Showing posts with label petua. Show all posts
Showing posts with label petua. Show all posts

Tuesday, 17 May 2016

Belajar tanda-tanda sakit di badan


SAKIT DI BAHAGIAN BAHU
Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.

KEBAS TANGAN :
● Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.

KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN :
●Tanda-tanda lemah atau sakit jantung.
Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku. 

KEBAS KAKI :
●Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.

SAKIT TAPAK KAKI : 
●Menandakan buah pinggang lemah.
Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.

SAKIT TUMIT KAKI :
●Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.

RASA PANAS DI TAPAK KAKI :
● Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.

GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI
●Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).

TANDA-TANDA DALAMAN KEPALA.
Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.
PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA
●Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.

PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA
● Bahagian atas .
Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
● Bahagian bawah (tengkuk).
Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.

SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA :
●Menandakan penyakit migrain.

BISUL TERJADI DI KEPALA
● Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.

RASA PENING YANG MEMUSING
●Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.

MULUT/KERONGKONG/LIDAH LOYA/MUNTAH .
  • Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
MUNTAH DARAH
● Darah merah :
Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
● Darah hitam:
Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.

LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK :
●Tanda sakit jantung.

KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT . ..Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman

KENCING
.. KERAP KENCING
●Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran
AIR KENCING BERKAPUR
●Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
AIR KENCING BERMINYAK :
● Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT :
● Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
AIR KENCING BERDARAH :
● Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.

BUANG AIR BESAR
.. CIRIT-BIRIT/KERAP BUANG AIR BESAR :
●Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar
. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.
SEMBELIT:
Membersihkan toksin dari usus kecil.
NAJIS BERDARAH
● Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
● Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
NAJIS BERWARNA HITAM :
● Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.

BADAN :
Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.
..Sakit menyucuk :
● Proses menyeimbangkan urat saraf.
..Sakit sengal:
● Menandakan luka di dalam badan.
..Sakit menyentap:
● Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
.. Sakit menegang :
● Proses melancarkan pengaliran darah.

BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH .

Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan

BADAN TERASA PANAS .
●Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.

 BADAN TERASA RINGAN :
● Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

 RASA TAKUT MENGEJUT: .
.Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.

CEPAT NAIK DARAH/MARAH :
..Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.

RASA BIMBANG DAN TAKUT :
..Sistem paru-paru yang lemah.

RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :
.. Sistem jantung yang lemah.
.. Sistem saraf otak yang lemah.
.. Masalah pengaliran darah.

Fiza 012-5299013 Shaklee Jitra

Tuesday, 17 November 2015

[INFO : PETUA CEPAT DAPAT ANAK]

Lumrah bagi pasangan yang berkahwin, mesti nak dapat anak cepat-cepat. Lebih-lebih lagi bila rakan seangkatan yang berkahwin lebih kurang tempoh yang sama, semua dah menimang cahayamata, bunting pelamin misalnya. Tertekan juga kadangkala, apabila teman- teman semua dah bertiga, berempat.. kita masih berdua.

Antara penyebab biologi sukar hamil di kalangan wanita:

~ Tiub fallopian tersumbat
~ Endometriosis
~ Mempunyai hormon prolaktin yang tinggi (prolaktin ialah hormon penghasilan susu yang mengganggu penghasilan telur)

~ Menghidap PCOS (mempunyai hormon kelelakian yang tinggi menyebabkan telur tidak matang)
~ Masalah hormon

~ Tumor pituitari yang mengganggu penghasilan telur
~ Menopous sebelum waktunya
~ Masalah tiroid
~ Fibroid

Penyebab biologi di kalangan lelaki:

~ Jangkitan kuman atau penyakit yang dihidapi sewaktu kecil yang merencatkan sistem pembiakan
~ Jangkitan kuman akibat penyakit kelamin dari hubungan seksual
~ Menghidap azoopsermia iaitu testis yang tidak berfungsi untuk menghasilkan sperma

~ Menghidap hernia
~ Gangguan hormon
~ Salur sperma tersumbat
~ Mati pucuk, lemah tenaga batin, dsb

Penyebab-penyebab dari faktor luaran (lelaki dan wanita)

~ Hubungan seksual di luar waktu kesuburan
~ Stress dan tekanan
~ Pemakanan yang tidak sihat
~ Kekurangan zat
~ Amalan merokok atau meminum alkohol
~ Mengambil terlalu banyak ubat-ubatan (drug)
~ Terdedah kepada pencemaran
~ Terlalu kurus atau terlalu gemuk

Bagi penyebab biologi, anda suami isteri dinasihatkan mendapat khidmat pakar dalam bidang reproduktif, agar masalah anda berdua dapat diselesaikan secara medikal.

