Showing posts with label letih. Show all posts
Showing posts with label letih. Show all posts

Sunday, 15 January 2017

YA ALLAH...JANGAN AMBIL ABAH. 😢

Betul kata pepatah, malang tu tak berbau.
Kita sangka panas hingga ke petang tapi mendung seakan datang tanpa diduga.

September 2016.
Detik yang takkan saya lupakan.

Petang tu mak telefon dari kampung.
Dalam sendu mak bagitau..

"Akak, abah sakit....abah tak nak makan, tak nak minum. Abah asyik terbaring saja".

"Sedih mak tengok abah". 😢

Saya yang dengar luahan mak, mula tak keruan kat sini. Jujurnya masa tu juga rasa nak terbang balik ke kampung.

Air mata memang dah jadi peneman setia masa tu.

Sedih sangat bila kenangkan lelaki yang tak pernah kecewakan saya.
Lelaki yang tak pernah jemu mendidik saya.
Menjadi peneman cerita suka duka saya sebelum ni.

Kini terlantar sakit tanpa sebab.

Doktor sendiri tak dapat cari punca kenapa abah jadi macam tu. Malah mereka minta abah balik saja.

Ye..abah tak pernah jatuh sakit, malah tak pernah ada sakit apa-apa.

Jadi, bila dapat berita yang abah sakit.
Memang sesuatu yang sangat mengejutkan kami sekeluarga.

Abah seorang yang penyabar.
Jujurnya saya sangat rapat dan manja dengan abah.

Teringat senyumannya, buat saya semakin sedih, sebak...

"Abah...abah...abah jangan tinggalkan akak.." 😭

Allah...sedihnya hanya Allah yang tahu.
Tak fikir panjang terus telefon suami di pejabat dan maklumkan yang abah sakit.

Tak lama lepas tu, suami balik. Kami terus bergegas balik ke kampung. 3 jam lebih perjalanan tu saya rasakan terlalu lama.

Sesampai di rumah mak, ramai saudara mara yang datang melawat abah.

Saya terus melulu kat abah.
Masa tu air mata jatuh tak henti-henti.

"Ya Allah...abah kenapa sampai jadi macam ni, kenapa ni abah....sedih la kakak tengok abah".

Nampak mengalir air mata abah...😢

Saya cium, saya peluk abah seeratnya.
Dalam hati tetap berdoa semoga Allah kembalikan kesihatan abah.

Saya tanya mak, "mak...VIVIX ada lagi tak?"

Mak cuma angguk lesu.
Ada sendu di wajahnya.
Ada duka dihatinya.
Ada kerunsingan mengganggu fikirannya.

Saya terus ke dapur bancuhkan 2 sudu besar VIVIX dengan setengah gelas air masak. Suapkan abah.

Ya Allah...sedihnya tengok abah hirup air VIVIX tu. Menggigil tangan dan badan sebab terlalu lesu.

Setiap hari, saya pastikan abah minum VIVIX 3 kali dalam sehari.

Abah masih tak nak makan, jadi saya bancuhkan juga air Performance Drink untuk abah 2 kali sehari. Sebab dah tak sanggup nak tengok abah jadi terlalu lesu, lemah dan tak bermaya.

Sesungguhnya kuasa Allah tu maha besar.

Selepas 3 hari berturut-turut saya berikan abah VIVIX dan juga air Performance Drink, dah mula nampak perubahan positif pada abah.

Dari terbaring, abah dah boleh duduk.
Abah dah mampu bangun buang air sendiri. Kalau sebelum ni, mak yang akan cebokkan abah.

Masuk hari keempat, abah dah mula nak makan. Muka abah pun dah pucat lagi.

Syukur aku panjatkan padaMu ya Allah..
Alhamdulillah...dalam tempoh seminggu abah beransur sihat.

Dah mula sebut rindu nak ke kebun. Hehehe..

Mak pulak nampak lebih tenang, lebih lega. Mungkin sebab dah nampak kembali senyuman abah.

Kini hampir 4 bulan berlalu.
Abah semakin sihat, begitu juga dengan mak. Nampak mereka berdua lebih bahagia.

