Friday 4 December 2020

Resepi Mushroom Soup Simple

Pertama kali makan sup cendawan ni, jenama Maggie. Sup cendawan segera dalam peket kuning tu. Sedap betul.

Suatu hari, cuba pula sup cendawan di Secret Recipe. Amboi, lagi sedap. Maklum la, fresh kan. Bukan dari peket segera.

Kemudian, bermula lah pencarian sup cendawan yang simple untuk dibuat di runah. Alhamdulillah jumpa resepi Chef UK yang popular tu.. alaaa lupa pulak nama Chef, maaf ya

Selepas diolah mengikut tekak melayu, begini resepinya.

Mushroom Soup
Oleh : Kakboy

3 butang cendawan shitake direndam air panas, dipotong halus
1 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
2 sudu besar butter
2 sudu besar tepung gandum
1/2 cawan susu segar/full cream
Lada hitam
Kiub pati ayam/maggie cukup rasa
Air 2 cawan

Cara-cara

1. Panaskan butter, tumis bawang dan cendawan hingga kekuningan.
2. Masukkan tepung gandum, kacau rata. Tutup api.

3. Kisar bahan goreng tadi dengan sedikit air hingga halus.

4. Masukkan semula dalam periuk tadi dan masak dengan api perlahan. Masukkan air 2 cawan, kacau rata.

5. Masukkan lada hitam, garam dan perasa. Masak hingga mendidih dan akhir sekali masukkan susu. Tutup api. Siap, sedia dihidang bersama roti bakar

Pengedar Shaklee Jitra 😉


Wednesday 18 September 2019

Jerebu Ohh Jerebu

Hai.. assalamualaikum

Lama betul tak update blog ni kan, dah bersawang. Rupanya dah setahun lebih tinggalkan dunia blog. Hilang idea nak menulis agaknya.

Untuk pengetahuan semua, hari ni 18 September 2019, berlaku jerebu di bumi Jitra. Jerebu ni berpunca daripada kebakaran hutan di Kalimantan, Indonesia. Orang kata land clearing oleh syarikat Malaysia + Singapura. Wallahualam. Kalau betul, rosaklah jiwa manusia ni. Ligan duit, tanpa hiraukan makhluk Allah yang lain iaitu tumbuhan dan haiwan.

Banyak sangat keburukan jerebu ni. Paling tak bagus, beri kesan negatif pada kesihatan kita. Asap jerebu tu masuk dalam paru2 dan tinggalkan kesan toksin untuk jangka masa yang panjang.

Jadi, disarankan semua orang

  • minum air kosong yang banyak
  • kurangkan aktiviti luar
  • pakai mask yg bersesuaian
  • makan banyak makanan yg vitamin C dan yang meningkatkan imun tubuh supaya gas beracun yg disedut ke dalam paru-paru dapat dineutralkan
  • ambil suplemen vitamin C dan immune booster sebagai langkah berjaga-jaga dan pencegahan
Image result for nutriferon shakleeImage result for sustained release vitamin c shaklee


Nak dapatkan vitamin Shaklee, hubungi kakBoy segera okey!


Fiza 012-5299013 Shaklee Jitra

Wednesday 4 April 2018

Tips Atasi Masalah Hati Berlemak/Fatty Liver

Tips Atasi Masalah Hati Berlemak / Fatty liver

Hati adalah organ kedua terbesar dalam tubuh manusia yang mempunyai 500 fungsi

antaranya:

  • Menukar makanan kepada tenaga
  • Menapis dan memproses darah yang mengalir dalam tubuh 
  • Menyahtoksik bahan berbahaya 
  • Mengawal atur hormon 
  • Sebagai tempat menyimpan sesetengah vitamin dan mineral dan memproses nutrien. 


 Organ hati merupakan satu-satunya organ yang boleh membaiki dan membina dirinya semula dengan cepat. Masalah hati berlemak / fatty liver jika tiada tindakan untuk menanganinya akan mengganggu sifat organ hati  yang sangat menakjubkan ini.

 Hati berupaya menentang mikroorganisma yang menjadi punca penyakit, menyingkirkan bakteria dari dalam darah melalui hempedu yang berperanan utama dalam proses detoksifikasi dan metabolisme dan juga menapis dadah, alkohol dan segala toksin dari alam sekitar yang masuk kedalam tubuh kita.

