Showing posts with label kebaikan susu ibu. Show all posts
Showing posts with label kebaikan susu ibu. Show all posts

Wednesday, 7 September 2016

Kebaikan Susu Ibu Kepada Bayi dan Ibu

Untuk bayi:

  • Susu ibu membekalkan nutrien yang terbaik untuk bayi anda
  • Ia mengandungi nutrien dalam kadar yang mencukupi.
  • Kandungannya berubah mengikut keperluan bayi yang sedang membesar.
  • Susu ibu, terutamanya kolostrum , menguatkan sistem imuniti bayi anda
  • Ia melindungi bayi dari jangkitan seperti cirit birit, selesema, bronkitis dan radang paru-paru.
  • Susu ibu mencegah berbagai masalah alahan seperti asma, ekzema dan kolik bayi.
  • Susu ibu mengandungi nutrien tertentu yang amat kritikal untuk perkembangan otak. Ia membantu dalam meningkatkan kecerdikan anak anda.
  • Ia tidak mudah tercemar dibandingkan dengan cara penyusuan lain. kebersihan susu ibu dijamin.
  • Susu ibu mudah diperolehi pada suhu yang betul setiap masa. Oleh itu ia tidak susah untuk disediakan.
  • Ia memberi keselesaan dan keselamatan emosi kepada bayi.
  • Ia memberi peluang kepada ibu dan anak untuk berinteraksi sepenuhnya dan meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak.

Untuk ibu, penyusuan susu ibu:

  • membantu mengecutkan rahim dan mengembalikannya kepada saiz yang asal dengan cepat serta mengurangkan pendarahan selepas bersalin.
  • membakar kalori dan mengembalikan bentuk badan asal anda dengan cepat.
  • mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari.
  • menjarakkan kelahiran jika mengamalkan penyusuan ibu secara sepenuhnya

Lain – lain kebaikan:
  • Tidak memerlukan perbelanjaan dan bekalan susu sentiasa ada.
  • Baik untuk persekitaran kerana tidak memerlukan botol, tin dan kotak-kotak.
  • Mengeratkan hubungan ibu dan anak


Fiza 012-5299013 Shaklee Jitra

Wednesday, 17 June 2015

16 fakta penyusuan bayi

Here are 16 facts that will help you understand a little bit more about what goes on during that special mother/baby feeding and bonding time.
  1. Every mother's breast milk has a unique scent — and babies can differentiate between their mother's milk and another woman's.
  2. Breast milk has components in it that heal, which basically means that when your boobs are sore from the act of breastfeeding, your milk itself can give you some relief. Try massaging some of the milk on the sore spots, and you'll hopefully feel a bit better.
  3. Babies that are breastfed have a reduced risk of sudden infant death syndrome (SIDS).
  4. Breastfeeding can save a family more than $2,000 in formula expenses in the first year alone.
  5. The risk of osteoporosis, heart disease, and both breast and ovarian cancer may be reduced through breastfeeding.
  6. Moms can breastfeed while they're sick — by the time you show symptoms, the baby has already been exposed to the virus or bacteria — and it's actually beneficial for baby because they'll be exposed to the antibodies mom's body is making.
  7. The amount of milk a woman produces has nothing to do with the size of her breasts prebaby.
  8. A new mom's body can bounce back to normal a little faster while breastfeeding — the hormones released during the process can help your uterus bounce back to pre pregnancy size.
  9. Breastfeeding can burn the same amount of calories that walking up to seven miles would.
  10. Babies that are breastfed get sick less — not only does it reduce the risk of ear infections and stomach issues, it reduces their risk of asthma, diabetes, and childhood obesity in the future.
  11. Through your milk, babies get a slight taste of the food you're eating, which could make introducing solid food a bit easier later on.
  12. Breast milk can be found online for up to $4 an ounce — liquid gold, for sure.
  13. Skin-to-skin contact in the first few hours of life helps a baby breastfeed. It helps them with their instincts to latch, and a mom's breast can detect if her baby's body temperature fluctuates even a degree and will warm or cool as needed.
  14. Almost 75 percent of moms are "righties" — their right breast produces the most milk.
  15. There is never a need to dilute your breast milk. A woman's milk will actually change depending on the baby's needs, so no need to tamper with it (you could cause irreversible, possibly fatal damage).
  16. Milk comes out of more than one hole in the nipple — and the number of holes varies from mom to mom.

