Wednesday, 30 September 2015

Ya Allah yang Maha Agung!

Ya Allah yang Maha Pengasih
Mudahkanlah segala kerja anak cucu kami

Ya Allah yang maha Pemurah
Murahkanlah rezeki anak cucu kami supaya dapat kami membantu orang lain yang kesempitan

Ya Allah yang maha Kuasa
Sihatkanlah semua pelanggan kami, sanak saudara kami, ummat Islam dan seluruhnya

Ya Allah yang Maha Mengetahui
Luaskanlah ilmu kami, mudahkanlah kami menerima ilmu pengetahuan supaya dapat kami sampaikan kepada orang lain yang memerlukan

Ya Allah yang Maha Bijaksana 
Lapangkan dada kami supaya ilmu yang dipelajari dapat kami manfaatkan seadanya

Ya Allah pemegang Hati Manusia
Lembutkanlah hati hambamu supaya mudah membantu orang yang kesesakan...teguhkan iman kami Ya Allah yang maha Agung!

Aminnnnnn
Salam Closing dari MakFiza!

Fiza 012-5299013 Shaklee Jitra

Tuesday, 29 September 2015

LEMAK TAK AKAN HILANG DARI BADAN

Info baru yang saya dapat dari secret group Shaklee, dikongsikan oleh Master Wan Muliani

Ilmu baru bila jumpa coach Sabtu lepas

Rupanya selama ni Yani salah faham ingatkan lemak boleh dibuang/dibakar dari badan rupanya salah sama sekali! 
Eh dah 30 tahun hidup baru sedar ada kesilapan hihi tapi ok lah dari terus tak sedar kan? 
Lemak tidak boleh dibakar
Kalori sahaja yang boleh dibakar bila ada senaman dan aktiviti harian
Lemak perlu untuk badan
Ia akan ditukar menjadi tenaga tapi bila berlebihan ia berkumpul menjadi lemak tak perlu 
Ini SCARY!
Berat pon makin naik di timbangan
Size badan pon dari S jadi M lepas tu L lepas tu korang sambung sendiri la tak sanggup nak tulis 
Ok dah tu apa fungsi makan lecithin kalau lemak tidak boleh dibakar?
Rupanya lecithin berfungsi untuk emulsi lemak sahaja
Lemak yang kita makan tu akan dipecahkan pada molekul yang lebih kecil jadi mudahla nak ditukarkan jadi TENAGA 
Terus rasa nak telan lecithin setiap kali nak makan tau
Tapi pesan coach lagi nak kurus, nak kecikkan size baju, 70% adalah dari makanan yang kita makan okeh
Jangan nak mengada makan banyak-banyak 

Lebih dari kalori keperluan kita
Lepas tu sedapkan hati telan lecithin
Nanti makin besar salahkan lecithin!
Haaaa ramai kan spesis lagu ni
Bukan korang la ni spesis kat planet lain
So makan jaga na
Kita makan untuk hidup bukan hidup untuk makan
Lecithin ni sebotol ada 180biji tak sampai RM60 pon, kalau jadi ahli harga lebih SPECIAL

Rugi kalau tak ada

Fiza 012-5299013 Shaklee Jitra

Parking murah di Kuala Perlis

Cuti sekolah baru-baru ni kami ke Pulau Langkawi..
Dari Jitra ke Kuala Perli, ambil masa dalam sejam jugak dengan kelajuan yang santai. Almaklumlah, ke sana dengan adik beradik.. masa perlu dikompromikan. hehehe..

Sampai ja kat area jeti, akan ada brader-brader naik motorsikal offer kan parking. Haaaa.. kalau boleh, tolak dengan baik. Sebab biasanya parking yang dioffer sangat jauh dan cekik darah. Kakakku dah terkena. Parking sehari depa mintak RM 30 tau. hehe.. abang ipar cakap kesian kat depa padahal benda ini tidak sepatutnya terjadi. Mahal sangat dan tak convenience sebab jauh. Cuba bayangkan kita nak ke jeti.. kena jalan kaki. Masa pergi jeti mungkin depa tolong hantarkan sampai ke depan pintu masuk jeti. Pastu masa balik nanti.. dengan barang yang banyak tu.. menapakla kita.. hehehe

So, kat sini dicadangkan uoll parking dekat T Hotel.. lokasi T Hotel hanyalah seberang jeti saja dan caj hanyalah RM10 semalam.. bayaran boleh dibuat dekat reception dan resit akan di beri. Sila pamer resit kat dashboard anda.





Fiza 012-5299013 Shaklee Jitra

RESEPI PANCAKE MUDAH

Tengah blogwalking pagi..tiba-tiba terjumpak resepi ni kat blog kak mieja.. sedap pulak nampak.. hehe.. terus copy paste. Nanti boleh cuba. Harith pun dah cakap nak makan pancake.

PANCAKE MUDAH
  1. 1 cawan tepung
  2. sebiji telur
  3. 1 camca teh baking powder
  4. 1/2 camca teh bikarbonat
  5. 2 sudu besar mentega
  6. 4 sudu besar fresh milk
  7. 2 sudu besar gula pasir (yg ini ikut citarasa masing-masing)
CARANYA: 
  1. Masukkan semua bahan-bahan di atas, kacau hingga sebati.
  2. Biarkan dalam 5 minit
  3. Panaskan non-stick pan dan masukkan sedikit minyak
  4. Masukkan satu senduk tepung yg dah sebati tadi.
  5. Biarkan ia membentuk bulat/melebar
  6. Bila sudah kekuningan, terbalikkan dan angkat.
  7. Hidangkan


Fiza 012-5299013 Shaklee Jitra

Thursday, 17 September 2015

Resepi periuk Noxxa : Bihun Goreng Singapore

Semenjak ada periuk Noxxa ni, banyak keja jadi mudah. Masak nasik putih 6 minit saja u! Alhamdulillah terima kasih encik suami hadiahkan periuk ni

Saya buat bihun goreng Singapore sat ja. Jom tengok bahan-bahan

Bahan-bahan

1/2 Peket bihun Faiza (basuh sahaja)
5 ekor sotong potong kecik-kecik
Fishcake/fishball
5 ulas bawang putih
2 labu bawang merah
Lada sulah
Lada hitam (tumbuk halus)
2 sudu besar Sos tiram
Garam/gula/cuka secukup rasa
lada hijau jika suka pedas (tumbuk)
Daun sup dan sayur sebagai hiasan

Cara-cara

  1. Set periuk kepada stir fry. Tumis bawang putih, bawang merah dan lada hijau sehingga naik bau
  2. Masukkan sotong dan air 1 1/2 cawan
  3. Masukkan lada hitam dan lada sulah, juga sos tiram. Perasakan dengan gula, garam, cuka.
  4. Masukkan sayur dan fishball/fishcake
  5. Masukkan bihun yang dibasuh tadi dan kacau rata.
  6. Tukar setting ke STEAM selama 2 minit dan arahkan tombol pressure kepada STEAM juga.
  7. Tutup tudung periuk
  8. Sedia untuk dihidang
  9. Sediakan cili kicap sebagai penambah perisa



Fiza 012-5299013 Shaklee Jitra