Sunday, 25 December 2016

Daripada Despatch kepada Surirumah Berjaya :)

Bila Allah Uji kita, Dia sebenarnya nak berikan sesuatu yang lebih besar untuk kita.

Kita mesti redha dan tabah mengharungi ujian itu dahulu, barulah hikmahnya akan muncul di hujung perjalanan.  Kisah ini kisah seorang ibu tunggal yang disahkan mempunyai cyst dan akhirnya penderitaannya berakhir dengan Shaklee.

Jom kita baca
=========
Nama saya Min, Semasa kenal dengan Shaklee, Saya seorang janda muda, seawal usia 19 tahun, saya dan 2 anak ditinggalkan suami, tanpa nafkah. Saya bawa diri,bekerja siang dan malam, kadang-kadang tidur hanya 3-4 jam sebab bekerja untuk anak-Anak saya.


Mereka adalah kekuatan Min untuk terus melangkah

Mereka adalah kekuatan saya. Saya mesti buktikan, Saya boleh membesarkan anak-Anak saya walaupun dengan penganiayaan ini.

Saya bekerja sebagai runner, despatch penghantar surat. Iyalah, itu pekerjaan lelaki. Penat, panas dan kulit terbakar. 

Sudah jatuh, ditimpa tangga. Saya kemudiannya disahkan mempunyai cyst. Saya mesti dibedah. Perut saya membesar, darah haid keluar macam tumpah darah. Banyak dan menakutkan. Fizikal saya teruk, perut buncit, kulit kusam dan menyedihkan.

Saya ternampak iklan pasal Shaklee di FB. Bulan Ogos 2015. Saya rasa nak cuba. Malam-malam lepas kerja saya pi cari rumah kak Reen, pengedar Shaklee. Masa tu baru dapat gaji. Tapi lepas belanja anak-anak, lebihannya tak la banyak mana.

Saya mampu beli set bajet sahaja. Kemudian kak Reen terangkan kelebihan menjadi ahli. Menarik. Saya buat keputusan untuk join. Tapi, duit tak ada.

Saya nekad gadaikan satu-satunya cincin yang saya ada. Dapatlah RM70. Dan saya masuk ahli. Saya mula cari Order. Kawan-kawan Order. Duit untung Runcit dari Order tu saya buat isi minyak untuk pergi beli produk yang orang Order.

Kisah cyst saya yang perlu dibedah belum berakhir. Upline nasihatkan saya ambil GLA Complex dan Vivix. Saya cuma mampu untuk GLA Complex. Vivix saya tak mampu. Ya Allah.. tak apa lah, saya pasrah



 Tapi Allah tu maha pemurah. Dr Normi dan kak Reen hadiahkan sebotol Vivix untuk saya. Terharu, syukur dan rasa bertuah Allah hadirkan insan-insan yang baik untuk saya.

Min bersama upline tersayang. Dr. Normi (Tudung bercorak) dan Reen (berniqab di depan) 

Bulan Ogos saya start, 15 September saya dapat bonus. RM600 lebih. Terkejut. Banyak sangat tu bagi saya. Duit tu saya beli Vivix botol kedua dan saya tebus semula cincin yang saya gadaikan dulu.

Tarikh pembedahan pun tiba. Saya warded. Doktor buat pemeriksaan tapi peliknya, dia panggil lagi doktor-doktor lain berbincang.

Dengar di hujung-hujung telinga, Saya kurang faham apa yang dibincangkan. Sekali lagi mereka buat scan ke atas saya. Kemudian doktor cakap saiz cyst saya dah mengecil dan jumlahnya dah berkurang. Ya Allah.. syukurnyaa. Jadi pembedahan dibatalkan cuma kena teruskan follow up dengan pakar.

Keputusan ini menggembirakan saya tapi menghairankan kawan-kawan di wad. Makan apa? Buat apa? Sampai cyst mengecut dan hilang sendiri? Saya cerita pasal Vivix, pasal GLA Complex. Disebabkan itu, bulan tu saya dapat jual Vivix lebih 10 botol.

Akhirnya bulan tersebut saya rank Up ke Supervisor dengan jualan sendiri sahaja. Tiba 15 Oktober, bonus Supervisor saya hampir RM3,000. Hanya air mata menjadi ekspresi kegembiraan, kesyukuran dan keseronokan.

Min bertudung merah dan kawan-kawan Shaklee ❤

Saya konsisten dengan Shaklee, hidup saya berubah 200%. 

Saya tak lagi terkejar-kejar di antara waktu kerja untuk menghantar dan mengambil anak sekolah.