Hati yang bermasalah akan menganggu kesemua fungsi-fungsi enzim sekaligus menyebabkan masalah kesihatan yang kronik. Tahap-tahap kerosakan hati di mana fatty liver adalah tahap kerosakan pertama.

Menurut kajian, ramai orang tidak sedar mereka sedang mengalami masalah hati berlemak atau lebih dikenali sebagai fatty liver. Punca masalah hati berlemak dikesan antaranya: Penyakit kencing manis, Kolesterol tinggi Obesiti Pengambilan alkohol Di Malaysia, 1 dari 20 penduduk mengalami penyakit berkaitan dengan hati.

Antara penyebab kepada masalah fatty liver / hati berlemak adalah :

Tabiat suka makan lewat malam
Makan makanan berminyak
Tidak bersenam
Merokok

Selain dari faktor gaya hidup, perubahan pada enzim hati yang tidak normal menyebabkan metabolisme tidak seimbang.

 Simptom Hati Bengkak / Fatty Liver 

Mengenali simptom-simptom hati berlemak atau fatty liver pada peringkat awal adalah:

 Lesu
Sering keletihan
Hilang berat badan

 Simptom-simptom pada peringkat lebih kronik fatty liver atau hati berlemak adalah:

 Jaundice (demam kuning)
Bengkak perut (busung)
Kekeliruan
Muntah darah
Saluran darah dalam esofagus membengkak

 Gejala hati berlemak atau fatty liver jika tidak ditangani lebih awal akan menyebabkan hati membengkak dan menular menjadi fibrosis seterusnya sirosis, di mana fungsi hati akan terjejas dan susah untuk dirawat dan pulih seperti sediakala.

Tips Atasi Masalah Hati Bengkak / Fatty Liver

Cara yang paling berkesan untuk menangani hati berlemak atau fatty liver ialah: 

Mengawal gaya hidup kita
Membekalkan nutrien yang secukupnya kepada organ hati.

Shaklee menawarkan penjagaan organ hati dengan gabungan eksklusif beberapa jenis suplemen Shaklee.

Antaranya:

Set fatty liver Shaklee

 1. DTX Complex 
DTX Complex dengan formula yang dipaten mengandungi ekstrak biji benih pokok milk thistle (milk thistle seed), dandelion, articok, kunyit, ling zhi dan schizandra

Berfungsi: Menyokong penjanaan semula sel-sel hatiMelindungi hatiMenangani masalah seperti hepatitis dan sirosisMengekalkan aliran hempeduMembantu meningkatkan fungsi hati Merangsang sistesis protin, tingkatkan jumlah enzim dalam hati untuk detoksifikasi dan perlahankan pembentukan toksin

 2. Nutriferon
 Nutriferon mengandungi ekstrak biji labu, biji plantago asiatica, honeysuckle jepun dan bunga safflowerberfungsi: Meningkatkan interferon semulajadi badan dan menguatkan tindakbalas imun badan.Menentang radikal bebas dan faktor penyebab masalah hati.Menghasilkan dan memperkuatkan keupayaan makrofaj bagi menentang pencerobohan dan memusnahkan virus dan kuman 

3. Vivix 
Vivix mengandungi gabungan resveratrol dan polifenol yang sangat tinggi kandungan antioksidannya. Resveratrol membantu Melindungi tisu hati daripada masalah pengoksidaan akibat alkohol (Kasdallah-Grissa et al 2007).Mengaktifkan dua molekul isyarat kritikal iaitu SIRT1 dan AMPKResveratrol juga berfungsi dalam sindrom metabolik (Ajmo et 2008, Buettner et al 2010, de Kreutzenberg et al 2010, Kraegen et al 2009).Resveratrol membantu mengaktifkan AMPK, yang seterusnya mengurangkan pengumpulan lemak pada hati, menyekat pembentukan lemak yang baru pada hati.Resveratrol juga membantu mengurangkan rintangan insulin (Aoun et al 2010, Bujanda et al 2008, Shang et al 2008).

4. Omega Guard
Omega Guard dihasilkan melalui proses penyulingan proprietari 3 molekul yang memekatkan asid lemak Omega 3 yang bermanfaat dan semulajadi. 1 sajian Omega Guard dapat membekalkan 905mg asid lemak Omega Guard. Asid lemak omega 3 dapat membantu masalah hati bengkak atau fatty liver antaranya disebabkan: Asid lemak omega 3 membantu proses anti radang (Perez-Martinez 2010)Asid lemak omega 3 meningkatkan jumlah lemak tak tepu seperti omega-3 dalam sel membran yang dikaitkan dengan sensitiviti insulin meningkat (Martin de Santa Olalla et al 2009).

