Showing posts with label vivix. Show all posts
Showing posts with label vivix. Show all posts

Wednesday, 10 May 2017

🌺TAK SUBUR?

Dlm istilah perubatan, pasangan yang dah berkahwin lebih 1 tahun, tinggal bersama, aktif melakukan persetubuhan, tetapi masih belum dikurniakan zuriat, mereka ini dikatakan mengalami infertility.
                
So  kalau pasangan masih merah inai di tgn💅, pasangan yang sorang dok johor, sorang dok Sarawak, berjumpa 3bln sekali..Yang ni Doktor tak panggil sebagai tak subur..dan tak perlu nak buat ape2 lagi sebab, tak mengandung disebabkan faktor jarak jauh dan jarang berjumpa

🌺 Penyebab infertility (ketaksuburan)

Nampk kat rajah di atas, nak dapat anak ni perlukan "kerjasama suami isteri"

So, bukan salah wanita sahaja kalau belum dapat anak..

Malah, sama je 40% faktor lelaki, 40% wanita..yg lain tu anggaplah kuasa Allah (belum rezeki).

🌺Faktor Lelaki tak Subur!

1. Low sperm count (kuantiti sperm yg sedikit)

2. Bentuk sperma yg tak normal

3. Sperm bergerak tak laju

4. Bilangan sel darah putih dlm air mani tinggi

5. Sperm tak sihat, tak kuat, cepat mati (sperm viability)

6.GEMUK!!

7.MEROKOK!!🚭

🌺Faktor Wanita Tak Subur

Masalah daripada pihak wanita kemungkinan berpunca daripada salah satu bahagian ni (organ peranakan)

 Women's
1. Ovary
2. Tube
3. Uterus
4. Cervix
5. Tuboperitoneal






Bagaimana suplemen boleh membantu?

Suplemen apa yang paling baik?

Tak lain tak bukan!!

Hot seller shaklee!

VIVIX😊

🌺Vivix dan Kesuburan

1) Vivix bersifat anti-aging .
Resveratrol protect cells from oxidative damage and extend fertile years .
Protect  sel ovum dari free radicals/DNA mutations

2) Resveratrol menstabilkan hormon estrogen dalam badan

3) Vivix bantu untuk kuruskan badan!!! ( lebih kurus, kurang sel lemak, maka lebih subur..insyaAllah)

4) Vivix resveratrol improve insulin function (membantu mslh PCOS)

5) Resveratrol bantu protect sel telur dari dimusnahkan oleh high kolestrol LDL

*high Kolestrol LDL boleh musnahkan sel telur yang tgh nak ovulate

6) Resveratrol melindungi DNA - so melindungi sperm & ovum

7) Resveratrol meningkatkan fungsi mitokondria ( tenaga)
-so meningkatkan kualiti sel sperma & ovum

🌺VIVIX UNTUK LELAKI SUBUR 🕵🏻🕵🏻🕵🏻🕵🏻

1) vivix bantu lelaki berhenti merokok🚭

2)resveratrol improve pergerakan sperma
-sperma jadi bertenaga superpower untuk berenang renang 💪🏻💪🏻💪🏻

3) resveratrol meningkatkan kepekatan sperma dlm.air mani lelaki (sel sihat)

4) resveratrol bantu meningkatkan BILANGAN sperma (sel sihat)

5)  resveratrol bantu protect organ pembiakan lelaki dari oxidative damage (contohnya nicotine rokok)

6) resveratrol membantu masalah erectile dysfunction
-blood flow ke penis jadi lebih lancar, erection lebih lama. Dan persetubuhan lebih berkesan untuk sperma berenang terus ke rahim

🌺Vitamin E

Vit E shaklee mengandungi selenium

Ape fungsi selenium?
Selenium ni membantu tubuh kita menyerap vit E, memelihara membran sel, sel drh merah&tisu otot.

Kajian menunjukkan tambahan vit e&selenium boleh meningkatkan kualiti air mani& meningkatkan motility sperm (pergerakan sperm)😊

🌺GLA
Membantu stabilkan hormon wanita

🌺ESP

Ade 9 jenis asid amino yg tak dihasilkan oleh tubuh kita

Walaupun soya dikatakan adlh slh satu xenoestrogen, iaitu sumber mknn yg ade estrogen yg boleh menganggu fungsi estrogen dlm badan, tapi xenoestrogen dikatakan byk terdapat dlm GMO foods..

ESP shaklee adlh NON-GMO, jadi soy kita adlh selamat&bebas drp xenoestrogen

Utk lelaki;
Komponen yg paling penting yg terdapat dalam ESP, yg penting utk meningkatkan kesuburan adlh L-Arginine&L-Carnitine

L-Arginine ni adlh slh satu komposisi utama yg perlu ada dlm kepala sperm

L-Carnitine: memastikan sperm dpt berfungsi secara normal&sihat

Ade study yg menunjukkn kekurangan L-Carnitine dlm air mani lelaki menyebabkan kekurangan bilangan sel sperma& it's motility (pergerakan)

Paling minimum research menunjukkan berlaku peningkatan bilangan sperma seawal 3 bulan setelah pengambilan secara berterusan bersama sama Vit E

Utk wanita;
Protein yg terdapat dlm esp penting utk memastikan dinding rahim kuat& mengurangkan risiko keguguran janin sekiranya berlakunya penempelan pd dinding rahim

Protein juga penting utk membina sel2 yg sihat utk pembentukan awal janin👍

🌺Zinc

Terdapat dlm vitalea & ESP

Husband:
✅ Improve the form, function&quality of the sperm (zinc membentuk lapisan luar&tail of the sperm) :tanpa bentuk yg sempurna, sperm xdpt bergerak dgn laju/kuat
✅Low level of iron boleh menyebabkan chromosomal defects in the sperm
(Maksudnya walaupun berlakunya persenyawaan, risiko gugur masih tetap ada disebabkan janin yg terhasil adlh tidak sempurna akibat kecacatan pada kromosom)

Wife:
✅Membantu dlm penghasilan telur yg lebih matang
✅ Maintain proper follicular fluid level (utk memastikan telur yg dh disenyawakan dpt bergerak dgn lebih mudah dlm tiub fallopio)
✅ Menstabilkan hormon estrogen, progesteron, testosteron
✅ Pengambilan secara berkala (30mg daily) boleh mengurangkan size fibroid yg mungkin menjadi punca ketidaksuburan

🌺Vit C

Men's fertility:
✅ Improve sperm quality&protect sperm from DNA damage;so kurang risiko utk keguguran/kecacatan janin

✅Membantu meningkatkan bilangan sperm, motility(pergerakan)&bentuk sperm yg normal

✅ Kajian menunjukkan vit C juga membantu elakkan sperm cells daripada melekat antara satu sama lain

 Woman's fertility:
✅ Memainkan peranan penting dlm kitaran haid&fungsi ovary (kilang telur)
-Jika diambil pada fasa sebelum ovulasi, kehadiran vitamin c akan lebih membantu dlm proses ovulasi (pengeluaran telur) utk disenyawakan

✅ Membantu dlm penghasilan collagen di mana penting dlm pertumbuhan corpus luteum yg sgt penting utk dlm peringkat awal kehamilan (sekitanya telur berjaya disenyawakan)

✅ Membantu dlm proses egg production&maturity

✅ Mengurangkan masalah period yg heavy flow

✅ Melambatkan proses pertumbuhan endometriosis/fibroid

Fiza 012-5299013 Shaklee Jitra

🌺Apa itu Subur?