Saya tidak lagi menderita sakit 

Saya tidak lagi kesempitan wang

Dan simpanan bank saya juga kian hari kian bertambah. Alhamdulillah.

Saya ditakdirkan bertemu jodoh kali kedua. Saya sudah berkahwin dan semua perbelanjaan perkahwinan adalah dengan bonus Shaklee. 


Dan kini kami dikurniakan seorang bayi Comel hasil perkahwinan ini. Baby Shaklee. Saya berpantang sepenuhnya dengan Shaklee

Baby Shaklee Min yang comel

Kepayahan Saya, Allah telah gantikan dengan nikmat dan kesenangan melalui Shaklee. Saya amat menghargai perniagaan ini dan kalau saya dengar ada kawan-kawan yang give  up dengan bisnes Shaklee,Saya rasa dia amat rugi. Shaklee bisnes berpotensi besar dan memiliki produk yang yang sangat hebat 

=======

Kisah-kisah seperti ini sebenarnya mengikat saya dengan Shaklee. Ada insan yang hidupnya susah yang mesti dibantu.


Fiza 012-5299013 Shaklee Jitra

Cyst sebesar 5cm??

Setelah lama bercuti menulis, hari ni saya nak kongsikan kisah seorang anak dengan ibunya. Pengorbanan anak apabila tahu ibu kesayangan sakit.

=====================================================


Tepat pada tarikh hari ini 22/12/16 appoinment mak dengan doktor

Dua bulan lepas mak CikNa disahkan ada Cyst sebesar 5cm, doktor nak buat surat rujukan untuk buat operation sebabnya doktor kata sudah tahap bahaya sebab takut ianya merebak ke Ovari

Mak cakap dengan doktor saya nak tangguh

Mak selalu mengadu sakit apabila kedatangan hadas, rasa perut merengat-rengat lain dari yang lain hingga tidak sedar rupanya ia adalah Cyst yang sudah lama bertapak dalam tu!!!

Allah, kesiannya mak syurgaku ini
Hati anak mana yang sanggup melihat mak dan ayahnya tak sihat dan sakit

Luluh jantung Cik Na bila memikirkan sebelum ni apa yang mak tanggung😢

Kalau dahulu mak dan ayah CikNa sanggup buat apa sahaja untuk anak-anaknya, kali ini sebagai anak CikNa nak membalas semula kebaikan

Bila tahu mak Cik Na ada cyst, tanpa berlengah, terus Cik Na belikan mak vivix. Yess!!! CikNa belikan vivix untuk mak hasil simpanan duit CikNa sendiri masa tu





Tak pikir apa-apa pun masa tu, walaupun harganya agak mewah, TAPI lagi mahal nilai kesihatan mak dan ayah


Impian Cik Na melihat mak dan ayah Cik Na sihat, dan tersenyum ceria


Mereka jauh dari Cik Na, dan jauh dari keluarga. Mereka yang mengajar CikNa dan adik-adik mengenal seawal A,B,C, juga membaca


Kebahagian kita yang sekarang kerana adanya doa mak dan ayah kita selama ini😘

Tarikh keramat 22/12/16 pada hari inilah tarikh penting buat CikNa, Appointment mak dengan doktor. Cyst mak telah menyusut dari 5cm ke 2.5cm dan atas nasihat doktor, mak tak perlu lagi ambil ubat hospital, itu petanda yang baik





Sujud syukur pada mu Ya Allah
Engkau la Maha Penyayang

CikNa selalu pesan dekat mak, mak buat solat hajat selalu sebelum dan semasa makan VIVIX ni

Allah bantu, sebab Allah tahu kita usaha ,bukan duduk meredhakan diri sahaja💪

Bantulah keluarga, sayangi mereka



Fiza 012-5299013 Shaklee Jitra

Monday, 10 October 2016

7 Kelebihan Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee

Selalu saya dengar, orang cakap harga Omega Guard Shaklee mahal, harga minyak ikan lain jauh lebih murah.

Tahu tak, apa kelebihan minyak ikan Shaklee ini? Kenapa ia berbeza daripada minyak ikan jenama lain?

1. Minyak Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee diesktrak dari ikan laut dalam dan berair sejuk (sardin, mackerel, herring dan anchovies) 

2. Tidak dihasilkan dari minyak hati ikan yang mengandungi toksik. 

3. Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee mengandungi 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan minyak hati ikan. Jadi yang mana lebih murah, minyak ikan jenama X harganya RM80, minyak ikan Shaklee harga jualan RM 136. Jika inginkan khasiat yang sama, minyak ikan jenama X adalah RM80 x 3 = RM240. Bukan kah minyak ikan jenama Shaklee lebih murah? :)

4. Sangat berbeza daripada produk omega 3 di pasaran kerana Omega Guard Shaklee satu- satunya minyak ikan omega 3 paling tulen, lengkap dengan 7 jenis asid lemak omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA dan ALA. Jadi khasiat Omega Guard Shaklee sudah tentu lebih baik daripada jenama lain.

