Tuesday, 21 January 2014

KENAPA PERLU AMBIL ZINK SEBELUM MAKAN?

Kita tahu bahawa terdapat nutrien yang hilang semasa proses memasak. Tahukah anda bahawa nutrien juga boleh hilang semasa proses memakan. Bioavailability setiap nutrisi bergantung kepada apa yang kita makan, dan diet secara keseluruhan.

zinc complex shaklee
Kita ambil contoh Zinc. Zinc Complex Shaklee mengandungi 15mg Zinc (mengikut USRDA), namun persoalannya adalah kesemua zinc ni diserap oleh tubuh kita?

Zinc disarankan diambil semasa perut kosong (sebelum makan), ada sebabnya.

Ini kerana, dalam proses pencernaan yang normal, zinc akan dimusnahkan, dikeluarkan, dan mengikat dirinya dengan bahan lain.

Roti dan bijirin mengandungi phytates yang mengikat dirinya dengan zinc sekaligus mengganggu penyerapan. Dan apabila ia diambil dengan susu (bayangkan sarapan pagi dengan roti dan susu), aktiviti ini menjadi bertambah aktif. Justeru, bioavailability zinc telah menurun. Dan ketahuilah bahawa pengambilan zinc bersama-sama roti dan susu (selepas memakan makanan tersebut) boleh menurunkan potensi zinc sehingga 1mg untuk setiap 15mg!

NOTA : Pengambilan zinc Complex Shaklee pada hari2 pertama mungkin mendatangkan rasa loya.

Sumber : http://forevermomz.blogspot.com/2013/05/kenapa-zinc-complex-shaklee-diambil.html#comment-form
Rujukan:
D Oberleas, Proc West. Hemisphere of Nutrition Congress IV, American Medical Association, 1973 C C Pfeiffer, Mental and Elemental Nutrients : A Physician Guide to Healthcare, 1975

No comments:

Post a Comment

Any comment?