Saya agak sedih bila ada ibu yang keberatan untuk menyusu bayi. Ada yang
memberi alasan susah, takut kendur, tiada masa.. Hak bayi anda
mendapat susu terbaik selama 2 tahun seperti saranan dlm Islam dan
AlQuran. Jom kita lihat kebaikan susu ibu.
Berusahalah untuk berikan anak anda susu badan, kerana terdapat banyak manfaatnya.
Dalam AL-Quran telah dinyatakan dengan jelas bahawasanya susu ibu adalah pilihan terbaik untuk bayi selama 2 tahun.
ALLAH SWT berfirman :“Dan Kami wajibkan manusia
berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan
menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir
menyusunya), dan TEMPOH MENCERAIKAN SUSUNYA IALAH DALAM MASA DUA TAHUN;
(dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu;
dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima
balasan).” – Surah Luqman: ayat 14
Ya, Allah ya Tuhanku.. Kurniakan aku kesabaran
yang cekal, dan juga limpahkan air susu di badanku demi untuk
membesarkan anakku ini. Aminnn….
untuk bayi. Pakar kesihatan bersetuju bahawa susu ibu memberikan
nutrisi yang terbaik buat bayi. Sehingga kini, para saintis masih lagi
melakukan pelbagai penyelidikan dan menemui manfaat susu ibu. Oleh itu,
syarikat-syarikat yang menghasilkan susu formula tidak seharusnya
bongkak dengan menyatakan produk mereka hampir sama dengan susu ibu.
Hakikatnya, sebanyak mana pun wang yang digunakan oleh syarikat-syarikat
ini untuk tujuan penyelidikan, kebaikan susu formula takkan menghampiri
susu ibu. Senang cerita, susu lembu takkan sama dengan susu manusia!
Di samping mengandungi antibodi dan kesan imunisasi untuk menghalang
jangkitan kuman, komposisi SUSU IBU boleh berubah-ubah bergantung kepada
keperluan bayi. Bagaimana?
Kandungan susu ibu berubah dengan
usia bayi: susu ibu untuk bayi pra-matang mempunyai kandungan protein
yang tinggi manakala susu ibu untuk bayi 8 bulan adalah tinggi kandungan
kalorinya berbanding bagi bayi 1 bulan.
Susu ibu berubah
dengan cuaca: susu ibu mempunyai lebih banyak kandungan air apabila
cuaca panas dan tinggi kandungan lemak apabila cuaca sejuk.
Rasa susu ibu berubah-ubah bergantung kepada makanan yang dimakan ibu:
anak anda didedahkan kepada rasa yang berbeza-beza pada peringkat awal
usianya lagi.
Kandungan SUSU FORMULA pula kekal sama dalam
apa-apa jua kondisi. Tak termasuk lagi dengan harga susu formula yang
semakin meningkat. Hmmm…..susahkan?
Pandai-pandailah anda pilih yang mana yang terbaik untuk permata hati anda.
Khasiat serta kandungan yang dimiliki di dalam susu ibu tidak perlu
dipertikaikan lagi. Susu Ibu mempunyai nutrisi yang lengkap untuk bayi
termasuk kandungan karbohidrat, lemak dan protein. Ia juga mempunyai
segala khasiat seperti vitamin, mineral, hormon dan antobodi yang
diperlukan oleh bayi untuk proses pembesaran.
Tuntutan agar ibu menyusukan anak turut tertulis di dalam Al-Quran, antaranya;
“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan itu”
– surah Al-Baqarah, ayat 233
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya
telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari
awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya
ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu
dan kepada kedua ibubapamu; dan(ingatlah), kepada Akulah jua tempat
kembali (untuk menerima balasan.
- (Surah Luqman : 14)
”
Jika mereka menyusukan (anak-anakmu) untukmu, maka berikanlah pada
mereka upahnya; dan mesyuaratlah di antara kamu (segala sesuatu dengan
baik; dan jika kamu menemui kesulitan, maka perempuan lain boleh
menyusukan (anak itu) untuknya”
– Surah At-thalaq, ayat 6
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya
telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah
melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya
berserta dengan tempoh
menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan.
-(Surah al-Ahqaf: 15)
Ayat di atas menjelaskan bahawa pemberian susu ibu turut digalakkan
dalam Islam. Sama ada kita sedar atau pun tidak susu ini sebenarnya
mempunyai khasiat tersendiri dan banyak membantu tumbesaran bayi. Tiada
apa yang membahagiakan ibu bapa apabila melihat anaknya sihat dan
cerdas.