Sekiranya anda berdua tiada masalah biologi, bermakna peluang untuk anda cepat dapat anak adalah cerah. Namun, anda mesti bersedia untuk mengubah cara hidup anda.

Bersenam
Bersenam bukan sahaja menyihatkan badan, malah memberi kesegaran minda. Badan yang sihat dan minda yang tenang menurunkan paras stress dan meningkatkan hormon kesuburan anda.

Mengelakkan pencemaran

Mungkin kita tidak dapat lari dari pencemaran, terutama pencemaran udara. Anda boleh menghentikan diri dan keluarga dari menjadi punca dan mangsa pencemaran dengan mengamalkan ‘green-living’. Setidak-tidaknya dengan berhenti merokok

Mengambil supplement (vitamin & mineral) untuk menambah kesuburan

Kesuburan boleh ditingkatkan dengan pengambilan supplement berikut:

Vita-Lea - kesuburan wanita banyak dipengaruhi oleh vitamin A. Jadi untuk cepat dapat anak, seorang wanita (lelaki juga) harus melengkapkan diri dengan mengambil multivitamin dan multimineral. Kenapa kena ambil multi? Kerana ia membekalkan vitamin dan mineral perlu dalam kehidupan kita sehari-hari, bagi memastikan kesihatan berada di tahap optimum.

Mangan dan magnesium di dalam Vita-Lea membantu ereksi bagi lelaki.

B Complex – Vitamin2 B3, B6 dan B12 memainkan peranan penting dalam memulihkan tenaga (menukar makanan kepada tenaga). Penting bagi mereka yang hidup dalam keadaan sibuk, selepas kerja di pejabat yang memenatkan, anda memerlukan tenaga untuk bersama dengan suami/isteri.

Vitamin B12 juga berperanan dalam memperbanyakkan sperma

Vita C - Sebagai vitamin yang menjaga kesegahan sel, vitamin C juga berfungsi menghasilkan sel sperma yang sihat. Sperma yang tidak sihat, lembik, lembab… akan menghadapi masalah untuk bersenyawa dengan sel ovum.

Vita E & Selenium - bekerja bersama2 dengan vitamin C sebagai anti oksidan. Radikal bebas dalam tubuh mampu merosakkan sperma dan ovum. Jadi bagi menjaga kualiti sperma, seseorang lelaki harus mengambil vitamin E dalam kadar yang mencukupi. Selenium lengkap dalam Vita E Shaklee, untuk membantu pergerakan sperma agar lebih tangkas dan bergaya.

Omega Guard – Omega 3 dan Omega 6 meningkatkan kelicinan pergerakan sperma bagi memudahkan persenyawaan.

Zinc - meningkatkan hormon testosteron dan bilangan sperma.

Alfalfa – membantu mengatur pusingan haid, masalah keputihan dan masalah kewanitaan.

Banyaknya supplement, mana satu yang perlu ambil? Semua kah?

Kalau nak ambil semua mungkin terlalu banyak, jadi untuk mereka yang mahu mencuba, ikhtiar untuk cepat dapat anak, saya cadangkan ambil supplement di bawah sebagai permulaan”

Untuk Suami : Set Family Wellness (vitalea+b complex+vita C) bersama Vita-E dan Zinc

Untuk Isteri : Set Family Wellness (vitalea+b complex+vita C) atau Set Family Wellness (vitalea+b complex+vita C) bersama vita-E +alfalfa

Order di sini --->   SET KESUBURAN




Fiza 012-5299013 Shaklee Jitra

Artikel sumber : Nurul Azliza

Tuesday, 21 April 2015

BAYI SERING MENANGIS? Ini penyelesaiannya!