Nikmat apa lagi nak saya dustakan bila Allah bantu sembuhkan orang yang paling saya cintai dengan asbab VIVIX Shaklee.

Kenapa VIVIX?
Apa yang hebatnya VIVIX?

Betul....saya takkan berpaling dari VIVIX.
Sebab saya tau VIVIX powerful sebagai agen membantu mencegah penyakit dan mengurangkan sakit.

VIVIX kaya dengan anti oksida yang menghapuskan radikal bebas yang merosakkan sel kulit dan tubuh abah selama ni.

Badan abah ibarat mesin yang dah lama dipakai, makin lama makin usang. 😢

Jadi untuk kembalikan kesihatan abah yang kian terjejas, hanya VIVIX saja yang mampu.

Terima kasih Allah kerana Kau pelihara kesihatan mereka hingga kini.

Sempena promo VIVIX bulan ni, saya nak hadiahkan untuk mak abah.

Memang la VIVIX agak mahal, tapi nilai kasih sayang mak abah lebih mahal dari tu. Bila mereka dah tutup mata, nak berbakti pun tak guna lagi.

Jom hargai orang yang telah banyak berkorban demi membesar dan mendidik kita.

Semoga kesihatan mak abah kita semua semakin baik. Amiin...

Buat sahabat yang sudi membaca, moga Allah lipat gandakan rezeki kita. In Sha Allah..

Sumber testimonial sebenar dari PUAN ZURAINI MOHD GHANI
 
nak order Vivix, hubungi saya atau terus order di sini. 




Fiza 012-5299013 Shaklee Jitra

Tuesday, 3 January 2017

3 MAKANAN TERBAIK SEWAKTU SAKIT PERUT

Apabila kita dilanda sakit perut, sudah tentu kita risau untuk memilih makanan yang betul supaya tidak memburukkan lagi keadaan.

Adalah penting untuk makan makanan yang betul sewaktu sakit. Kurang makan akan melambatkan penyembuhan. Misalnya tatkala diserang demam selsema, anda perlu pastikan anda minum air yang mencukupi dan menikmati hidangan yang berkhasiat.

Tetapi jika diserang sakit perut, mengekalkan hidrasi tubuh dan makan hidangan yang lembut adalah cara untuk sembuh lebih cepat. 3 cadangan untuk speed recovery adalah
  1. Pisang
  2. Halia
  3. Biskut kraker/roti bakar
Untuk mengekalkan hidrasi tubuh, anda boleh mengambil minuman performance drink yang berperisa oren dari Shaklee

Image result for performance drink shaklee

Testimoni Performance Drink kembalikan tenaga pada tubuh

Image result for performance drink shaklee sakit perut

Jom order sekarang!! Klik gambar ya! Kemudia jangan lupa hubungi saya untuk dapatkan cara makan dan hadiah anda :)



Nak dapatkan performance drink sekitar anda?
Boleh hubungi agen-agen terdekat anda sekarang di sini --> WAKIL JUALAN

Fiza 012-5299013 Shaklee Jitra

Monday, 2 January 2017

7 PUNCA RASA LETIH ATAU PENAT SAMPAI NAK BUKA MATA PUN TAK BOLEH

Assalamualaikum

Hai, tajuk ni best kan.. dan saya rasa hampir semua wanita mengalaminya.
Bagi saya pulak, start saya kerja sejak 2004 memang awal malam sekitar pukul 9pm tu, mata bagai di gam gam. Badan letih lesu, lepas dinner terus flat. Selalu lah, solat isyak pukul 5 pagi sebab memang dah zzzz lepas dinner.

Apa puncanya?

Ahaaa.. bila saya pikir, mungkin sebab tekanan darah saya rendah masa tu, saya mudah letih. Pernah juga pitam sekejap. Hb sudah tentu la rendah. Mungkin juga saya ni mild anemia, tapi.. disebabkan saya ingat situasi saya ni biasa maka tak pernah saya jumpa doktor untuk dapatkan nasihat. Jika situasi ini berlaku, bermakna, anda kekurang zat besi dan Vitamin B terutamanya B12.