Secara biologinya subur ni maksudnya bila isteri mampu produce telur (ovum) yg sihat

Suami pon mampu produce sperma yg sihat

Dan suami isteri tadi mampu mempersenyawakan keduanya smpai besar jadi baby😄👶🏻

Ni adalah kitaran haid wanita yg normal.
Image result for ovulation cycle

Ovulation adalah fasa bertelur😄                      
Telur wanita (Ovum) mampu hidup 24jam

Benih lelaki (Sperma) mampu hidup 3-5hari

So, waktu kedua-duanya hidup, masa nilah yang terbaik supaya janin dapat terhasil😁

Dalam ertikata lain, masa nilah persetubuhan perlu ada. Kalau tak..ovum sia sia je turun sebagai darah haid😬

🌺Bilakah waktu Subur Wanita

Disebabkan ovum ni hny boleh hidup 24jam, adalah sgt penting utk tahu bila ovum ni keluar dr kilang telur dan berjalan2 di dalam rahim😄

Hari ke 14 dari akhir cycle period wanita adalah waktu subur

Contoh cycle kita 28 hari

So waktu subur adalah 28-14 =hari ke 14

Dan tempoh subur adalah 2-3 hari sebelum dan selepas hari ke 14 tu

Fiza 012-5299013 Shaklee Jitra

Wednesday, 15 February 2017

Vivix kembalikan Buah Pinggang Ayah saya


Hari ni saya nak share kan kisah anak solehah hadiahkan vivix pada ayahnya.

Credit pada Ustazah Mariyam Shaari

MY SUCCESS STORY

Asalnya ayah yam ada kencing manis..jantung.. kami bagi vivix kat ayah.. moga-moga ada perubahan...

Sehinggakan Vivix ni, antara suplement kegemaran ayah yam. Ayah yam sebelum ni , ada masalah kerosakkan buah pinggang pada sebelah kanan sejak 2009.. Dan sebaik ayah saya amalkan vivix selama 3 bulan berturut-turut untuk kencing manis dan jantung pada tahun 2014. Alhamdulillah, dengan izin Allah, suatu ketika ayah saya pergi check up dengan Dr pakar untuk check up semua organ dalaman,al maklum ayah saya kaya penyakit antaranya Diabetis, Jantung, Buah Pinggang Rosak, Gout dan pernah terkena minor strok.

Ayah sendiri cakap yang Doktor Pakar terkejut, "En Sa'ari! buah pinggang encik dah mula berfungsi balik lah." Syukur sangat, Bukan buah pinggang sahaja mula berfungsi balik, tapi kencing manis dah terkawal, gout mula larikan diri dari ayah. Alhamdulillah. Mak sayapun amalkan vivix, seronok sangat tengok mak,ayah saya sihat. Tiada apa yang saya mampu balas melainkan usaha untuk bantu pulihkan kesihatan mereka untuk mereka beribadah.


Vivix hanyalah ikhtiar untuk mencegah. Vivix sangat berbaloi. Cubalah,pasti anda teruja! :) Yang sihat, Tak perlu tunggu sakit untuk memulakan


Alhamdulillah saya seronok sebab vivix bantu kembalikan buah pinggang ayah saya...😊😀

Ni gambar saya dengan Ustazah Mariyam semasa di Langkawi. Share makan lamb chop. hehehe

Fiza 012-5299013 Shaklee Jitra

Sunday, 15 January 2017

YA ALLAH...JANGAN AMBIL ABAH. 😢

Betul kata pepatah, malang tu tak berbau.
Kita sangka panas hingga ke petang tapi mendung seakan datang tanpa diduga.

September 2016.
Detik yang takkan saya lupakan.

Petang tu mak telefon dari kampung.
Dalam sendu mak bagitau..

"Akak, abah sakit....abah tak nak makan, tak nak minum. Abah asyik terbaring saja".

"Sedih mak tengok abah". 😢

Saya yang dengar luahan mak, mula tak keruan kat sini. Jujurnya masa tu juga rasa nak terbang balik ke kampung.

Air mata memang dah jadi peneman setia masa tu.

Sedih sangat bila kenangkan lelaki yang tak pernah kecewakan saya.
Lelaki yang tak pernah jemu mendidik saya.
Menjadi peneman cerita suka duka saya sebelum ni.

Kini terlantar sakit tanpa sebab.

Doktor sendiri tak dapat cari punca kenapa abah jadi macam tu. Malah mereka minta abah balik saja.

Ye..abah tak pernah jatuh sakit, malah tak pernah ada sakit apa-apa.

Jadi, bila dapat berita yang abah sakit.
Memang sesuatu yang sangat mengejutkan kami sekeluarga.

Abah seorang yang penyabar.
Jujurnya saya sangat rapat dan manja dengan abah.

Teringat senyumannya, buat saya semakin sedih, sebak...

"Abah...abah...abah jangan tinggalkan akak.." 😭

Allah...sedihnya hanya Allah yang tahu.
Tak fikir panjang terus telefon suami di pejabat dan maklumkan yang abah sakit.

Tak lama lepas tu, suami balik. Kami terus bergegas balik ke kampung. 3 jam lebih perjalanan tu saya rasakan terlalu lama.

Sesampai di rumah mak, ramai saudara mara yang datang melawat abah.

Saya terus melulu kat abah.
Masa tu air mata jatuh tak henti-henti.

"Ya Allah...abah kenapa sampai jadi macam ni, kenapa ni abah....sedih la kakak tengok abah".

Nampak mengalir air mata abah...😢

Saya cium, saya peluk abah seeratnya.
Dalam hati tetap berdoa semoga Allah kembalikan kesihatan abah.

Saya tanya mak, "mak...VIVIX ada lagi tak?"

Mak cuma angguk lesu.
Ada sendu di wajahnya.
Ada duka dihatinya.
Ada kerunsingan mengganggu fikirannya.