Friday, 21 December 2012

ADAKAH SUSU IBU BOLEH TERCEMAR ??

 Adakah susu ibu boleh tercemar?

Susu ibu kalau tercemar pun sangat minima.
Ini kerana susu ibu adalah susu HIDUP, manakala susu formula adalah susu mati.

Maknanya dalam susu ibu ada antiviral, antifungal dan antibakteria yang akan melawan viral, bakteria dan fungal dari luar. Even susu ibu kalau dibiarkan tidak bertutup pun, boleh bertahan lama..

 
 
 
 
Ubat-ubat yang boleh menyebabkan susu tercemar?

Dr. Norashikin menyatakan bahawa ubatan dalam kemoterapi sahaja boleh memberi kesan kepada susu ibu.. ubatan yang lain tidak memberi kesan kepada susu ibu. Ini kerana setiap apa yang dimakan untuk ibu akan ditapis sebelum disalurkan kepada susu ibu. So, kalau demam, selesema, takde masalah untuk ambil ubat-ubatan.







Payudara adalah steril

payudara adalah tempat paling steril. Disebabkan itu semua ibu digalakkan untuk menyusu secara terus dari payudara setaip kali bersama bayi. Ini kerana, ‘askar-askar’ dalam susu ibu aktif jika keluar dari payudara.. so askar-askar itu akan memberi pertahanan kepada sistem tubuh bayi.

Ini berbeza bila susu yang disimpan. Askar2 tersebut akan tidur dalam suhu yang rendah, bila dipanaskan, mereka perlu berlawan dengan bakteria2 yang telah muncul dalam susu ibu. Namun begitu bakteria itu tidaklah memberi kesan kepada bayi kerana askar2 dalam susu ibu sedang berperang dengan bakteria tersebut

Susu ibu basi?

Susu ibu tidak akan basi. Susu ibu tidak akan bertukar jadi keju.
Susu ibu hanya akan tercemar jika semasa memerah ibu tidak mencuci tangan dengan sempurna, bekas yang digunakan adalah tercemar. maka, tercemarlah susu tersebut.

Susu ibu pelbagai rasa..

Susu ibu mempunyai rasa yang berbeza-beza. Ia mengikut menu ibu pada hari tersebut. Kalau ibu makan durian, baby pun akan merasa susu durian,. kalau ibu makan petai, susu pun akan berperisa petai.
Sebenarnya itulah uniknya susu ibu, kerana bayi yang menyusu susu ibu telah bersedia dengan pelbagai rasa sebelum memulakan solid food. Maka bayi yang menyusu selalunya tidak memilih makan sebab dari baby lagi telah diperkenalkan dengan pelbagai perisa.

Susu ibu boleh bertukar warna

Betul! Ikut apa yang ibu makan. Kalau hari tu ibu banyak makan sayur hijau. warna susu pun berwarna kehijauan gitu.

PETIKAN : WANITA HARI INI

Monday, 19 November 2012

KEPENTINGAN SUSU IBU DAN KEBAIKANNYA


Saya agak sedih bila ada ibu yang keberatan untuk menyusu bayi. Ada yang memberi alasan susah, takut kendur, tiada masa.. Hak bayi anda mendapat susu terbaik selama 2 tahun seperti saranan dlm Islam dan AlQuran. Jom kita lihat kebaikan susu ibu.

Berusahalah untuk berikan anak anda susu badan, kerana terdapat banyak manfaatnya.
Dalam AL-Quran telah dinyatakan dengan jelas bahawasanya susu ibu adalah pilihan terbaik untuk bayi selama 2 tahun.

ALLAH SWT berfirman :“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan TEMPOH MENCERAIKAN SUSUNYA IALAH DALAM MASA DUA TAHUN; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).” – Surah Luqman: ayat 14
Ya, Allah ya Tuhanku.. Kurniakan aku kesabaran yang cekal, dan juga limpahkan air susu di badanku demi untuk membesarkan anakku ini. Aminnn….


 Susu ibu vs susu formula: Apa bezanya??Memang banyak BEZAnya!!

Rata2 pada zaman kini, ramai ibu yang tahu apa kelebihan susu ibu berbanding susu formula..Tapi betolkah anda benar2 tahu? Atau sekadar tahu...Kalau yang dah tahu detail, boleh baca info ni untuk refresh lagi minda kita berkenaan susu ibu dan susu formula..