Ramai ibu, mama, umi yang kurang pengalaman dan pengetahuan tentang penyusuan mudah mengalah dengan penghasilan susu mereka

Ramai yang tidak yakin susu ibu cukup untuk bayi mereka. Bila bayi menangis, ibu akan anggap bayi lapar.

TIDAK   TIDAK   TIDAK

ada 5 banyak sebab bayi menangis, iaitu

MENGANTUK
LAPAR
PERUT TAK SELESA
INGIN SENDAWA
KEADAAN TIDAK SELESA (pampers penuh, duduk kurang selesa)

rujukan : DUNSTAN BABY LANGUAGE

boleh tengok video ni, kajian yang mat salleh buat. Saya dah praktikkan kat anak no 3, memang sangat-sangat membantu. Sesuai apply untuk baby umur 0-3 bulan

DUNSTANT BABY LANGUAGE VIDEO

Selamat mencuba!

Fiza, Shaklee JITRA

012-5299013

Sunday, 19 April 2015

Petua Halau Lipas di Rumah

Mesti stress kan.. bangun je pagi.. nampak taik lipas kat lantai. Dah la kotor, busuk semerbak plak dapur tu.

Haa.. kat bawah ni saya senaraikan beberapa tips yang mudah untuk kita cuba.. meh tengok

SABUN BUKU ---> HALAU LIPAS

Potong sabun buku yang wngi-wangi, taburkan kat dalam laci, almari kat mana lipas suka duduk. Lipas tak suka bau wangi.. sebab dia busuk. hehe

TIMUN --> ELAK LIPAS

Ambil pangkal timun, hiris nipis dan tabur dekat tempat yg ada lipas

Lemon juga boleh. Hiris nipis macam timun dan tabur kat tempat yg banyak lipas tu. Bila lemon atau timun tu dah kering, pandai-pandai la ganti ye.

DAUN PANDAN --> HALAU LIPAS

Selain daripada semua bahan-bahan di atas, yang paling senang ialah guna DAUN PANDAN. Letak je daun pandan kat tempat-tempat lipas tu lepak dan membiak. Wangi je tau.

Fiza
Shaklee Jitra
012-5299013

Thursday, 5 March 2015

Pisang yang banyak khasiat

Siapa suka makan pisang?

Banyak kan khasiatnya! Bagus untuk kesihatan

Memberikan tenaga segera
Kaya dengan postasium
Bagus untuk perut kita, mengurangkan sembelit
Sebagai energy booster
Penuh zat besi, sangat bagus untuk mengurangkan anemia
Baik untuk ibu mengandung yang kurang darah atau low hb
Bagus untuk perkembangan otak
Membantu perokok berhenti merokok
Membantu mengurangkan simptom PMS

Friday, 27 February 2015

Cuci rahim setelah bersalin

Tadi scroll fb Fitrah solusi spa, terjumpa satu petua tradisional untuk mencuci rahim semasa berpantang. Petua tradisional memang bagus diamalkan cuma zaman sekarang kebanyakan daripada kita tak sempat nk buat semua tu. Apatah lagi nak dapatkan bahan-bahan mentah. Tapi jika berpeluang, boleh cuba ya!

Friday, 27 September 2013

CEGAH SAKIT JANTUNG

Beberapa garis panduan utk cegah sakit jantung dari seorang pakar cardiologist

1. Kurangkan gula, tepung putih dan gula sirap sucrose dalam minuman dan makanan.
2. Lebihkan omega3 dari fish dan krill oils, flax dan sesame seeds, avocado dan telor.
3. Jauhkan makanan berminyak 'deep fried' (hydrogenated) dalam fast dan processed foods .

4. Tingkatkan logam magnesium dari sayur2 hijau atau pil supplement.
5. Juz delima bolih bantu bersihkan salurdarah jantung dari kesumbatan arterosclerosis.
6. Pil supplement mengandungi L- Arginine bolih bantu repair salurdarah jantung.