Saya terus ke dapur bancuhkan 2 sudu besar VIVIX dengan setengah gelas air masak. Suapkan abah.

Ya Allah...sedihnya tengok abah hirup air VIVIX tu. Menggigil tangan dan badan sebab terlalu lesu.

Setiap hari, saya pastikan abah minum VIVIX 3 kali dalam sehari.

Abah masih tak nak makan, jadi saya bancuhkan juga air Performance Drink untuk abah 2 kali sehari. Sebab dah tak sanggup nak tengok abah jadi terlalu lesu, lemah dan tak bermaya.

Sesungguhnya kuasa Allah tu maha besar.

Selepas 3 hari berturut-turut saya berikan abah VIVIX dan juga air Performance Drink, dah mula nampak perubahan positif pada abah.

Dari terbaring, abah dah boleh duduk.
Abah dah mampu bangun buang air sendiri. Kalau sebelum ni, mak yang akan cebokkan abah.

Masuk hari keempat, abah dah mula nak makan. Muka abah pun dah pucat lagi.

Syukur aku panjatkan padaMu ya Allah..
Alhamdulillah...dalam tempoh seminggu abah beransur sihat.

Dah mula sebut rindu nak ke kebun. Hehehe..

Mak pulak nampak lebih tenang, lebih lega. Mungkin sebab dah nampak kembali senyuman abah.

Kini hampir 4 bulan berlalu.
Abah semakin sihat, begitu juga dengan mak. Nampak mereka berdua lebih bahagia.

Nikmat apa lagi nak saya dustakan bila Allah bantu sembuhkan orang yang paling saya cintai dengan asbab VIVIX Shaklee.

Kenapa VIVIX?
Apa yang hebatnya VIVIX?

Betul....saya takkan berpaling dari VIVIX.
Sebab saya tau VIVIX powerful sebagai agen membantu mencegah penyakit dan mengurangkan sakit.

VIVIX kaya dengan anti oksida yang menghapuskan radikal bebas yang merosakkan sel kulit dan tubuh abah selama ni.

Badan abah ibarat mesin yang dah lama dipakai, makin lama makin usang. 😢

Jadi untuk kembalikan kesihatan abah yang kian terjejas, hanya VIVIX saja yang mampu.

Terima kasih Allah kerana Kau pelihara kesihatan mereka hingga kini.

Sempena promo VIVIX bulan ni, saya nak hadiahkan untuk mak abah.

Memang la VIVIX agak mahal, tapi nilai kasih sayang mak abah lebih mahal dari tu. Bila mereka dah tutup mata, nak berbakti pun tak guna lagi.

Jom hargai orang yang telah banyak berkorban demi membesar dan mendidik kita.

Semoga kesihatan mak abah kita semua semakin baik. Amiin...

Buat sahabat yang sudi membaca, moga Allah lipat gandakan rezeki kita. In Sha Allah..

Sumber testimonial sebenar dari PUAN ZURAINI MOHD GHANI
 
nak order Vivix, hubungi saya atau terus order di sini. 




Fiza 012-5299013 Shaklee Jitra

Monday, 2 January 2017

7 PUNCA RASA LETIH ATAU PENAT SAMPAI NAK BUKA MATA PUN TAK BOLEH

Assalamualaikum

Hai, tajuk ni best kan.. dan saya rasa hampir semua wanita mengalaminya.
Bagi saya pulak, start saya kerja sejak 2004 memang awal malam sekitar pukul 9pm tu, mata bagai di gam gam. Badan letih lesu, lepas dinner terus flat. Selalu lah, solat isyak pukul 5 pagi sebab memang dah zzzz lepas dinner.

Apa puncanya?

Ahaaa.. bila saya pikir, mungkin sebab tekanan darah saya rendah masa tu, saya mudah letih. Pernah juga pitam sekejap. Hb sudah tentu la rendah. Mungkin juga saya ni mild anemia, tapi.. disebabkan saya ingat situasi saya ni biasa maka tak pernah saya jumpa doktor untuk dapatkan nasihat. Jika situasi ini berlaku, bermakna, anda kekurang zat besi dan Vitamin B terutamanya B12.

Namun, sampai bila kita nak alami situasi begini, sampai berkeluarga?

Masalah letih saya ni berlarutan sehingga berkahwin dan anak 2. Jadi masalah besar pula sebab balik kerja, lepas makan dah tak dak tenaga nak melayan anak-anak. Mak tido, anak ketuk kepala dengan sudip. Ketuk pun ketuk lah anak, mak nak buka mata pun tak larat.

Namun, selepas saya ambil SET MENYUSU SHAKLEE (Vitalea, b complex, vitamin C, Alfalfa), tanpa saya sedar, masalah letih saya ni selesai. Pukul 12 malam pun boleh lagi buat kerja-kerja rumah. Almaklumlah, malam ja nak basuh baju, sidai kain, sapu sampah, kemas dan sebagainya. Alhamdulillah many problem solved.

Image result for tired mom quotes

Jom kita cek punca-punca rasa letih selain kurang zat besi dan vitamin B

7 PUNCA RASA LETIH ATAU PENAT SAMPAI NAK BUKA MATA PUN TAK BOLEH


Selain daripada keletihan yang mungkin berpunca daripada penyakit, berikut adalah sebab-sebab lain mengapa tubuh kita mudah merasa letih dan lesu :

  • Sensitiviti elektrik


Rasa letih dan lesu juga boleh disebabkan kerana kita dikelilingi dengan alat-alat elektrik. Ada kajian yg menyatakan bahawa sensitiviti elektrik menpengaruhi 35 peratus terhadap populasi dunia di mana ia memberi kesan pada sistem semula jadi badan.

Contohnya adalah seperti meletakkan telefon bimbit kat sisi katil, penggunaanhair dryer melebihi 10 minit, meletakkan jam digital bersebelahan ketika tidur dan terlalu dekat dengan skrin komputer.

  • Makan tengah hari

Makan yang tidak menentu dan tidak teratur menyebabkan kita mudah marah dan keletihan. Amalan pemakanan yang tidak teratur mempengaruhi tindak balas imunisasi yang mengurangkan amaun tenaga dalam badan. Makan tengah hari sepatutnya tidak diambil terlalu berat kerana iboleh menyebabkan kita rasa mengantuk dan malas. Kan?

  • Kekurangan zat besi dan vitamin B12

Kekurangan Zat Besi dan Vitamin B seperti vitamin B12 boleh membawa kepada penyakit anemia. B12 pula berfungsi dalam sistem darah dengan membantu membawa oksigen ke serata badan. Zat besi pula penting dalam penghasilan darah merah. Tanda-tanda penghidap anemia ialah kulit kelihatan kekuningan, tetapi jika anda letih dan cepat emosional try ambil vitamin B12.