5. 1 kapsul Omega Guard Shaklee membekalkan 905mg asid lemak omega 3, EPA dan DHA. 

6. Omega Guard Shaklee dihasilkan daripada kaedah ultratulen bergred farmaseutikal berteknologi terkini 

7. Kaedah utlratulen adalah proses penyulingan proprietari 3 molekul untuk mengektrask omega 3 yang tulen dan menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin, dan PCB. 

Hati-hati memilih minyak ikan omega 3 di luar sana kerana kemungkinan tahap merkuri tinggi dan kualiti serta keberkesanannya belum tentu terjamin 

Dapatkan Omega Guard anda hari ini, klik Shopping di bawah!



Jangan lupa hubungi saya Fiza, di wsap 012-5299013
atau facebook untuk mendapatkan hadiah misteri!

Klik sini ---> 

Fiza 012-5299013 Shaklee Jitra

Wednesday, 7 September 2016

Kebaikan Susu Ibu Kepada Bayi dan Ibu

Untuk bayi:

  • Susu ibu membekalkan nutrien yang terbaik untuk bayi anda
  • Ia mengandungi nutrien dalam kadar yang mencukupi.
  • Kandungannya berubah mengikut keperluan bayi yang sedang membesar.
  • Susu ibu, terutamanya kolostrum , menguatkan sistem imuniti bayi anda
  • Ia melindungi bayi dari jangkitan seperti cirit birit, selesema, bronkitis dan radang paru-paru.
  • Susu ibu mencegah berbagai masalah alahan seperti asma, ekzema dan kolik bayi.
  • Susu ibu mengandungi nutrien tertentu yang amat kritikal untuk perkembangan otak. Ia membantu dalam meningkatkan kecerdikan anak anda.
  • Ia tidak mudah tercemar dibandingkan dengan cara penyusuan lain. kebersihan susu ibu dijamin.
  • Susu ibu mudah diperolehi pada suhu yang betul setiap masa. Oleh itu ia tidak susah untuk disediakan.
  • Ia memberi keselesaan dan keselamatan emosi kepada bayi.
  • Ia memberi peluang kepada ibu dan anak untuk berinteraksi sepenuhnya dan meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak.

Untuk ibu, penyusuan susu ibu:

  • membantu mengecutkan rahim dan mengembalikannya kepada saiz yang asal dengan cepat serta mengurangkan pendarahan selepas bersalin.
  • membakar kalori dan mengembalikan bentuk badan asal anda dengan cepat.
  • mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari.
  • menjarakkan kelahiran jika mengamalkan penyusuan ibu secara sepenuhnya

Lain – lain kebaikan:
  • Tidak memerlukan perbelanjaan dan bekalan susu sentiasa ada.
  • Baik untuk persekitaran kerana tidak memerlukan botol, tin dan kotak-kotak.
  • Mengeratkan hubungan ibu dan anak


