Showing posts with label bengkak susu. Show all posts
Showing posts with label bengkak susu. Show all posts

Sunday, 10 May 2015

Saiz Perut Baby

Seringkali ibu terutamanya ibu baru risau bayinya yang baru lahir tidak cukup susu. Tangisan bayi sering disalah anggap sebagai tanda bayi lapar, sedangkan bayi menangis mungkin kerana hanya mahukan pelukan atau kerana dia tidak berasa selesa. Keadaan bertambah mencabar bila banyak suara di sekeliling ibu yang menambahkan rasa gusar hati itu. Perasaan ini boleh menjadi penyebab ibu hilang keyakinan tentang kemampuannya untuk menyusukan bayi.

Benarkah bayi menangis kerana lapar? Sedangkan ibu baru sahaja menyusukan bayi 5 minit yang lepas. Untuk itu, mari kita lihat, berapa besar perut bayi...



Apa terjadi jika bayi minum susu terlalu banyak daripada kuantiti susu yang bersesuaian dengan umurnya?
  • Bayi akan muntah susu
  • Bayi berasa perutnya tidak selesa
  • Bayi terbiasa minum susu dengan banyak

Jika ibu risau tidak cukup susu (sedangkan tidak), apa boleh terjadi?
  • Ibu mungkin risau dan boleh stres
  • Ibu mungkin akan memberi susu lain selain daripada susu ibu
  • Bayi akan terlalu kenyang dan kurang meminum susu ibu
  • Bayi kurang mendapat khasiat susu ibu kerana telah dikenyangkan dengan susu buatan
  • Susu ibu yang tidak dirangsang kerana kurang 'demand' ini, membuatkan 'supply' berkurangan
  • Lama-kelamaan ibu boleh mengalami masalah kurang susu
Dengan mengetahui saiz perut bayi baru lahir dan anggaran kuantiti susu ibu yang diperlukan, inshaAllah

Ibu yakin badan ibu menghasilkan susu yang mencukupi untuk bayi kerana bayi cuma minum sedikit sahaja pada permulaan hidupnya

Ibu boleh menapis kata-kata orang lain yang menyarankan ibu untuk menambah susu lain selain daripada susu ibu

Kemungkinan untuk ibu menjayakan misi penyusuan susu ibu secara eksklusif akan meningkat

Ilmu suluh kehidupan. Semoga ibu-ibu dipermudahkan untuk menyusu dan diberi kejayaan.

sumber : Ratuhati

Fiza 
Shaklee Independent Distributor Jitra
012-5299013

Tuesday, 8 January 2013

BENGKAK SUSU, CLOG DUCT

Bengkak susu atau clogged duct

Memang seksa bila jadi bengkak susu kan. keadaan di mana saluran susu tersumbat. Bila ditekan, kawasan tersebut keras dan menyakitkan. Lagi teruk kalau demam bengkak susu. Kalau dibiarkan, boleh membawa kepada masalah mastitis.

Jadi lebih elok cuba elakkan bengkak susu dengan cara berikut:

  • Susukan anak sekerap mungkin (bagi kes ibu bekerja, perah sekerap yang mampu)
  • Tidak ‘skip’ penyusuan(jika bersama anak)
  • Elakkan tidur meniarap(boleh blocked susu maka bengkaklah kelenjar) 
  • Susukan bayi ikut kehendak bayi…pisahkan hanya apabila bayi berhenti
  • Perah susu jika bayi tidak menyusu (kadang kadang bayi tidur tak nak bangun menyusu. jadi, perah atau pam sebelum bengkak)
  • Pakai bra yang selesa dan tidak terlalu ketat. 
  • Susukan anak dengan penyusuan susu ibu sepenuhnya..elakkan penggunaan puting tiruan
  • Selain tu, saya juga mengamalkan Vitamin C, B Complex dan Calcium Magnesium untuk mengelakkan terjadinya susu tersumbat. Alhamdulillah, dah jarang tersumbat walaupun kadang2 terjadi juga.
  • Namun, kadangkala bengkak susu tetap terjadi. Tambah-tambahan bila makan supplemen Shaklee.hehe. 
Bolehlah dicuba cara atau petua di bawah untuk mengatasinya

  • Tuam dengan tuala yang dibasahkan dengan air suam
  • Mandi shower air panas(agak agak kita tahan laa)kenakan pada bahagian payudara yang bengkak. tekanan dari shower air panas boleh membantu ‘release’ bengkak
  • Urut dengan lembut payudara dan tumpukan urutan pada bahagian yang ada ketulan. Urut ke bawah..dari pangkal payudara ke aerola/puting.
  • Boleh juga guna helaian kobis, tekap dipayudara…kesejukkannya membantu menghilangkan sedikit kesakitan

Kalau tak berkesan,boleh cuba pula "Cold Method":

  • Baring/ Lay down on flat surface.
  • Urut breast dari pangkal breast ke arah nipple. Jika susah buat sendiri, minta bantuan hubby. Urut sampai ada susu terpancut keluar.
  • Sometimes susu tak keluar sebab ada lubang susu tertutup. So, cuba bersihkan lubang nipple dahulu. Bila letak ice pack, kawasan yg sakit/ keras tue akan kurang rasa sakit bila di urut.
  • Bila dah rasa kurang bengkak breast, try to pump sekosong-kosongnya. Maybe try utk dpt 2x let-down.
  • Kalau boleh, sentiasa letak ice pack for the whole day kat breast tue. Even waktu tidur malam pun. Cara paling berkesan mengatasi bengkak susu adalah dengan menyusukan bayi anda sekerap mungkin.

Anda juga boleh mengambil Omega Guard Shaklee untuk membantu mengatasi bengkak susu kerana peranan Omega Guard ini adalah memecahkan lemak dan mencuci saluran-saluran tersumbat. Selamat mencuba!



 Jika masih berlarutan, sila jumpa doktor ye

 sumber : ummi tiqah


 COD AREA : ALOR SETAR/JITRA/KANGAR
email : cerdas2@yahoo.com
sms/whatsapp : 012-5299013
fb : http://www.facebook.com/CerdasCergas
http://www.facebook.com/noorhafiza.akib

boleh isi form ini untuk order DI SINI

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.