Namun, sampai bila kita nak alami situasi begini, sampai berkeluarga?

Masalah letih saya ni berlarutan sehingga berkahwin dan anak 2. Jadi masalah besar pula sebab balik kerja, lepas makan dah tak dak tenaga nak melayan anak-anak. Mak tido, anak ketuk kepala dengan sudip. Ketuk pun ketuk lah anak, mak nak buka mata pun tak larat.

Namun, selepas saya ambil SET MENYUSU SHAKLEE (Vitalea, b complex, vitamin C, Alfalfa), tanpa saya sedar, masalah letih saya ni selesai. Pukul 12 malam pun boleh lagi buat kerja-kerja rumah. Almaklumlah, malam ja nak basuh baju, sidai kain, sapu sampah, kemas dan sebagainya. Alhamdulillah many problem solved.

Image result for tired mom quotes

Jom kita cek punca-punca rasa letih selain kurang zat besi dan vitamin B

7 PUNCA RASA LETIH ATAU PENAT SAMPAI NAK BUKA MATA PUN TAK BOLEH


Selain daripada keletihan yang mungkin berpunca daripada penyakit, berikut adalah sebab-sebab lain mengapa tubuh kita mudah merasa letih dan lesu :

  • Sensitiviti elektrik


Rasa letih dan lesu juga boleh disebabkan kerana kita dikelilingi dengan alat-alat elektrik. Ada kajian yg menyatakan bahawa sensitiviti elektrik menpengaruhi 35 peratus terhadap populasi dunia di mana ia memberi kesan pada sistem semula jadi badan.

Contohnya adalah seperti meletakkan telefon bimbit kat sisi katil, penggunaanhair dryer melebihi 10 minit, meletakkan jam digital bersebelahan ketika tidur dan terlalu dekat dengan skrin komputer.

  • Makan tengah hari

Makan yang tidak menentu dan tidak teratur menyebabkan kita mudah marah dan keletihan. Amalan pemakanan yang tidak teratur mempengaruhi tindak balas imunisasi yang mengurangkan amaun tenaga dalam badan. Makan tengah hari sepatutnya tidak diambil terlalu berat kerana iboleh menyebabkan kita rasa mengantuk dan malas. Kan?

  • Kekurangan zat besi dan vitamin B12

Kekurangan Zat Besi dan Vitamin B seperti vitamin B12 boleh membawa kepada penyakit anemia. B12 pula berfungsi dalam sistem darah dengan membantu membawa oksigen ke serata badan. Zat besi pula penting dalam penghasilan darah merah. Tanda-tanda penghidap anemia ialah kulit kelihatan kekuningan, tetapi jika anda letih dan cepat emosional try ambil vitamin B12.

Credit : Google


  • Cara senaman

Senaman telah terbukti memberi manfaat terbaik kepada tubuh badan. TApi jika dilakukan pada waktu yang tidak betul dan cara yang salah, bukan je kita akan rasa letih, malah tenaga akan berkurangan dan kesannya paling dirasai pada keesokan harinya terutamanya pada hari Isnin.

  • Dehidrasi

Kajian menunjukkan walaupun kita kehilangan air pada kadar yang sederhana, daya tumpuan dan mental boleh terganggu dan menjadi lembap. Keadaan ini seterusnya akan menyebabkan badan menjadi lemah dan letih. Sekiranya anda rasa letih atau tidak mampu berfikir dengan baik, cuba minum satu hingga dua gelas air. Mungkin kekurangan air dalam badan.....


  • Ubat-ubatan

Sebenarnya banyak ubat-ubat sintetik yang memberi kesan negatif seperti rasa letih dan mengantuk. Antaranya ialah ubat bersifat anti-deprasi serta ubat migrain dan darah tinggi.

