Thursday, 5 February 2015

Ayam masak kunyit

Alhamdulillah

Jadual hari ni teratur sikit sebab baby tido lama sikit..  tak banyak.. sikit aja. Hehehe

Jadi, dapatla ibu masak ayam goreng kunyit. Resepi ni pun ikut sedap aja. Letak apa yg ada dalam peti ais. Jom kita tengok apa bahan-bahan

1 dada ayam saiz besar - potong kecil
1/4 pokok sayur brokoli
1/2 labu bawang holland dipotong bulat - bulat(lebih manis drp bawang besar, kalau tak ada.. guna ja bawang besar ok!)
3 ulas bawang putih dicincang
1 pokok daun sup dipotong 1cm
4 biji cabai melaka ( saya suka pedas.. boleh ganti dengan cabai besar)
Kunyit 1 sudu kecik
Gula dan garam secukup rasa
Minyak untuk menumis.

Cara-cara

1. Tumis bawang putih dan holland.
2. Bila naik bau tumisan yg harum, masukkan ayam dan kunyit tadi. Letakkan gula dan garam secukupnya.
3. Masukkan sayur brokoli tadi dan renjis sedikit air untuk dapatkan sedikit kuah dalam hidangan. Pastikan ayam dan sayur masak.
4. Akhir sekali, masukkan cabai dan daun sup dan tutup api.
5. Sedia untuk dihidang.

Sonang ajo! Hehehe

Tips

Kalau nak lebih pedas, tumis bawang bersama cabai. Tapi cabai akan sedikit layu.

2 comments:

  1. Wow. Saya nak potong ayam n brokoli sekarang jugak!

    ReplyDelete
  2. hahahah... tambah nasik 2 pinggan?

    ReplyDelete

Any comment?