Penyelamat bayi
Hasil kajian UNICEF (The
United Nations Children’s Fund) menunjukkan 7 cara yang paling berkesan
untuk menyelamatkan kanak-kanak dari penyakit adalah dengan meningkatkan
penyusuan susu ibu. Kesedaran melalui kempen nyata tidak memberi kesan
apabila seramai 40,000 orang kanak-kanak dianggarkan mati setiap hari di
negara- negara membangun kerana kekurangan zat.
Kadar kematian
bayi dan kanak-kanak yang tidak menyusu badan pada usia 3 bulan pertama
juga telah direkodkan meningkat 10 hingga 15 kali bagi negara
membangun. Kebanyakan kes kematian ini dipercayai berpunca daripada
penyakit cirit birit yang serius.
Bahkan di negara barat seperti
Amerika dan Eropah, banyak kes Sudden Death of Unknown Cause (Sids) atau
Cot Death telah dilaporkan akibat daripada pengambilan susu botol.
Oleh demikian kempen penyusuan ibu amat digalakkan di negara mundur
sebagai pilihan untuk tidak menyusu botol kerana sistem bekalan air di
negara tersebut tidak bersih. Walaupun penyusuan botol di negara kita
selamat dan terjamin, penyusuan ibu tetap yang terbaik.
Khasiat dan kebaikan susu ibu
Susu ibu merupakan makanan dan minuman terbaik untuk bayi terutamanya
sejak lahir hingga bayi berusia enam bulan. Ia mengandungi semua khasiat
dalam imbangan yang betul. Sebaik selepas melahirkan, susu pertama
kental berwarna kekuningan. Susu ini dinamakan kolostrum. Khasiatnya
amat tinggi. Kandungan proteinnya tiga kali ganda melebihi susu ibu
biasa. Ia mengandungi antibodi yang tinggi serta lebih sel darah putih.
Kolostrum mampu melawan jangkitan pelbagai penyakit seperti cirit-
birit, selesema dan radang paru-paru. Malah ia bertindak sebagai
imunisasi pertama. Ibu-ibu digalakkan kerap menyusui ibu pada hari-hari
pertama kelahiran bagi membekalkan kolostrum secukupnya pada bayi.
Sesetengah ibu tidak mahu memberikan susu mereka pada bayi pada waktu
ini kerana menurut mereka susu belum ada. Kekeliruan ini merugikan
kerana bayi seharus mendapat kolostrum sebanvak mungkin.
Teknologi moden cuba meniru merumus susu formula agar menyamai susu ibu.
Namun sehingga kini khasiat dan kebaikan yang terkandung di dalam susu
ibu tidak dapat disamai apalagi untuk ditandingi. Antara kebaikan susu
ibu adalah ia mengandungi zat makanan dalam nisbah yang betul dan isi
kandungannya berubah mengikut keperluan bayi membesar. Komposisi zat dan
vitaminnya sesuai dan mencukupi untuk bayi. Ia mengandungi enzim lipase
yang menghadamkan lemak.
Susu ibu bersih dan bebas bakteria.
Selain itu ia mengandungi anti jangkitan yang melawan pelbagai jangkitan
penyakit. Antaranya sel darah putih hidup (leucocytes) yang membunuh
bakteria. Antibodi (immunoglobulins) mampu menentang jangkitan penyakit
biasa sehinggalah bayi berupaya membentuk antibodinya sendiri. Sekiranya
si ibu mempunyai jangkitan, antibodi yang dapat melawan jangkitan
tersebut akan hadir di dalam susu ibu.
Kita kerap melihat bayi
kecil menangis tanpa henti berjam-jam lamanya. Besar kemungkinan
perutnya kembung. Sekiranya bayi menyusui ibu sepenuhnya pada usia tiga
bulan, masalah ini dapat diatasi. Ini kerana terdapat bahan dinamakan
bifudus factor
membantu bakteria istimewa Lactobasillus bifidus
membiak dan menentang bakteria yang menyebabkan diare atau cirit-birit.
Selain diare, susu ibu berjaya menentang jangkitan penyakit biasa
seperti enzema, lelah dan sembelit.