  • Tidur kurang berkualiti atau tidak lena

Bukan mudah untuk mendapatkan tidur yang cukup dan berkualiti. Ramai yg gagal tidur dengan lena disebabkan gaya hidup yang tidak sihat. Tidur yang cukup bukan semata-mata untuk kecantikan, yang lebih penting ia mempengaruhi tahap kesihatan. Ostematrix atau kalsium magnesium shaklee antara suplemen yang dapat membantu anda mendapatkan tidur yang berkualiti.

Anda nak tips untuk hilangkan penat dan letih dengan cara mudah?

Image result for vivix shaklee testimoni
Image result for vivix shaklee testimoni


Fiza 012-5299013 Shaklee Jitra

Wednesday, 20 March 2013

LETIH SEMASA MENGANDUNG


RASA letih, sakit, mudah terganggu atau lemah ialah perkara biasa bagi kebanyakan wanita semasa mengandung.
Golongan ini sering kali diberitahu agar mengabaikan gejala yang dialami memandangkan semuanya adalah kesan perubahan hormon dan badan yang dianggap biasa semasa hamil.
Tapi jangan ambil mudah kerana ia mungkin petanda kepada keadaan lebih serius iaitu anemia kekurangan zat besi.
Memandangkan satu daripada tiga wanita mengandung mengalami anemia kekurangan zat besi yang lebih lazim berlaku tetapi jarang disedari oleh kaum wanita.
Ini menyebabkan ia sering tidak dirawat hingga memberi kesan kesihatan dalam jangka panjang kepada ibu dan bayi.
Dalam usaha meningkatkan kesedaran di kalangan orang ramai tentang anemia dalam kehidupan harian wanita hamil dan juga selepas melahirkan anak, Merck Consumer Healthcare baru-baru ini menganjurkan bengkel pendidikan bersama Dr. Premitha Damodaran, pakar Obstetrik dan Ginekologi yang berpengalaman lebih 15 tahun dalam bidang kepakarannya.
Bertema Kehamilan dan Anemia: Lebih Lazim Daripada Yang Anda Jangka, Panduan Memastikan Ibu Sihat Sejahtera, Dr. Premitha berkongsi nasihat tentang cara untuk menangani anemia sebelum wanita mengandung, semasa mengandung dan selepas bersalin.

Fungsi darah dan anemia
Zat besi merupakan komponen utama dalam sel darah merah yang menghantar oksigen ke seluruh badan untuk memastikan kelangsungan hidup.
Menurut Dr. Premitha, wanita yang menghadapi risiko anemia perlu merancang dan menjaga diri semasa hamil dan selepas melahirkan anak dengan mengawasi kandungan darah mereka.
Apabila bilangan sel darah merah kurang daripada normal iaitu di bawah bacaan 12-15mg/dl, wanita menghadapi risiko mengalami anemia yang paling umum iaitu anemia kekurangan zat besi.
Ini mungkin disebabkan kekurangan zat besi dalam badan kerana diet yang tidak cukup zat besi, penyerapan rendah oleh badan, kesan sampingan ubat tertentu, keadaan genetik, kehilangan darah teruk dan kehamilan.

Memahami anemia dan kehamilan
Wanita yang hamil memerlukan zat besi tambahan untuk menghasilkan lebih banyak darah bagi menyokong keperluan khasiat pemakanan diri sendiri dan juga tumbesaran bayi mereka.
Dianggarkan bahawa wanita memerlukan kira-kira 50 peratus lebih banyak zat besi semasa hamil, bertambah daripada 15 kepada 27mg/dl sehari.
"Malangnya, ramai wanita memulakan kehamilan tanpa simpanan zat besi yang secukupnya untuk memenuhi permintaan lebih tinggi badan terhadap mineral tersebut, menyebabkan anemia kekurangan zat besi yang berlanjutan walaupun selepas melahirkan anak.
"Mereka yang menghadapi risiko anemia kekurangan zat besi selepas melahirkan anak ialah wanita yang disahkan menghidap anemia kekurangan zat besi semasa hamil, mereka yang mengalami kehilangan darah berlebihan semasa melahirkan anak, wanita yang telah melahirkan anak beberapa kali dan ibu yang sedang menyusukan bayi.
"Gejala anemia mungkin mirip keadaan kehamilan lain atau anemia pada umumnya.
"Lebih penting lagi, wanita hamil yang mengalami anemia kekurangan besi hendaklah sedar bahawa mereka bukan sahaja mengalami gejala seperti pucat, letih dan lesu, sesak nafas dan lain-lain.
"Anemia semasa hamil dan selepas melahirkan anak sering dikaitkan dengan tahap kerumitan serius seperti keguguran, kelahiran pra-matang, berat lahir rendah, dan peningkatan kebarangkalian ibu meninggal dunia," katanya Dr. Premitha