Secara fisiologi, susu ibu adalah cecair yang terhasil secara semulajadi khas


untuk bayi. Pakar kesihatan bersetuju bahawa susu ibu memberikan nutrisi yang terbaik buat bayi. Sehingga kini, para saintis masih lagi melakukan pelbagai penyelidikan dan menemui manfaat susu ibu. Oleh itu, syarikat-syarikat yang menghasilkan susu formula tidak seharusnya bongkak dengan menyatakan produk mereka hampir sama dengan susu ibu. Hakikatnya, sebanyak mana pun wang yang digunakan oleh syarikat-syarikat ini untuk tujuan penyelidikan, kebaikan susu formula takkan menghampiri susu ibu. Senang cerita, susu lembu takkan sama dengan susu manusia!
Di samping mengandungi antibodi dan kesan imunisasi untuk menghalang jangkitan kuman, komposisi SUSU IBU boleh berubah-ubah bergantung kepada keperluan bayi. Bagaimana?

Kandungan susu ibu berubah dengan usia bayi: susu ibu untuk bayi pra-matang mempunyai kandungan protein yang tinggi manakala susu ibu untuk bayi 8 bulan adalah tinggi kandungan kalorinya berbanding bagi bayi 1 bulan.

Susu ibu berubah dengan cuaca: susu ibu mempunyai lebih banyak kandungan air apabila cuaca panas dan tinggi kandungan lemak apabila cuaca sejuk.

Rasa susu ibu berubah-ubah bergantung kepada makanan yang dimakan ibu: anak anda didedahkan kepada rasa yang berbeza-beza pada peringkat awal usianya lagi.

Kandungan SUSU FORMULA pula kekal sama dalam apa-apa jua kondisi. Tak termasuk lagi dengan harga susu formula yang semakin meningkat. Hmmm…..susahkan?
Pandai-pandailah anda pilih yang mana yang terbaik untuk permata hati anda.

Khasiat serta kandungan yang dimiliki di dalam susu ibu tidak perlu dipertikaikan lagi. Susu Ibu mempunyai nutrisi yang lengkap untuk bayi termasuk kandungan karbohidrat, lemak dan protein. Ia juga mempunyai segala khasiat seperti vitamin, mineral, hormon dan antobodi yang diperlukan oleh bayi untuk proses pembesaran.

Tuntutan agar ibu menyusukan anak turut tertulis di dalam Al-Quran, antaranya;

“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan itu”
– surah Al-Baqarah, ayat 233


Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan(ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan.
- (Surah Luqman : 14)

” Jika mereka menyusukan (anak-anakmu) untukmu, maka berikanlah pada mereka upahnya; dan mesyuaratlah di antara kamu (segala sesuatu dengan baik; dan jika kamu menemui kesulitan, maka perempuan lain boleh menyusukan (anak itu) untuknya”
– Surah At-thalaq, ayat 6

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya berserta dengan tempoh
menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan.
-(Surah al-Ahqaf: 15)

Ayat di atas menjelaskan bahawa pemberian susu ibu turut digalakkan dalam Islam. Sama ada kita sedar atau pun tidak susu ini sebenarnya mempunyai khasiat tersendiri dan banyak membantu tumbesaran bayi. Tiada apa yang membahagiakan ibu bapa apabila melihat anaknya sihat dan cerdas.

Penyelamat bayi

Hasil kajian UNICEF (The United Nations Children’s Fund) menunjukkan 7 cara yang paling berkesan untuk menyelamatkan kanak-kanak dari penyakit adalah dengan meningkatkan penyusuan susu ibu. Kesedaran melalui kempen nyata tidak memberi kesan apabila seramai 40,000 orang kanak-kanak dianggarkan mati setiap hari di negara- negara membangun kerana kekurangan zat.

Kadar kematian bayi dan kanak-kanak yang tidak menyusu badan pada usia 3 bulan pertama juga telah direkodkan meningkat 10 hingga 15 kali bagi negara membangun. Kebanyakan kes kematian ini dipercayai berpunca daripada penyakit cirit birit yang serius.
Bahkan di negara barat seperti Amerika dan Eropah, banyak kes Sudden Death of Unknown Cause (Sids) atau Cot Death telah dilaporkan akibat daripada pengambilan susu botol.

