Sunday 20 January 2013

JOM KURANGKAN KANSER!

BETA KAROTENA - Merupakan pra bentuk vitamin A yang dijumpai dalam sayur-sayuran dan buah buahan yang berwarna HIJAU TUA, KUNING, OREN DAN MERAH. Lebih tua warnanya, lebih banyak kandungan beta karotenanya.

BETA KAROTENA ditukarkan menajdi Vitamin A apabila diperlukan oleh badan. Ini menjadikan BETA KAROTENA sebagai satu bentuk simpanan Vitamin A yg tidak bertoksik. Pengambilan vitamin A dengan amaun yg besar dan melebihi 50, 000 IU boleh mendatangkan kesan sampingan. Jadi, pilihlah BETA KAROTENA.

VITAMIN A mengawal proses pengembangan sel membezakan sel. Ketidakupayaan melakukan proses ini merupakan ciri asas kanser.

Seorang yg tidak merokok memerlukan 25,000 IU vitamin A
Perokok memerlukan lebug vitamin A kerana banyak nutrien termusnah akibat aktiviti merokok. Seketul lobak merah yg bersaiz sederhana mengandungi 10,000 UI.

No comments:

Post a Comment

Any comment?