Credit : Google


  • Cara senaman

Senaman telah terbukti memberi manfaat terbaik kepada tubuh badan. TApi jika dilakukan pada waktu yang tidak betul dan cara yang salah, bukan je kita akan rasa letih, malah tenaga akan berkurangan dan kesannya paling dirasai pada keesokan harinya terutamanya pada hari Isnin.

  • Dehidrasi

Kajian menunjukkan walaupun kita kehilangan air pada kadar yang sederhana, daya tumpuan dan mental boleh terganggu dan menjadi lembap. Keadaan ini seterusnya akan menyebabkan badan menjadi lemah dan letih. Sekiranya anda rasa letih atau tidak mampu berfikir dengan baik, cuba minum satu hingga dua gelas air. Mungkin kekurangan air dalam badan.....


  • Ubat-ubatan

Sebenarnya banyak ubat-ubat sintetik yang memberi kesan negatif seperti rasa letih dan mengantuk. Antaranya ialah ubat bersifat anti-deprasi serta ubat migrain dan darah tinggi.

  • Tidur kurang berkualiti atau tidak lena

Bukan mudah untuk mendapatkan tidur yang cukup dan berkualiti. Ramai yg gagal tidur dengan lena disebabkan gaya hidup yang tidak sihat. Tidur yang cukup bukan semata-mata untuk kecantikan, yang lebih penting ia mempengaruhi tahap kesihatan. Ostematrix atau kalsium magnesium shaklee antara suplemen yang dapat membantu anda mendapatkan tidur yang berkualiti.

Anda nak tips untuk hilangkan penat dan letih dengan cara mudah?

Image result for vivix shaklee testimoni
Image result for vivix shaklee testimoni


Fiza 012-5299013 Shaklee Jitra

Sunday, 25 December 2016

Daripada Despatch kepada Surirumah Berjaya :)

Bila Allah Uji kita, Dia sebenarnya nak berikan sesuatu yang lebih besar untuk kita.

Kita mesti redha dan tabah mengharungi ujian itu dahulu, barulah hikmahnya akan muncul di hujung perjalanan.  Kisah ini kisah seorang ibu tunggal yang disahkan mempunyai cyst dan akhirnya penderitaannya berakhir dengan Shaklee.

Jom kita baca
=========
Nama saya Min, Semasa kenal dengan Shaklee, Saya seorang janda muda, seawal usia 19 tahun, saya dan 2 anak ditinggalkan suami, tanpa nafkah. Saya bawa diri,bekerja siang dan malam, kadang-kadang tidur hanya 3-4 jam sebab bekerja untuk anak-Anak saya.


Mereka adalah kekuatan Min untuk terus melangkah

Mereka adalah kekuatan saya. Saya mesti buktikan, Saya boleh membesarkan anak-Anak saya walaupun dengan penganiayaan ini.

Saya bekerja sebagai runner, despatch penghantar surat. Iyalah, itu pekerjaan lelaki. Penat, panas dan kulit terbakar. 

Sudah jatuh, ditimpa tangga. Saya kemudiannya disahkan mempunyai cyst. Saya mesti dibedah. Perut saya membesar, darah haid keluar macam tumpah darah. Banyak dan menakutkan. Fizikal saya teruk, perut buncit, kulit kusam dan menyedihkan.

Saya ternampak iklan pasal Shaklee di FB. Bulan Ogos 2015. Saya rasa nak cuba. Malam-malam lepas kerja saya pi cari rumah kak Reen, pengedar Shaklee. Masa tu baru dapat gaji. Tapi lepas belanja anak-anak, lebihannya tak la banyak mana.

Saya mampu beli set bajet sahaja. Kemudian kak Reen terangkan kelebihan menjadi ahli. Menarik. Saya buat keputusan untuk join. Tapi, duit tak ada.

Saya nekad gadaikan satu-satunya cincin yang saya ada. Dapatlah RM70. Dan saya masuk ahli. Saya mula cari Order. Kawan-kawan Order. Duit untung Runcit dari Order tu saya buat isi minyak untuk pergi beli produk yang orang Order.

Kisah cyst saya yang perlu dibedah belum berakhir. Upline nasihatkan saya ambil GLA Complex dan Vivix. Saya cuma mampu untuk GLA Complex. Vivix saya tak mampu. Ya Allah.. tak apa lah, saya pasrah



 Tapi Allah tu maha pemurah. Dr Normi dan kak Reen hadiahkan sebotol Vivix untuk saya. Terharu, syukur dan rasa bertuah Allah hadirkan insan-insan yang baik untuk saya.

Min bersama upline tersayang. Dr. Normi (Tudung bercorak) dan Reen (berniqab di depan) 

Bulan Ogos saya start, 15 September saya dapat bonus. RM600 lebih. Terkejut. Banyak sangat tu bagi saya. Duit tu saya beli Vivix botol kedua dan saya tebus semula cincin yang saya gadaikan dulu.

Tarikh pembedahan pun tiba. Saya warded. Doktor buat pemeriksaan tapi peliknya, dia panggil lagi doktor-doktor lain berbincang.

Dengar di hujung-hujung telinga, Saya kurang faham apa yang dibincangkan. Sekali lagi mereka buat scan ke atas saya. Kemudian doktor cakap saiz cyst saya dah mengecil dan jumlahnya dah berkurang. Ya Allah.. syukurnyaa. Jadi pembedahan dibatalkan cuma kena teruskan follow up dengan pakar.

Keputusan ini menggembirakan saya tapi menghairankan kawan-kawan di wad. Makan apa? Buat apa? Sampai cyst mengecut dan hilang sendiri? Saya cerita pasal Vivix, pasal GLA Complex. Disebabkan itu, bulan tu saya dapat jual Vivix lebih 10 botol.

Akhirnya bulan tersebut saya rank Up ke Supervisor dengan jualan sendiri sahaja. Tiba 15 Oktober, bonus Supervisor saya hampir RM3,000. Hanya air mata menjadi ekspresi kegembiraan, kesyukuran dan keseronokan.

Min bertudung merah dan kawan-kawan Shaklee ❤

Saya konsisten dengan Shaklee, hidup saya berubah 200%. 

Saya tak lagi terkejar-kejar di antara waktu kerja untuk menghantar dan mengambil anak sekolah.

Saya tidak lagi menderita sakit 

Saya tidak lagi kesempitan wang

Dan simpanan bank saya juga kian hari kian bertambah. Alhamdulillah.

Saya ditakdirkan bertemu jodoh kali kedua. Saya sudah berkahwin dan semua perbelanjaan perkahwinan adalah dengan bonus Shaklee. 