Oleh demikian kempen penyusuan ibu amat digalakkan di negara mundur sebagai pilihan untuk tidak menyusu botol kerana sistem bekalan air di negara tersebut tidak bersih. Walaupun penyusuan botol di negara kita selamat dan terjamin, penyusuan ibu tetap yang terbaik.

Khasiat dan kebaikan susu ibu

Susu ibu merupakan makanan dan minuman terbaik untuk bayi terutamanya sejak lahir hingga bayi berusia enam bulan. Ia mengandungi semua khasiat dalam imbangan yang betul. Sebaik selepas melahirkan, susu pertama kental berwarna kekuningan. Susu ini dinamakan kolostrum. Khasiatnya amat tinggi. Kandungan proteinnya tiga kali ganda melebihi susu ibu biasa. Ia mengandungi antibodi yang tinggi serta lebih sel darah putih.

Kolostrum mampu melawan jangkitan pelbagai penyakit seperti cirit- birit, selesema dan radang paru-paru. Malah ia bertindak sebagai imunisasi pertama. Ibu-ibu digalakkan kerap menyusui ibu pada hari-hari pertama kelahiran bagi membekalkan kolostrum secukupnya pada bayi. Sesetengah ibu tidak mahu memberikan susu mereka pada bayi pada waktu ini kerana menurut mereka susu belum ada. Kekeliruan ini merugikan kerana bayi seharus mendapat kolostrum sebanvak mungkin.

Teknologi moden cuba meniru merumus susu formula agar menyamai susu ibu. Namun sehingga kini khasiat dan kebaikan yang terkandung di dalam susu ibu tidak dapat disamai apalagi untuk ditandingi. Antara kebaikan susu ibu adalah ia mengandungi zat makanan dalam nisbah yang betul dan isi kandungannya berubah mengikut keperluan bayi membesar. Komposisi zat dan vitaminnya sesuai dan mencukupi untuk bayi. Ia mengandungi enzim lipase yang menghadamkan lemak.

Susu ibu bersih dan bebas bakteria. Selain itu ia mengandungi anti jangkitan yang melawan pelbagai jangkitan penyakit. Antaranya sel darah putih hidup (leucocytes) yang membunuh bakteria. Antibodi (immunoglobulins) mampu menentang jangkitan penyakit biasa sehinggalah bayi berupaya membentuk antibodinya sendiri. Sekiranya si ibu mempunyai jangkitan, antibodi yang dapat melawan jangkitan tersebut akan hadir di dalam susu ibu.

Kita kerap melihat bayi kecil menangis tanpa henti berjam-jam lamanya. Besar kemungkinan perutnya kembung. Sekiranya bayi menyusui ibu sepenuhnya pada usia tiga bulan, masalah ini dapat diatasi. Ini kerana terdapat bahan dinamakan bifudus factor
membantu bakteria istimewa Lactobasillus bifidus membiak dan menentang bakteria yang menyebabkan diare atau cirit-birit. Selain diare, susu ibu berjaya menentang jangkitan penyakit biasa seperti enzema, lelah dan sembelit.

Susu ibu tersedia bila-bila masa pada suhu badan dan sentiasa steril. Susu tepung akan masam selepas beberapa jam tetapi susu badan tidak pernah rosak walaupun bayi tidakmenyusu beberapa hari. Kebaikan susu ibu bukan sekadar menjadi penawar dan
bertindak sebagai tembok menghalang penyakit malah ia mampu meningkatkan kecerdasan otak bayi. Dua kajian terbaru Cambridge di England dan Flinders Australia membuktikan bayi yang disusui badan, kecerdasan IQnya mampu mencecah tahap tujuh hingga 10 mata melebihi IQ biasa.

Dan kajian dari Holland menunjukkan susu ibu mengandungi Asid Docosahexanoic dan Asid Arachidonic yang tidak diperolehi dalam susu tiruan berguna untuk pertumbuhan sistem tumpuan nervous.

Untungnya si ibu…
Perkara paling ditakuti wanita selepas bersalin adalah mengembalikan bentuk badan asal. Banyak mengeluh badan mereka susah turun terutama bahagian perut dan punggung.
Ini berita baik. Dengan menyusu bayi dengan susu badan anda boleh melangsingkan badan dibantu dengan sedikit senaman.