7. Lada atau cayene dikatakan sebagai tonik jantung.
8. Teh cina atau green tea juga tonik jantung
9. Berjalan kaki 30 minit sehari


Thursday, 27 December 2012

Petua Untuk Isteri Sentiasa Cantik


1. Selepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah 1 kali, Ayatul Qursi 1 kali, dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.

2.Minum dan niat dalam hati untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga.

Makna Surah Al-Waqiah ayat 35-38:

(56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,

56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),

(56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,

(56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.
Khabarkan kepada kaum ibu dan isteri-isteri semoga ada manfaatnya.





Tuesday, 6 November 2012

PETUA KEMPISKAN PERUT

1) Inginkan badan langsing selepas bersalin


  • untuk mengelakkan badan jadi gemuk selepas bersalin,anda boleh mencuba petua berikut iaitu: ambil 5 halia bara atau dikenali juga dgn nama halia cina, 10 biji lada hitam dan 30 ekor ikan bilis. Caranya tumbuk semua bahan td sehingga lumat atau separuh lumat, kemudian perah sedikit air limau nipis dan gaul. Makan bersama dengan nasi panas pada waktu pagi dan  malam setiap hari sewaktu anda dalam pantang.

2)  Mengurangkan buncit perut.( bagi lelaki terutamanya heheheh)
  • Bagi lelaki yang mengalami masalah perut buncit, anda boleh mencuba petua ini. Ambil sedikit kapur makan dan sedikit air limau purut yang telah diperah jusnya. Kapur dan air limau purut tadi digaul bersama sehingga sebati . Amalkan menyapu disekeliling perut sebelom masuk tidur dan biarkan kering sehingga pagi.
3) Mengempiskan perut. ( sesuai utk wanita jew tau)
  • Petua yg mudah dan kos yg murah. Anda perlu amik air limau nipis yang telah dicampur teh tanpa gula dan minum tiap2 hari. Amalkan meminum air tea o limau suam tiap hari (tanpa gula tau) dan insyallah perut anda yang buncit akan kempis. Petua ni utk org yang sihat walafiat tanpa menghidap sebarang penyakit.
NIESHA SHOPE


 PETUA DARI BAHAN SEMULAJADI

1. Memelihara wajah dari tompok-tompok hitam dan warna kulit yang tidak sekata.

Ambil ½kg beras dan setengah auns limau nipis yang telah matang. Bersihkan beras dan toskan. Perah air asam limau nipis ke dalam kuali dan masukkan beras yang telah dibasuh tadi. Goreng tanpa minyak sehingga berubah menjadi kehitaman. Tumbuk dan ayakkan menjadi tepung beras. Kemudian bancuh dengan air sejuk dan gosok pada wajah seperti menggosok daki. Untuk hasil yang lebih baik, boleh juga jadikan tepung beras ini sebagai masker.


Wednesday, 17 October 2012

12 Makanan Kegemaran Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam:

12 Makanan Kegemaran Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam:

1. Barli
2. Kurma
3. Buah Tin

4. Anggur
5. Madu
6. Tembikai
7. Susu
8. Cendawan
9. Minyak Zaitun
10. Delima
11. Cuka
12. Air

♥ Jom Kita Amal ツ ♥

Monday, 6 August 2012

AMALAN IBU IMAM SYAFIE SEMASA MENYUSUKAN BELIAU

Ini merupakan amalan ibu imam Syafie ketika menyusukan beliau. Jom ibu-ibu, praktiskan!



Kelebihan dan fadhilat menyusukan anak:

1. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

2. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/­2 tahun) dan beramal soleh tidak melangar perintah Allah dan taat kepada suaminya, maka maalaikat-maalaika­t di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

3. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

4. Susu ibu menjadikan anak lebih sihat daripada terkena penyakit terutama selsema dan batuk, InsyaAllah.

5. Dengan memberi air susu ibu kepada anak, pengaruhnya sangat besar terhadap perkembangan dan kesihatan fizik dan jiwa anak.

6. Jika semalaman ibunya tidak tidur kerana menjaga anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T memberi pahala seperti memerdekakan 70 hamba ke jalan Allah.

**Subhanallah..Maha Pengasih & penyayang Allah pada kami wanita/ibu kan? Thanks You Allah..=)