Showing posts with label darah tinggi. Show all posts
Showing posts with label darah tinggi. Show all posts

Wednesday, 2 December 2015

ANDA ADA SIMPTOM-SIMPTOM INI? AWASSSS

Ada beberapa petanda kemungkinan anda mempunyai kadar kolestrol tinggi

1)Rasa berat di tengkuk hingga rasa sengal belakang leher
Sebahagian besar orang merasakan berat di kepala dan sengal-sengal sebagai gejala awal. Gejala ini muncul akibat kurangnya oksigen akibat gangguan kolestrol yang menghalang oksigen berjalan lancar.

2. Cepat mengantuk

Ia seringkali berlaku terutama apabila reading sudah tinggi sekali, misalnya trigliserida yang normalnya dibawah 200 mg atau 150 mg, ada yang sampai 600 atau 700 mg biasanya akan menyebabkan mengantuk

Hal ini terjadi kerana kurangnya aliran oksigen ke otak akibat pembuluh darah yang semakin sempit kerana adanya timbunan lemak akibat kolesterol.

 3. Rasa keletihan

Kadar kolesterol yang tinggi dapat menyebabkan aliran darah menjadi pekat sehingga oksigen menjadi berkurang. Maka, badan akan mudah keletihan kerana kurang oksigen untuk badan.

Ketika plak terbentuk di dinding arteri, ia boleh menyebabkan keadaan seperti atherosclerosis, penyakit jantung koroner (PJK) dan penyakit mikrovaskuler koroner atau coronary microvascular disease (CMD). Keadaan seperti inilah yang menyebabkan badan terasa mudah lelah. 

4. Timbunan lemak di atas kelopak mata ( bintik kolesterol)

Biasanya timbunan ini mengandungi kadar trigliserida (molekul asam lemak) yang tinggi.

 5. Sering sakit kepala

Ini kerana kolesterol yang tinggi dalam darah menyebabkan terjadinya penimbunan plak-plak di pembuluh darah arteri sehingga menyebabkan terjadinya artherosclerosis. ini akan membuat arteri menjadi sempit dan membuat aliran darah ke kepala dan otak berkurang, sehingga menyebabkan rasa sakit di kepala. 

6. Kaki bengkak



Kaki merupakan organ tubuh yang paling jauh dari jantung. Ketika pembuluh darah semakin sempit dan aliran oksigen berkurang, maka tentu saja yang paling sedikit mendapatkan darah adalah kaki. Hal ini akhirnya menyebabkan kaki menjadi seperti bengkak. Keadaan ini hampir sama dengan keadaan ketika anda terlalu lama duduk ketika dlm perjalanan jauh.

Ikhtiar dengan omega guard Shaklee!



Berminat untuk membuat pesanan sekarang?

ORDER di sini ---- > SET KOLESTEROL/DARAH TINGGI

Fiza 012-5299013 Shaklee Jitra

Jangan lupa hubungi saya untuk dapatkan konsultasi istimewa!

Tuesday, 5 August 2014

GLA Complex


Apakah kelebihan dan khasiat Shaklee GLA Complex ni

  • Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid 
  • Melegakan PMS (sindrom pra-haid)  
  •  Membantu meningkatkan kesuburan

  • Membantu dalam menangani menopus
  • Menguatkan kuku dan rambut
  • Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri

  • Membantu menangai ekzema
  • Melegakan simptom akibat artritis reumatoid
  • Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri

  • Menguatkan imuniti tubuh
  • Memperlahankan proses penuaan
  • Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung

  • Mengawal kencing manis dan darah tinggi
  • Mengawal kolesterol
  • Untuk fungsi saraf

Monday, 6 August 2012

ANGIN AHMAR / STROK

Angin ahmar atau strok ialah masalah kesihatan yang diakibatkan oleh salur darah tersumbat dan bekalan darah ke sebahagian otak diganggu. Bahagian otak tersebut tidak lagi menerima oksigen yang mencukupi dan oleh itu, sel-sel otak akan rosak atau mati, dan mengakibatkan bahagian badan yang dikuasai oleh bahagian otak itu tidak berfungsi. Angin ahmar ialah kecederaan saraf yang serius dan gejalanya ialah kehilangan fungsi saraf secara tiba-tiba.

Gangguan peredaran darah biasanya terjadi pada sisi arteri peredaran itu, walaupun gangguan ini juga boleh terjadi pada sisi vena. Angin ahmar telah dikategorikan sebagai kecemasan perubatan yang boleh menyebabkan kerosakan saraf yang kekal serta juga kematian jika tidak dikesan dan dirawat dengan cepat. Penyakit ini ialah penyakit ketiga yang menyebabkan paling banyak kematian dan kehilangan upaya di kalangan dewasa Amerika Syarikat dan negara-negara perindustrian di Eropah. Pada puratanya, satu kejadian angin ahmar terjadi pada setiap 45 saat, dan seorang mati setiap 3 minit, akibat angin ahmar. Bagi setiap lima kematian tersebut, 2 kematian adalah orang lelaki dan 3 kematian ialah orang wanita.

Punca angin ahmar termasuk kelanjutan umur, darah tinggi, kencing manis, kolesterol tinggi, dan merokok. Merokok merupakan punca boleh ubah suai yang paling penting. Istilah "serangan otak" kini semakin digunakan di Amerika Syarikat untuk angin amar, disebabkan penyakit ini adalah padanan untuk "serangan jantung" yang merupakan masalah kesihatan yang diakibatkan oleh salur darah tersumbat dan bekalan darah ke sebahagian jantung diganggu.

Angin ahmar boleh dibahagikan kepada dua kategori yang utama: iskemia dan pendarahan. Iskemia boleh diakibatkan oleh bekuan darah yang melekat pada salur darah (trombosis), atau bekuan darah yang bebas (embolisme). Pendarahan boleh merupakan pendarahan di dalam otak atau di bawah membran pertengahan antara tiga membran di dalam otak. Hampir 80% daripada semua angin ahmar diakibatkan oleh iskemia.



Sumber : Wikipedia