Sunday, 12 April 2015

Mikroskop kanak-kanak

Assalamualaikum

Kalau bab anak-anak.. rasanya semua ibu bapa mesti nak turutkan kehendak anak kan. Sekalipun permintaan agak susah nak cari. Hehehe

Okeh, kali ni.. anak sulong saya Muhd Harith request suruh beli mikroskop. Haaa... tuuuudiaaaa! Harith memang minat sains, jadi permintaan tu biasa bagi saya. Pening juga pikir mana la nak cari mikroskop. Kalau yang makmal punya.. mesti lah harga ribu ribu kan. Cari punya cari.. terjumpak mikroskop versi kanak-kanak di Ali Express.com

Wahhh... seronok kami berdua. Hahaha.. mak mesti la seronok.. jimat ongkosnya! Kat aliexpress.com ni.. harga berbeza-beza ikut supplier. Jadi kita kena pandai cari.. pakai filter, letak bajet yang kita expect. Currency guna US dollar. Memandangkan nilai matawang kita jatuh sekarang ni.. maka harga barang luar negeri agak tinggi la.. saya dapat harga mikroskop ni USD 9.50. lebih kurang RM 35. Yang bestnya... free pos! Ya free pos. Perjalanan mikroskop dari Tanah Besar China mengambil masa lebih kurang 7 hari guna China Mail. Ok la tu... pos biasa kan! Poslaju kita tak tentu nak sampai cepat mcm ni skali.. kalau tak.. takkan orang gelar Poslambat. Hahaha

Saya order pada 29 March 2015 dan terima bungkusan melalui pos biasa pada 8hb April 2015. Seronok tak sangga la Encik Harith kita. Maka bereksperimen la kami. Tapi apa yang saya nampak.. abah dia la yang paling keciwi. Haha.. tau apa tu keciwi? Kih kih kih.. pi tanya orang utara. Eh.. dpt homework pulak. Hahaha

Mikroskop ni tahap pembesaran dia 450x, 200×, 100×. Memang sesuai sangat untuk kanak-kanak. Menambahkan minat sains mereka.

Fiza, shaklee independent distributor
Kawasan Jitra, Alor Setar, Hutan Kampung, Kepala Batas, Langgar... wah banyak la pulak!

012 5299013

1 comment:

Any comment?