Faktor-faktor yang menyebabkan masalah kebas tangan (
numbness)
(1) Antara punca utama adalah kerana kekurangan nutrisi. Apabila
badan kekurangan nutrisi penting daripada pemakanan, ianya akan melemahkan
sistem saraf seterusnya kita akan mula berasa kebas tangan serta sesemut.(2) KEBAS menjadi penanda aras yang kita kekurangan vitamin B12. Paras mineral seperti KALSIUM, POTASSIUM dan POTASSIUM yang rendah juga menyebabkan kehilangan deria rasa di kawasan hujung kaki.
(3) Gangguan yang dikenali sebagai carpal tunnel syndrome juga menjadi punca kehilangan deria rasa pada tangan dan jari. Aktiviti yang berulang-ulang seperti menaip menjadi punca tangan kebas dan akan bertambah teruk jika tidak dirawat dengan segera.
(4) Jika anda mengalami kebas tangan ketika tidur ataupun ketika duduk, besar kemungkinan ianya berpunca daripada pengaliran darah yang tidak teratur sehingga boleh menyebabkan kehilangan deria rasa. Ini mungkin berpunca daripada pengumpulan plak yang bermula daripada masalah atherosclerosis dalam tangan.
Tips untuk melegakan rasa kebas atau sesemut
Rasa kebas atau sesemut ini boleh berlarutan dalam jangka
panjang atau sebentar sahaja. Walauapa pun, anda dinasihati untuk mendapatkan
rawatan segera untuk mengelakkan masalah yang lebih teruk.
(1) Anda boleh melakukan urutan pada tangan untuk
memperbaiki aliran darah serta mengurangkan rasa kebas. Gunakan minyak panas
untuk memberikan kesan urutan yang lebih elok.
(2) Cara yang paling mudah dan berkesan adalah balut tangan
dengan tuala yang direndam dalam air panas. Pastikan anda mencubanya kerana
kesannya sangat hebat.
(3) Doktor mungkin akan preskrip ubat penahan sakit atau
anti-inflammatory drug untuk rasa sakit dan masalah keradangan saraf. Di
samping itu, pengambilan vitamin serta supplement yang diperlukan oleh badan
juga sangat membantu.
(4) Senaman mudah untuk melegakan rasa kebas : Genggam
tangan untuk 5 saat dan regangkan kelima-lima jari untuk beberapa saat. Ulang
balik sehingga anda berasa lega.
CADANGAN SUPPLEMENT UNTUK KEBAS TANGAN
Kekurangan B12 dan kalsium dalam badan antara punca anggota menjadi kebas |
Alfalfa : Melegakan sakit sendi dan belakang
** These statements have not
been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not
intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
- mychibibox-
No comments:
Post a Comment
Any comment?