Apabila anda bersedia bersalin dan semasa bayi sedang dilahirkan, tahap gula dalam darah anda akan diawasi dan dikawal untuk menghalang daripada timbulnya sebarang masalah kepada bayi anda selepas kelahiran.
Adakah saya akan terus mempunyai diabetis selepas bayi saya dilahirkan?
Anda akan diperiksa sebelum anda meninggalkan hospital dan semasa pemeriksaan posnatum anda, ujian kencing manis juga akan dibuat. Dianggarkan sebanyak seorang dalam lima orang wanita yang didiagnosiskan dengan diabetis gestasi mempunyai diabetis jenis 2 yang sedia ada sebelum mereka hamil, jadi keadaan ini telah dapat dikesan semasa kehamilan.
Kebanyakan kes diabetis gestasi teresolusi sendiri selepas kelahiran apabila tahap gula dalam darah kembali normal.
Jika saya mempunyai diabetis gestasi sebelum ini, apakah kemungkinan saya menghidapinya lagi?
Sesetengah wanita yang biasa menghidapi diabetis gestasi akan menghidapinya semula. Anggaran adalah amat berbeza – antara 30 dan 85 peratus akan menghidapinya lebih dari sekali.
Jika anda mempunyai diabetis gestasi sebelum ini, anda akan diminta mengawasi tahap gula dalam darah anda sendiri atau anda akan diberikan OGTT lebih awal, semasa kehamilan berada di minggu ke-16 hingga ke minggu ke-18 dan sekali lagi pada minggu ke-28, sekiranya penyakit itu tidak dikesan pada ujian pertama.
Jika anda mempunyai diabetis gestasi sebelum ini dan anda telah merawat diri dengan insulin, anda akan lebih cenderung menghidapinya semula; hanya seorang dalam empat orang wanita yang memerlukan rawatan insulin dahulunya, bebas dari penyakit ini pada kehamilan berikutnya.
Jika anda mempunyai diabetis gestasi sebelum ini, anda cenderung untuk mempunyai diabetis jenis 2 di kemudian hari. Anda akan diberikan nasihat mengenai cara mengekalkan diet seimbang, mengawal berat badan dan bersenam untuk mengurangkan kebarangkalian anda menghidapinya lagi.
Apa yang saya perlu lakukan jika saya sudah mempunyai diabetis sebelum saya hamil?
Jika anda mempunyai kencing manis dan merancang untuk hamil, ambil asid folik tambahan (5 miligram setiap hari) semasa anda sedang mencuba hendak hamil dan pada tiga bulan pertama kehamilan.
Kecacatan kelahiran adalah lebih tinggi dalam kehamilan diabetik berbanding dengan kehamilan biasa. Mengambil asid folik tambahan akan mencegah bayi anda daripada kecacatan kelahiran seperti spina bifida yang disebabkan oleh tiub saraf yang tidak tertutup dengan baik.
Cuba pastikan tahap gula dalam darah anda dikawal dengan baik sebelum anda hamil dan anda akan berada dalam keadaan yang lebih baik untuk mengawalnya sepanjang kehamilan anda. Ini akan mengurangkan risiko masalah kesihatan bertambah bagi anda dan bayi anda.
Kehamilan anda mungkin berisiko tinggi, tetapi ini tidak bermakna anda akan mengalami masalah, terutamanya jika anda terus mengawal tahap gula dalam darah anda pada tahap normal sebaik mungkin.
http://www.babycenter.com.my/a1031209/kencing-manis-semasa-hamil-diabetis-gestasi#ixzz2zUKNmfPD
Wednesday, 16 April 2014
BINTIK KOLESTEROL
Tau x apa tu bintik kolesterol?
Ok, kali ni saya nak berbicara strategi seterusnya nak cegah penyakit Makan. KOLESTEROL
Umumnya saya tengok masyarakat dah meningkat kesedaran nak kontrol kolesterol. Kalau saya jumpa pesakit, soalah pertama yang dia tanya ,” Kolesterol saya ok doc?”. Maknanya masyarakat harini dah makin celik sihat.