Fiza 012-5299013 Shaklee Jitra

Adakah Produk-Produk Tradisional Di Malaysia Selamat

Tahukah anda, herba merupakan sumber terawal ubat-ubatan dan digunakan secara meluas di seluruh dunia (WHO, 2002)? Ketika ini, ubatan herba boleh diperolehi dalam pelbagai bentuk dosej seperti tablet, kapsul, sirap, krim dan juga plaster. Namun, pernahkah anda terfikir, adakah ubatan herba yang dikategorikan sebagai ubat tradisional tersebut benar-benar selamat untuk diambil dan digunakan?
Ubat tradisional daripada sumber semulajadi
Umum beranggapan ubat tradisional yang berasal daripada sumber semulajadi adalah tidak merbahaya dan selamat untuk diambil. Walaubagaimanapun, hakikatnya herba juga berpotensi untuk dicemari dengan logam berat samada yang hadir melalui tanah, air atau udara. Ernst (2002b) melaporkan terdapat kes keracunan arsenik, merkuri, plumbum dan kadmium daripada ubat herba dari Asia. Ini menunjukkan bahawa ubat tradisional boleh dicemari dengan logam toksik.
Ubat tradisional yang berasal daripada herba juga boleh dicemari dengan bakteria dan kulat terutama jika proses selepas pengumpulan tumbuhan herba seperti pengeringan tidak dilakukan dengan sempurna.
Di Malaysia, ubat tradisional didaftarkan oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) untuk memastikan ianya selamat dan berkualiti. Untuk memastikan ia tidak tercemar dengan logam berat, mikroorganisma dan juga bahan campur palsu, pengujian makmal berkaitan akan dilakukan. Bagi menentukan kualiti produk pula, ujian keseragaman berat dan pengecaian juga dijalankan untuk ubat tradisional dalam bentuk tablet dan kapsul.
Pengujian ke atas ubat tradisional
Logam berat seperti arsenik, merkuri, plumbum dan kadmium boleh mendatangkan kesan toksik yang serius seperti yang disenaraikan dalam Jadual 1 di bawah:
Logam Berat
Kesan toksik
ArsenikMemberi kesan atas kulit dan boleh menyebabkan kanser
MerkuriMemberi kesan ke atas buah pinggang, paru-paru, sistem saraf, sistem imunisasi dan kulit
PlumbumMemberi kesan kepada sistem saraf, sistem kardiovaskular, sistem pencernaan dan buah pinggang
KadmiumMemberi kesan kepada buah pinggang dan paru-paru
Jadual 1: Kesan logam berat kepada kesihatan
Selaku sekretariat kepada PBKD, Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) bertanggungjawab untuk menguji dan memastikan paras logam berat dalam ubat tradisional tidak melebihi had yang ditetapkan seperti yang dinyatakan dalam jadual 2. Ujian logam berat akan dijalankan untuk produk-produk tradisional sebelum dan selepas pendaftaran untuk memastikan ubat-ubat tradisional yang diambil oleh pengguna adalah selamat dan berkualiti.
Logam Berat
Had Logam Berat yang dibenarkan
ArsenikTidak lebih 5.0 mg/L atau 5.0 mg/kg (5.0 ppm)
MerkuriTidak lebih 0.5 mg/L atau 0.5 mg/kg (0.5 ppm)
PlumbumTidak lebih 10.0 mg/l atau 10.0 mg/kg (10.0 ppm)
KadmiumTidak lebih 0.3 mg/L atau 0.3 mg/kg (0.3 ppm)
Jadual 2: Had logam berat yang dibenarkan dalam produk tradisional
Selain daripada itu, ubat tradisional juga diuji untuk memastikan ianya tidak dicemari bakteria dan kulat serta bakteria patogenik yang boleh membawa maut. Bakteria patogenik yang dipastikan tidak terdapat dalam ubat tradisional adalah Staphylococcus aureus Escherichia coli, Salmonella dan Pseudomonas aeruginosa. Staphylococcus aureus selalu dijumpai di atas kulit dan salur pernafasan manakala Pseudomonas aeruginosa pula merupakan bakteria yang biasanya terdapat dalam tanah. Eschericia coli berasal daripada najis dan mempunyai kemungkinan untuk mencemari tumbuhan herba. Salmonella yang selalunya menjangkiti haiwan secara tidak langsung turut boleh mencemari tumbuhan herba.
Untuk memastikan ubat tradisonal selamat daripada dicampur palsu dengan ubat terkawal sebelum dipasarkan, penyaringan bahan campur palsu ke atas ubat tradisional dengan indikasi tertentu turut dijalankan oleh BPFK. Produk ubat tradisional dengan indikasi-indikasi berikut perlu diuji samada mengandungi ubat terkawal iaitu:
  1. Untuk kesihatan lelaki
  2. Untuk menurunkan berat badan
  3. Untuk sakit otot dan sendi
  4. Untuk selsema dan batuk
  5. Untuk menurunkan paras gula dalam darah
Kesimpulan
PBKD dan BPFK bertanggungjawab memastikan ubat tradisional yang berada di pasaran adalah selamat dan berkualiti. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab pengguna untuk memastikan ubat tradisional yang dibeli adalah ubat berdaftar yang mempunyai nombor MAL dan hologram. Pembelian ubat tradisional yang tidak berdaftar mendedahkan pengguna kepada risiko yang boleh membahayakan kesihatan dan lebih parah lagi berisiko untuk mengundang maut.
Rujukan
  1. WHO, 2002. Drug Information. Herbal medicines. Vol.16. World Health Organization, Geneva
  2. Ernst,E. 2002b. Toxic heavy metals and undeclared drugs in Asian herbal medicines. Trends in Pharmacological Sciences 23, 136-139.
  3. NPCB, 2014. Drug Registration Guidance Document
  4. http://www.foodsafety.govt.nz/industry/general/foodborne-illness/salmonella/
sumber : http://www.myhealth.gov.my/adakah-produk-produk-tradisional-di-malaysia-selamat/

Fiza 012-5299013 Shaklee Jitra