Showing posts with label kesuburan. Show all posts
Showing posts with label kesuburan. Show all posts

Wednesday, 10 May 2017

🌺Apa itu Subur?


Secara biologinya subur ni maksudnya bila isteri mampu produce telur (ovum) yg sihat

Suami pon mampu produce sperma yg sihat

Dan suami isteri tadi mampu mempersenyawakan keduanya smpai besar jadi baby😄👶🏻

Ni adalah kitaran haid wanita yg normal.
Image result for ovulation cycle

Ovulation adalah fasa bertelur😄                      
Telur wanita (Ovum) mampu hidup 24jam

Benih lelaki (Sperma) mampu hidup 3-5hari

So, waktu kedua-duanya hidup, masa nilah yang terbaik supaya janin dapat terhasil😁

Dalam ertikata lain, masa nilah persetubuhan perlu ada. Kalau tak..ovum sia sia je turun sebagai darah haid😬

🌺Bilakah waktu Subur Wanita

Disebabkan ovum ni hny boleh hidup 24jam, adalah sgt penting utk tahu bila ovum ni keluar dr kilang telur dan berjalan2 di dalam rahim😄

Hari ke 14 dari akhir cycle period wanita adalah waktu subur

Contoh cycle kita 28 hari

So waktu subur adalah 28-14 =hari ke 14

Dan tempoh subur adalah 2-3 hari sebelum dan selepas hari ke 14 tu

Fiza 012-5299013 Shaklee Jitra

Tuesday, 17 November 2015

[INFO : PETUA CEPAT DAPAT ANAK]

Lumrah bagi pasangan yang berkahwin, mesti nak dapat anak cepat-cepat. Lebih-lebih lagi bila rakan seangkatan yang berkahwin lebih kurang tempoh yang sama, semua dah menimang cahayamata, bunting pelamin misalnya. Tertekan juga kadangkala, apabila teman- teman semua dah bertiga, berempat.. kita masih berdua.

Antara penyebab biologi sukar hamil di kalangan wanita:

~ Tiub fallopian tersumbat
~ Endometriosis
~ Mempunyai hormon prolaktin yang tinggi (prolaktin ialah hormon penghasilan susu yang mengganggu penghasilan telur)

~ Menghidap PCOS (mempunyai hormon kelelakian yang tinggi menyebabkan telur tidak matang)
~ Masalah hormon

~ Tumor pituitari yang mengganggu penghasilan telur
~ Menopous sebelum waktunya
~ Masalah tiroid
~ Fibroid

Penyebab biologi di kalangan lelaki:

~ Jangkitan kuman atau penyakit yang dihidapi sewaktu kecil yang merencatkan sistem pembiakan
~ Jangkitan kuman akibat penyakit kelamin dari hubungan seksual
~ Menghidap azoopsermia iaitu testis yang tidak berfungsi untuk menghasilkan sperma

~ Menghidap hernia
~ Gangguan hormon
~ Salur sperma tersumbat
~ Mati pucuk, lemah tenaga batin, dsb

Penyebab-penyebab dari faktor luaran (lelaki dan wanita)

~ Hubungan seksual di luar waktu kesuburan
~ Stress dan tekanan
~ Pemakanan yang tidak sihat
~ Kekurangan zat
~ Amalan merokok atau meminum alkohol
~ Mengambil terlalu banyak ubat-ubatan (drug)
~ Terdedah kepada pencemaran
~ Terlalu kurus atau terlalu gemuk

Bagi penyebab biologi, anda suami isteri dinasihatkan mendapat khidmat pakar dalam bidang reproduktif, agar masalah anda berdua dapat diselesaikan secara medikal.

Sekiranya anda berdua tiada masalah biologi, bermakna peluang untuk anda cepat dapat anak adalah cerah. Namun, anda mesti bersedia untuk mengubah cara hidup anda.

Bersenam
Bersenam bukan sahaja menyihatkan badan, malah memberi kesegaran minda. Badan yang sihat dan minda yang tenang menurunkan paras stress dan meningkatkan hormon kesuburan anda.