Dan kini kami dikurniakan seorang bayi Comel hasil perkahwinan ini. Baby Shaklee. Saya berpantang sepenuhnya dengan Shaklee

Baby Shaklee Min yang comel

Kepayahan Saya, Allah telah gantikan dengan nikmat dan kesenangan melalui Shaklee. Saya amat menghargai perniagaan ini dan kalau saya dengar ada kawan-kawan yang give  up dengan bisnes Shaklee,Saya rasa dia amat rugi. Shaklee bisnes berpotensi besar dan memiliki produk yang yang sangat hebat 

=======

Kisah-kisah seperti ini sebenarnya mengikat saya dengan Shaklee. Ada insan yang hidupnya susah yang mesti dibantu.


Fiza 012-5299013 Shaklee Jitra

Cyst sebesar 5cm??

Setelah lama bercuti menulis, hari ni saya nak kongsikan kisah seorang anak dengan ibunya. Pengorbanan anak apabila tahu ibu kesayangan sakit.

=====================================================


Tepat pada tarikh hari ini 22/12/16 appoinment mak dengan doktor

Dua bulan lepas mak CikNa disahkan ada Cyst sebesar 5cm, doktor nak buat surat rujukan untuk buat operation sebabnya doktor kata sudah tahap bahaya sebab takut ianya merebak ke Ovari

Mak cakap dengan doktor saya nak tangguh

Mak selalu mengadu sakit apabila kedatangan hadas, rasa perut merengat-rengat lain dari yang lain hingga tidak sedar rupanya ia adalah Cyst yang sudah lama bertapak dalam tu!!!

Allah, kesiannya mak syurgaku ini
Hati anak mana yang sanggup melihat mak dan ayahnya tak sihat dan sakit

Luluh jantung Cik Na bila memikirkan sebelum ni apa yang mak tanggung😢

Kalau dahulu mak dan ayah CikNa sanggup buat apa sahaja untuk anak-anaknya, kali ini sebagai anak CikNa nak membalas semula kebaikan

Bila tahu mak Cik Na ada cyst, tanpa berlengah, terus Cik Na belikan mak vivix. Yess!!! CikNa belikan vivix untuk mak hasil simpanan duit CikNa sendiri masa tu





Tak pikir apa-apa pun masa tu, walaupun harganya agak mewah, TAPI lagi mahal nilai kesihatan mak dan ayah


Impian Cik Na melihat mak dan ayah Cik Na sihat, dan tersenyum ceria


Mereka jauh dari Cik Na, dan jauh dari keluarga. Mereka yang mengajar CikNa dan adik-adik mengenal seawal A,B,C, juga membaca


Kebahagian kita yang sekarang kerana adanya doa mak dan ayah kita selama ini😘

Tarikh keramat 22/12/16 pada hari inilah tarikh penting buat CikNa, Appointment mak dengan doktor. Cyst mak telah menyusut dari 5cm ke 2.5cm dan atas nasihat doktor, mak tak perlu lagi ambil ubat hospital, itu petanda yang baik





Sujud syukur pada mu Ya Allah
Engkau la Maha Penyayang

CikNa selalu pesan dekat mak, mak buat solat hajat selalu sebelum dan semasa makan VIVIX ni

Allah bantu, sebab Allah tahu kita usaha ,bukan duduk meredhakan diri sahaja💪

Bantulah keluarga, sayangi mereka



Fiza 012-5299013 Shaklee Jitra

Thursday, 11 February 2016

Selepas berenti merokok, bertambah-tambah pulak penyakit yang datang!!

Semua orang tahukan merokok tu sangat tidak elok, tidak bagus dan semua tidak lah!

Tak ada yang baik pun tentang rokok melainkan mengundang berbagai jenis penyakit termasuklah kanser.

Alhamdulillah dah ramai yang berhenti merokok, namun ada yang sambung merokok sebab tak tahan dugaan.

Bila berhenti merokok, perkara yang pertama biasanya berlaku penambahan selera. Ini adalah pemerhatian saya pada suami saya, perokok tegar. Sehari boleh habiskan lebih sekotak rokok tau. Alhamdulillah sekarang dah STOP!

Apa yang saya buat, layankan aja selera tu. Reward diri beliau. Sebab bukan senang nak berhenti melainkan dengan azam yang sangat kuat!

Kemudian, saya bagi supplemen VIVIX.. supaya paru-paru beliau di REPAIR. Dah bertahun-tahun hisap asap yag merbahaya, saya PASTI sangat banyak toksin berada dalam darah dan organ badan.

Bagaimana saya tau? Sebab bila start makan vivix, alfalfa dan omega, beliau mula dapat selsema, sakit tekak, sakit badan, batuk, sakit kepala, sakit dada.. semuanya tanda-tanda paru-paru yang penuh dengan toksin. Sebelum tu perut kembung, maknanya sistem penghadaman beliau lemah.

Beliau rasa macam nak give up dengan proses detoksifikasi, saya nasihatkan teruskan juga.. biar susah dahulu daripada membiarkan toksin terkumpul dalam badan. Semoga Allah jauhkan segala penyakit merbahaya.

Mujur juga proses detoksikasi atau healing crisis ni berlaku masa cuti Chinese New Year, jadi.. boleh juga berehat layan sakit badan. hehehe..


Apa yang berlaku sebenarnya, kita tengok gambar di bawah ok!

Ini yang berlaku.. badan yang sihat tengah membuang dan menolak toksin keluar dari tubuh. Sebab itu semakin teruk rasanya bila proses detoksifikasi.

Berapa lama proses detoksifikasi?
Ia bergantung pada tubuh badan kita dan jumlah toksin dalam badan. Jika badan kita teralu banyak toksin, proses detoksifikasi akan memakan masa berminggu-minggu. Apa yang penting, cara kita tanganinya dan bersabar. Minum air yang banyak supaya toksin cepat-cepat2 dikeluarkan dari badan. Jangan berhenti makan supplemen yang anda ambil sekarang ya! Jika simptom berlaurtan, anda boleh kurangkan dos supplemen dan berjumpa doktor untuk nasihat.



Fiza 012-5299013 Shaklee Jitra

Thursday, 10 December 2015

Penyebab Batu Karang

Bagaimana batu karang terjadi?

Batu karang terbentuk hasil daripada enapan kolesterol jahat.

