- untuk mengelakkan badan jadi gemuk selepas bersalin,anda boleh mencuba petua berikut iaitu: ambil 5 halia bara atau dikenali juga dgn nama halia cina, 10 biji lada hitam dan 30 ekor ikan bilis. Caranya tumbuk semua bahan td sehingga lumat atau separuh lumat, kemudian perah sedikit air limau nipis dan gaul. Makan bersama dengan nasi panas pada waktu pagi dan malam setiap hari sewaktu anda dalam pantang.
2) Mengurangkan buncit perut.( bagi lelaki terutamanya heheheh)
- Bagi lelaki yang mengalami masalah perut buncit, anda boleh mencuba petua ini. Ambil sedikit kapur makan dan sedikit air limau purut yang telah diperah jusnya. Kapur dan air limau purut tadi digaul bersama sehingga sebati . Amalkan menyapu disekeliling perut sebelom masuk tidur dan biarkan kering sehingga pagi.
3) Mengempiskan perut. ( sesuai utk wanita jew tau)
- Petua yg mudah dan kos yg murah. Anda perlu amik air limau nipis yang telah dicampur teh tanpa gula dan minum tiap2 hari. Amalkan meminum air tea o limau suam tiap hari (tanpa gula tau) dan insyallah perut anda yang buncit akan kempis. Petua ni utk org yang sihat walafiat tanpa menghidap sebarang penyakit.
PETUA DARI BAHAN SEMULAJADI
1. Memelihara wajah dari tompok-tompok hitam dan warna kulit yang tidak sekata.
Ambil ½kg beras dan setengah auns limau nipis yang telah matang. Bersihkan beras dan toskan. Perah air asam limau nipis ke dalam kuali dan masukkan beras yang telah dibasuh tadi. Goreng tanpa minyak sehingga berubah menjadi kehitaman. Tumbuk dan ayakkan menjadi tepung beras. Kemudian bancuh dengan air sejuk dan gosok pada wajah seperti menggosok daki. Untuk hasil yang lebih baik, boleh juga jadikan tepung beras ini sebagai masker.
No comments:
Post a Comment
Any comment?