Saturday 31 December 2016

3 Cara Menangani Strok

Tiga amalan di bawah mampu merendahkan risiko strok anda

Image result for stroke

  • mengambil supplemen vitamin B 7 
Vitamin B mampu merendahkn homosistein (bahan kimia dalam darah yang meninggikan risiko strok). Untuk pesanan belian, sila klik pada gambar di bawah
 B complex

  • berjalan sebagai senaman
Pakar mencadangkan berjalan sekurang-kurangnya 2 jam seminggu nuntuk memberikan kesan positif pada badan.

  • Mengelakkan selsema yang kerap
Selsema yang kerap membuatkan sistem imun terpaksa bekerja keras dan menyebabkan keradangan yang boleh menyumbang kepada masalah kardiak seperti strok.
Sumber : iSihat Jun 2014




Dapatkan produk Shaklee dari pengedar sah dan hubungi saya untuk nasihat pemakanan produk

Agen Sah Shaklee Jitra
Fiza 012-5299013 Shaklee Jitra

Friday 30 December 2016

TIPS TINGKATKAN SISTEM IMUN ANDA

Kenapa kita perlukan sistem imun yang kukuh?

Untuk mengelakkan terkena penyakit berjangkit
Untuk membuatkan tubuh sentiasa sihat

Tahukan sekarang ni kemasukan pendatang asing tanpa izin semakin berleluasa. Sudah tentu setiap pendatang tanpa izin ni tidak melakukan saringan penyakit sebelum masuk ke Malaysia.

Peratus membawa penyakit berjangkit seperti tuberkolisis dan influenza sangatlah tinggi memandangkan negara mereka tergolong dari negara dunia ke 3 iaitu negara miskin yang sangat rendah kesedaran tahap kesihatan. Rakyat negara ke 3 ini datang ke Malaysia mencari rezeki dan tanpa sedar sekaligus membawa bersama penyakit-penyakit yang merbahaya.
Image result for tuberculosisImage result for tuberculosis
Sistem imun badan yang lemah membuatkan penyakit yang dibawa mereka mudah berjangkit pada orang lain terutamanya kanak-kanak. Sebab inilah kita perlu tingkatkan sistem imun badan kita.

Jom kita lihat tips tingktakn sistem pertahanan badan


  • Makan dengan betul
Jangan makan berlebihan. Makan berlebihan boleh menyebabkan kegemukan dan membahayakan sistem ketahanan badan. Obesiti menghalang sistem ketahanan daripada berfungsi dengan baik. Justeru ini akan mengurangkan daya ketahanan terhadap penyakit.
Jenis makanan yang dipilih juga amat penting. Makan makanan yang kaya dengan nutrien seperti Vitamin C yang terdapat dalam buah-buahan sitrus dan brokoli. Bioflavanoid juga amat penting dalam diet kita sebagai salah satu antioksida melawan radikal bebas punca kanser.
Makan makanan yang kaya dengan Vitamin E seperti kekacang dan bijirin.
Bawang putih mengandungi antibaktieria semulajadi yang bertindak melawan penyakit. Kekacang, ketam, tiram, dan daging pula kaya dengan zinc yang merupakan komponen penting dalam kekebalan tubuh melawan penyakit, kesihatan tulang serta otot juga prostat.

  •  Bersenam selalu
Bila bercakap mengenai senaman, ramai yang membayangkan perlu ke gym, perlu berjogging, berbasikal dan sebagainya. Anda salah, berjalan kaki di dalam rumah atau mengelilingi rumah juga merupakan satu senaman. Naik dan turun tangga, Bermain badminton bersama anak-anak, mop lantai juga satu senaman.

  • Tidur yang secukupnya
Hormon-hormon yang dilepaskan semasa tekanan kronik boleh meningkatkan risiko jantung, obesiti, kanser dan sebagainya. Hormon stress ini boleh berfungsi dalam 2 cara
  • menghapuskan sel darah putih 
  •  menghidupkan sistem keimunan hiperaktif yang boleh meningkatkan risiko menghidap penyakit auto imun.
Oleh itu, luangkanlah masa untuk melepaskan stress beberapa kali seminggu seperti bersenan, melakukan aktiviti yang digemari, bersantai bersama pasangan, membaca buku yang menenagkan khususnya Al-Quran yang menyembuhkan. 
Anda menghadapi masalah untuk makan makanan berkhasiat setiap masa?
Usah bimbang, anda mempunyai pilihan untuk mengambil supplemen seperti Shaklee sebagai alternatifnya

Hubungi saya untuk maklumat lanjut


 Facebook Saya

Fiza 012-5299013 Shaklee Jitra

Sunday 25 December 2016

Daripada Despatch kepada Surirumah Berjaya :)

Bila Allah Uji kita, Dia sebenarnya nak berikan sesuatu yang lebih besar untuk kita.

Kita mesti redha dan tabah mengharungi ujian itu dahulu, barulah hikmahnya akan muncul di hujung perjalanan.  Kisah ini kisah seorang ibu tunggal yang disahkan mempunyai cyst dan akhirnya penderitaannya berakhir dengan Shaklee.

Jom kita baca
=========
Nama saya Min, Semasa kenal dengan Shaklee, Saya seorang janda muda, seawal usia 19 tahun, saya dan 2 anak ditinggalkan suami, tanpa nafkah. Saya bawa diri,bekerja siang dan malam, kadang-kadang tidur hanya 3-4 jam sebab bekerja untuk anak-Anak saya.


