Thursday 17 September 2015

Resepi periuk Noxxa : Bihun Goreng Singapore

Semenjak ada periuk Noxxa ni, banyak keja jadi mudah. Masak nasik putih 6 minit saja u! Alhamdulillah terima kasih encik suami hadiahkan periuk ni

Saya buat bihun goreng Singapore sat ja. Jom tengok bahan-bahan

Bahan-bahan

1/2 Peket bihun Faiza (basuh sahaja)
5 ekor sotong potong kecik-kecik
Fishcake/fishball
5 ulas bawang putih
2 labu bawang merah
Lada sulah
Lada hitam (tumbuk halus)
2 sudu besar Sos tiram
Garam/gula/cuka secukup rasa
lada hijau jika suka pedas (tumbuk)
Daun sup dan sayur sebagai hiasan

Cara-cara

  1. Set periuk kepada stir fry. Tumis bawang putih, bawang merah dan lada hijau sehingga naik bau
  2. Masukkan sotong dan air 1 1/2 cawan
  3. Masukkan lada hitam dan lada sulah, juga sos tiram. Perasakan dengan gula, garam, cuka.
  4. Masukkan sayur dan fishball/fishcake
  5. Masukkan bihun yang dibasuh tadi dan kacau rata.
  6. Tukar setting ke STEAM selama 2 minit dan arahkan tombol pressure kepada STEAM juga.
  7. Tutup tudung periuk
  8. Sedia untuk dihidang
  9. Sediakan cili kicap sebagai penambah perisa



Fiza 012-5299013 Shaklee Jitra

2 comments:

Any comment?