Penambahan omega-3 dalam diet seharian membantu mengaktifkan sensor metabolik yang penting (disebut sebagai PPAR-alpha, dalam sel-sel hati di mana ia membantu penghasilan molekul lemak baru (Larter et al 2008).Omega-3 juga menyumbang kepada meningkatnya sensitivi insulin, pengurangan trigliserida serum, dan rangsangan penggunaan lemak dalam tisu hati dan otot rangka (Ukropec et al 2003).

 Dalam satu kajian (Capanni et al 2006), dengan menggunakan 100mg sehari khasiat omega 3 didapati penurunan yang ketara pada aras serum kerosakan hati dan glukosa (semasa berpuasa). Paling menakjubkan adalah, hasil keputusan mendapati terdapat peningkatan dalam aktiviti hati di mana ia membuktikan pengambilan suplemen membantu pesakit mendapat manfaat ini. Selain suplemen di atas, mereka yang mempunyai masalah hati berlemak atau fatty liver juga disarankan untuk mendapatkan berat badan ideal dengan pengambilan Set Detox atau Set Kurus Shaklee.
 Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.

FIZA
www.wasap.my/+60125299013

 Your trusted Shaklee Independent Distributor Disclaimer:

This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at cerdascergas.blogspot.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site. Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di cerdascergas.blogspot.my adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau kelewatan rawatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini. Sharing is caring.

 COPY PASTE vitamincerdik.com

Monday 12 March 2018

Vitamin C untuk luka cepat sembuh

Vitamin C amat penting untuk kesihatan kulit, tulang, otot dan rambut

Ini adalah kerana Vitamin C diperlukan untuk penghasilan kolagen

Fiber kolagen akan berpintal diantara satu sama lain dan ia menjadi sebagai tapak asas atau scaffolding untuk kulit, tulang, rawan dan saluran darah.

Kita memerlukan kolagen untuk membina tisu kulit yang baru apabila luka dan penting untuk pembinaan parut luka
Kolagen secukupnya juga akan mencegah kedutan kulit

Sintesis atau penghasilan kolagen memerlukan Vitamin C secukupnya

Pastikan anda mengambil Vitamin C secukupnya setiap hari...

InsyaAllah.. badan anda lebih sihat


Wednesday 21 February 2018

Minyak Zaitun

Fahami jenis-jenis minyak zaitun..

1. Minyak Zaitun Extra Virgin
Ini adalah minyak zaitun yang paling berkhasiat
Ini adalah minyak zaitun perahan pertama dari buah zaitun dengan kaedah 'tekanan-sejuk' (cold pressed) dan tidak menggunakan sebarang bahan kimia didalam prosesnya
Proses penghasilan nya tidak menggunakan sebarang proses pengilangan yang menyebabkan suhu tinggi / naik kerana suhu yang tinggi akan merosakkan khasiat Omega 9 dan anti oksidan di dalamnya. Minyak Zaitun extra virgin biasanya berharga paling mahal dan di letakkan dalam botol kaca berwarna gelap.

2. Minyak Zaitun Virgin
Ia adalah kategori dan kualiti yang kedua yang mana ia didapati daripada proses perahan kali kedua (selepas perahan kali pertama untuk minyak zaitun extra virgin)
Ia juga di hasilkan daripada buah zaitun yang masak
Minyak zaitun Virgin ini masih mengandungi khasiat yang baik cuma kualitinya adalah lebih rendah berbanding minyak zaitun extra virgin

3. Minyak Zaitun 'Ringan' (Light/Refined)
Ini adalah minyak zaitun yang di campur dengan minyak lain (minyak kacang/minyak jagung /minyak soya/minyak bunga matahari)
Ia di proses dengan bahan kimia lain dan di campur dengan minyak yang kualiti rendah yang telah tengik (rancid) akibat tindakbalas dengan suhu yang tinggi semasa proses pengilangan
Biasanya minyak zaitun jenis ini sangat murah harganya di pasaran dan biasanya di letakkan dalam botol berwarna jernih atau botol plastik sahaja.

Pilihlah Minyak Zaitun jenis yang terbaik untuk mendapatkan khasiatnya yang terbaik untuk kesihatan kita.. Insyaallah

Sumber : Dr. NORMAN