Mereka adalah kekuatan Min untuk terus melangkah

Mereka adalah kekuatan saya. Saya mesti buktikan, Saya boleh membesarkan anak-Anak saya walaupun dengan penganiayaan ini.

Saya bekerja sebagai runner, despatch penghantar surat. Iyalah, itu pekerjaan lelaki. Penat, panas dan kulit terbakar. 

Sudah jatuh, ditimpa tangga. Saya kemudiannya disahkan mempunyai cyst. Saya mesti dibedah. Perut saya membesar, darah haid keluar macam tumpah darah. Banyak dan menakutkan. Fizikal saya teruk, perut buncit, kulit kusam dan menyedihkan.

Saya ternampak iklan pasal Shaklee di FB. Bulan Ogos 2015. Saya rasa nak cuba. Malam-malam lepas kerja saya pi cari rumah kak Reen, pengedar Shaklee. Masa tu baru dapat gaji. Tapi lepas belanja anak-anak, lebihannya tak la banyak mana.

Saya mampu beli set bajet sahaja. Kemudian kak Reen terangkan kelebihan menjadi ahli. Menarik. Saya buat keputusan untuk join. Tapi, duit tak ada.

Saya nekad gadaikan satu-satunya cincin yang saya ada. Dapatlah RM70. Dan saya masuk ahli. Saya mula cari Order. Kawan-kawan Order. Duit untung Runcit dari Order tu saya buat isi minyak untuk pergi beli produk yang orang Order.

Kisah cyst saya yang perlu dibedah belum berakhir. Upline nasihatkan saya ambil GLA Complex dan Vivix. Saya cuma mampu untuk GLA Complex. Vivix saya tak mampu. Ya Allah.. tak apa lah, saya pasrah



 Tapi Allah tu maha pemurah. Dr Normi dan kak Reen hadiahkan sebotol Vivix untuk saya. Terharu, syukur dan rasa bertuah Allah hadirkan insan-insan yang baik untuk saya.

Min bersama upline tersayang. Dr. Normi (Tudung bercorak) dan Reen (berniqab di depan) 

Bulan Ogos saya start, 15 September saya dapat bonus. RM600 lebih. Terkejut. Banyak sangat tu bagi saya. Duit tu saya beli Vivix botol kedua dan saya tebus semula cincin yang saya gadaikan dulu.

Tarikh pembedahan pun tiba. Saya warded. Doktor buat pemeriksaan tapi peliknya, dia panggil lagi doktor-doktor lain berbincang.

Dengar di hujung-hujung telinga, Saya kurang faham apa yang dibincangkan. Sekali lagi mereka buat scan ke atas saya. Kemudian doktor cakap saiz cyst saya dah mengecil dan jumlahnya dah berkurang. Ya Allah.. syukurnyaa. Jadi pembedahan dibatalkan cuma kena teruskan follow up dengan pakar.

Keputusan ini menggembirakan saya tapi menghairankan kawan-kawan di wad. Makan apa? Buat apa? Sampai cyst mengecut dan hilang sendiri? Saya cerita pasal Vivix, pasal GLA Complex. Disebabkan itu, bulan tu saya dapat jual Vivix lebih 10 botol.

Akhirnya bulan tersebut saya rank Up ke Supervisor dengan jualan sendiri sahaja. Tiba 15 Oktober, bonus Supervisor saya hampir RM3,000. Hanya air mata menjadi ekspresi kegembiraan, kesyukuran dan keseronokan.

Min bertudung merah dan kawan-kawan Shaklee ❤

Saya konsisten dengan Shaklee, hidup saya berubah 200%. 

Saya tak lagi terkejar-kejar di antara waktu kerja untuk menghantar dan mengambil anak sekolah.

Saya tidak lagi menderita sakit 

Saya tidak lagi kesempitan wang

Dan simpanan bank saya juga kian hari kian bertambah. Alhamdulillah.

Saya ditakdirkan bertemu jodoh kali kedua. Saya sudah berkahwin dan semua perbelanjaan perkahwinan adalah dengan bonus Shaklee. 


Dan kini kami dikurniakan seorang bayi Comel hasil perkahwinan ini. Baby Shaklee. Saya berpantang sepenuhnya dengan Shaklee

Baby Shaklee Min yang comel

Kepayahan Saya, Allah telah gantikan dengan nikmat dan kesenangan melalui Shaklee. Saya amat menghargai perniagaan ini dan kalau saya dengar ada kawan-kawan yang give  up dengan bisnes Shaklee,Saya rasa dia amat rugi. Shaklee bisnes berpotensi besar dan memiliki produk yang yang sangat hebat 

=======

Kisah-kisah seperti ini sebenarnya mengikat saya dengan Shaklee. Ada insan yang hidupnya susah yang mesti dibantu.


Fiza 012-5299013 Shaklee Jitra

Cyst sebesar 5cm??

Setelah lama bercuti menulis, hari ni saya nak kongsikan kisah seorang anak dengan ibunya. Pengorbanan anak apabila tahu ibu kesayangan sakit.

