Wednesday, 30 September 2015

Ya Allah yang Maha Agung!

Ya Allah yang Maha Pengasih
Mudahkanlah segala kerja anak cucu kami

Ya Allah yang maha Pemurah
Murahkanlah rezeki anak cucu kami supaya dapat kami membantu orang lain yang kesempitan

Ya Allah yang maha Kuasa
Sihatkanlah semua pelanggan kami, sanak saudara kami, ummat Islam dan seluruhnya

Ya Allah yang Maha Mengetahui
Luaskanlah ilmu kami, mudahkanlah kami menerima ilmu pengetahuan supaya dapat kami sampaikan kepada orang lain yang memerlukan

Ya Allah yang Maha Bijaksana 
Lapangkan dada kami supaya ilmu yang dipelajari dapat kami manfaatkan seadanya

Ya Allah pemegang Hati Manusia
Lembutkanlah hati hambamu supaya mudah membantu orang yang kesesakan...teguhkan iman kami Ya Allah yang maha Agung!

Aminnnnnn
Salam Closing dari MakFiza!

Fiza 012-5299013 Shaklee Jitra

Tuesday, 29 September 2015

LEMAK TAK AKAN HILANG DARI BADAN

Info baru yang saya dapat dari secret group Shaklee, dikongsikan oleh Master Wan Muliani

Ilmu baru bila jumpa coach Sabtu lepas

Rupanya selama ni Yani salah faham ingatkan lemak boleh dibuang/dibakar dari badan rupanya salah sama sekali! 
Eh dah 30 tahun hidup baru sedar ada kesilapan hihi tapi ok lah dari terus tak sedar kan? 
Lemak tidak boleh dibakar
Kalori sahaja yang boleh dibakar bila ada senaman dan aktiviti harian
Lemak perlu untuk badan
Ia akan ditukar menjadi tenaga tapi bila berlebihan ia berkumpul menjadi lemak tak perlu 
Ini SCARY!
Berat pon makin naik di timbangan
Size badan pon dari S jadi M lepas tu L lepas tu korang sambung sendiri la tak sanggup nak tulis 
Ok dah tu apa fungsi makan lecithin kalau lemak tidak boleh dibakar?
Rupanya lecithin berfungsi untuk emulsi lemak sahaja
Lemak yang kita makan tu akan dipecahkan pada molekul yang lebih kecil jadi mudahla nak ditukarkan jadi TENAGA 
Terus rasa nak telan lecithin setiap kali nak makan tau
Tapi pesan coach lagi nak kurus, nak kecikkan size baju, 70% adalah dari makanan yang kita makan okeh
Jangan nak mengada makan banyak-banyak 

Lebih dari kalori keperluan kita
Lepas tu sedapkan hati telan lecithin
Nanti makin besar salahkan lecithin!
Haaaa ramai kan spesis lagu ni
Bukan korang la ni spesis kat planet lain
So makan jaga na
Kita makan untuk hidup bukan hidup untuk makan
Lecithin ni sebotol ada 180biji tak sampai RM60 pon, kalau jadi ahli harga lebih SPECIAL

Rugi kalau tak ada

Fiza 012-5299013 Shaklee Jitra

Parking murah di Kuala Perlis

Cuti sekolah baru-baru ni kami ke Pulau Langkawi..
Dari Jitra ke Kuala Perli, ambil masa dalam sejam jugak dengan kelajuan yang santai. Almaklumlah, ke sana dengan adik beradik.. masa perlu dikompromikan. hehehe..

Sampai ja kat area jeti, akan ada brader-brader naik motorsikal offer kan parking. Haaaa.. kalau boleh, tolak dengan baik. Sebab biasanya parking yang dioffer sangat jauh dan cekik darah. Kakakku dah terkena. Parking sehari depa mintak RM 30 tau. hehe.. abang ipar cakap kesian kat depa padahal benda ini tidak sepatutnya terjadi. Mahal sangat dan tak convenience sebab jauh. Cuba bayangkan kita nak ke jeti.. kena jalan kaki. Masa pergi jeti mungkin depa tolong hantarkan sampai ke depan pintu masuk jeti. Pastu masa balik nanti.. dengan barang yang banyak tu.. menapakla kita.. hehehe

So, kat sini dicadangkan uoll parking dekat T Hotel.. lokasi T Hotel hanyalah seberang jeti saja dan caj hanyalah RM10 semalam.. bayaran boleh dibuat dekat reception dan resit akan di beri. Sila pamer resit kat dashboard anda.





Fiza 012-5299013 Shaklee Jitra

RESEPI PANCAKE MUDAH

Tengah blogwalking pagi..tiba-tiba terjumpak resepi ni kat blog kak mieja.. sedap pulak nampak.. hehe.. terus copy paste. Nanti boleh cuba. Harith pun dah cakap nak makan pancake.

