عَنْ جَابِرُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ دَخَلَ عَلَى أُمِّ السَّائِبِ أَوْ أُمِّ الْمُسَيَّبِ فَقَالَ مَا لَكِ يَا أُمَّ السَّائِبِ أَوْ يَا أُمَّ الْمُسَيَّبِ تُزَفْزِفِينَ قَالَتْ الْحُمَّى لَا بَارَكَ اللَّهُ فِيهَا فَقَالَ لَا تَسُبِّي الْحُمَّى فَإِنَّهَا تُذْهِبُ خَطَايَا بَنِي آدَمَ كَمَا يُذْهِبُ الْكِيرُ خَبَثَ الْحَدِيدِ
Dari Jabir bin 'Abdullah bahwa Rasulullah SAW datang berkunjung ke rumah Ummu Saib atau Ummu Musayyab, maka baginda bertanya: "Sakit apa kamu sampai menggigil begitu?"
Jawab Ummu Saib; "Demam! Yang Allah Ta'ala tidak memberi barakah dengannya." Nabi SAW bersabda: "Janganlah kamu menyalahkan penyakit, kerana penyakit itu dapat menghilangkan kesalahan (dosa-dosa) anak Adam, seperti halnya Kir (alat peniup atau penyala api) membersihkan karat-karat besi." (HR Muslim No: 4672) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Sihat dan sakit adalah anugerah Allah kepada setiap orang.
2. Setiap Muslim yang diuji dengan sebarang penyakit seperti demam, perlu bersabar dan reda di atas penyakit yang dihadapi.
3. Janganlah menyalahkan penyakit atau merungut dengan penyakit yang dihidapi.
4. Ujian penyakit seperti demam, ke atas anak Adam akan membersihkan dosa-dosanya seperti kir (sejenis bahan) membersihkan karat besi.
Semoga kita sabar dan reda di atas sebarang ujian penyakit.
Fiza 012-5299013 Shaklee Jitra