Sunday, 10 May 2015

Saiz Perut Baby

Seringkali ibu terutamanya ibu baru risau bayinya yang baru lahir tidak cukup susu. Tangisan bayi sering disalah anggap sebagai tanda bayi lapar, sedangkan bayi menangis mungkin kerana hanya mahukan pelukan atau kerana dia tidak berasa selesa. Keadaan bertambah mencabar bila banyak suara di sekeliling ibu yang menambahkan rasa gusar hati itu. Perasaan ini boleh menjadi penyebab ibu hilang keyakinan tentang kemampuannya untuk menyusukan bayi.

Benarkah bayi menangis kerana lapar? Sedangkan ibu baru sahaja menyusukan bayi 5 minit yang lepas. Untuk itu, mari kita lihat, berapa besar perut bayi...



Apa terjadi jika bayi minum susu terlalu banyak daripada kuantiti susu yang bersesuaian dengan umurnya?
  • Bayi akan muntah susu
  • Bayi berasa perutnya tidak selesa
  • Bayi terbiasa minum susu dengan banyak

Jika ibu risau tidak cukup susu (sedangkan tidak), apa boleh terjadi?
  • Ibu mungkin risau dan boleh stres
  • Ibu mungkin akan memberi susu lain selain daripada susu ibu
  • Bayi akan terlalu kenyang dan kurang meminum susu ibu
  • Bayi kurang mendapat khasiat susu ibu kerana telah dikenyangkan dengan susu buatan
  • Susu ibu yang tidak dirangsang kerana kurang 'demand' ini, membuatkan 'supply' berkurangan
  • Lama-kelamaan ibu boleh mengalami masalah kurang susu
Dengan mengetahui saiz perut bayi baru lahir dan anggaran kuantiti susu ibu yang diperlukan, inshaAllah

Ibu yakin badan ibu menghasilkan susu yang mencukupi untuk bayi kerana bayi cuma minum sedikit sahaja pada permulaan hidupnya

Ibu boleh menapis kata-kata orang lain yang menyarankan ibu untuk menambah susu lain selain daripada susu ibu

Kemungkinan untuk ibu menjayakan misi penyusuan susu ibu secara eksklusif akan meningkat

Ilmu suluh kehidupan. Semoga ibu-ibu dipermudahkan untuk menyusu dan diberi kejayaan.

sumber : Ratuhati

Fiza 
Shaklee Independent Distributor Jitra
012-5299013

No comments:

Post a Comment

Any comment?