PANCAKE MUDAH
  1. 1 cawan tepung
  2. sebiji telur
  3. 1 camca teh baking powder
  4. 1/2 camca teh bikarbonat
  5. 2 sudu besar mentega
  6. 4 sudu besar fresh milk
  7. 2 sudu besar gula pasir (yg ini ikut citarasa masing-masing)
CARANYA: 
  1. Masukkan semua bahan-bahan di atas, kacau hingga sebati.
  2. Biarkan dalam 5 minit
  3. Panaskan non-stick pan dan masukkan sedikit minyak
  4. Masukkan satu senduk tepung yg dah sebati tadi.
  5. Biarkan ia membentuk bulat/melebar
  6. Bila sudah kekuningan, terbalikkan dan angkat.
  7. Hidangkan


Fiza 012-5299013 Shaklee Jitra

Thursday, 17 September 2015

Resepi periuk Noxxa : Bihun Goreng Singapore

Semenjak ada periuk Noxxa ni, banyak keja jadi mudah. Masak nasik putih 6 minit saja u! Alhamdulillah terima kasih encik suami hadiahkan periuk ni

Saya buat bihun goreng Singapore sat ja. Jom tengok bahan-bahan

Bahan-bahan

1/2 Peket bihun Faiza (basuh sahaja)
5 ekor sotong potong kecik-kecik
Fishcake/fishball
5 ulas bawang putih
2 labu bawang merah
Lada sulah
Lada hitam (tumbuk halus)
2 sudu besar Sos tiram
Garam/gula/cuka secukup rasa
lada hijau jika suka pedas (tumbuk)
Daun sup dan sayur sebagai hiasan

Cara-cara

  1. Set periuk kepada stir fry. Tumis bawang putih, bawang merah dan lada hijau sehingga naik bau
  2. Masukkan sotong dan air 1 1/2 cawan
  3. Masukkan lada hitam dan lada sulah, juga sos tiram. Perasakan dengan gula, garam, cuka.
  4. Masukkan sayur dan fishball/fishcake
  5. Masukkan bihun yang dibasuh tadi dan kacau rata.
  6. Tukar setting ke STEAM selama 2 minit dan arahkan tombol pressure kepada STEAM juga.
  7. Tutup tudung periuk
  8. Sedia untuk dihidang
  9. Sediakan cili kicap sebagai penambah perisa



Fiza 012-5299013 Shaklee Jitra

Wednesday, 9 September 2015

Hampa tau dak?

Hampa tau dak?
Genistein dalam SOYA berupaya menghalang perkembangan dan perebakan sel KANSER?


Fiza 012-5299013 Shaklee Jitra

Hampa tau dak?

Hampa tau dak?

1 tin ESP Shaklee dihasilkan daripada 30kg soya yang tidak diubah genetiknya ( non GMO)





Fiza 012-5299013 Shaklee Jitra

Sunday, 6 September 2015

Assalamualaikum, masih bernafas lagi hari ini

Assalamualaikum

Alhamdulillah masih bernafas lagi hari ini.

Dah setelkan anak sulung ke sekolah, maka boleh la ibu teruskan misi blogwalking pagi ini. Sementara si kecik Hakeem masih nyenyak tidur, kita completekan misi hari ni..


  • update info mengenai ESP yang hot
  • blogwalking
  • posting di blog
  • posting di grup Shaklee
Orang tua-tua dulu ada pesan, buka tingkap dan pintu awal pagi supaya rezeki tu masuk. Dulu-dulu, tak faham apa-apa.. buat aja jangan cakap banyak. hehehehe.. anak-anak zaman dahulu kurang bertanya pada orang tua sebab takut kena marah kan.. betul tak?

Anak- anak zaman sekarang, sangat BERANI. Apa yang depa tak faham, terus ja tanya ibu bapa. Kadang - kadang ibu bapa pulak yang terkebil-kebil pikir nak jawab soalan anak-anak yang mencabar tu. hehehe.. apa-apa pun, jawab dengan penuh hikmah ya!


Fiza 012-5299013 Shaklee Jitra

Saturday, 5 September 2015

Herbal Blend Yang Mujarab

Alhamdulillah..



Rezeki hari ni, repeat order herbal blend Shaklee. Musim demam campak kan.. moga Allah sucikan dosa-dosa kita hendaknya. Bila demam campak ni, mesti satu badan rasa miang dan gatal-gatal. Kalau dulu, kena tidur atas daun mambu.. tau tak daun mambu?
Haaa.. ni la daun mambu. Garu-garu badan dengan daun ni katanya dapat kurangkan gatal-gatal campak tu.. Wallahualam

Apa yang membuatkan ramai yang repeat order Herbal Blend ni?
Haa.. jom tengok kegunaannya


  • Melembutkan kulit terutamana tumit kaki dan siku
  • Menghilangkan parut-parut ringan
  • Menghilangkan gatal-gatal badan
  • Menghilangkan ruam lampin bayi
  • Mengurangkan lenguh sendi akibat demam
  • Sebagai losyen harian
  • Menjauhkan nyamuk (bau eucalyptus tidak disukai nyamuk dan serangga)
  • Menghilangkan kesan melecur
  • Membantu merawat ekzema
Herbal blend ni kalau anak termakan ke.. tak mengapa.. sebab tak bahaya. Biasalah kan.. bila kita sapu kat anak kecik ni.. selalu ja masuk mulut. Jangan risau ya, kandungannya semulajadi dan tidak bahaya. Tiada langsung bahan kimia yang membahayakan kita.