Semua tahu, sewaktu mengandung rahim mengembang dan selepas melahirkan anak ia mengambil masa untuk kembali ke saiz asalnya. Dengan menyusui bayi, sejenis hormon dipanggil Oxytocin yang dirangsangkan melalui hisapan bayi membantu rahim mengecut lebih cepat. Ia juga mengurangkan risiko pendarahan berlebihan dan risiko mendapat kanser buah dada juga ovari.
Penyusuan ibu dengan sepenuhnya selama enam bulan pertama mampu menunda kedatangan haid. Andai berhubungan dengan suami ketika itu 98 peratus kehamilan dapat dielakkan. Secara tidak langsung menyusu badan menjadi salah satu kaedah berkesan merancang keluarga.

Selain kebaikan daripada segi fizikal dan kesihatan, penyusuan badan menawarkan kebaikan lain yang lebih istimewa. Naluri keibuan lebih menyerlah, ikatan kasih antara anak dan ibu terjalin. Di dalam proses menyusui, sejenis hormon dipanggil prolaktin terhasil dalam badan ibu. Hormon ini dapat mempengaruhi dan merangsangkan perasaan keibuan.

Sewaktu menyusu juga bau ibu, sentuhan dan wajah akan terakam pada ingatan bayi yang masih kecil itu. Proses penyusuan membantu bayi lebih mengenali ibu dan paling penting mereka dapat merasakan kehangatan kasih si ibu. Anak akan lebih mesra dan kasih sayang mereka lebih mendalam pada ibu.

Kalau kita melihat si ibu terpaksa bersusah payah menyediakan peralatan membancuh susu ketika berjalan, ibu yang menyusu badan hanya perlu membawa diri mereka sahaja. Mereka juga tidak perlu bimbang kehabisan air untuk membancuh susu andai terperangkap di dalam kesesakan jalan raya. Susu badan sedia ada, bersih dan terjamin selamat. Susu badan dapat menjimatkan kos belanja, masa dan tenaga.

Tanggapan banyak buah dada jatuh atau melendur kerana menyusu badan juga kurang tepat. Bentuk buah dada berubah semasa hamil dan mungkin mereka tidak bercoli, diikuti tarikan graviti ataupun usia semakin lanjut. Untuk itu pastikan ibu-ibu memakai coli sesuai sepanjang tempoh kehamilan dan sewaktu menyusui bayi

Sekarang kita semua ibu2 sepatutnya tiada alasan lagi tak boleh susukan anak dengan susu ibu (melainkan ibu ada masalah berkaitan yang tak dapat dielakkan), kerana sekarang kita memang mendapatkan kemudahan sebaik mungkin untuk menyusukan anak kita..Nak atau tak nak je...Malas atau rajin je...Kalau kata kurang susu tu..ia boleh diikhtiarkan dengan pengambilan makanan berkhasiat dan sebagainya..Cuma perlu cari alternatif lain dan berusaha lebih sikit untuk menggali ilmu...

Sekiranya anda sedang mencari vitamin yang sesuai untuk ibu2 menyusu, boleh hubungi saya atau sms 012-5299013 atau email ke pyxis81@yahoo.com

ihsan : Kasih Ibu

Monday, 6 August 2012

AMALAN IBU IMAM SYAFIE SEMASA MENYUSUKAN BELIAU

Ini merupakan amalan ibu imam Syafie ketika menyusukan beliau. Jom ibu-ibu, praktiskan!



Kelebihan dan fadhilat menyusukan anak:

1. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

2. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/­2 tahun) dan beramal soleh tidak melangar perintah Allah dan taat kepada suaminya, maka maalaikat-maalaika­t di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

3. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

4. Susu ibu menjadikan anak lebih sihat daripada terkena penyakit terutama selsema dan batuk, InsyaAllah.

5. Dengan memberi air susu ibu kepada anak, pengaruhnya sangat besar terhadap perkembangan dan kesihatan fizik dan jiwa anak.

6. Jika semalaman ibunya tidak tidur kerana menjaga anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T memberi pahala seperti memerdekakan 70 hamba ke jalan Allah.

**Subhanallah..Maha Pengasih & penyayang Allah pada kami wanita/ibu kan? Thanks You Allah..=)