Susu ibu tersedia bila-bila
masa pada suhu badan dan sentiasa steril. Susu tepung akan masam
selepas beberapa jam tetapi susu badan tidak pernah rosak walaupun bayi
tidakmenyusu beberapa hari. Kebaikan susu ibu bukan sekadar menjadi
penawar dan
bertindak sebagai tembok menghalang penyakit malah ia
mampu meningkatkan kecerdasan otak bayi. Dua kajian terbaru Cambridge di
England dan Flinders Australia membuktikan bayi yang disusui badan,
kecerdasan IQnya mampu mencecah tahap tujuh hingga 10 mata melebihi IQ
biasa.
Dan kajian dari Holland menunjukkan susu ibu mengandungi
Asid Docosahexanoic dan Asid Arachidonic yang tidak diperolehi dalam
susu tiruan berguna untuk pertumbuhan sistem tumpuan nervous.
Untungnya si ibu…
Perkara paling ditakuti wanita selepas bersalin adalah mengembalikan
bentuk badan asal. Banyak mengeluh badan mereka susah turun terutama
bahagian perut dan punggung.
Ini berita baik. Dengan menyusu bayi dengan susu badan anda boleh melangsingkan badan dibantu dengan sedikit senaman.
Semua tahu, sewaktu mengandung rahim mengembang dan selepas melahirkan
anak ia mengambil masa untuk kembali ke saiz asalnya. Dengan menyusui
bayi, sejenis hormon dipanggil Oxytocin yang dirangsangkan melalui
hisapan bayi membantu rahim mengecut lebih cepat. Ia juga mengurangkan
risiko pendarahan berlebihan dan risiko mendapat kanser buah dada juga
ovari.
Penyusuan ibu dengan sepenuhnya selama enam bulan pertama
mampu menunda kedatangan haid. Andai berhubungan dengan suami ketika itu
98 peratus kehamilan dapat dielakkan. Secara tidak langsung menyusu
badan menjadi salah satu kaedah berkesan merancang keluarga.
Selain kebaikan daripada segi fizikal dan kesihatan, penyusuan badan
menawarkan kebaikan lain yang lebih istimewa. Naluri keibuan lebih
menyerlah, ikatan kasih antara anak dan ibu terjalin. Di dalam proses
menyusui, sejenis hormon dipanggil prolaktin terhasil dalam badan ibu.
Hormon ini dapat mempengaruhi dan merangsangkan perasaan keibuan.
Sewaktu menyusu juga bau ibu, sentuhan dan wajah akan terakam pada
ingatan bayi yang masih kecil itu. Proses penyusuan membantu bayi lebih
mengenali ibu dan paling penting mereka dapat merasakan kehangatan kasih
si ibu. Anak akan lebih mesra dan kasih sayang mereka lebih mendalam
pada ibu.
Kalau kita melihat si ibu terpaksa bersusah payah
menyediakan peralatan membancuh susu ketika berjalan, ibu yang menyusu
badan hanya perlu membawa diri mereka sahaja. Mereka juga tidak perlu
bimbang kehabisan air untuk membancuh susu andai terperangkap di dalam
kesesakan jalan raya. Susu badan sedia ada, bersih dan terjamin selamat.
Susu badan dapat menjimatkan kos belanja, masa dan tenaga.
Tanggapan banyak buah dada jatuh atau melendur kerana menyusu badan juga
kurang tepat. Bentuk buah dada berubah semasa hamil dan mungkin mereka
tidak bercoli, diikuti tarikan graviti ataupun usia semakin lanjut.
Untuk itu pastikan ibu-ibu memakai coli sesuai sepanjang tempoh
kehamilan dan sewaktu menyusui bayi
Sekarang kita semua ibu2
sepatutnya tiada alasan lagi tak boleh susukan anak dengan susu ibu
(melainkan ibu ada masalah berkaitan yang tak dapat dielakkan), kerana
sekarang kita memang mendapatkan kemudahan sebaik mungkin untuk
menyusukan anak kita..Nak atau tak nak je...Malas atau rajin je...Kalau
kata kurang susu tu..ia boleh diikhtiarkan dengan pengambilan makanan
berkhasiat dan sebagainya..Cuma perlu cari alternatif lain dan berusaha
lebih sikit untuk menggali ilmu...
Sekiranya anda sedang mencari vitamin yang sesuai untuk ibu2 menyusu, boleh hubungi saya atau sms 012-5299013 atau email ke pyxis81@yahoo.com