Malangnya kesedaran nak jaga kolesterol tu datang bila dah sakit jantung. Itu yang tak best. Kalau kita kontrol semasa kita masih sihat itulah yang terbaik, Cegah Sebelum Parah.
Bagaimana nak kontrol kolesterol? Di sini saya pilih tips yang praktikal, sebahagiannya daripada apa pesakit saya amalkan yang berjaya.
1. Berkenalan dulu dengan kolesterol
Kalau anda nak perang, kena kenali dulu musuh anda. Anda kena kenal dulu apa itu kolesterol. Sapa kolesterol jahat?
i. LDL ii. Triglyceride( Tg )
Sapa kawan kolesterol jahat?
i. Transfat( lemak trans )
ii. Polysaturated fat ( lemak politepu )
Inilah musuh utama yang menyebabkan penyakit dan kena kenal supaya kita boleh elak. Anda boleh baca label pada barang, tengok ruangan lemak . ada tertulis jenis-jenis lemak ni.
2. Periksa tahap kolesterol
Masalah dengan kolesterol tinggi ialah kita tak berasa sakit. Tinggi macamana pun tak sakit. Kita hanya boleh tahu hanya dengan check darah. Jadi pergilah check darah tahap kolesterol anda.
Ada pesakit, akan jadi xanthelasma( bintik putih disekeliling mata). Itu juga adalah tanda kolesterol tinggi.
3. Elak makanan berlemak dan berminyak
Kolesterol puncanya dari makanan. So kita kena elakkan mengambil makanan yang mengandungi tinggi kolesterol. Sebenarnya susah nak terang apa makanan yang tinggi kolesterol, Mudahnya semua makanan yang berminyak dan berlemak.
4. Bertukar ke masakan tidak bergoreng dan bertumis
Cuba anda ajar diri dan lidah anda makan masakan rebus dan bakar. Minimumkan masakan goreng. Sekarang ni dah banyak resepi sedap-sedap rebus dan bakar ni. Cari buku resepi dan belajar.
Masalah masyarakt Malaysia dah diajar masakan kena tumis dan goreng. Cuba anda pergi kedai makan dan tilik satu persatu masakan rakyat Malaysia. Apa yang tidak goreng dan tumis. Ulam je kot. Prinsipnya lagi berminyak lagi sedap.
5. Jangan goreng berulang
Kalau perlu menggoreng, pastikan minyak gorengan itu tidak diguna ulang. Sebab minyak yang diguna semula itu lagi tinggi kolesterolnya
6. Guna minyak sihat untuk tumis
Minyak Naturel ni yang paling rendah
kadar lemaknya setakat yg saya
pastikan. Ini satu lagi yang saya amalkan. Nak elak dari tumis masakan mungkin susah, so saya gunakan minyak masak yg lebih sihat seperti minyak jagung, matahari, zaitun. Masalahnya minyak ni mahal sikit. Jadi tak ekonomi nak buat goreng cucur. Setakat tumis ok.
Pokok oat
7. Makan oat
Ini satu strategi yang berkesan. Oat memang disahkan dapat kurangkan tahap kolesterol dalam badan. Masalah yang timbul ialah oat ni tak sedap , tawar. Sebab tu ramai yang tak suka. Orang Malaysia ni masih letakkan sedap dihadapan,, sihat dibelakang.
Tapi sekarang ni dah macam-macam produk ada berasaskan oat. Pilih yang mana satu sesuai dengan anda dan amalkan. Jangan hangat-hangat taik ayam.
Inilah yang paling popular Quaker oat.
Cuma rasanya tawar je. Kena pandai
masak
A8. Guna minyak zaitun
Minyak zaitun juga terbukti dapat kurangkan kolesterol. So mulakan guna minyak zaitun sekarang. Bagaimana nak guna, terpulang masing-masing. Ada yang makan terus, ada yang guna untuk masak. Kalau untuk tumis memang sesuai. Tapi untuk menggoreng, tak ekonomi, luruh rambut..:)
Contoh olive oil dalam pasaran. Cuma
harganya agak mahal lebih RM 30 ke atas
sebotol.