=====================================================


Tepat pada tarikh hari ini 22/12/16 appoinment mak dengan doktor

Dua bulan lepas mak CikNa disahkan ada Cyst sebesar 5cm, doktor nak buat surat rujukan untuk buat operation sebabnya doktor kata sudah tahap bahaya sebab takut ianya merebak ke Ovari

Mak cakap dengan doktor saya nak tangguh

Mak selalu mengadu sakit apabila kedatangan hadas, rasa perut merengat-rengat lain dari yang lain hingga tidak sedar rupanya ia adalah Cyst yang sudah lama bertapak dalam tu!!!

Allah, kesiannya mak syurgaku ini
Hati anak mana yang sanggup melihat mak dan ayahnya tak sihat dan sakit

Luluh jantung Cik Na bila memikirkan sebelum ni apa yang mak tanggung😢

Kalau dahulu mak dan ayah CikNa sanggup buat apa sahaja untuk anak-anaknya, kali ini sebagai anak CikNa nak membalas semula kebaikan

Bila tahu mak Cik Na ada cyst, tanpa berlengah, terus Cik Na belikan mak vivix. Yess!!! CikNa belikan vivix untuk mak hasil simpanan duit CikNa sendiri masa tu





Tak pikir apa-apa pun masa tu, walaupun harganya agak mewah, TAPI lagi mahal nilai kesihatan mak dan ayah


Impian Cik Na melihat mak dan ayah Cik Na sihat, dan tersenyum ceria


Mereka jauh dari Cik Na, dan jauh dari keluarga. Mereka yang mengajar CikNa dan adik-adik mengenal seawal A,B,C, juga membaca


Kebahagian kita yang sekarang kerana adanya doa mak dan ayah kita selama ini😘

Tarikh keramat 22/12/16 pada hari inilah tarikh penting buat CikNa, Appointment mak dengan doktor. Cyst mak telah menyusut dari 5cm ke 2.5cm dan atas nasihat doktor, mak tak perlu lagi ambil ubat hospital, itu petanda yang baik





Sujud syukur pada mu Ya Allah
Engkau la Maha Penyayang

CikNa selalu pesan dekat mak, mak buat solat hajat selalu sebelum dan semasa makan VIVIX ni

Allah bantu, sebab Allah tahu kita usaha ,bukan duduk meredhakan diri sahaja💪

Bantulah keluarga, sayangi mereka



Fiza 012-5299013 Shaklee Jitra

Monday 10 October 2016

7 Kelebihan Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee

Selalu saya dengar, orang cakap harga Omega Guard Shaklee mahal, harga minyak ikan lain jauh lebih murah.

Tahu tak, apa kelebihan minyak ikan Shaklee ini? Kenapa ia berbeza daripada minyak ikan jenama lain?

1. Minyak Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee diesktrak dari ikan laut dalam dan berair sejuk (sardin, mackerel, herring dan anchovies) 

2. Tidak dihasilkan dari minyak hati ikan yang mengandungi toksik. 

3. Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee mengandungi 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan minyak hati ikan. Jadi yang mana lebih murah, minyak ikan jenama X harganya RM80, minyak ikan Shaklee harga jualan RM 136. Jika inginkan khasiat yang sama, minyak ikan jenama X adalah RM80 x 3 = RM240. Bukan kah minyak ikan jenama Shaklee lebih murah? :)

4. Sangat berbeza daripada produk omega 3 di pasaran kerana Omega Guard Shaklee satu- satunya minyak ikan omega 3 paling tulen, lengkap dengan 7 jenis asid lemak omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA dan ALA. Jadi khasiat Omega Guard Shaklee sudah tentu lebih baik daripada jenama lain.

5. 1 kapsul Omega Guard Shaklee membekalkan 905mg asid lemak omega 3, EPA dan DHA. 

6. Omega Guard Shaklee dihasilkan daripada kaedah ultratulen bergred farmaseutikal berteknologi terkini 

7. Kaedah utlratulen adalah proses penyulingan proprietari 3 molekul untuk mengektrask omega 3 yang tulen dan menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin, dan PCB. 

Hati-hati memilih minyak ikan omega 3 di luar sana kerana kemungkinan tahap merkuri tinggi dan kualiti serta keberkesanannya belum tentu terjamin 

Dapatkan Omega Guard anda hari ini, klik Shopping di bawah!



Jangan lupa hubungi saya Fiza, di wsap 012-5299013
atau facebook untuk mendapatkan hadiah misteri!

Klik sini ---> 

Fiza 012-5299013 Shaklee Jitra

Wednesday 7 September 2016

Kebaikan Susu Ibu Kepada Bayi dan Ibu

Untuk bayi:

  • Susu ibu membekalkan nutrien yang terbaik untuk bayi anda
  • Ia mengandungi nutrien dalam kadar yang mencukupi.
  • Kandungannya berubah mengikut keperluan bayi yang sedang membesar.
  • Susu ibu, terutamanya kolostrum , menguatkan sistem imuniti bayi anda
  • Ia melindungi bayi dari jangkitan seperti cirit birit, selesema, bronkitis dan radang paru-paru.
  • Susu ibu mencegah berbagai masalah alahan seperti asma, ekzema dan kolik bayi.
  • Susu ibu mengandungi nutrien tertentu yang amat kritikal untuk perkembangan otak. Ia membantu dalam meningkatkan kecerdikan anak anda.
  • Ia tidak mudah tercemar dibandingkan dengan cara penyusuan lain. kebersihan susu ibu dijamin.
  • Susu ibu mudah diperolehi pada suhu yang betul setiap masa. Oleh itu ia tidak susah untuk disediakan.
  • Ia memberi keselesaan dan keselamatan emosi kepada bayi.
  • Ia memberi peluang kepada ibu dan anak untuk berinteraksi sepenuhnya dan meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak.

