SELAMA INI KITA SILAP MENGUKUR RISIKO SERANGAN SAKIT JANTUNG BERDASARKAN TAHAP KOLESTROL
Bagaimana untuk menilai risiko penyakit jantung koronari dengan lebih tepat...
Bukan sekadar mengukur paras kolesterol darah...
Atherosklerosis atau pengerasan saluran darah arteri koronari adalah punca serangan jantung..
Atherosklerosis adalah di sebabkan masalah keradangan atau inflamasi pada dinding dalam saluran darah arteri...
Pada peringkat awal atherosklerosis terdapat biopenanda (biomarkers) kepada masalah keradangan ini yang boleh di ukur dalam darah seseorang..iaitu hsCRP
Apakah punca hsCRP anda meningkat...ia berkaitan dengan pemakanan yang tidak sihat (makanan proses yang tinggi gula, karbohidrat halus dan lemak trans) dan gaya hidup yang tidak sihat seperti tidak bersenam, merokok, Stress, obesiti, minum arak dsbgnya
Berdasarkan garis panduan yang di keluarkan oleh American Heart Association (AHA) pada tahun 2003..paras hsCRP yang melebihi 3mg/L mempunyai risiko yang sangat tinggi mendapat serangan jantung...
Anda boleh melakukan ujian ini di mana-mana klinik atau makmal perubatan...
Jika paras hsCRP anda tinggi bermakna kadar keradangan pada dinding dalam saluran darah arteri juga tinggi...tetapi ia masih boleh di turunkan dengan mengamalkan pemakanan anti keradangan seperti :
●buah-buahan
●sayur-sayuran
●minyak zaitun (Extra Virgin )
●minyak kelapa /santan
●minyak ikan (Omega 3)
●Curcumin (ekstrak kunyit)
●cinnamon
●jus Delima
●kekacang ... dsbgnya lagi...
Hentikan gaya hidup yang tidak sihat dan
amalkan pemakanan sihat anti inflammasi atau anti keradangan setiap hari untuk kesihatan jantung kita
InsyaAllah
-Dr Norman Norawi
No comments:
Post a Comment
Any comment?