Wednesday 20 March 2013

LETIH SEMASA MENGANDUNG


RASA letih, sakit, mudah terganggu atau lemah ialah perkara biasa bagi kebanyakan wanita semasa mengandung.
Golongan ini sering kali diberitahu agar mengabaikan gejala yang dialami memandangkan semuanya adalah kesan perubahan hormon dan badan yang dianggap biasa semasa hamil.
Tapi jangan ambil mudah kerana ia mungkin petanda kepada keadaan lebih serius iaitu anemia kekurangan zat besi.
Memandangkan satu daripada tiga wanita mengandung mengalami anemia kekurangan zat besi yang lebih lazim berlaku tetapi jarang disedari oleh kaum wanita.
Ini menyebabkan ia sering tidak dirawat hingga memberi kesan kesihatan dalam jangka panjang kepada ibu dan bayi.
Dalam usaha meningkatkan kesedaran di kalangan orang ramai tentang anemia dalam kehidupan harian wanita hamil dan juga selepas melahirkan anak, Merck Consumer Healthcare baru-baru ini menganjurkan bengkel pendidikan bersama Dr. Premitha Damodaran, pakar Obstetrik dan Ginekologi yang berpengalaman lebih 15 tahun dalam bidang kepakarannya.
Bertema Kehamilan dan Anemia: Lebih Lazim Daripada Yang Anda Jangka, Panduan Memastikan Ibu Sihat Sejahtera, Dr. Premitha berkongsi nasihat tentang cara untuk menangani anemia sebelum wanita mengandung, semasa mengandung dan selepas bersalin.

Fungsi darah dan anemia
Zat besi merupakan komponen utama dalam sel darah merah yang menghantar oksigen ke seluruh badan untuk memastikan kelangsungan hidup.
Menurut Dr. Premitha, wanita yang menghadapi risiko anemia perlu merancang dan menjaga diri semasa hamil dan selepas melahirkan anak dengan mengawasi kandungan darah mereka.
Apabila bilangan sel darah merah kurang daripada normal iaitu di bawah bacaan 12-15mg/dl, wanita menghadapi risiko mengalami anemia yang paling umum iaitu anemia kekurangan zat besi.
Ini mungkin disebabkan kekurangan zat besi dalam badan kerana diet yang tidak cukup zat besi, penyerapan rendah oleh badan, kesan sampingan ubat tertentu, keadaan genetik, kehilangan darah teruk dan kehamilan.

Memahami anemia dan kehamilan
Wanita yang hamil memerlukan zat besi tambahan untuk menghasilkan lebih banyak darah bagi menyokong keperluan khasiat pemakanan diri sendiri dan juga tumbesaran bayi mereka.
Dianggarkan bahawa wanita memerlukan kira-kira 50 peratus lebih banyak zat besi semasa hamil, bertambah daripada 15 kepada 27mg/dl sehari.
"Malangnya, ramai wanita memulakan kehamilan tanpa simpanan zat besi yang secukupnya untuk memenuhi permintaan lebih tinggi badan terhadap mineral tersebut, menyebabkan anemia kekurangan zat besi yang berlanjutan walaupun selepas melahirkan anak.
"Mereka yang menghadapi risiko anemia kekurangan zat besi selepas melahirkan anak ialah wanita yang disahkan menghidap anemia kekurangan zat besi semasa hamil, mereka yang mengalami kehilangan darah berlebihan semasa melahirkan anak, wanita yang telah melahirkan anak beberapa kali dan ibu yang sedang menyusukan bayi.
"Gejala anemia mungkin mirip keadaan kehamilan lain atau anemia pada umumnya.
"Lebih penting lagi, wanita hamil yang mengalami anemia kekurangan besi hendaklah sedar bahawa mereka bukan sahaja mengalami gejala seperti pucat, letih dan lesu, sesak nafas dan lain-lain.
"Anemia semasa hamil dan selepas melahirkan anak sering dikaitkan dengan tahap kerumitan serius seperti keguguran, kelahiran pra-matang, berat lahir rendah, dan peningkatan kebarangkalian ibu meninggal dunia," katanya Dr. Premitha


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0424&sec=Keluarga&pg=ke_01.htm#ixzz2O33kQ5RL
© Utusan Melayu (M) Bhd 


bagaimana Shaklee boleh membantu?


Kandungan zat besi dalam Vitalea Multivitamin

Multi yang Hebat
Suplemen seimbang dan komprehensif yang dihasilkan dengan Sains terbaik Shaklee yang mampu dibeli.  Vita-Lea dirumus khas bagi memenuhi keperluan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.

Jika diambil setiap hari, Vita-Lea mampu:

•    Membantu dalam mengekalkan kesihatan yang
      baik.*
•    Mengandungi beta karotena yang membantu dalam
      mengekalkan pertumbuhan, penglihatan dan
      pembinaan tisu.
•    Mengandungi kalsium, fosforus dengan vitamin C
      dan D untuk kesihatan tulang dan gigi.
•    Biotin dan asid pantotenik membantu untuk
      memetabolismekan lemak dan karbohidrat dalam
      tubuh
•    Vitamin B12 membantu dalam pembentukan sel-sel
     darah merah.*

Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik - SLE  perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.
Tiada tambahan perasa tiruan, pemanis, bahan pewarna atau pengawet.

Hubungi
Fiza
Sms/wsup : 012-5299013
Shaklee ID : 882013
COD : ALOR SETAR/JITRA
CANTIK CERDAS CERGAS 

No comments:

Post a Comment

Any comment?