RAHSIA REZEKI MELIMPAH,HALAL DAN BERKAT DENGAN SOLAT DHUHA
Ruang waktu dan waktu afdal
Sesuailah dengan namanya dhuha yang bermaksud pagi. Jadi ruang waktunya bermula kira-kira 20 minit selepas terbit matahari
atau disebut dalam kitab-kitab fikah sebagai tinggi matahari daripada
pandangan jauh sekadar satu al-Rumh atau batang lembing yakni kira-kira
dua meter. Waktu solat ini pula berakhir sebelum menjelang waktu Zuhur. Jadi, secara mudahnya dapat difahami bahawa batas waktu solat sunat Dhuha ini antara pukul 7 pagi hingga 1 petang.
Berkenaan waktu
afdalnya pula iaitu ketika sinar matahari kian panas berdasarkan
sepotong hadis Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam.
Rasulullah s.a.w. menjelaskan: “Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.”
Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya
seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab
al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).
Berkenaan waktu afdalnya
pula iaitu ketika sinar matahari kian panas berdasarkan sepotong hadis
Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam. Rasulullah s.a.w.
menjelaskan: “Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.”
Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya
seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab
al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).
Justeru, waktu
sedemikian eloklah dilaksanakan solat tersebut, apatah lagi pada saat
itu badan memerlukan ‘rehat sebentar’ setelah penat bekerja. Maka
disarankan juga sekiranya masa tersebut diisi sekadar empat hingga lima
minit dengan sujud menyembah Ilahi sama ada di rumah atau di tempat
kerja dengan syarat tidak mengetepikan perkara-perkara atau urusan yang
wajib dan utama daripada yang sunat.
Cara melaksanakannya
Banyak
bahan media cetak yang boleh dirujuk bagi mengetahui cara melakukan
solat sunat Dhuha ini merangkumi bacaan-bacaan dalam solat hinggalah
dalam sujud dan doa setelah selesai ibadat tersebut.
Cuma
secara asas dan mudahnya berdasarkan hadis-hadis Nabi, solat sunat
Dhuha ini dilakukan seperti solat-solat lain, cuma bacaan yang
dianjurkan Baginda s.a.w. selepas al-Fatihah, menurut hadis yang
disampaikan oleh Uqbah bin Amir, ialah surah al-Syams pada rakaat
pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. (Riwayat al-Hakim)
Namun begitu, perkara (bacaan dalam solat) ini adalah sesuatu yang subjektif dan tidak statik. Maka tidak perlulah hanya terikat dengan kaifiat tertentu dan bacaan tertentu. Apa yang penting, solat tersebut diniatkan dengan betul, syarat-syaratnya dipenuhi dan rukun-rukunnya disempurnakan sebaik-baiknya. Begitu jugalah dengan doa selepas solat tersebut.
Doa yang disarankan
“Ya
Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu, kecantikan itu ialah
kecantikanmu , keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu
,kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu “. ” Ya
Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di
dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah.
,Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu duha, keagungan, keindahan,
kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah
engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh”
http://nursyirah.files.wordpress.com
No comments:
Post a Comment
Any comment?