Wednesday, 16 April 2014

BINTIK KOLESTEROL

Tau x apa tu bintik kolesterol?




Ok, kali ni saya nak berbicara strategi seterusnya nak cegah penyakit Makan. KOLESTEROL


Umumnya saya tengok masyarakat dah meningkat kesedaran nak kontrol kolesterol. Kalau saya jumpa pesakit, soalah pertama yang dia tanya ,” Kolesterol saya ok doc?”. Maknanya masyarakat harini dah makin celik sihat.

Malangnya kesedaran nak jaga kolesterol tu datang bila dah sakit jantung. Itu yang tak best. Kalau kita kontrol semasa kita masih sihat itulah yang terbaik, Cegah Sebelum Parah.


Bagaimana nak kontrol kolesterol? Di sini saya pilih tips yang praktikal, sebahagiannya daripada apa pesakit saya amalkan yang berjaya.




1. Berkenalan dulu dengan kolesterol


Kalau anda nak perang, kena kenali dulu musuh anda. Anda kena kenal dulu apa itu kolesterol. Sapa kolesterol jahat?

i. LDL ii. Triglyceride( Tg )

Sapa kawan kolesterol jahat?

i. Transfat( lemak trans )
ii. Polysaturated fat ( lemak politepu )



Inilah musuh utama yang menyebabkan penyakit dan kena kenal supaya kita boleh elak. Anda boleh baca label pada barang, tengok ruangan lemak . ada tertulis jenis-jenis lemak ni.


2. Periksa tahap kolesterol

Masalah dengan kolesterol tinggi ialah kita tak berasa sakit. Tinggi macamana pun tak sakit. Kita hanya boleh tahu hanya dengan check darah. Jadi pergilah check darah tahap kolesterol anda.
Ada pesakit, akan jadi xanthelasma( bintik putih disekeliling mata). Itu juga adalah tanda kolesterol tinggi.


3. Elak makanan berlemak dan berminyak

Kolesterol puncanya dari makanan. So kita kena elakkan mengambil makanan yang mengandungi tinggi kolesterol. Sebenarnya susah nak terang apa makanan yang tinggi kolesterol, Mudahnya semua makanan yang berminyak dan berlemak.


4. Bertukar ke masakan tidak bergoreng dan bertumis

Cuba anda ajar diri dan lidah anda makan masakan rebus dan bakar. Minimumkan masakan goreng. Sekarang ni dah banyak resepi sedap-sedap rebus dan bakar ni. Cari buku resepi dan belajar.
Masalah masyarakt Malaysia dah diajar masakan kena tumis dan goreng. Cuba anda pergi kedai makan dan tilik satu persatu masakan rakyat Malaysia. Apa yang tidak goreng dan tumis. Ulam je kot. Prinsipnya lagi berminyak lagi sedap.

5. Jangan goreng berulang

Kalau perlu menggoreng, pastikan minyak gorengan itu tidak diguna ulang. Sebab minyak yang diguna semula itu lagi tinggi kolesterolnya


6. Guna minyak sihat untuk tumis



Minyak Naturel ni yang paling rendah
kadar lemaknya setakat yg saya
pastikan. Ini satu lagi yang saya amalkan. Nak elak dari tumis masakan mungkin susah, so saya gunakan minyak masak yg lebih sihat seperti minyak jagung, matahari, zaitun. Masalahnya minyak ni mahal sikit. Jadi tak ekonomi nak buat goreng cucur. Setakat tumis ok.



Pokok oat
7. Makan oat


Ini satu strategi yang berkesan. Oat memang disahkan dapat kurangkan tahap kolesterol dalam badan. Masalah yang timbul ialah oat ni tak sedap , tawar. Sebab tu ramai yang tak suka. Orang Malaysia ni masih letakkan sedap dihadapan,, sihat dibelakang.
Tapi sekarang ni dah macam-macam produk ada berasaskan oat. Pilih yang mana satu sesuai dengan anda dan amalkan. Jangan hangat-hangat taik ayam.


Inilah yang paling popular Quaker oat.
Cuma rasanya tawar je. Kena pandai
masak


A8. Guna minyak zaitun

Minyak zaitun juga terbukti dapat kurangkan kolesterol. So mulakan guna minyak zaitun sekarang. Bagaimana nak guna, terpulang masing-masing. Ada yang makan terus, ada yang guna untuk masak. Kalau untuk tumis memang sesuai. Tapi untuk menggoreng, tak ekonomi, luruh rambut..:)



Contoh olive oil dalam pasaran. Cuma
harganya agak mahal lebih RM 30 ke atas
sebotol.


9. Makan makanan yang berserat tinggi


High fiber juga dapat mengurangkan kolesterol.Sayur-sayuran, buah-buahan, adalah sumber serat yang baik. kalau tak suka makan sayur atau buah boleh ambil product high fiber. Sekarang ni macam-macam ada. Tapi satu saja saya nak bagitau, saya tengok banyak produk ni harganya terlalu mahal. Tak pada dengan content.
Selalunya mereka kata produk mereka campuran pelbagai sayur dan buah jadi serbuk. Sebenarnya anda boleh ambil sendiri saja, lagi jimat, kesan hebat.


Kurang makan daging merah, lebih makan ikan
Ini satu tip mudah. Kurang makan daging merah seperti daging lembu sebab daging ni ada bersamanya lemak. Banyakkan makan ikan, makanlah banyak mana pun takpa.
Apa yg saya buat dalam seminggu, dua hari makan daging lima hari makan ikan.


11. Jangan lupa bersenam

Ini perkara yang amat penting kalau nak turunkan kadar kolesterol badan. Semua lemak yang masuk dalam badan kena dibakar supaya tak tersimpan dalam badan.

Bukanlah bersenam tu perlu pergi gim. Syaratnya mudah, bersenam sampai berpeluh dan nadi laju dalam 100 kali. Cukup. Buatlah apa pun aktiviti.


12. Gantikan santan atau guna santan rendah lemak

Santan tak boleh dipisahkan dengan masakan rakyat Malaysia. Gulai, rendang, mee kari, lontong ( terliur plak ) semuanya guna santan. Santan ni tinggi lemaknya So cadangan saya ganti santan dengan susu. Tapi kalau dah tak boleh ganti sangat, gunalah santan rendah lemak.



Dua jenama santah rendah lemak dalam pasaran

Bagaimana pula dengan supplement yang boleh membantu?





Hubungi saya utk khidmat nasihat 
Fiza
Sms/wsup : 012-5299013
Shaklee ID : 882013
Shaklee di Alor Setar dan jitra 

No comments:

Post a Comment

Any comment?