Batu karang terbentuk apabila kandungan bahan seperti kalsium, oxalate, cysteine atau asid urik di dalam air kencing pada kadar yang tinggi. Batu boleh terbentuk jika bahan tersebut pada kuantiti biasa tetapi jumlah air kencing sangat rendah.
Bahan tersebut akan membentuk kristal halus yang kemudian melekat pada dinding buah pinggang dan membesar hingga menjadi batu karang. Biasanya, batu karang akan bergerak melalui saluran air kencing dan keluar dari badan apabila kita membuang air kecil. Batu karang akan menyebabkan rasa sakit jika saiznya besar dan tersekat di saluran air kencing.
Punca Pakar perubatan percaya pembentukannya dipengaruhi genetik, persekitaran, diet dan jangkitan kuman di saluran kencing. Oleh itu, sukar untuk menjangka siapa mendapatnya. Jika ada ahli keluarga pernah mendapat batu karang, maka anda mungkin boleh dapatnya. Mereka yang pernah dijangkiti kuman di saluran kencing mudah mendapatnya.
Simptom Simptom utama adalah rasa sakit teramat sangat di belakang atau pinggang, digambarkan lebih teruk daripada sakit bersalin.
Apabila sakit menyerang, ia berlanjutan selama 20 hingga 60 minit dan dalam tempoh itu, sakit akan datang dan pergi. Hampir semua pesakit batu karang ada kesan darah di dalam air kencing atau hematuria.
Ramai pesakit turut rasa sakit atau panas apabila kencing dan boleh nampak butiran pasir halus di dalam air kencing. Ada mengadu demam, menggigil, rasa loya dan muntah.
Namun, ramai pesakit yang tidak mempunyai sebarang simptom. Mereka hanya tahu mengenai batu karang melalui pemeriksaan kesihatan bertujuan mengesan penyakit lain.
Rawatan moden Rawatan bergantung pada saiz dan lokasi, kadar kesakitan dan keupayaan pesakit untuk minum. Jika doktor merasakan batu karang boleh keluar melalui air kencing kerana pesakit boleh tahan sakit, makan minum seperti biasa, mereka boleh berehat di rumah dan menunggu batu karang keluar sendiri.
Jika pesakit mengalami kesakitan teruk atau loya, doktor akan menahannya di hospital dan memberi ubat tahan sakit dan memasukkan air melalui saluran darah anda (IV fluids).
Jika pesakit mengalami demam dan sakit teruk, mereka akan ditahan di hospital untuk rawatan dan mengelak jangkitan kuman lebih serius.
Jika batu karang tidak dapat keluar sendiri melalui air kencing, doktor mungkin mengesyorkan pembedahan kecil atau prosedur perubatan lain antaranya proses Lithotripsy yang sesuai untuk batu karang bersaiz kurang 1 cm.
Pencegahan Pengambilan air yang banyak membantu mencegah kristal halus bercantum dan membentuk batu karang lebih besar. Ia juga memudahkan badan membuang batu karang yang bersaiz sangat kecil.
Pemakanan memainkan peranan mencegah pembentukan batu karang. Antara makanan yang menyebabkan pembentukan batu karang jika diambil berlebihan, daging, organ dalaman haiwan, garam, kacang, bayam, coklat, keledek, supplemen kalsium dan supplemen vitamin C berlebihan.

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20131103/kn_02/Penyakit-batu-karang#ixzz3tshuF4xg 
© Utusan Melayu (M) Bhd 


Sebab itu, pengambilan supplemen yang paling baik seperti Shaklee adalah penting. Kalsium Shaklee disertakan dengan magnesium, vitamin D dan boron supaya penyerapan lebih baik dan tiada sisa ditinggalkan dalam badan. Begitu juga dengan vitamin C. Vitamin C shaklee adalah direka khas melepaskan manfaat vitamin C mengikut masa. Maka, tiada pembaziran dan lebihan vitamin C yang memudaratkan badan

Untuk masalah batu karang, dicadangkan mengambil supplemen

  1. Vivix - membaiki dan melindungi selular DNA supaya sentiasa baik, mengawal genetik supaya sentisa melambatkan penuaan sel badan, menggalakkan pembentukan mitochondria untuk meningkatkan tahap tenaga dalam sel tubuh. Jadi, sel tubuh akan sentiasa bertenaga dan sihat untuk melawan penyakit dan ketidakstabilan
  2. Omega - EPA dan DHA dalam minyak ikan ini mencegah penyakit saluran darah dan strok, mengimbangi tekanan darah, mengimbangi kepekatan darah, merendahkan tahap kolesterol, menghindar pembekuan darah, mengawal masalah obesiti, mengurangkan risiko penyakit jantung
  3. Lecithin - merendahkan tahap kolesterol dalam darah, memecahkan lemak, menghalang penempelan kolesterol dalam saluran darah
  4. Alfalfa - menyingkirkan lemak dan kolesterol, kaya dengan protein, asid amino, klorofil serat, 15 zat galian, 10 vitamin, 8 enzim an fitokimia. Sifatnya yang sangat beralkali boleh mengembalikan tahap Ph badan kepada normal (mencuci hati, darah dan usus), menghilangkan toksin dari badan, membersih hati, kolon dan mencantikkn kulit dan otot
  5. B complex - menrunkan kadar oksolat
  6. Vitamin C - mengasidkan urin, Batu karang tidak terbentuk dalam urin asid
  7. Carotomax - menyembuhkan saluran uriniari yang luka akibat batu karang
  8. Ostematrix - kandungan magnesium dalam ostematrix menurunkan oksalat (garam mineral yang berlebihan akibat pengambilan makanan yang tinggi kolesterol)



ORDER SEGERA DARI SHAKLEE DI SINI --> SET BATU KARANG


Pastikan hubungi saya untuk dapatkan hadiah istimewa dan cara makan yang betul ya!

Fiza 012-5299013 Shaklee Jitra

Tuesday, 20 October 2015

Batu Dalam Hempedu

Baru-baru ni terdengar cerita saudara masuk Kedah Medical Center sebab nak buang hatu dalam hempedu. Kemudian sejak dari itu, tertanya-tanya sorang diri bagaimana dan punca penyakit ni. Bagaimana pula nak rawat?

Jadi, daku google dan terjumpa maklumat ni dari website kementerian kesihatan. Klink sini LINK info sakit batu dalam hempedu
Pengenalan

Penyakit batu karang hempedu adalah masalah yang sering dihadapi penduduk Malaysia. Ia dikaitkan dengan peningkatan pengambilan makanan berlemak. Perkhidmatan radiologi yang semakin maju membolehkan lebih ramai pesakit didiagnosa dengan penyakit ini. Penyakit ini agak unik kerana ia melibatkan 3 organ badan iaitu hati, pundi hempedu dan pankreas. Tanda dan gejala klinikal penyakit ini adalah berbeza-beza bergantung samada aliran hempedu terhalang. Pembedahan laparoskopi dapat memulihkan pesakit dengan lebih cepat dan membolehkan pesakit melakukan aktiviti seharian.