Untuk ibu, penyusuan susu ibu:

  • membantu mengecutkan rahim dan mengembalikannya kepada saiz yang asal dengan cepat serta mengurangkan pendarahan selepas bersalin.
  • membakar kalori dan mengembalikan bentuk badan asal anda dengan cepat.
  • mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari.
  • menjarakkan kelahiran jika mengamalkan penyusuan ibu secara sepenuhnya

Lain – lain kebaikan:
  • Tidak memerlukan perbelanjaan dan bekalan susu sentiasa ada.
  • Baik untuk persekitaran kerana tidak memerlukan botol, tin dan kotak-kotak.
  • Mengeratkan hubungan ibu dan anak


Fiza 012-5299013 Shaklee Jitra

Adakah Produk-Produk Tradisional Di Malaysia Selamat

Tahukah anda, herba merupakan sumber terawal ubat-ubatan dan digunakan secara meluas di seluruh dunia (WHO, 2002)? Ketika ini, ubatan herba boleh diperolehi dalam pelbagai bentuk dosej seperti tablet, kapsul, sirap, krim dan juga plaster. Namun, pernahkah anda terfikir, adakah ubatan herba yang dikategorikan sebagai ubat tradisional tersebut benar-benar selamat untuk diambil dan digunakan?
Ubat tradisional daripada sumber semulajadi
Umum beranggapan ubat tradisional yang berasal daripada sumber semulajadi adalah tidak merbahaya dan selamat untuk diambil. Walaubagaimanapun, hakikatnya herba juga berpotensi untuk dicemari dengan logam berat samada yang hadir melalui tanah, air atau udara. Ernst (2002b) melaporkan terdapat kes keracunan arsenik, merkuri, plumbum dan kadmium daripada ubat herba dari Asia. Ini menunjukkan bahawa ubat tradisional boleh dicemari dengan logam toksik.
Ubat tradisional yang berasal daripada herba juga boleh dicemari dengan bakteria dan kulat terutama jika proses selepas pengumpulan tumbuhan herba seperti pengeringan tidak dilakukan dengan sempurna.
Di Malaysia, ubat tradisional didaftarkan oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) untuk memastikan ianya selamat dan berkualiti. Untuk memastikan ia tidak tercemar dengan logam berat, mikroorganisma dan juga bahan campur palsu, pengujian makmal berkaitan akan dilakukan. Bagi menentukan kualiti produk pula, ujian keseragaman berat dan pengecaian juga dijalankan untuk ubat tradisional dalam bentuk tablet dan kapsul.
Pengujian ke atas ubat tradisional
Logam berat seperti arsenik, merkuri, plumbum dan kadmium boleh mendatangkan kesan toksik yang serius seperti yang disenaraikan dalam Jadual 1 di bawah:
Logam Berat
Kesan toksik
ArsenikMemberi kesan atas kulit dan boleh menyebabkan kanser
MerkuriMemberi kesan ke atas buah pinggang, paru-paru, sistem saraf, sistem imunisasi dan kulit
PlumbumMemberi kesan kepada sistem saraf, sistem kardiovaskular, sistem pencernaan dan buah pinggang
KadmiumMemberi kesan kepada buah pinggang dan paru-paru
Jadual 1: Kesan logam berat kepada kesihatan
Selaku sekretariat kepada PBKD, Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) bertanggungjawab untuk menguji dan memastikan paras logam berat dalam ubat tradisional tidak melebihi had yang ditetapkan seperti yang dinyatakan dalam jadual 2. Ujian logam berat akan dijalankan untuk produk-produk tradisional sebelum dan selepas pendaftaran untuk memastikan ubat-ubat tradisional yang diambil oleh pengguna adalah selamat dan berkualiti.
Logam Berat
Had Logam Berat yang dibenarkan
ArsenikTidak lebih 5.0 mg/L atau 5.0 mg/kg (5.0 ppm)
MerkuriTidak lebih 0.5 mg/L atau 0.5 mg/kg (0.5 ppm)
PlumbumTidak lebih 10.0 mg/l atau 10.0 mg/kg (10.0 ppm)
KadmiumTidak lebih 0.3 mg/L atau 0.3 mg/kg (0.3 ppm)
Jadual 2: Had logam berat yang dibenarkan dalam produk tradisional
Selain daripada itu, ubat tradisional juga diuji untuk memastikan ianya tidak dicemari bakteria dan kulat serta bakteria patogenik yang boleh membawa maut. Bakteria patogenik yang dipastikan tidak terdapat dalam ubat tradisional adalah Staphylococcus aureus Escherichia coli, Salmonella dan Pseudomonas aeruginosa. Staphylococcus aureus selalu dijumpai di atas kulit dan salur pernafasan manakala Pseudomonas aeruginosa pula merupakan bakteria yang biasanya terdapat dalam tanah. Eschericia coli berasal daripada najis dan mempunyai kemungkinan untuk mencemari tumbuhan herba. Salmonella yang selalunya menjangkiti haiwan secara tidak langsung turut boleh mencemari tumbuhan herba.
Untuk memastikan ubat tradisonal selamat daripada dicampur palsu dengan ubat terkawal sebelum dipasarkan, penyaringan bahan campur palsu ke atas ubat tradisional dengan indikasi tertentu turut dijalankan oleh BPFK. Produk ubat tradisional dengan indikasi-indikasi berikut perlu diuji samada mengandungi ubat terkawal iaitu:
  1. Untuk kesihatan lelaki
  2. Untuk menurunkan berat badan
  3. Untuk sakit otot dan sendi
  4. Untuk selsema dan batuk
  5. Untuk menurunkan paras gula dalam darah
Kesimpulan
PBKD dan BPFK bertanggungjawab memastikan ubat tradisional yang berada di pasaran adalah selamat dan berkualiti. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab pengguna untuk memastikan ubat tradisional yang dibeli adalah ubat berdaftar yang mempunyai nombor MAL dan hologram. Pembelian ubat tradisional yang tidak berdaftar mendedahkan pengguna kepada risiko yang boleh membahayakan kesihatan dan lebih parah lagi berisiko untuk mengundang maut.
Rujukan
  1. WHO, 2002. Drug Information. Herbal medicines. Vol.16. World Health Organization, Geneva
  2. Ernst,E. 2002b. Toxic heavy metals and undeclared drugs in Asian herbal medicines. Trends in Pharmacological Sciences 23, 136-139.
  3. NPCB, 2014. Drug Registration Guidance Document
  4. http://www.foodsafety.govt.nz/industry/general/foodborne-illness/salmonella/
sumber : http://www.myhealth.gov.my/adakah-produk-produk-tradisional-di-malaysia-selamat/

