Tuesday, 1 September 2015

Brownies kedut Lazat

Assalamualaikum..

Dah lama dah saya nak buat kek atau brownies.. tersangatlah malasnya..

Bila dah ready, bahan pulak tak cukup.. angkut sikit demi sikit dari kedai.. last-last dapat juga buat. Berdebar-debar jugak la sebab pertama kali buat kan.. taiko kek kata brownies yang menjadi adalah yang ada kedut-kedutan yang berkilat.. wehooo.. alhamdulillah jad weh! Resepi ehsan dari kak Tahrunnisah Jalil... bleh tengok kat fb beliau ya!

Bahan-bahan

250g dark coklat coin (saya pakai jenama Le Bourne)
120g Butter (saya pakai buttercup)

140g all purpose flour (tepung gandum pun boleh)
30g cocoa powder
1 sudu kecil baking powder

3 biji telur saiz A
230g brown sugar
1 sudu kecil esen vanila
secubit garam
bancuhan 1 sudu kecil Nescafe bersama 2 sudu besar air panas (tak letak pun xpa.. ni nak ambik aroma cafe ja)
Almond/walnut/choco chip (ikut suka,. tak letak pun xpa, kalau nak letak, pastikan bakar dulu almond tu supaya rangup lps bakar nanti)

Cara-cara

1. Masak coklat coin kaedah double boil. Bila kesemua coklat dah cair, masukkan butter. Kacau rata, dan sejukkan.

2. Ayak tepung, cocoa powder dan baking powder (saya tak ayak pun.. kacau bersama bagi sebati ja)

3. Lapik loyang dengan kertas baking, sediakan oven suhu 170 darjah.
4. Dalam bekas yang lain, pecahkan telur, masukkan brown sugar, esen vanila serta bancuhan nescafe. Kacau sebati menggunakan hand whisk. Kacau dengan penuh kasih sayang ja. hehehee..

5. Kemudian tuang adunan coklat tadi ke dalam adunan telur, kacau lagi! Masukkan tepung tadi sikit demi sedikit, kacau sebati gak.

6. Tuang adunan dalam loyang tadi. Tabur hiasan jika suka. Masukkan dlm oven suhu 170 darjah tadi selama 40-45 minit atau hingga masak.

7. Lepas masak, buka pintu oven tapi jangan keluarkan dahulu. Rehatkan dalam oven selama 10-15 minit. Siap di makan. Borwnies ni rangup di luar, Moist di dalam.

kedutan ini menandakan anda berjaya menghasilkan brownies yang sempurna

ini lah coklat coin yang saya guna

kaedah double boil

Selamat mencuba kawan-kawan..

Fiza 012-5299013 Shaklee Jitra

2 comments:

Any comment?