Showing posts with label ubat vs vits. Show all posts
Showing posts with label ubat vs vits. Show all posts

Wednesday, 7 September 2016

Adakah Produk-Produk Tradisional Di Malaysia Selamat

Tahukah anda, herba merupakan sumber terawal ubat-ubatan dan digunakan secara meluas di seluruh dunia (WHO, 2002)? Ketika ini, ubatan herba boleh diperolehi dalam pelbagai bentuk dosej seperti tablet, kapsul, sirap, krim dan juga plaster. Namun, pernahkah anda terfikir, adakah ubatan herba yang dikategorikan sebagai ubat tradisional tersebut benar-benar selamat untuk diambil dan digunakan?
Ubat tradisional daripada sumber semulajadi
Umum beranggapan ubat tradisional yang berasal daripada sumber semulajadi adalah tidak merbahaya dan selamat untuk diambil. Walaubagaimanapun, hakikatnya herba juga berpotensi untuk dicemari dengan logam berat samada yang hadir melalui tanah, air atau udara. Ernst (2002b) melaporkan terdapat kes keracunan arsenik, merkuri, plumbum dan kadmium daripada ubat herba dari Asia. Ini menunjukkan bahawa ubat tradisional boleh dicemari dengan logam toksik.
Ubat tradisional yang berasal daripada herba juga boleh dicemari dengan bakteria dan kulat terutama jika proses selepas pengumpulan tumbuhan herba seperti pengeringan tidak dilakukan dengan sempurna.
Di Malaysia, ubat tradisional didaftarkan oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) untuk memastikan ianya selamat dan berkualiti. Untuk memastikan ia tidak tercemar dengan logam berat, mikroorganisma dan juga bahan campur palsu, pengujian makmal berkaitan akan dilakukan. Bagi menentukan kualiti produk pula, ujian keseragaman berat dan pengecaian juga dijalankan untuk ubat tradisional dalam bentuk tablet dan kapsul.
Pengujian ke atas ubat tradisional
Logam berat seperti arsenik, merkuri, plumbum dan kadmium boleh mendatangkan kesan toksik yang serius seperti yang disenaraikan dalam Jadual 1 di bawah:
Logam Berat
Kesan toksik
ArsenikMemberi kesan atas kulit dan boleh menyebabkan kanser
MerkuriMemberi kesan ke atas buah pinggang, paru-paru, sistem saraf, sistem imunisasi dan kulit
PlumbumMemberi kesan kepada sistem saraf, sistem kardiovaskular, sistem pencernaan dan buah pinggang
KadmiumMemberi kesan kepada buah pinggang dan paru-paru
Jadual 1: Kesan logam berat kepada kesihatan
Selaku sekretariat kepada PBKD, Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) bertanggungjawab untuk menguji dan memastikan paras logam berat dalam ubat tradisional tidak melebihi had yang ditetapkan seperti yang dinyatakan dalam jadual 2. Ujian logam berat akan dijalankan untuk produk-produk tradisional sebelum dan selepas pendaftaran untuk memastikan ubat-ubat tradisional yang diambil oleh pengguna adalah selamat dan berkualiti.
Logam Berat
Had Logam Berat yang dibenarkan
ArsenikTidak lebih 5.0 mg/L atau 5.0 mg/kg (5.0 ppm)
MerkuriTidak lebih 0.5 mg/L atau 0.5 mg/kg (0.5 ppm)
PlumbumTidak lebih 10.0 mg/l atau 10.0 mg/kg (10.0 ppm)
KadmiumTidak lebih 0.3 mg/L atau 0.3 mg/kg (0.3 ppm)
Jadual 2: Had logam berat yang dibenarkan dalam produk tradisional
Selain daripada itu, ubat tradisional juga diuji untuk memastikan ianya tidak dicemari bakteria dan kulat serta bakteria patogenik yang boleh membawa maut. Bakteria patogenik yang dipastikan tidak terdapat dalam ubat tradisional adalah Staphylococcus aureus Escherichia coli, Salmonella dan Pseudomonas aeruginosa. Staphylococcus aureus selalu dijumpai di atas kulit dan salur pernafasan manakala Pseudomonas aeruginosa pula merupakan bakteria yang biasanya terdapat dalam tanah. Eschericia coli berasal daripada najis dan mempunyai kemungkinan untuk mencemari tumbuhan herba. Salmonella yang selalunya menjangkiti haiwan secara tidak langsung turut boleh mencemari tumbuhan herba.
Untuk memastikan ubat tradisonal selamat daripada dicampur palsu dengan ubat terkawal sebelum dipasarkan, penyaringan bahan campur palsu ke atas ubat tradisional dengan indikasi tertentu turut dijalankan oleh BPFK. Produk ubat tradisional dengan indikasi-indikasi berikut perlu diuji samada mengandungi ubat terkawal iaitu:
  1. Untuk kesihatan lelaki
  2. Untuk menurunkan berat badan
  3. Untuk sakit otot dan sendi
  4. Untuk selsema dan batuk
  5. Untuk menurunkan paras gula dalam darah
Kesimpulan
PBKD dan BPFK bertanggungjawab memastikan ubat tradisional yang berada di pasaran adalah selamat dan berkualiti. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab pengguna untuk memastikan ubat tradisional yang dibeli adalah ubat berdaftar yang mempunyai nombor MAL dan hologram. Pembelian ubat tradisional yang tidak berdaftar mendedahkan pengguna kepada risiko yang boleh membahayakan kesihatan dan lebih parah lagi berisiko untuk mengundang maut.
Rujukan
  1. WHO, 2002. Drug Information. Herbal medicines. Vol.16. World Health Organization, Geneva
  2. Ernst,E. 2002b. Toxic heavy metals and undeclared drugs in Asian herbal medicines. Trends in Pharmacological Sciences 23, 136-139.
  3. NPCB, 2014. Drug Registration Guidance Document
  4. http://www.foodsafety.govt.nz/industry/general/foodborne-illness/salmonella/
sumber : http://www.myhealth.gov.my/adakah-produk-produk-tradisional-di-malaysia-selamat/