Fiza 012-5299013 Shaklee Jitra

Sunday 4 September 2016

7 Kebaikan dan Khasiat Esp

7 kebaikan dan khasiat ESP Shaklee yang utama perlu anda tahu:

<3 Rahsia Awet Muda / Anti Penuaan <3

Pengambilan Energizing Soy Protein Shaklee adalah kunci untuk mengekalkan kulit muda dan memperkuat otot bagi memastikan kita sentiasa bertenaga. Kandungan yang terdiri daripada Asid Amino membina dan memperkuat otot tubuh, kuku, rambut, darah, organ, kulit dan kelenjar. ESP juga mengandungi 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain.

<3 Mempertingkat Fungsi Hormon Wanita <3

Khasiat berikutnya adalah untuk mempertingkat fungsi hormon wanita. Ramuan yang ini terdiri dari kacang soya. Kacang soya adalah tumbuhan yang kaya dengan isoflavon yang berfungsi sama dengan fungsi hormon wanita. Ia membantu dalam mengurangkan paras kolesterol dalam darah disamping mencegah osteoporosis dan penyakit jantung. Ia juga baik untuk mencegah gejala ‘hot flashes’ sebelum menapous dan membantu mencegah kanser serta anemia.

<3 Rahsia Kulit Cantik Dan Anjal <3

Bagi wanita yang mementingkak kecantikan kulit. Anda disarankan untuk mengamalkan pengambilan ESP. ESP merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan dan bertindak sebagai agen anti-penuaan. Mengembalikan keanjalan kulit supaya kulit kekal cantik dan gebu. Di samping memperkuat otot sekaligus mempercepat pemulihan luka dan menghilangkan parut.

<3 Memulihkan Fungsi Prostat Lelaki <3

Genistein yang terkandung dalam kacang soya telah dibuktikan mempunyai keupayaan bagi mencegah pertumbuhan dan menghalang sel kanser darip merebak. Ia berfungsi dengan memusnahkan radikal-radikal bebas dalam sel-sel tubuh kita sebelum radikal bebas sempat bermutasi daripada DNA sel-sel menjadi sel-sel kanser. Ia juga melindungi dan menjaga rahim dan ovary serta kitaran haid dan prostat.

<3 Memulih Dan Memberi Tenaga Segera Untuk Individu Aktif <3

Salah-satu rahsia yang menjadi pilihan kebanyakan para pembeli adalah kerana ESP Shaklee terbukti berkesan dalam memulih dan member tenaga segera untuk individu yang aktif, ibu menyusu, wanita bekerjaya yang sibuk dan mereka yang mempunyai gaya hidup yang lasak. ESP membekal tenaga segera dan meningkatkan sistem imun sekaligus memulihkan kepenatan, mencegah migrain, insomnia dan gejala stress yang disebabkan kemurungan, kebimbangan, ketakutan, tekanan kerja dan sebagainya.

<3  Jawapan Kepada Masalah Pigmentasi <3

Ramuan utama ESP Shaklee adalah kacang soya. Kacang soya atau nama saintifiknya Glycine Max dianggap salah-satu daripada 7 “super-foods” yang wujud di dunia. Hasil kajian para saintis telah membuktikan lecithin dalam soya dapat melancarkan peredaran darah, menyahtoksin bahan buangan sel dan lain-lain. Fungsi lecithin soya ini juga melambatkan proses rambut beruban, menyelesai masalah keguguran rambut dan keadaan rambut yang kusam. Disamping mencegah masalah pigmentasi dan kulit berjeragat.

<3  Meningkatkan Keupayaan Memori <3

Semakin meningkat usia seseorang bermakna daya keupayaan untuk mengingat akan menurun. Keupayaan memori seseorang memang berkadar langsung dengan peningkatan usia. Pengambilan ESP Shaklee secara konsisten akan dapat mempertingkatkan keupayaan daya ingatan. Kacang soya mengandungi isoflavones yang bertindak sebagai penerima atau perangsang estrogen dalam otak manusia, terutama dalam hippocampus iaitu kawasan penting untuk memori manusia.