Mengelakkan pencemaran

Mungkin kita tidak dapat lari dari pencemaran, terutama pencemaran udara. Anda boleh menghentikan diri dan keluarga dari menjadi punca dan mangsa pencemaran dengan mengamalkan ‘green-living’. Setidak-tidaknya dengan berhenti merokok

Mengambil supplement (vitamin & mineral) untuk menambah kesuburan

Kesuburan boleh ditingkatkan dengan pengambilan supplement berikut:

Vita-Lea - kesuburan wanita banyak dipengaruhi oleh vitamin A. Jadi untuk cepat dapat anak, seorang wanita (lelaki juga) harus melengkapkan diri dengan mengambil multivitamin dan multimineral. Kenapa kena ambil multi? Kerana ia membekalkan vitamin dan mineral perlu dalam kehidupan kita sehari-hari, bagi memastikan kesihatan berada di tahap optimum.

Mangan dan magnesium di dalam Vita-Lea membantu ereksi bagi lelaki.

B Complex – Vitamin2 B3, B6 dan B12 memainkan peranan penting dalam memulihkan tenaga (menukar makanan kepada tenaga). Penting bagi mereka yang hidup dalam keadaan sibuk, selepas kerja di pejabat yang memenatkan, anda memerlukan tenaga untuk bersama dengan suami/isteri.

Vitamin B12 juga berperanan dalam memperbanyakkan sperma

Vita C - Sebagai vitamin yang menjaga kesegahan sel, vitamin C juga berfungsi menghasilkan sel sperma yang sihat. Sperma yang tidak sihat, lembik, lembab… akan menghadapi masalah untuk bersenyawa dengan sel ovum.

Vita E & Selenium - bekerja bersama2 dengan vitamin C sebagai anti oksidan. Radikal bebas dalam tubuh mampu merosakkan sperma dan ovum. Jadi bagi menjaga kualiti sperma, seseorang lelaki harus mengambil vitamin E dalam kadar yang mencukupi. Selenium lengkap dalam Vita E Shaklee, untuk membantu pergerakan sperma agar lebih tangkas dan bergaya.

Omega Guard – Omega 3 dan Omega 6 meningkatkan kelicinan pergerakan sperma bagi memudahkan persenyawaan.

Zinc - meningkatkan hormon testosteron dan bilangan sperma.

Alfalfa – membantu mengatur pusingan haid, masalah keputihan dan masalah kewanitaan.

Banyaknya supplement, mana satu yang perlu ambil? Semua kah?

Kalau nak ambil semua mungkin terlalu banyak, jadi untuk mereka yang mahu mencuba, ikhtiar untuk cepat dapat anak, saya cadangkan ambil supplement di bawah sebagai permulaan”

Untuk Suami : Set Family Wellness (vitalea+b complex+vita C) bersama Vita-E dan Zinc

Untuk Isteri : Set Family Wellness (vitalea+b complex+vita C) atau Set Family Wellness (vitalea+b complex+vita C) bersama vita-E +alfalfa

Order di sini --->   SET KESUBURAN




Fiza 012-5299013 Shaklee Jitra

Artikel sumber : Nurul Azliza

Wednesday, 8 April 2015

Kegembiraan yang dikongsi setelah 6 Tahun mencuba untuk Hamil

Assalamulaikum

Hari ini saya nak kongsikan berita gembira daripada kakak saya sendiri, Watie Akib.

Beliau ni seorang businesswoman, ada travel dan event company sendiri, juga seorang baker dan sangat pandai memasak. Bila free, beliau akan terima juga tempahan catering di sekitar kawasan Seri Kembangan. Jadi boleh bayangkan la betapa sibuknya kak Watie ni. Ada sorang anak perempuan dah masuk umur 6 tahun. Jadi, opkos la nak tambah baby lagi memandangkan umur pun dah semakin meningkat, sekarang 39 tahun.

