Wednesday, 21 February 2018

Minyak Zaitun

Fahami jenis-jenis minyak zaitun..

1. Minyak Zaitun Extra Virgin
Ini adalah minyak zaitun yang paling berkhasiat
Ini adalah minyak zaitun perahan pertama dari buah zaitun dengan kaedah 'tekanan-sejuk' (cold pressed) dan tidak menggunakan sebarang bahan kimia didalam prosesnya
Proses penghasilan nya tidak menggunakan sebarang proses pengilangan yang menyebabkan suhu tinggi / naik kerana suhu yang tinggi akan merosakkan khasiat Omega 9 dan anti oksidan di dalamnya. Minyak Zaitun extra virgin biasanya berharga paling mahal dan di letakkan dalam botol kaca berwarna gelap.

2. Minyak Zaitun Virgin
Ia adalah kategori dan kualiti yang kedua yang mana ia didapati daripada proses perahan kali kedua (selepas perahan kali pertama untuk minyak zaitun extra virgin)
Ia juga di hasilkan daripada buah zaitun yang masak
Minyak zaitun Virgin ini masih mengandungi khasiat yang baik cuma kualitinya adalah lebih rendah berbanding minyak zaitun extra virgin

3. Minyak Zaitun 'Ringan' (Light/Refined)
Ini adalah minyak zaitun yang di campur dengan minyak lain (minyak kacang/minyak jagung /minyak soya/minyak bunga matahari)
Ia di proses dengan bahan kimia lain dan di campur dengan minyak yang kualiti rendah yang telah tengik (rancid) akibat tindakbalas dengan suhu yang tinggi semasa proses pengilangan
Biasanya minyak zaitun jenis ini sangat murah harganya di pasaran dan biasanya di letakkan dalam botol berwarna jernih atau botol plastik sahaja.

Pilihlah Minyak Zaitun jenis yang terbaik untuk mendapatkan khasiatnya yang terbaik untuk kesihatan kita.. Insyaallah

Sumber : Dr. NORMAN


Thursday, 11 January 2018

MOP LANTAI DENGAN MUDAH

Hai! Mak mak surirumah dan bekerja dari rumah dah siap

sidai kain?
Masak?
Mandikan semua anak?
Mandi diri sendiri 😂
Kemas rumah?
Basuh bilik air?
Basuh pinggan?

Haa tudia.. tak tertulis banyak lagi ni rutin harian kita kan. Hari ni saja kakBoy nak share pasal mop yang sangat mudah. Macam dalam gambar tu. Ada tangki sabun atau air. Kakboy letak 1 sudu kecik Basic H ja dalam tu campur air.

Basic H? Apa tu.. ahaa.. ni pencuci serbaguna tau. Tak merbahaya jika tertelan sebab dibuat dari ekstrak kelapa dan jagung. Sesuai la mop lantai dan cuci semua perkakas dalam rumah yang ada budak-budak dan baby. Harganya Rm45, nak murah lagi boleh ja.. masuk ahli tau! Dapat beli dengan harga ahli. Mahal ke? Tahan setengah tahun tau pakai basic H ni.

Ok berbalik pada mop tadi. Mak-mak boleh dapatkan di DIY mana-mana kawasan pun. Harga masa kakboy beli kat DIY ni rm33.90. Kat lazada fan shopee pun ada. Laaagi murah harganya. Ok, jangan lupa beli mop mudah ni ya. Sembur-sembur mop gitu. Tak perlu renjis air atau basahkan mop dulu. Nak basuh pun senang kain tu kira campak dalam mesin ja. Kain pun boleh beli extra.. senangnyaaaa! So takda la rasa malas nak lap air tumpah ye. Hihihi

Kakboy
Pengedar Shaklee Jitra
012 5299013

 wasap kakboy sini klik ja link ni


Thursday, 4 January 2018

Lebih hebat dan kuat di tahun 2018

Apa itu tokoferol, resveratrol dan coq-10, iaitu ramuan dalam COQTROL PLUS Shaklee

TOKOFEROL ADALAH VITAMIN E SEBAGAI SUPLEMEN

Ramai di antara kita yang tidak tahu kepentingan vitamin E. Malah kita tidak sedar bahawa minyak kelapa sawit adalah sumber vitamin E yang terbaik.

Belum ada bukti klinikal vitamin E dapat merawat penyakit, tetapi banyak kajian menunjukkan bahawa vitamin E dapat menghalang proses wujudnya penyakit dan ia membantu seorang pesakit dapat mengawal penyakitnya dengan baik, di samping rawatan yang diberikan oleh doktor.

Oleh itu Vitamin E adalah vitamin yang penting untuk mengekalkan kesihatan dan mencegah penyakit. vitamin yang larut dalam lemak.

Terdapat dua jenis sebatian yang termasuk dalam keluarga vitamin E iaitu tokoferol dan tokotrienol. Setiap satunya mempunyai 4 jenis yang berlainan iaitu alfa, beta, gamma dan delta.

Minyak kelapa sawit adalah sumber yang sangat kaya dengan vitamin E terutama jenis tokotrienol. Trokotrienol adalah lebih utama berbanding jenis tokoferol dari aspek kesihatan.

