Monday 25 May 2015

Maksud Hidangan Sepinggan Lengkap


Merupakan satu hidangan yang mempunyai keseimbangan nutrien dan zat yang diperlukan oleh badan.Antara nutrien yang diperlukan oleh tubuh kita ialah karbohidrat, lemak, protein, vitamin dan garam mineral yang harus di ambil pada kuantiti tertentu.



Hidangan boleh dihidangkan sebagai hidangan utama dan hidangan sampingan atau snek.
Antara faktor-faktor yang harus di ambil kira dalam menyediakan hidangan sepinggan lengkap ialah :

  1. Mempunyai semua nutrien yang diperlukan oleh badan bagi 
  2. mengekalkan kesihatan, 
  3. membekalkan tenaga yang mencukupi dan 
  4. menggalakkan tumbesaran. 
  5. Mengandungi nutrien-nutrien yang boleh disediakan secara peranggu meja atau berpek.
  6. Hidangan sepinggan lengkap boleh disediakan secara berikut :
  7. Mudah disediakan dan tidak memerlukan masa yang lama untuk disediakan.

  • Bergoreng – mi goreng, makaroni goreng, nasi goreng
  • Berkuah – tomyam, mi rebus, sup ayam, soto
  • Makanan segera – kebab, burger, sandwich
Hidangan sepinggan lengkap boleh dibahagikan kepada tiga cara iaitu cara timur, cara barat dan mengikut budaya setempat:

********************************************************************

  • Hidangan sepinggan sepinggan cara timur

Hidangan ini merupakan hidangan utama di negara kita yang digemari oleh semua kaum. Hidangan seperti nasi lemak, mihun goreng sering dihidangkan sebagai sarapan pagi atau semasa berkelah.
Kebiasaannya disediakan secara menggoreng (mi goreng, nasi goreng) dan merebus (mi sup dan mihun sup).

  •  Hidangan sepinggan lengkap cara barat
Banyak hidangan makanan kita dipengaruhi oleh masakan cara barat. Di negara kita makanan cara barat mudah di dapati seperti di kedai Pizza Hut, Kentucky Fried Chicken, Burger King.
Dalam menyediakan makanan ini, antara bahan utama yang sering digunakan ialah tepung gandum, sos tomato, mentega, susu dan keju.
Roti burger, spageti dan makaroni adalah contoh hidangan sepinggan lengkap cara barat.

  •  Hidangan sepinggan sepinggan mengikut budaya setempat
Hidangan ini adalah mengikut budaya setempat dan terkenal mengikut sesuatu negeri atau daerah. Kebiasaannya ia menjadi hidangan kegemaran penduduk setempat.
Dalam penyediaan hidangan ini, mereka banyak menggunakan rempah-ratus seperti kulit kayu manis, ketumbar, kunyit, buah pelaga dan sebagainya.

Nasi kerabu, laksa Johor, nasi dagang adalah contoh hidangan sepinggan mengikut budaya setempat.

TETAPI, ADAKAH HIDANGAN DI ATAS MENGANDUNGI NUTRIEN YANG LENGKAP DAN MENCUKUPI?
Fiza
012-5299013
Shaklee Independent Distributor Jitra

No comments:

Post a Comment

Any comment?