Thursday 14 September 2017

Cergas Mengandung

Assalamualaikum

Entri kali ni panjang tau. Sebab mengandung ni special, di mana emosi berubah, fizikal berubah dan ahli keluarga bertambah. Satu perubahan yang sangat besar dalam hidup seorang wanita.

SET MENGANDUNG KUAT

ASAS
  1. vitalea
  2. B complex
  3. Sustain released Vitamin C
  4. Ostematrix

Vitalea
Kenapa pentingnya vitalea?

Vitalea adalah multivitamin yang lengkap dengan semua vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh, diformulasi dengan zat besi. Apakah beza Vitalea dengan multivitamin biasa?

  • Kemajuan Saintifik Disokong oleh 7 kajian klinikal.
  • Mengandungi Sistem Penyerapan Bioaktif Teknologi salutan mikro membantu dalam pembebasan segera di dalam perut untuk meningkatkan penyerapan asid folik dan vitamin B penting yang membantu menghasilkan dan memelihara sel-sel baru
  • Kualiti yang luar biasa - Lebih daripada 340 ujian kualiti dilakukan setiap kali Vita-Lea dihasilkan.
Selain itu, Vitalea turut dilengkapi dengan zat besi. Apakah kepentingan zat besi, terutama bagi ibu mengandung?

 
Untuk maintain bacaan HB ibu


Apa Itu Bacaan HB?

Bacaan hb adalah suatu pengukuran yg diambil melalui sampel darah untuk menentukan paras haemoglobin (hb) di dalam darah seseorang. Secara umumnya, hemoglobin ialah protein yang berfungsi membawa oksigen ke seluruh tisu badan.

Contoh Bacaan HB Normal

Apakah Bacaan HB Normal bagi Orang Dewasa serta Ibu Mengandung?

Paras hb seseorang dikira dalam unit g/dL (gram per deciliter). Paras normal hemoglobin bagi wanita adalah di antara 11.5 - 16.5g/dL manakala lelaki adalah 12.5 - 18.5g/dL. Manakala bacaan hb yang normal bagi ibu mengandung ialah pada julat : 11-12 g/dl (gram per deciliter).
Apakah Punca Bacaan HB yg Rendah?

Kurang zat besi/ folate/ vitamin B12
Pendarahan
Kanser
Penyakit buah pinggang/ hati
Hypothyroidism
Thalassemia

Apakah Risiko Ibu Mengandung yg Mempunyai Bacaan HB yg Rendah?
Apabila paras hemoglobin tidak mencukupi, seseorang itu berisiko untuk mendapat anemia. Apabila sel darah merah yang matang dan membawa oksigen semakin berkurangan, di sinilah serangan anemia bermula. Anemia secara umumnya akan menyebabkan seseorang mudah pitam, lesu, kurang cerdas dan cergas, mudah letih serta cepat mengantuk. Manakala bagi ibu mengandung, bacaan hb yg rendah boleh mengakibatkan risiko-risiko berikut:


Kesan kepada ibu
  • Ibu boleh pitam atau mudah pitam/pengsan
  • Mengalami keguguran
  • Mengalami kegagalan jantung
  • Pendarahan semasa mengandung dan bersalin
  • Risiko alami penyakit berjangkit

Kesan kepada bayi dalam kandungan


Kesan kepada Bayi:
  • Intrauterine growth restriction (IUGR) atau Pertumbuhan janin terbantut
  • Lahir sebagai premi atau tidak cukup bulan
  • Berat bayi yang lahir kurang 2.5kg
  • Anak lemas semasa lahir atau Asphyxia
  • Mati ketika dilahirkan atau stillbirth

Bolehkan Anemia Dikesan Lebih Awal? Apakah Simptom-simptom Anemia?

Jika anda mengalami keadaan-keadaan berikut; terutamanya ketika hamil, anda mungkin berhadapan dengan risiko Anemia :

  • Sentiasa letih
  • Pening kepala atau pitam
  • Apabila melakukan aktiviti fizikal, mudah mendapat sesak nafas
  • Warna kulit bertukar menjadi pucat
  • Penurunan berat badan
  • Kadar denyutan jantung yang cepat
  • Lemah daya ingatan


Apakah Langkah yg Perlu Diambil untuk Mengembalikan Bacaan HB yg Normal?

Bagi ibu mengandung yg mempunyai bacaan hb yg rendah, anda digalakkan untuk mengambil makanan-makanan berikut:
kurma (buah yang paling berkhasiat, banyak disebut dalam al-quran)
madu (yg asli)
hati ayam (tidak elok makan selalu sebab organ dalaman)
kerang
sayur bayam
ikan bilis
daging
Ibu mengandung yg mempunyai bacaan hb yg rendah juga AMAT DIGALAKKAN mengambil supplement yg mencukupi terutamanya ASID FOLIK, ZAT BESI (IRON) & MULTIVITAMIN bagi membantu menaikkan bacaan hb anda.

PILIHAN PENGGUNA BIJAK? MESTILAH VITA MIN TERTUA DI DUNIA, VITALEA :)
Pecaya lah, makan vitalea ni.. zat kita cukup, darah cantik, badan akan cergas.


VITAMIN KEDUA TERPENTING : B COMPLEX

Masa nak kawin, ada kursus kawin kan
Penceramah pesan suruh makan Folic acid kan.. ha.. sebab apa?

Untuk rancang kehamilan yang sempurna. Kenapa pulak?
Seelok-eloknya 3 bulan sebelum mengandung. Sebab nak elakkan risiko kecacatan bayi macam dalam gambar ni.

Apa beza Folic Acid dengan B complex Shaklee?

Folic asid – hanya ada 3 jenis vitamin B – 1, 2 dan 3

B complex Shaklee – 8 jenis vitamin B – 1,2,3, 5,6,7,9,12

Amacam, special dak ? Semua ni penting untuk perkembangan bayi


Apa kebaikan B complex untuk ibu pulak?
  1. Mengurangkan stress
  2. Mengurangkan loya
  3. Membekalkan tenaga
  4. membantu pembentukan sel-sel darah merah
  5. mengekalkan saraf dan kulit yg sihat
Banyak sangat kebaikan B complex shaklee ni, macam dalam summary gambar ni. Sebab tu la.. bila makan B complex ni, jadi GAGAH macam BADANG.. hehee





Fiza 012-5299013 Shaklee Jitra

No comments:

Post a Comment

Any comment?