Fiza 012-5299013 Shaklee Jitra

Wednesday, 5 December 2012

PERBEZAAN SUPPLEMENT DAN UBAT YANG WAJIB KITA TAHU!

  UBAT
MAKANAN TAMBAHAN (FOOD SUPPLEMENT)

•Ubat sama sekali ganjil dengan tubuh badan. Mereka tidak menjadi sebahagian daripada tisu-tisu kita, tidak juga menyumbang bahan-bahan berkhasiat.

•Bahan berkhasiat kesemuanya adalah semulajadi dan penting kepada tubuh badan. Jika kita kurang mengambilnya, kita akan mati atau sengsara akibat kelemahan fungsi organ.


•Ubat ialah ejen-ejen bahan kimia yang kuat yang boleh mengubah fungsi-fungsi secara mengganggu tindakan biokimia dan proses-proses enzim.

•Bahan-bahan berkhasiat bertindak dengan membantu tindakan biokimia dan pemprosesan enzim.

•Ubat boleh mengakibatkan kesan sampingan, kebanyakan boleh kekal dalam badan. Malahan aspirin boleh kekal menyebabkan gangguan dalam perut, pendarahan dalam perut, gangguan mental, bintik-bintik merah, telinga berdengung, gangguan penghadaman dan ahirnya kematian.

•Bahan berkhasiat tidak menimbulkan kesan sampingan. Menggunakannya berlebihan hanya terganggu sementara. Oleh itu badan akan membina sistem enzim untuk menghadapi bahan berkhasiat, ianya bersedia menghadapi kelebihan

•Ubat bertindak baik hanya secara berasingan. Ianya boleh menganggu satu sama lain dan berkebolehan menghasilkan kesan-kesan sampingan.