Apa itu pundi hempedu dan fungsinya?
Pundi hempedu adalah organ yang terletak di bawah hati. Ia berfungsi sebagai tempat untuk menyimpan hempedu yang dihasilkan oleh hati. Hempedu penting untuk penyerapan dan pencernaan lemak. Apabila makanan yang sedang dicerna melalui bahagian atas usus kecil (duodenum), hormon yang dipanggil Cholecystokinin dilepaskan bagi merangsang pembebasan hempedu.
Rajah 1: Anatomi hati, pundi hempedu dan duodenum
Hempedu mengandungi air, kolesterol, lemak, garam hempedu, protein dan bilirubin. Bilirubin merupakan satu produk akhir sel darah merah. Kolesterol, garam hempedu dan bilirubin adalah tiga komponen utama yang menentukan pembentukan batu karang hempedu.
Apakah batu karang hempedu?
Batu karang hempedu adalah formasi seperti batu yang terbentuk di dalam pundi hempedu dan ditemui dalam pelbagai bentuk, warna dan ketekalan. Ia terbentuk apabila salah satu daripada tiga komponen utama dalam hempedu (kolesterol, garam hempedu dan bilirubin) wujud secara berlebihan menyebabkan ketidakseimbangan cecair. Lama-kelamaan batu karang hempedu ini menjadi bertambah besar atau semakin banyak. Batu karang hempedu boleh terperangkap sepanjang duktus sistk atau duktus hempedu sesama apabila ia keluar dari pundi hempedu. Batu karang hempedu juga boleh terbentuk di hati, duktus hepatik atau duktus hempedu. Batu karang hempedu dikelaskan berdasarkan komponen kimia dalam batu kolesterol, batu pigmen dan batu bercampur. Majoriti batu karang hempedu adalah batu bercampur.
Rajah 2: Batu kolesterol diambil dari pundi hempedu
Rajah 3: Suatu ilustrasi yang menunjukkan pembentukan batu karang hempedu di dua bahagian yang berbeza; dalam pundi hempedu dan duktus hempedu sesama.
Terdapat beberapa faktor yang boleh mempengaruhi pembentukan batu karang hempedu iaitu:
  1. Jantina. Wanita berisiko dua kali ganda daripada lelaki. Ini adalah disebabkan oleh jumlah hormon estrogen yang berlebihan dalam kalangan wanita. Keadaan tertentu seperti kehamilan, terapi penggantian hormon dan pil perancang keluarga mendedahkan mereka kepada estrogen yang berlebihan. Estrogen yang berlebihan meningkatkan tahap kolesterol dalam hempedu, seterusnya mengganggu keseimbangan cecair hempedu. Estrogen yang berlebihan juga mengurangkan pengecutan pundi hempedu menyebabkan stasis hempedu dan pembentukan batu karang hempedu.
  2. Berat badan. Obesiti merupakan satu lagi faktor risiko kerana paras kolesterol yang tinggi dalam darah.
  3. Diet.  Pemakanan yang tinggi lemak dan kolesterol merupakan satu lagi faktor risiko.
  4. Umur. Individu berumur 60 tahun dan ke atas mempunyai insiden batu karang hempedu yang lebih tinggi.
  5. Diabetes. Penghidap Diabetes mempunyai jumlah asid lemak yang lebih tinggi iaitu trigliserida dan kolesterol darah.
  6. Ubat kolesterol. Ubat yang mengurangkan tahap kolesterol dalam darah juga meningkatkan jumlah kolesterol yang dirembeskan ke dalam hempedu.
Anemia hemolitik. Sel darah merah dimusnahkan kerana masalah tertentu. Heme, komponen sel darah merah yang dimetabolismekan ke bilirubin.
Tanda dan gejala
Kebanyakan batu karang hempedu tidak menyebabkan tidak menunjukkan tanda atau gejala. Ia dikesan semasa pemeriksaan rutin dijalankan. Sebahagian kecil batu karang hempedu boleh menyebabkan gejala seperti rasa sakit yang berpanjangan selama beberapa minit di bahagian kanan atas abdomen. Rasa sakit ini disebut ‘gallstone colic’. Gejala ini biasanya disertai dengan loya dan muntah.
Ia berkurang dengan sendirinya tetapi boleh berlaku semula sekali-sekala. Keradangan pundi hempedu atau jangkitan hempedu statik dipanggil cholecystitis akut dan ia boleh menyebabkan demam.
Batu karang hempedu yang menghalang aliran hempedu dari hati ke duodenum boleh menyebabkan hati dipenuhi dengan hempedu yang berlebihan. Hempedu yang berlebihan akan melimpah ke peredaran sistemik lalu menyebabkan jaundis atau mata, kulit dan membran mukus menjadi kekuningan.Bagi kes yang teruk pemendapan bilirubin yang berlebihan dalam kulit menyebabkan gatal. Gejala lain termasuklah sakit perut, loya dan muntah. Jangkitan hempedu statik mempunyai gejala lain seperti demam dan disebut sebagai Ascending Cholangitis. Jika tidak dirawat, boleh membawa maut.
Batu karang hempedu di bahagian hujung duktus hempedu sesame akan menghalang aliran enzim pankreas dari pankreas kerana duktus hempedu sesame dan duktus pankreas berkongsi laluan ke dalam duodenum yang dipanggil ‘Ampulla of Vater’. Aliran enzim pankreas yang tersekat boleh menyebabkan radang pankreas, atau Pankreatitis Akut. Ia menyebabkan sakit teruk di tengah bahagian atas abdomen hingga ke belakang.
Diagnosa
Jika individu mengalami gejala yang disebutkan di atas, penyakit ini disahkan dengan menggunakan kaedah berikut:
  1. Ujian darah. Penyiasatan ini penting untuk menentukan status penyakit. Penyiasatan darah tertentu seperti bilangan sel, ujian fungsi hati dan serum amilase penting untuk mengesahkan jangkitan, halangan dan pankreatitis.
  2. X-Ray Perut. Sepuluh peratus batu hempedu adalah radiolegap, iaitu boleh dilihat di sinaran x. Ditemui secara kebetulan semasa menjalankan ujian untuk tujuan lain. Sinaran x bukan alat utama untuk mendiagnosa penyakit ini.
  3. Ultrabunyi. Merupakan teknik pengimejan yang mudah, cepat dan tidak berbahaya yang biasa digunakan untuk mendiagnosis penyakit batu karang hempedu. Ia juga boleh menentukan jika terdapat halangan pada aliran hempedu. Walau bagaimanapun, batu karang hempedu sukar dikesan terutamanya jika saluran diseliputi oleh udara dalam usus.
  4. Imbasan tomografi berkomputer atau CT scan.  Merupakan satu teknik pengimejan yang tidak berbahaya menggunakan sinaran x untuk menghasilkan keratan rentas imej badan. CT scan membantu mengesahkan keputusan ultrabunyi terutama dalam menilai duktus hempedu sesama yang terhalang.
  5. Endoskopi songsang cholangio-pancreatography atau ERCP. Ini adalah satu prosedur endoskopik dengan penggunaan tambahan fluoroscopy atau media kontras disuntik melalui duktus hempedu dan imej adalah digambarkan oleh X-Ray. Peranannya sebagai alat diagnostik telah berkurangan dengan adanya bukan invasif teknik pengimejan. Usa semasa ERCP adalah terutamanya terapeutik untuk membuang batu di duktus hempedu.
Rajah 4: Seorang pakar bedah yang menjalankan ERCP terapeutik untuk membuang batu karang hempedu. Pesakit diberikan ubat pelali sepanjang prosedur.
Rajah 5: Imej ERCP menunjukkan batu karang hempedu dalam duktus hepatic.
Rajah 6: Imej menunjukkan pembentukan batu karang hempedu di dua bahagian yang berbeza iaitu dalam pundi hempedu dan duktus hempedu sesama.
Rawatan
Rawatan batu karang hempedu bergantung kepada gejala dan lokasi. Kebanyakan batu karang hempedu yang asimptomatik tidak memerlukan rawatan. Walau bagaimanapun, pembedahan diperlukan bagi keadaan tertentu. Sila berbincang dengan pakar jika anda mengalami keadaan seperti ini.
Pesakit dengan batu karang hempedu simptomatik perlu dimasukkan ke wad, diberikan ubat pelalian, ubat pencegah kejang dan antibiotik sekiranya terdapat tanda jangkitan.
Apabila gejala semakin reda, pesakit dinasihatkan untuk menjalani cholecystectom iaitu prosedur membuang pundi hempedu. Ia dilakukan secara terancang. Pembedahan ini dilakukan menggunakan pendekatan laparoskopi atau pembedahan lubang kunci. Kamera dan instrumen pembedahan dimasukkan ke dalam rongga abdomen melalui 3 atau 4 hirisan kecil di perut selebar 0.5 cm hingga 1.0 cm. Pembedahan laparoskopi mengurangkan kesakitan dan pesakit pulih dengan cepat serta kembali melakukan aktiviti seharian. Kadang-kala cholecystectomy dilakukan menggunakan kaedah konvensional terbuka terutama semasa kecemasan atau apabila pakar bedah menghadapi kesukaran semasa melakukan pembedahan laparoskopi.
Rajah 7: Luka kecil dalam cholecystectomy laparoskopi membolehkan pesakit pulih dengan cepat dan kembali melakukan aktiviti harian selepas pembedahan. Hirisan kecil 0.5 cm - 1.0 cm ditandakan ‘x’.
Jika cholecsytitis akut tidak berkurang dengan antibiotik, cholecystectomy kecemasan dilakukan, biasanya menggunakan kaedah terbuka.
Rajah 8: cholecystectomy konvensional atau terbuka dilakukan dengan hirisan selebar 10 hingga 15 cm di kuadran kanan atas abdomen.
Rajah 9: Satu spesimen lengkap pundi hempedu selepas cholecystectomy
Rajah 10: Spesimen pembedahan terbuka pundi hempedu mendedahkan batu karang hempedu
Apabila pesakit mengalami jaundis berkiatandengan halangan biliary, mereka menjalani rawatan yang sama seperti rawatan batu karang hempedu.
Walau bagaimanapaun, selepas gejala jangkitan dan kolik telah berkurang, mereka akan menjalani ERCP untuk membuang batu yang menghalang biliary. Ia biasanya ini dilakukan pada sesi perawatan yang sama. ERCP juga boleh dilakukan sebagai prosedur kecemasan jika antibiotik gagal memulihkan pesakit atau pesakit terlalu sakit untuk pembedahan. Dalam keadaan seperti ini, plastic stent dimasukkan untuk melegakan halangan dan memastikan hempedu mengalir ke dalam duodenum. Cholecystectomy boleh dilakukan apabila pesakit semakin sembuh.
Rajah 11: Pelbagai batu karang hempedu selepas dikeluarkan dari pundi hempedu menggunakan kaedah ERCP
Kadang-kala batu biliary yang terhalang dibuang semasa cholecystectomy terbuka. Walau bagaimanapun pembedahan akan membuka duktus hempedu. Oleh itu, untuk memastikan bahawa duktus hempedu sembuh tanpa penyempitan yang tidak normal atau stenosis, tiub getah bentuk T diletakkan dalam duktus hempedu sesama. Tiub ini akan dikeluarkan selepas 6 minggu.
Rajah 12: Saluran biliari dengan Tiub T selepas pembedahan duktus hempedu dan penyingkiran batu biliari.
Rawatan menggunakan kaedah tanpa pembedahan juga boleh digunakan untuk merawat penyakit batu karang hempedu. Penggunaan ubat atau terapi oral mempunyai peranan terhad kerana kurang berkesan dan kejadian berulang yang tinggi. Ia hanya digunakan dalam situasi apabila pesakit mempunyai risiko tinggi untuk menjalani pembedahan atau anestetik.
RAWATAN DENGAN PRODUK SHAKLEE