Wsap 012 5299013 for order
Cod jitra alor setar

Saturday 3 September 2016

Penyakit Jantung

SELAMA INI KITA SILAP MENGUKUR RISIKO SERANGAN SAKIT JANTUNG BERDASARKAN TAHAP KOLESTROL

Bagaimana untuk menilai risiko penyakit jantung koronari dengan lebih tepat...

Bukan sekadar mengukur paras kolesterol darah...

Atherosklerosis atau pengerasan saluran darah arteri koronari adalah punca serangan jantung..

Atherosklerosis adalah di sebabkan masalah keradangan atau inflamasi pada dinding dalam saluran darah arteri...

Pada peringkat awal atherosklerosis terdapat biopenanda (biomarkers) kepada masalah keradangan ini yang boleh di ukur dalam darah seseorang..iaitu hsCRP

Apakah punca hsCRP anda meningkat...ia berkaitan dengan pemakanan yang tidak sihat  (makanan proses yang tinggi gula, karbohidrat halus  dan lemak trans) dan gaya hidup yang tidak sihat seperti tidak bersenam,  merokok, Stress,  obesiti, minum arak dsbgnya

Berdasarkan garis panduan yang di keluarkan oleh American Heart Association  (AHA) pada tahun 2003..paras hsCRP yang melebihi 3mg/L mempunyai risiko yang sangat tinggi mendapat serangan jantung...

Anda boleh melakukan ujian ini di mana-mana klinik atau makmal perubatan...

Jika paras hsCRP anda tinggi bermakna kadar keradangan pada dinding dalam saluran darah arteri juga tinggi...tetapi ia masih boleh di turunkan dengan mengamalkan pemakanan anti keradangan seperti :

     ●buah-buahan
     ●sayur-sayuran
     ●minyak zaitun (Extra Virgin )
     ●minyak kelapa /santan
     ●minyak ikan (Omega 3)
     ●Curcumin  (ekstrak kunyit)
     ●cinnamon
     ●jus Delima
     ●kekacang  ...  dsbgnya lagi...

Hentikan gaya hidup yang tidak sihat dan
amalkan pemakanan sihat anti inflammasi atau anti keradangan setiap hari untuk kesihatan jantung kita

InsyaAllah ����

-Dr Norman Norawi

Wednesday 24 August 2016

Vitamin untuk Tambah Berat Badan

Assalamualaikum

Entri entri sebelum ni biasa untuk orang berisi nak kurus ja kan.. haa kali ni kita buat khas untuk orang kurus nak naikkan berat badan pula.

Ada ke vitamin untuk naikkan berat badan? Ya ada InsyaAllah...

untuk order, sila klik sini.
 SET TAMBAH BERAT


Ini dia vitamin khas untuk tambah berat badan..

Tau tak kenapa semua ni penting?

Masing-masing punya kelebihan dan fungsi sendiri.

Vitamin B1
  • Sumber : beras merah, kuning telur, ikan, kacang dan gandum
  • Manfaatnya :
  • melancarkan metabolisme
  • melancarkan peredaran darah
  • mengoptimalkan aktiviti kognitif dan fungsi otak
  • mencegah terjadinya kerosakan urat saraf
  • memulihkan gangguan saraf 
Vitamin B6
  • Sumber : daging, hati, ginjal, ikan, kacang dan beras tumbuk
  • Manfaatnya :
  • memlancarkan metabolisme
  • meningkatkan kekebalan tubuh
  • menjaga keseimbangan garam-garam mineral
  • membantu sintetis RNA dan DNA
Vitamin B12
  • Sumber : hati, ikan, susu dan olahannya, daging, telur dan rumput laut
  • Manfaatnya :mencegah kerosakan urat saraf
  • membantu pembentukan sel darah merah
  • melancarkan metabolisme sistem tubuh
  • mengubah karbohidrat, protein dan lemak kepada tenaga
Apakah yang akan berlaku jika kita kekurangan vitamin B?

Kekurangan vitamin B Complex boleh menyebabkan:
  1. Lemah sistem saraf
  2. Mengganggu fungsi otak yang mana akan meningkatkan lagi risiko penyakit jantung. 
  3. Pembentukan sel abnormal
  4. Mengakibatkan anemia - kurang selera makan
  5. Masalah depresi (tekanan perasaan)
  6. Kehilangan daya memori
  7. Cepat letih
  8. Sesak nafas
  9. Insomnia
  10. Kurang fokus dan konsentrasi
  11. Mudah tersinggung
Apakah kelebihan vitamin B Complex dari Shaklee?

Terdapat banyak kelebihan yang terdapat di dalam B Complex Shaklee.
Antaranya;
  1. Menghasilkan tenaga dan berperanan dalam membantu kemampuan berfikir.
  2. Mengelakkan penyakit beri-beri.
  3. Merangsang pertumbuhan pada kanak-kanak.
  4. Diperlukan untuk kesihatan mata, kulit, kuku dan rambut.
  5. Penting untuk sirkulasi dan fungsi normal sistem saraf.
  6. Mencegah stress.
  7. Menguatkan antibodi tubuh.
  8. Amat penting untuk aktiviti sel genetik.
  9. Diperlukan dalam pembentukan protein asid amino.
  10. Diperlukan untuk memproses dan perbaikan sel-sel darah merah.
  11. Mencegah anemia.
  12. Membangkitkan selera makan.
Jom kita tengok pula apa fungsi mealshake dalam set gemuk ni.

