Monday, 29 June 2015

Coklat Cip Cookies Ala Famos Amos

Bahan2 A(satukan dalam mixer bowl):

1 biji telur
(dlm gambar rai guna 2 biji telur sebab buat 2 adunan)
3/4 cawan gula perang
3/4 cawan gula pasir
1 cawan butter
(gunakan pure butter.. seperti SCS, ANCHOR ataupun PRESIDENT...butter dilembutkan suhu bilik bukan terlalu lembik.. nanti biskut anda cair)
JANGAN GUNA MARJERIN YAA
1 cawan minyak jagung
1 sudu besar susu segar
1 sudu besar esen vanilla


Bahan2 B (satukan semua):

4 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil cream of tartar (beli kat supermarket/kedai bahan2 bakery, dia dalam bentuk serbuk)
1 sudu kecil baking soda
1/2 cawan walnut cincang ( rai ganti dengan badam cincang yang dipanggang)
2 cawan choc chips (rai bubuh 3 cawan..haha.sebab nak banyak choc chip)


cara2 membuatnya: 

1) Pukul bahan A hingga kembang

2) Bila dah kembang, satukan dengan Bahan2 B.....


3) kaup balik gunakan senduk kayu/spatula sehingga menjadi doh.... kemudian rai rehatkan 1 jam-2 jam dalam fridge(part ni penting untuk mengelakkan adunan anda cair ketika dibentukkan)
lebih elok perapkan semalaman anda akan dpt cookies yg rangup



4) bulat2 kan doh tadi kemudian tekankan menggunakan garfu...


5) Bakar pada suhu 180 celsius selama 15-20 minit. bergantung pada oven...
rai bakar 15 minit je.. jangan panic kalau kuarkan dia mcm lembik sket ke pe tau....
biarkan dia sejuk sndri kat luar... nanti dia akan mengeras... =)









 ini copy bulat2 dari blog ni tau.. ehehehe  RESEPI ASAL

Tuesday, 23 June 2015

Anti Kanser, Anti Oksida

Vitamin E terkenal sebagai supplement anti kanser kan..atau antioksida
Camna tu? Vitamin E membantu badan kita memusnahkan radikal bebas yg menarik sel kanser tu.
Sebab tu la penting kita ambik Vitamin E ni. Sumber vitamin E yang baik adalah minyak zaitun, buah anggur, brokoli.
Tapi jenuh jugak la nak makan semua sayur dan buah dlm kuantiti yang banyak tu.. so, makan ja vitamin E Shaklee. 1 bj sehari ja. Jimat dan senang. Mencegah lebih baik daripada merawat.. insya Allah
012-5299013
Shaklee Jitra

Monday, 22 June 2015

+8529423322 misteri nusantara

Glemer betul daku..

Selalu ja dapat call dari ntah apa2 nombor.

Biasanya nombor register dari malaysia.. nak promote insuran. Kesian pulak cik kak cik kak ni .. kita dah ada insuran.. takkan nak ambil banyak2 kan. Jenuh la botak nak bayar. Hehe.. kalau bagi free, ioll okay jaa.. kih kih kih

Ok..kali ni no +8529423322 plak yang call. Confirm no oversea. Memang daku tak angkat bila nombor pelik2 ni. Sapa la hai nk call dari oversea.. takkan daku pemes sampai sinun. Agak2 la cik yah!

So bila google no +8529423322 ni.. memang scam la.. celcom la, subcon celcom la.. daku malas angkat sebab takut nanti depa curi line ka.. kesian sang suami nak bayar bil. Dah la ihsan ja line telefon ni. So hati-hati ya semua. Kalau rajin layan depa melalut.. silakan. Hahaha!!

+8529423322
+8529423322
+8529423322

Sunday, 21 June 2015

Tak solat?

1. Org yg tak solat akn banyak masalah, tidak tenang, cpt marah susah nk terima kenyataan dn selalu nmpk salah orang lain.
- USTAZ AZHAR IDRUS

2. Walaupun ayah kita penagih dadah sekalipun, bila dia suruh solat, kita sebagai anak WAJIB tunaikannya.
- Ustaz Kazim Elias

3. Tidak solat punca utama penceraian dalam rumahtangga? "Jaga solat...Insyallah bahagia..."
- Ustaz Don Daniyal

4. Selalulah Solat berjemaah walau payah macam mana pun, boleh jadi jemaah itu dapat menampung pahala berlipat ganda.
- Datuk Ismail Kamus

5.Kalau kita sakit jgn takut utk solat , at least kalau mati , mati dalam solat
- ustaz haslin baharin

6. Selepas solat jangan tergesa-gesa, baca Subhanallah 33, Alhamdulillah 33, Allahuakbar 33, doa kemudian baru bangun”
- Al-Habib Ali Zainal

7. Kalau orang yang solat pun belum tentu masuk Syurga, apatah lagi orang yang meninggalkannya.
-TG Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki

8. Jagalah solat anda. Kerana solat itu adalah hubungan antara Allah dengan hambaNya"
- Sheikh Abdullah Jahaf.

9. Menjaga solat boleh membersihkan dalaman kita. Puasa juga boleh membersihkan jiwa seseorang.
-Ustaz Dasuki Rani

10. Jgn cakap:"Pergi solat.Kalau tak,masuk api neraka!"Tapi cakap:"Jom solat,Nanti kita masuk SYURGA ALLAH sama2 ya.InsyaAllah
- TG Harun Din"

11. Kalau dalam solat tak dapat ingat Allah, mana mungkin luar solat mampu ingat Allah.
-Ustaz Pahrol.

#jomMUHASABAHdiri

Saturday, 20 June 2015

350 ujian bagi setiap bahan dalam vitamin

Dalam 1 vitamin contohnya Vitamin E...
Dibuat dari
Minyak soya organik
Minyak biji gandum
ekstrak 8 jenis vitamin E (alpha, beta, gama, delta)
Ekstrak biji anggur
Setiap bahan2 di atas, Shaklee jalankan 350 ujian tau. Kalau ada 5 bahan, maka Saintis shaklee akan buat 1750 ujian. itu baru Vitamin E.. hoho. kalau vitalea yang ada berpuluh-puluh bahan tu... lagi la ribu-ribu ujian dibuat.
Ujian apa? Ujian keselamatan dan keaslian untuk memastikan bahan-bahan yang terkandung dalam semua supplement adalah selamat dan berkesan.
wahhhh.. bestnya! Confirm selamat kan!  012-5299013 Shaklee Jitra