Jom saya kongsikan kisah kak Wati

Assalamualaikum
Kali ni terpanggil nak berkongsi dengan semua. Mula2 malu.. tapi bila difikirkan boleh membantu org lain.. saya rasa x salah saya berkongsi berita gembira di sini

Alhamdulillah.. setelah 6 tahun berehat .. akhirnya saya disahkan hamil sekali lagi. 2 tahun sudah saya mengalami keguguran setelah kandungan berusia 7 minggu.

Kali ini..kandungan telah berusia 9 minggu. Saya cuma berdoa dan tawakkal kepada Allah supaya kali ini ada rezeki..insyaAllah.

Dah bermacam2 produk saya ambil..termasuk.jamu. bayangkan balik kampung semua org tanya soalan yg sama.." bila nak tambah lagi?.. balik kg mertua.. org tanya.. kapan lagi...tambah dedeknya.. hehehe. Tension jugak lama2..

Saya pejam mata..tinggalkan semua produk lain.. termasuk.jamu2... saya istiqomah dengan gla dan alfalfa. Tutup mata..pekak kan telinga. Saya consume gla setiap hari..alfalfa setiap hari. Ada ja masalah period sikit atau sakit..rujukan saya...adik saya sendiri Noorhafiza Mohamad Akib.

6 bulan tanpa jemu makan secara consistent, Alhamdulillah...syukur...berkat doa dan usaha tanpa jemu..

Rakan2 yg masih belum ada anak...atau sedang mencuba.. amalkan..gla.
Alfalfa. Suami.makan zinc dan vit e

InsyaAllah...berdoa sentiasa. Syukur Alhamdulillah.

Doakan kali ini rezeki saya hingga 9 bulan.. 


Anda nak cuba? boleh ikhtiar dengan supplemen Shaklee. Hubungi saya untuk nasihat percuma di 012-5299013 atau pm saya di FB -->>SINI

Nak dapatkan suplemen Shaklee tanpa kos pos? boleh COD di kawasan Jitra atau Alor Setar juga ya!


Tuesday, 5 August 2014

Bagaimana menentukan waktu kesuburan anda

Untuk memahami dengan lebih mendalam berkenaan dengan waktu kesuburan, adalah sangat penting bagi setiap wanita mengetahui bagaimana organ reproduktif mereka berfungsi. Pastikan anda telah membaca bab-bab terdahulu yang menerangkan dengan terperinci bagaimana organ-organ tersebut berfungsi.

Berikut adalah beberapa fakta yang perlu diketahui oleh semua wanita yang ingin mengetahui waktu yang paling subur iaitu waktu yang paling sesuai untuk melakukan hubungan seks bagi tujuan untuk hamil :

1. Ovulasi (proses pengeluaran telur dari ovari) selalunya berlaku 14 hari sebelum kedatangan haid yang akan datang. Jadi untuk mengetahui tarikh ovulasi, setiap wanita perlu perihatin tentang haid mereka serta mencatitkan masa datang haid. Dengan kaedah ini mereka akan berupaya untuk mengagak tarikh haid yang akan datang.

2. Jangkamasa hayat ovum adalah dari 24 hingga 48 jam selepas ovulasi.

3. Jangkamasa hayat sperma di dalam tubuh wanita adalah dari 24 -72 jam selepas hubungan seks.

4. Waktu yang paling subur bagi seorang wanita adalah bermula dari 4 hari sebelum ovulasi sehingga 2 hari selepas ovulasi. Anggaran kasar adalah di antara hari 10 hingga hari ke 16 kitaran haid. Bilangan hari dikira dari hari pertama datang haid.

5. Bagi wanita yang mempunyai haid yang tidak tetap, salah satu cara untuk menentukan hari subur adalah dengan mengambil kitaran haid yang paling pendek ditolak dengan 16 kemudian kitaran haid yang paling panjang ditolak dengan 12. Contohnya, jika kitaran haid seseorang wanita itu adalah di antara 26 hingga 35 hari , waktu subur wanita tersebut adalah di antara hari ke-10 (26-16) hingga hari ke-23. Kiraan tempoh kitaran haid adalah dari hari pertama datang haid.