6 fakta tentang Mealshake:
1. Nutrisi Lengkap
Menyediakan 24 jenis vitamin A- Z ,mineral dan ‘Trace Mineral’.Kekurangan ‘trace mineral’ akan memberi kesan kepada penyerapan vitamin-vitamin dan menyebabkan enzim tidak aktif. Ia juga mengandungi soya lecithin yang bertindak dengan vitamin larut lemak.
*Sesuai untuk mereka yang ‘susah’ menelan pil dan juga mereka yang ingin menjaga berat badan.

2. Membekalkan Nutrien Kepada Sel-sel
Kaya dengan protein (tidak mengandungi laktosa) yang membantu dalam membentuk kulit, kuku, rambut,organ-organ, darah, sel-sel imunisasi dan sebagainya.
*Badan lebih sihat. Malah Protien juga penting untuk penghasilan susu badan.Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang menyusukan anak.

3. Untuk Pembesaran
Mengandungi asid folik, Biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel dalam proses membesar.
*Sesuai untuk tumbuhbesaran anak-anak dan juga sesuai untuk ibu-ibu yang sedang mengandung.

4. Anti-oksida
Mengandungi vitamin A, C, E, zink dan selenium yang merupakan komponen anti-oksidan untuk anti-penuaan.
*Sesuai untuk mereka yang ingin kelihatan lebih muda dan mementingkan kecantikan.

5. Pemulihan Kulit
Mengembalikan seri wajah. Mengandungi lengkap vitamin B-Kompleks, iron, copper untuk membentuk sel darah merah yang sihat, sekali gus meningkatkan warna kulit.
*Sesuai untuk mereka yang inginkan kulit yang cantik dan halus mulus.

6.Detox

Kaya dengan serat yang membantu (peristalsis kolon dan perut / buang air besar) untuk menyingkirkan lemak berlebihan dan bahan buangan daripada kolon dan perut.
*Sesuai untuk kanak-kana serta orang dewasa yang sering mengalami masalah sembelit.



SIAPA YANG MEMERLUKAN MEALSHAKE?

  1. Semua kanak-kanak terutamanya yang kurang selera makan, sembelit atau obes, selalu selsema.
  2. Pelajar yang ingin kekal sihat, cergas dan bertenaga semasa aktiviti sekolah dan pembelajaran.
  3. Ibu-ibu mengandung yang mempunyai kekangan untuk mendapatkan makanan yang berzat pada setiap hidangan.
  4. Individu yang inginkan kulit yang cantik.
  5. Individu yang sukar menelan pil multivitamin. 
  6. Individu yang sedang pulih dari pembedahan
  7. Pesakit asma
  8. Individu yang kurang berat badan/lebih berat badan dan ingin mendapatkan berat badan yang ideal.

2 sudu melashake : 120 kalori

HARGA PASARAN : RM 113

Apa pula khasiat vitalea untuk set tambah berat ni?

Best sangat vitalea ni, macam ubat power. hehe..

Ya, memang saya tak boleh hidup tanpa vitalea. Penah seminggu tak ambil vitalea, badan rasa lemah, mood kurang best, asyik-asyik nak jadi singa ja.. hehehe.. kenapa?

Sebab vitalea ni asas pada badan kita..

Vita Lea MULTIVITAMIN pertama dunia

Tablet Vita Lea ini disaluri serbuk nutrisi- spirulina (semualjadi). Larut dalam air dan juga tubuh manusia. 

Setiap tablet mengandungi 28 nutrisi harian lengkap yang diesktrak ari sayuran dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral penting.

Mineral yang terkandung dalamnya mudah berintegrasi dengan protin untuk penyerapan yang cepat oleh usus kecil kita.

  • Penambahan tenaga Segera
  • pelengkap Nutrisi - kurang pengambilan sayur boleh ambil ini
  • metabolisma- melambatkan penuaan
  • Elemen penting tubuh- sel baru, pembesaran, pertumbuhan rambut otot kulit kuku, hormon serta penjagaan kesihatan tiroid
  • melindungi Organ- lindungi fungsi buah pinggang , jantung dan hati

> best pink pipi 
> tangan kulit lembab
> badan gebu

Nampak tak betapa pentingnya vitalea. Dengan mengambil vitalea minimum 1 biji sehari, badan akan akan dapat supply vitamin zat dan mineral yang secukupnya untuk sihat. InsyaAllah berat badan pun akan seimbang. tak terlalu kurus, tak terlalu gemuk ok!

Harga pasaran rm 88 ja, 120 biji. 

Jom-jom order set tambah verat badan sekarang! 

Fiza 012-5299013 Shaklee Jitra

Thursday 11 August 2016

Nasi mentah dengan periuk Noxxa?

Assalamualaikum

Pernah tak, puan-puan masak nasi pakai periuk HP noxxa tapi mentah?
Saya pernah, ia terjadi selepas saya cuci-cuci tudung periuk dan salah pasang penutup bahagian dalam.

Semasa salah pasang tu, memang susah nak tutup tudung nasi tapi dah tak pandai kan, gagahkan juga pusing walaupun ketat. low pressure nasi selama 5 minit tapi masih mentah juga. Terpaksa steam 3 minit, jadi berkerak pula nasi kita. Masa ni dok pikir, rosak dah periuk aku.. hihihi..

