Sunday, 28 September 2014

Beehive bun

Assalamualaikum
Tau kan sekarang ni demam roti sarang lebah aka beehive bun. Kikikiki... saya pun terpengaruh jugak nak try.. alhamdulillah berjaya.
Versi dewasa tiru bulat2 mcm google punya. Versi kanak-kanak riang saya taburkan sedikit mealshake bersama sos butterscotch. Alhamdulillah sedap sungguh.
Resepi macam kat bawah ni
2 cawan tepung gandum
1/2 sudu kecil instant yeast
1/2 sudu kecil baking powder
1/2 cawan air suam
1/4 cawan plain yogurt
1/4 cawan minyak sayuran
1 sudu besar gula castor
1/2 sudu kecil garam
Badam, kuaci dan kismis untuk hiasan
Semua bahan ni masukkan dalam breadmaker dan amik setting untuk DOUGH
SOS BUTTERSCOTCH
2 sudu besar butter
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan whipping cream atau fresh milk
Secubit garam
Essence vanilla
Masak butter sampai cair, masukkan gula perang. Biar sebentar. Kemudian masukkan whipping cream dan kacau sampai tidak berketul, masukkan garam. Tutup api, tambah vanilla essence.. biarkan sejuk.
Bila dah siap dough tadi, keluarkan dar breadmaker dan tumbuk-tunbuk untuk keluarkan angin. Kemudian buat bulat-bulat dan letak dalam acuan. Tunggu sehingga adunan naik, sapu susu pekat yg dicairkan sedikit, tabur hiasa. Dan bakar pada suhu 170°c selama 15-20 minit dalam pre heat oven.
Bila dah masak, boleh tuang sos butterscotch. Makan panas-panas... sedappppp!
Salam sayang
Fiza 012 5299013
Shaklee di Alor setar dan jitra!

Posted via Blogaway

No comments:

Post a Comment

Any comment?