6. Beberapa jam selepas ovulasi, peningkatan hormon progesteron yang mendadak akan menaikkan suhu badan wanita tersebut. Peningkatan suhu yang berlaku adalah di antara 0.5 hingga 1.5º F (97.5 º F – 98.5 º F). Waktu paling subur adalah 2-3 hari sebelum peningkatan suhu badan jadi wanita ini perlu melakukan pemantauan suhu badan untuk beberapa bulan sebelum mengenalpasti waktu paling subur. Peningkatan suhu badan ini boleh diukur dengan menggunakan jangkasuhu. Dipercayai bahawa perubahan suhu badan ini adalah untuk mengujudkan persekitaran suhu yang optima untuk proses persenyawaan dan implantasi embrio.

Berikut adalah beberapa panduan untuk melakukan ujian suhu badan bagi mengesan waktu subur :

1. Dapatkan jangkasuhu dari Farmasi, jangkasuhu digital lebih mudah digunakan dan senang dibaca.

2. Dapatkan carta ”Basal Body Temperature Chart ”(BBT) daripada doktor atau boleh dimuat turun dari internet.

3. Sebelum masuk tidur, pastikan jangkasuhu, pen dan BBT diletakkan di atas meja katil

4. Bangun pagi dan terus ambil suhu badan dengan memasukkan jangkasuhu di bawah lidah. Jangan melakukan apa-apa aktiviti sebelum mengambil suhu badan. Jika menggunakan jangkasuhu raksa, biarkan jangkasuhu selama 5 minit sebelum menentukan bacaan.

5. Terus catitkan suhu badan di atas carta (BBT).

6. Catitkan setiap pagi pada waktu yang sama

7. Proses ovulasi berlaku betul-betul selepas peningkatan mendadak hormon LH (”Luteinizing Hormone”) dan kandungan hormon ini boleh dikesan melalui ujian air kencing. Waktu paling subur adalah di dalam lingkungan 36 jam selepas peningkatan hormon LH. Ujian air kencing yang digunakan adalah sangat mudah seperti juga ujian air kencing untuk kehamilan. Alat yang digunakan untuk mengukur kesuburan ini dinamakan ”Ovulation Predictor Kit” dan boleh didapati di mana-mana Farmasi.

8. Kualiti dan kuantiti lendiran yang keluar dari faraj boleh juga dijadikan asas untuk menentukan waktu kesuburan. Hormon estrogen dan progesteron boleh mengubah kualiti dan kuantiti lendiran yang keluar. Selepas kering haid, faraj akan terasa kering dan kuantiti lendiran akan meningkat secara perlahan. Pada permulaannya lendiran ini berwarna sedikit kekuningan dan kadangkala keputihan serta melekit apabila disentuh. Apabila wanita itu menghampiri waktu kesuburan (ovulasi), kuantiti lendiran akan meningkat dan ketika berlaku ovulasi, lendiran tersebut kelihatan seperti putih telur mentah yang separa lutsinar dan licin. Lendiran ini juga boleh ditegangkan seperti gula-gula getah. Inilah waktu yang paling subur bagi seorang wanita. Selepas waktu subur, lendiran ini akan berkurangan dan menjadi melekit.

Petikan dari buku PANDUAN LENGKAP REPRODUKSI WANITA DAN RAWATAN INFERTILITI tulisan Dr.Mohd Rushdan dan Dr.Murizah Mohd Zain.

Wednesday, 8 January 2014

KESUBURAN - CADANGAN SET

1) Zinc Complex - Zinc memberi kesan terhadap berbagai hormon termasuklah hormone sex, hormone thyroid, kemandulan bagi lelaki dan perempuan, prostate, thyroid yang tidak aktif . Kekurangan zinc juga dikatakan antara sebab kemandulan – Istilah yang di gunakan adalah “Below the level of technical sterility” bermaksud di bawah paras kesuburan. Ia mempengaruhi bilangan sperm (sperm count) dan pergerakannya (sperm motility). So, zinc ni mmg penting untuk kesuburan.



