Friday 4 December 2020

Resepi Mushroom Soup Simple

Pertama kali makan sup cendawan ni, jenama Maggie. Sup cendawan segera dalam peket kuning tu. Sedap betul.

Suatu hari, cuba pula sup cendawan di Secret Recipe. Amboi, lagi sedap. Maklum la, fresh kan. Bukan dari peket segera.

Kemudian, bermula lah pencarian sup cendawan yang simple untuk dibuat di runah. Alhamdulillah jumpa resepi Chef UK yang popular tu.. alaaa lupa pulak nama Chef, maaf ya

Selepas diolah mengikut tekak melayu, begini resepinya.

Mushroom Soup
Oleh : Kakboy

3 butang cendawan shitake direndam air panas, dipotong halus
1 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
2 sudu besar butter
2 sudu besar tepung gandum
1/2 cawan susu segar/full cream
Lada hitam
Kiub pati ayam/maggie cukup rasa
Air 2 cawan

Cara-cara

1. Panaskan butter, tumis bawang dan cendawan hingga kekuningan.
2. Masukkan tepung gandum, kacau rata. Tutup api.

3. Kisar bahan goreng tadi dengan sedikit air hingga halus.

4. Masukkan semula dalam periuk tadi dan masak dengan api perlahan. Masukkan air 2 cawan, kacau rata.

5. Masukkan lada hitam, garam dan perasa. Masak hingga mendidih dan akhir sekali masukkan susu. Tutup api. Siap, sedia dihidang bersama roti bakar

Pengedar Shaklee Jitra 😉


No comments:

Post a Comment

Any comment?