Alhamdulillah saya cuba alihkan tutup periuk ni, seperti dalam gambar (ihsan google).. dan yeayyy.. nasik masak elok dan tudung periuk pun dah tak ketat lagi. Kembali seperti biasa.
keadaan penutup bahagian dalam yg betul

Kalau puan-puan alami masalah seperti saya, boleh la cuba teknik ni ya!
Eh, kedai shaklee saya dibuka 24 jam seperti biasa :)

Fiza 012-5299013 Shaklee Jitra

Tuesday 14 June 2016

TEKANAN DARAH RENDAH, BERAT 34KG, MENYUSUKAN ANAK DAN BERPUASA


Ini yang saya ambik sejak 4 tahun lepas bila tiba bukan puasa.

Saya mengandung, bersalin dan menyusu lebih dari 3 tahun jadi inilah yg membantu saya kekal cergas di bulan puasa. Testimoni betoi drp saya.

Disebabkan saya ni ada penyakit tekanan darah rendah (selalu rasa nak pitam).. puasa ni seolah2 mimpi ngeri jugak la. Huhu.. dulu... time posa.. mesti lemah longlai. Anak pun saya tak peduli dah. Time berbuka, mak tolong suapkan air sbb memang flat. Tambah2 menyusukan anak.

Alhamdulillah sejak kenal set puasa ni.. masalah flat dan lemah time puasa dpt dikurangkan. Dan dapat fully breastfeed anak ( 1 thn 7 bln). Sapa yg menyusukan anak akan faham situasi saya. Wlupun berat sy 34 kg ( rasanya posa ni smakin turun.. hew hew hew), saya berjaya puasa sambil menyusukan anak..walaupun lemak kurang di badan. Hahaha.. so x boleh la nk compare org lain puasa ok ja kan. Berat dia sama ka dgn saya? Heeee..

so kawan2 yg sama nasib dengan saya, meh saya nk tlg anda bagi posa elok. Sb saya faham perasaan anda. Nak ganti pun jenuh kan. Bukan saja mereka cerita.. ini kenyataan. Yg mengalami akan memahami.



Fiza 012-5299013 Shaklee Jitra

Tuesday 17 May 2016

SAYUR SAYURAN YANG DAPAT MENCEGAH KANSER

Senarai sayur-sayuran yang dpt membantu mencegah kanser:
01: 98.7% - ubi keledek kukus
02: 94.4% - ubi keledek mentah
03: 93.9% - asparagus
04: 82.8% - kubis bunga
05: 91.4% - kubis
06: 90.8% - brokoli
07: 83.7% - daun saderi
08: 74.0% - kulit terung
09: 55.5% - lada benggala
10: 46.5% - lobak merah
11: 37.6% - bunga lily kering
12: 35.4% - kubis cina
13: 34.7% - kailan
14: 32.9% - sawi
15: 29.8% - mizuna/sawi Jepun
16: 23.8% - tomato

Fiza 012-5299013 Shaklee Jitra

Belajar tanda-tanda sakit di badan


SAKIT DI BAHAGIAN BAHU
Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.

KEBAS TANGAN :
● Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.

KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN :
●Tanda-tanda lemah atau sakit jantung.
Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku. 

KEBAS KAKI :
●Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.

SAKIT TAPAK KAKI : 
●Menandakan buah pinggang lemah.
Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.

SAKIT TUMIT KAKI :
●Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.

RASA PANAS DI TAPAK KAKI :
● Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.

GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI
●Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).

TANDA-TANDA DALAMAN KEPALA.
Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.
PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA
●Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.

PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA
● Bahagian atas .
Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
● Bahagian bawah (tengkuk).
Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.

SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA :
●Menandakan penyakit migrain.

BISUL TERJADI DI KEPALA
● Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.

RASA PENING YANG MEMUSING
●Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.

MULUT/KERONGKONG/LIDAH LOYA/MUNTAH .
  • Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
MUNTAH DARAH
● Darah merah :
Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
● Darah hitam:
Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.

LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK :
●Tanda sakit jantung.

KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT . ..Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman

KENCING
.. KERAP KENCING
●Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran
AIR KENCING BERKAPUR
●Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
AIR KENCING BERMINYAK :
● Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT :
● Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
AIR KENCING BERDARAH :
● Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.

BUANG AIR BESAR
.. CIRIT-BIRIT/KERAP BUANG AIR BESAR :
●Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar
. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.
SEMBELIT:
Membersihkan toksin dari usus kecil.
NAJIS BERDARAH
● Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
● Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
NAJIS BERWARNA HITAM :
● Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.

BADAN :
Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.
..Sakit menyucuk :
● Proses menyeimbangkan urat saraf.
..Sakit sengal:
● Menandakan luka di dalam badan.
..Sakit menyentap:
● Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
.. Sakit menegang :
● Proses melancarkan pengaliran darah.

BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH .

Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan

BADAN TERASA PANAS .
●Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.

 BADAN TERASA RINGAN :
● Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

 RASA TAKUT MENGEJUT: .
.Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.

CEPAT NAIK DARAH/MARAH :
..Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.

RASA BIMBANG DAN TAKUT :
..Sistem paru-paru yang lemah.

RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :
.. Sistem jantung yang lemah.
.. Sistem saraf otak yang lemah.
.. Masalah pengaliran darah.

Fiza 012-5299013 Shaklee Jitra