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0424&sec=Keluarga&pg=ke_01.htm#ixzz2O33kQ5RL
© Utusan Melayu (M) Bhd 


bagaimana Shaklee boleh membantu?


Kandungan zat besi dalam Vitalea Multivitamin

Multi yang Hebat
Suplemen seimbang dan komprehensif yang dihasilkan dengan Sains terbaik Shaklee yang mampu dibeli.  Vita-Lea dirumus khas bagi memenuhi keperluan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.

Jika diambil setiap hari, Vita-Lea mampu:

•    Membantu dalam mengekalkan kesihatan yang
      baik.*
•    Mengandungi beta karotena yang membantu dalam
      mengekalkan pertumbuhan, penglihatan dan
      pembinaan tisu.
•    Mengandungi kalsium, fosforus dengan vitamin C
      dan D untuk kesihatan tulang dan gigi.
•    Biotin dan asid pantotenik membantu untuk
      memetabolismekan lemak dan karbohidrat dalam
      tubuh
•    Vitamin B12 membantu dalam pembentukan sel-sel
     darah merah.*

Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik - SLE  perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.
Tiada tambahan perasa tiruan, pemanis, bahan pewarna atau pengawet.

Hubungi
Fiza
Sms/wsup : 012-5299013
Shaklee ID : 882013
COD : ALOR SETAR/JITRA
CANTIK CERDAS CERGAS 

Thursday, 20 December 2012

Performance Drink




Minuman Hidrasi Tulen - Sebelum, Semasa dan Selepas latihan

Penghilang Dahaga untuk Si Juara
Penyahhidratan merupakan penyebab biasa bagi kelesuan dan tahap pencapaian yang kurang memberangsangkan bagi para atlet. Shaklee Performance® terbukti secara klinikal untuk menyokong tahap hidrasi berbanding air. Tambahan pula, Performance mempunyai lebih banyak elektrolit dan menyalurkan lebih banyak tenaga berbanding jenama minuman hidrasi yang lain.

Campuran Elektrolit OPTI-LTYE™ proprietari dengan campuran unik karbohidrat kami dapat memberikan tenaga segera dan berkekalan bagi menyokong hidrasi optimum.


Terbukti secara klinikal

Ujian makmal terhadap atlet dengan pencapaian cemerlang menunjukkan yang Performance Shaklee dapat:

• Mengurangkan kehilangan bendalir bagi meningkatkan
hidrasi
• Memberikan spektrum elektrolit yang menyeluruh termasuk
kalsium dan magnesium (bukan untuk jenama unggul)
• Memelihara tahap gula dalam darah bagi mengekalkan
keupayaan tenaga dalam meningkatkan stamina.

Dapatkan yang Terbaik, Serlahkah yang Terbaik
Nutrisi untuk para atlet sukan Shaklee memberikan apa yang tubuh anda perlukan; sebelum, semasa dan selepas latihan, dengan formula yang terbukti secara klinikal dapat membantu anda bertahan lebih baik, berlatih lebih lama dan kembali bertenaga dengan lebih cepat.

Jaminan Ketulenan Shaklee
Tidak mengandungi perasa tiruan, pemanis atau sebarang bahan pengawet tambahan.


Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

Ingin ketahui dgn lebih lanjut?

COD AREA : ALOR SETAR/JITRA/KANGAR
email : cerdas2@yahoo.com
sms/whatsapp : 012-5299013
fb : http://www.facebook.com/CerdasCergas
http://www.facebook.com/noorhafiza.akib

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.