9. Makan makanan yang berserat tinggi
High fiber juga dapat mengurangkan kolesterol.Sayur-sayuran, buah-buahan, adalah sumber serat yang baik. kalau tak suka makan sayur atau buah boleh ambil product high fiber. Sekarang ni macam-macam ada. Tapi satu saja saya nak bagitau, saya tengok banyak produk ni harganya terlalu mahal. Tak pada dengan content.
Selalunya mereka kata produk mereka campuran pelbagai sayur dan buah jadi serbuk. Sebenarnya anda boleh ambil sendiri saja, lagi jimat, kesan hebat.
Kurang makan daging merah, lebih makan ikan
Ini satu tip mudah. Kurang makan daging merah seperti daging lembu sebab daging ni ada bersamanya lemak. Banyakkan makan ikan, makanlah banyak mana pun takpa.
Apa yg saya buat dalam seminggu, dua hari makan daging lima hari makan ikan.
11. Jangan lupa bersenam
Ini perkara yang amat penting kalau nak turunkan kadar kolesterol badan. Semua lemak yang masuk dalam badan kena dibakar supaya tak tersimpan dalam badan.
Bukanlah bersenam tu perlu pergi gim. Syaratnya mudah, bersenam sampai berpeluh dan nadi laju dalam 100 kali. Cukup. Buatlah apa pun aktiviti.
12. Gantikan santan atau guna santan rendah lemak
Santan tak boleh dipisahkan dengan masakan rakyat Malaysia. Gulai, rendang, mee kari, lontong ( terliur plak ) semuanya guna santan. Santan ni tinggi lemaknya So cadangan saya ganti santan dengan susu. Tapi kalau dah tak boleh ganti sangat, gunalah santan rendah lemak.
Dua jenama santah rendah lemak dalam pasaran
Bagaimana pula dengan supplement yang boleh membantu?

Hubungi saya utk khidmat nasihat
Fiza
Sms/wsup : 012-5299013
Shaklee ID : 882013
Shaklee di Alor Setar dan jitra Thursday, 10 April 2014
Adakah anda osteoporosis?
Apakah Anda termasuk individu berkulit cerah atau Asia?
Apakah Anda berusia 50 tahun ke atas?
Apakah Anda memiliki postur tubuh yang tinggi dan ramping?
Apakah Anda dari keluarga yang terkena osteoporosis?
Apakah Anda menggunakan ubat-ubatan untuk asma atau reumatik?
Apakah Anda juga menggunakan ubat-ubatan untuk penyakit tiroid?
Apakah Anda sudah melewati masa menopause?
Apakah Anda jarang melakukan olahraga atau kegiatan fisik lainnya?
Apakah makanan yang diambil dalam seharian mengandungi kalsium yang rendah?
Apakah Anda merokok?
Apakah Anda mengambil minuman beralkohol?
Jika jawapan “Ya” lebih mendominasi maka semakin besar risiko Anda terkena osteoporosis.
Jom bertindak sekarang! Cegah sebelum parah :)

Hubungi
Fiza
Sms/wsup : 012-5299013
Shaklee ID : 882013
Shaklee di Alor Setar dan jitra
Thursday, 3 April 2014
SYUKUR
Sejak saya join shaklee ni.. di bwh susur galur jutawan, saya rasa lebih dekat diri dengan PENCIPTA. Leaders amat tekankan amalan rohani.
Belum pernah saya jumpa grup MLM begini. Macam tak percaya Shaklee ni MLM kan.. haha.. skrg dh tukar ye dari MLM ke SOCIAL NETWORK MARKETING.
Kita diajar untuk memohon pada Allah, serah pada Allah.. sebab apa? sebab Allah pegang hati manusia. Rezeki juga dari Allah kan
Jika sales kurang menyengat, mak suruh kaji semula usaha, dekatkan diri pada PENCIPTA, banyakkan ibadat.. rasa tenang ja.
Jika anak cucu shaklee menduga, kita mengadu dan mohon padaNya, semoga dimudahkan. Hadiahkan Al-Fatihah.. ohh.. sungguh aman rasa bila ada tempat mengadu. Indahnya percaturan Allah. Kita dipilh dan ditentukan untuk berada di GROUP yang betul. Jom bersyukur!

Wednesday, 2 April 2014
Subscribe to:
Posts (Atom)