  1. Vivix - salah satu punca batu dalam hempedu ialah hormon estrogen yang tinggi dalam tubuh badan. Jadi, fungsi vivix adalah mengawal selia paras hormon estrogen. Selain itu, vivix membantu mengurangkan paras kolesterol jahat LDL.
  2. Lecithin - berfungis sebagai pengemulsi kolesterol berlebihan bagi menghalang pembentukan batu karang.
  3. Alfalfa - sebagai agen detoks dan mengurangkan keasidan darah. Darah yang tingg kandungan asid akan membawa kepada pelbagai penyakit
  4. B complex - membantu metabolisma kolesterol, hati dan meningkatkan fungsi hempedu
  5. Vitamin C - kekurangan vitamin C dalam tubuh juga merupakan punca pembentukan batu karang
  6. Vitamin E - mencegah lemak tengik
  7. Herblax - membersihkan usus dan agen detox bagi usus.
Ingin order SET BATU HEMPEDU terus dari Shaklee?

Klik di sini, dan jangan lupa hubungi saya untuk khidmat nasihat dan hadiah istimewa


Anda boleh untick jika nak kurangkan Set produk Batu Hempedu mengikut bajet. Yang paling penting adalah VIVIX dan LECITHIN.

Fiza 012-5299013 Shaklee Jitra