Monday, 12 March 2018

Vitamin C untuk luka cepat sembuh

Vitamin C amat penting untuk kesihatan kulit, tulang, otot dan rambut

Ini adalah kerana Vitamin C diperlukan untuk penghasilan kolagen

Fiber kolagen akan berpintal diantara satu sama lain dan ia menjadi sebagai tapak asas atau scaffolding untuk kulit, tulang, rawan dan saluran darah.

Kita memerlukan kolagen untuk membina tisu kulit yang baru apabila luka dan penting untuk pembinaan parut luka
Kolagen secukupnya juga akan mencegah kedutan kulit

Sintesis atau penghasilan kolagen memerlukan Vitamin C secukupnya

Pastikan anda mengambil Vitamin C secukupnya setiap hari...

InsyaAllah.. badan anda lebih sihat


No comments:

Post a Comment

Any comment?