Thursday, 11 August 2016

Nasi mentah dengan periuk Noxxa?

Assalamualaikum

Pernah tak, puan-puan masak nasi pakai periuk HP noxxa tapi mentah?
Saya pernah, ia terjadi selepas saya cuci-cuci tudung periuk dan salah pasang penutup bahagian dalam.

Semasa salah pasang tu, memang susah nak tutup tudung nasi tapi dah tak pandai kan, gagahkan juga pusing walaupun ketat. low pressure nasi selama 5 minit tapi masih mentah juga. Terpaksa steam 3 minit, jadi berkerak pula nasi kita. Masa ni dok pikir, rosak dah periuk aku.. hihihi..

Alhamdulillah saya cuba alihkan tutup periuk ni, seperti dalam gambar (ihsan google).. dan yeayyy.. nasik masak elok dan tudung periuk pun dah tak ketat lagi. Kembali seperti biasa.
keadaan penutup bahagian dalam yg betul

Kalau puan-puan alami masalah seperti saya, boleh la cuba teknik ni ya!
Eh, kedai shaklee saya dibuka 24 jam seperti biasa :)

Fiza 012-5299013 Shaklee Jitra

2 comments:

  1. kena take note nie...tapi setakat ini masak nasi guna periuk karan biasa tu jer...noxxa pun jarang2 digunakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try la guna noxxa. Masak nasik 5 minit ja. Hihi

      Delete

Any comment?