Wednesday 21 February 2018

Minyak Zaitun

Fahami jenis-jenis minyak zaitun..

1. Minyak Zaitun Extra Virgin
Ini adalah minyak zaitun yang paling berkhasiat
Ini adalah minyak zaitun perahan pertama dari buah zaitun dengan kaedah 'tekanan-sejuk' (cold pressed) dan tidak menggunakan sebarang bahan kimia didalam prosesnya
Proses penghasilan nya tidak menggunakan sebarang proses pengilangan yang menyebabkan suhu tinggi / naik kerana suhu yang tinggi akan merosakkan khasiat Omega 9 dan anti oksidan di dalamnya. Minyak Zaitun extra virgin biasanya berharga paling mahal dan di letakkan dalam botol kaca berwarna gelap.

2. Minyak Zaitun Virgin
Ia adalah kategori dan kualiti yang kedua yang mana ia didapati daripada proses perahan kali kedua (selepas perahan kali pertama untuk minyak zaitun extra virgin)
Ia juga di hasilkan daripada buah zaitun yang masak
Minyak zaitun Virgin ini masih mengandungi khasiat yang baik cuma kualitinya adalah lebih rendah berbanding minyak zaitun extra virgin

3. Minyak Zaitun 'Ringan' (Light/Refined)
Ini adalah minyak zaitun yang di campur dengan minyak lain (minyak kacang/minyak jagung /minyak soya/minyak bunga matahari)
Ia di proses dengan bahan kimia lain dan di campur dengan minyak yang kualiti rendah yang telah tengik (rancid) akibat tindakbalas dengan suhu yang tinggi semasa proses pengilangan
Biasanya minyak zaitun jenis ini sangat murah harganya di pasaran dan biasanya di letakkan dalam botol berwarna jernih atau botol plastik sahaja.

Pilihlah Minyak Zaitun jenis yang terbaik untuk mendapatkan khasiatnya yang terbaik untuk kesihatan kita.. Insyaallah

Sumber : Dr. NORMAN


No comments:

Post a Comment

Any comment?