Memang seksa bila jadi bengkak susu kan. keadaan di mana saluran susu tersumbat. Bila ditekan, kawasan tersebut keras dan menyakitkan. Lagi teruk kalau demam bengkak susu. Kalau dibiarkan, boleh membawa kepada masalah mastitis.
Jadi lebih elok cuba elakkan bengkak susu dengan cara berikut:
- Susukan anak sekerap mungkin (bagi kes ibu bekerja, perah sekerap yang mampu)
- Tidak ‘skip’ penyusuan(jika bersama anak)
- Elakkan tidur meniarap(boleh blocked susu maka bengkaklah kelenjar)
- Susukan bayi ikut kehendak bayi…pisahkan hanya apabila bayi berhenti
- Perah susu jika bayi tidak menyusu (kadang kadang bayi tidur tak nak bangun menyusu. jadi, perah atau pam sebelum bengkak)
- Pakai bra yang selesa dan tidak terlalu ketat.
- Susukan anak dengan penyusuan susu ibu sepenuhnya..elakkan penggunaan puting tiruan
- Selain tu, saya juga mengamalkan Vitamin C, B Complex dan Calcium Magnesium untuk mengelakkan terjadinya susu tersumbat. Alhamdulillah, dah jarang tersumbat walaupun kadang2 terjadi juga.
- Namun, kadangkala bengkak susu tetap terjadi. Tambah-tambahan bila makan supplemen Shaklee.hehe.
- Tuam dengan tuala yang dibasahkan dengan air suam
- Mandi shower air panas(agak agak kita tahan laa)kenakan pada bahagian payudara yang bengkak. tekanan dari shower air panas boleh membantu ‘release’ bengkak
- Urut dengan lembut payudara dan tumpukan urutan pada bahagian yang ada ketulan. Urut ke bawah..dari pangkal payudara ke aerola/puting.
- Boleh juga guna helaian kobis, tekap dipayudara…kesejukkannya membantu menghilangkan sedikit kesakitan
Kalau tak berkesan,boleh cuba pula "Cold Method":
- Baring/ Lay down on flat surface.
- Urut breast dari pangkal breast ke arah nipple. Jika susah buat sendiri, minta bantuan hubby. Urut sampai ada susu terpancut keluar.
- Sometimes susu tak keluar sebab ada lubang susu tertutup. So, cuba bersihkan lubang nipple dahulu. Bila letak ice pack, kawasan yg sakit/ keras tue akan kurang rasa sakit bila di urut.
- Bila dah rasa kurang bengkak breast, try to pump sekosong-kosongnya. Maybe try utk dpt 2x let-down.
- Kalau boleh, sentiasa letak ice pack for the whole day kat breast tue. Even waktu tidur malam pun. Cara paling berkesan mengatasi bengkak susu adalah dengan menyusukan bayi anda sekerap mungkin.
Anda juga boleh mengambil Omega Guard Shaklee untuk membantu mengatasi bengkak susu kerana peranan Omega Guard ini adalah memecahkan lemak dan mencuci saluran-saluran tersumbat. Selamat mencuba!
Jika masih berlarutan, sila jumpa doktor ye
sumber : ummi tiqah
COD AREA : ALOR SETAR/JITRA/KANGAR
email : cerdas2@yahoo.com
sms/whatsapp : 012-5299013
fb : http://www.facebook.com/CerdasCergas
http://www.facebook.com/noorhafiza.akib
boleh isi form ini untuk order DI SINI
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.
No comments:
Post a Comment
Any comment?