•Bahan berkhasiat bertindak lebih baik secara bersatu antara satu sama lain. Bahan berkhasiat sedia membantu antara satu sama lain ibarat rantai. Kesemuanya harus bergabung untuk menghasilkan kesan yang lebih baik

•Ubat baik dimakan biasanya dipertengahan waktu makan untuk mengelakkan hal yang saling mempengaruhi atau pencairan oleh kesan daripada makanan.

•Bahan berkhasiat baik diambil bersama makanan. Ianya lebih berkesan menyerap bersama makanan dan mempertingkatkan keberkesanan penghadaman lain-lain factor makanan

•Ubat berkemungkinan membawa maut. Salah guna atau berlebihan boleh membunuh. (kematian adalah kesan sampingan yang pasti).

•Bahan berkhasiat adalah selamat. Tiada satu pun kenyataan yang tercatit mengenai merbahayanya dengan pengambilan vitamin, zat galian dan asid amino.

•Ubat menghasilkan kesan kepada setiap orang. Tidak kira apa keadaan seseorang itu. Seseorang boleh merasai kesan pengambilannya.

•Bahan berkhasiat tidak menghasilkan tindak balas kepada seseorang. Ianya hanya memberi kesan sekiranya bahan-bahan berkhasiat ternyata kekurangan dalam tubuh badan.

•Ubat bertindak cepat dan menakjubkan, sering mengasar. Seseorang boleh menerima kesannya dalam jangka masa beberapa minit atau jam sahaja.

•Bahan-bahan berkhasiat bertindak secara beransur-ansur (perlahan-lahan) dalam jangkamasa yang panjang. Ia kebiasaannya mengambil masa berbulan-bulan untuk mencapai kesan dan kejayaan.

•Ubat merawat kesan atau tanda-tanda sakit, tetapi bukannya merawat punca sakit. Ianya hanya menutup kesakitan, disebaliknya ia tidak memulihkan.Tidak ada keadaan badan yang disebabkan oleh kekurangan apa-apa ubat. Contohnya sakit kepala, bukan disebabkan kekurangan aspirin pada sesuatu system.

•Bahan berkhasiat bertindak merawat terhadap PUNCA penyakit sekiranya digunakan kerana menampung kekurangannya. Jika sesuatu keadaan yang sedia ada itu berpunca dari kekurangan sesuatu bahan berkhasiat yang tertentu, oleh itu menambahkannya ketika mengambil makanan dapat mengatasi masalah serta kerosakan yang telah terjadi dan tidak berulang lagi.

•Ubat perlu diberi pengawasan yang teliti bagi menghalang kelebihan sukatan yang merbahaya kearah tindakan sampingan

•Pengambilan bahan berkhasiat tidak memerlukan pengawasan yang rapi sebagaimana pengambilan ubat-ubatan. Setiap sel badan hanya boleh menerima bekalan bahan berkhasiat dengan terhad. Apabila keperluan mencukupi, ia tidak akan menerima lagi. Kelanjutan berlebihan akan khasiat adalah rendah. Keselamatannya sangatlah terjamin

•Orang tua biasanya memerlukan ubat pada sukatan yang rendah kerana mudah mendapat kesan sampingan yang serius jika dibandingkan dengan orang muda

•Orang tua memerlukan lebih banyak bilangan khasiat, oleh kerana faktor-faktor kekurangan yang berlarutan begitu lama serta penghadaman (pemesraan / pencemaran) yang lemah.

•Ubat sebenarnya boleh menghasilkan penyakit. Terdapat pertumbuhan yang membimbangkan di Kanada terhadap penyakit yang disebut 'iatrogenic' (Physician cased ertinya disebabkan oleh doctor perubatan).
sumber : hani-dex.blogspot.com

•Bahan berkhasiat sedia memelihara (mengawal) badan daripada penyakit-penyakit dengan:-
• Menguatkan sel-sel daripada serangan kuman bakteria, virus dan lain-lain.
• Melambatkan proses kemunduran (kelemahan organ berfungsi dengan baik) di dalam badan.