2) Vita-lea - untuk memastikan keperluan 12 vitamin dan 7 galian dipenuhi. Rata2 pengambilan makanan seharian kita tidak dapat memenuhi keperluan ini atas banyak sebab dan kekangan.Dan uniknya Vitalea @ multivitamin shaklee kerana ianya mengandungi iron formula yang sangat penting bagi tubuh.

3) B Complex – paling penting untuk elak kemurungan (anti-stress) & menstabilkan hormon. Uniknya vitamin b shaklee kerana ianya turut mengandungi Folic acid dan Biotin yang sangat penting untuk pembentukan darah dan kestabilan hormon.

4) Vit E - membantu meningkatkan hormon seks baik lelaki mahupun wanita..Uniknya vitamin E shaklee kerana turut mengandungi silenium manakala vitamin E kebanyakkan di pasaran adalah dijual berasingan dengan silenium. Ia juga sangat bagus untuk jantung tetapi waktu yang sama ia boleh meningkatkan pengeluaran hormon seks testosteron.

5) GLA Complex - membantu mengatasi masalah haid tidak teratur dan membantu menghasilkan cecair serviks yang subur & berkualiti. Gla menstabilkan hormon wanita dan mengatur pusingan haid supaya normal.

6) Coq health - Koenzim Q10 atau CoQ10 adalah bahan yang ditemui dalam semua sel-sel badan. Semakin meningkat usia, CoQ10 semakin kurang dihasilkan dan kajian menunjukkan bahawa memakan CoQ10 tambahan mempunyai manfaat kesihatan, termasuk meningkatkan kesuburan lelaki dan wanita.

KESUBURAN WANITA
Faktor yang boleh menjadi pergantungan utama telur wanita pada CoQ10 ialah untuk tenaga. Proses pengeluaran telur, ovulasi dan perkembangan embrio di kalangan wanita mengambil sejumlah tenaga dan memerlukan CoQ10 yang merupakan sumber utama tenaga untuk penguncupan otot dan pengeluaran protein.Semakin meningkat usia, badan menghasilkan kurang CoQ10 sekali gus menjejaskan kesuburan kita.

Teori ini disokong oleh penemuan positif dalam penyelidikan di Kanada pada tahun 2009 yang telah menunjukkan subjek kumpulan ujian diberikan suplemen CoQ10 menghasilkan lebih banyak dan lebih baik telur yang berkualiti, mencatatkan kadar kehamilan yang tinggi dan kelahiran anak-anak yang lebih ramai daripada orang-orang yang tidak menerima CoQ10.


KESUBURAN LELAKI
Kesuburan lelaki juga dipengaruhi oleh tenaga yang menurun akibat protein membentuk sebahagian besar sel-sel sperma dan bergantung kepada CoQ10.Kajian menunjukkan bahawa punca utama kemandulan lelaki termasuk jumlah sperma yang rendah dan kualiti sperma yang kurang. Mempunyai ciri-ciri antioksidan yang kuat untuk menangani masalah-masalah ini menjadikan CoQ 10 bermanfaat untuk kesuburan.

Fungsi antioksidan adalah melindungi telur dan sel sperma daripada kerosakan oksidatif yang membawa kepada kematian sel.CoQ dapat meningkatkan kedua-dua air mani dan sel sperma dan meningkatkan pergerakan sperma.

7) Alfalfa Complex - membantu mengatasi rasa “sakit ketika bersama”, membantu atasi masalah keputihan, haid yang tidak teratur, senggugut dan membantu dalam hubungan suami isteri (bertindak seperti kacip fatimah).

*** Suami ambil 1-6 (1 biji setiap hari)

*** Isteri ambil 1-7 (1 biji setiap hari, Alfalfa 3-5 biji sehari)

ataupun pilih ikut bajet dan kesesuaian.

Namun harus diingat, soal rezeki ini semuanya dari Allah. Kita sebagai manusia harus berusaha, berdoa dan bertawakal kepadaNya. InsyaAllah..



Hubungi
Fiza
Sms/wsup : 012-5299013
Shaklee ID : 882013
Shaklee di Alor Setar dan jitra