Jom saya belanja testimoni herbal blend :)
Ni kena air panas.. sakit kan.. herbal blend ni ada efek sejuk bila sapu, jadi x dak la rasa pedih pedih akibat melecur tu.

Ni parut luka, alhamdulillah semakin berkurang pada hari ke 4. Luka pun kering pada hari ke 2

Ruam susu bayi

Kulit ekzema pun bagus pakai herbal blend ni


Ini ruam kulit... Allahu... mesti gatal-gatal ni.. Syukurlah.. cepat kering bila sapu herbal blend


Senyum simpul cik adik kita bila parut campak kurang dengan penggunaan herbal blend!


Jadi siapa yang nak cuba, boleh order di sini, terus melalui Shaklee

order sini secara online ---> KLIK ORDER SINI

Jika nak order melalui saya, hubungi segera di talian 012-5299013

Fiza 012-5299013 Shaklee Jitra

Wednesday, 2 September 2015

Kenapa pilih Shaklee?

3 Sebab kenapa anda perlu memilih Shaklee
✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿

✿✿✿Shaklee – Always Safe

✔Menjalani lebih 80,000 ujian kualiti setiap tahun.
✔Potensi yang dijamin -> pengesahan dari pihak ketiga
✔Keaslian dijamin -> 350 ujian pencemaran dilalukan terhadap SETIAP bahan botani
✔100% kepuasan dijamin

✿✿✿Shaklee – Always Green

✔Tiada perisa tiruan
✔Tiada pemanis tiruan
✔Tiada pewarna atau lemak trans
✔Tiada suapan tersembunyi
✔Tidak menjalani ujian terhadap haiwan
✔Tidak mengandungi bahan yang dilarang
✔Tidak mengandungi peluntur klorin

✿✿✿Shaklee – Always Work

✔USD 250 juta dilaburkan terhadap ujian-ujian, kajian dan pembangunan (R&D)
✔70 kajian klinikal telah diterbitkan
✔60 orang saintis Shaklee
✔50 patents

50th Anniversary Landmark Studies menunjukkan pengguna supplement Shaklee dalam jangka masa panjang memiliki kesihatan yang lebih baik dari mereka yang hanya mengambil multivitamin dan yang tidak mengambil supplement sama sekali.

In syaa Allah, moga yang tbaik untuk permata hati kita semua ������

Fiza 012 5299013 | ● Shaklee Jitra ●

Tuesday, 1 September 2015

Brownies kedut Lazat

Assalamualaikum..

Dah lama dah saya nak buat kek atau brownies.. tersangatlah malasnya..

Bila dah ready, bahan pulak tak cukup.. angkut sikit demi sikit dari kedai.. last-last dapat juga buat. Berdebar-debar jugak la sebab pertama kali buat kan.. taiko kek kata brownies yang menjadi adalah yang ada kedut-kedutan yang berkilat.. wehooo.. alhamdulillah jad weh! Resepi ehsan dari kak Tahrunnisah Jalil... bleh tengok kat fb beliau ya!

Bahan-bahan

250g dark coklat coin (saya pakai jenama Le Bourne)
120g Butter (saya pakai buttercup)

140g all purpose flour (tepung gandum pun boleh)
30g cocoa powder
1 sudu kecil baking powder

3 biji telur saiz A
230g brown sugar
1 sudu kecil esen vanila
secubit garam
bancuhan 1 sudu kecil Nescafe bersama 2 sudu besar air panas (tak letak pun xpa.. ni nak ambik aroma cafe ja)
Almond/walnut/choco chip (ikut suka,. tak letak pun xpa, kalau nak letak, pastikan bakar dulu almond tu supaya rangup lps bakar nanti)

Cara-cara

1. Masak coklat coin kaedah double boil. Bila kesemua coklat dah cair, masukkan butter. Kacau rata, dan sejukkan.

2. Ayak tepung, cocoa powder dan baking powder (saya tak ayak pun.. kacau bersama bagi sebati ja)

3. Lapik loyang dengan kertas baking, sediakan oven suhu 170 darjah.
4. Dalam bekas yang lain, pecahkan telur, masukkan brown sugar, esen vanila serta bancuhan nescafe. Kacau sebati menggunakan hand whisk. Kacau dengan penuh kasih sayang ja. hehehee..

5. Kemudian tuang adunan coklat tadi ke dalam adunan telur, kacau lagi! Masukkan tepung tadi sikit demi sedikit, kacau sebati gak.

6. Tuang adunan dalam loyang tadi. Tabur hiasan jika suka. Masukkan dlm oven suhu 170 darjah tadi selama 40-45 minit atau hingga masak.

7. Lepas masak, buka pintu oven tapi jangan keluarkan dahulu. Rehatkan dalam oven selama 10-15 minit. Siap di makan. Borwnies ni rangup di luar, Moist di dalam.

kedutan ini menandakan anda berjaya menghasilkan brownies yang sempurna

ini lah coklat coin yang saya guna

kaedah double boil

Selamat mencuba kawan-kawan..

Fiza 012-5299013 Shaklee Jitra