Laporan kajian tentang kebaikan vitamin E telah diterbitkan bermula kira-kira 20 tahun lalu di dalam jurnal-jurnal perubatan yang besar. Jadi ia sepatutnya bukanlah suatu yang pelik apabila mencadangkan kepada pesakit kronik atau pesakit yang mempunyai risiko mendapat penyakit kronik untuk mengambil suplemen vitamin E.

Sudah pasti sumber vitamin E yang terbaik adalah dari makanan yang kita ambil. Sumber semulajadi vitamin E adalah dari sayur-sayuran hijau, tumbuh-tumbuhan, buah-buahan, beras, oat dan barli.

Namun bagi yang tidak cukup keperluan vitamin E yang diambil dari makanan, dinasihatkan mengambilnya dari suplemen. Suplemen yang terbaik haruslah dari sumber ekstrak yang natural.

Ingin dapatkan produk ini?

Www.wasap.my/60125299013/coqtrol


Omega Guard Murah 5%

Assalamuaalaikum

Seronoknya tahun baru, bulan baru dan promosi baru Januari 2018 ni!

Produk apa pulak promosi best bulan ni? Yaaa.. omega guard beli 3 less 5% tau!

wah wah.. best tu..murah kan! jom tengok poster dari Shaklee


Nak order? klik link ni Shaklee Jitra 

Fiza 012-5299013 Shaklee Jitra

Thursday, 5 October 2017

Jatuh Cinta Dengan Protein Shaklee

Tau tak protein Shaklee kami panggil apa?

ESP = Energizing Soy Protein

Jom cekidaut pasal ESP

ESP adalah minuman soya yang membekalkan protein. Protein adalah makanan yang penting untuk tubuh kita. Tubuh badan kita terdiri daripada protein seperti tulang, kulit, rambut, otot, plasma, organ, antibodi, enzim, hormon, hemoglobin dan sel-sel. Manakala sel-sel dalam tubuh badan kita bergantung kepada protein untuk menjalankan fungsinya seperti membina sel-sel baru dan menggantikan tisu-tisu badan yang lama dan tua atau yang telah rosak.

Menarik tentang ESP adalah;

- ESP ni adalah sember protien lengkap yang ada 9 amino asid penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan dan sukar untuk kita dapatkan daripada diet harian kita.

- ESP mengandungi kacang soya non-GMO yang semulajadi dan ia bebas dari kolestrol ia juga rendah lemak.

- ESP terbukti mampu membekalkan tenaga yang boleh bertahan berjam-jam lamanya.

- ESP bantu untuk kekalkan paras gula dalam darah.

- ESP bantu untuk kekalkan kepejalan otot, pemulihan tisu badan dna pembentukan otot baru,

- ESP tiada perasa tiruan, pengawet dan pewarna.

- ESP mengandungi lemak yang sangat sedikit iaitu 1gm dan tiada laktosa dimana kadar untuk hadam adalah sangat tinggi.

Sebabkan itu, badan kita sangat memerlukan PROTEIN. Sebabnya MAKANAN UTAMA bagi SEL ialah PROTEIN. Sel yang sihat dapat menghasilkan tubuh badan yang sihat.Khasiat ESP adalah;

1. Kekal Muda - Asid Amino membina otot manusia, kuku, rambut, darah, organ, kulit, kelenjar, 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain. Pengambilan Energizing Soy Protein Shaklee adalah kunci untuk mengekalkan kulit muda dan otot serta memastikan kita sentiasa bertenaga.

2. Hormon Berasaskan Tumbuhan Semulajadi – kacang soya adalah tumbuhan yang hanya kaya dalam isoflavon yang sama dengan fungsi hormon wanita. Ia membantu dalam mengurangkan paras kolesterol dan mencegah osteoporosis dan penyakit jantung.

3. Memulihkan Fungsi Prostat Lelaki - genistein dalam kacang soya telah membuktikan bahawa ia mempunyai keupayaan untuk menghalang pertumbuhan dan mencegah sel kanser daripada merebak. Ia memusnahkan radikal bebas dalam sel-sel kita sebelum radikal bebas bermutasi DNA sel-sel menjadi sel-sel kanser. Ia juga menjaga rahim dan ovari, kitaran haid dan prostat.

4. Kulit berseri dan anjal – Merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan, sebagai anti-penuaan, mengembalikan keserian kulit dan kelembutan-lembutan otot, sekali gus mempercepatkan pemulihan luka danmenghilangkan parut.

5. Pemberi tenaga segera – Membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun, dengan itu ia memulihkan keletihan, migrain, insomnia dan tekanan gejala yang berkaitan seperti kemurungan, kebimbangan, ketakutan, dll.

6. Memulihkan Pigmentasi – Melambatkan proses uban, rambut gugur, masalah keadaan rambut, pigmentasi, freckles.

7. Memperbaiki Memori – Menguatkan ingatan, kecergasan, keupayaan seksual, dan sebagainya.
----------------------------------------

Apa yang best pasal ESP bulan ni?

Beli 4 tin, diskaun 5%.. member saja tau.. ala... bukan member tak dapat ke kak?

Alaaaa.. join la member dik, diskaun hingga 30% daripada harga jual tau!




Fiza 012-5299013 Shaklee Jitra

cod area Jitra tau!