Untuk memahami dengan lebih mendalam berkenaan dengan waktu kesuburan, adalah sangat penting bagi setiap wanita mengetahui bagaimana organ reproduktif mereka berfungsi. Pastikan anda telah membaca bab-bab terdahulu yang menerangkan dengan terperinci bagaimana organ-organ tersebut berfungsi.
Berikut adalah beberapa fakta yang perlu diketahui oleh semua wanita yang ingin mengetahui waktu yang paling subur iaitu waktu yang paling sesuai untuk melakukan hubungan seks bagi tujuan untuk hamil :
1. Ovulasi (proses pengeluaran telur dari ovari) selalunya berlaku 14 hari sebelum kedatangan haid yang akan datang. Jadi untuk mengetahui tarikh ovulasi, setiap wanita perlu perihatin tentang haid mereka serta mencatitkan masa datang haid. Dengan kaedah ini mereka akan berupaya untuk mengagak tarikh haid yang akan datang.
2. Jangkamasa hayat ovum adalah dari 24 hingga 48 jam selepas ovulasi.
3. Jangkamasa hayat sperma di dalam tubuh wanita adalah dari 24 -72 jam selepas hubungan seks.
4. Waktu yang paling subur bagi seorang wanita adalah bermula dari 4 hari sebelum ovulasi sehingga 2 hari selepas ovulasi. Anggaran kasar adalah di antara hari 10 hingga hari ke 16 kitaran haid. Bilangan hari dikira dari hari pertama datang haid.
5. Bagi wanita yang mempunyai haid yang tidak tetap, salah satu cara untuk menentukan hari subur adalah dengan mengambil kitaran haid yang paling pendek ditolak dengan 16 kemudian kitaran haid yang paling panjang ditolak dengan 12. Contohnya, jika kitaran haid seseorang wanita itu adalah di antara 26 hingga 35 hari , waktu subur wanita tersebut adalah di antara hari ke-10 (26-16) hingga hari ke-23. Kiraan tempoh kitaran haid adalah dari hari pertama datang haid.
6. Beberapa jam selepas ovulasi, peningkatan hormon progesteron yang mendadak akan menaikkan suhu badan wanita tersebut. Peningkatan suhu yang berlaku adalah di antara 0.5 hingga 1.5º F (97.5 º F – 98.5 º F). Waktu paling subur adalah 2-3 hari sebelum peningkatan suhu badan jadi wanita ini perlu melakukan pemantauan suhu badan untuk beberapa bulan sebelum mengenalpasti waktu paling subur. Peningkatan suhu badan ini boleh diukur dengan menggunakan jangkasuhu. Dipercayai bahawa perubahan suhu badan ini adalah untuk mengujudkan persekitaran suhu yang optima untuk proses persenyawaan dan implantasi embrio.
Berikut adalah beberapa panduan untuk melakukan ujian suhu badan bagi mengesan waktu subur :
1. Dapatkan jangkasuhu dari Farmasi, jangkasuhu digital lebih mudah digunakan dan senang dibaca.
2. Dapatkan carta ”Basal Body Temperature Chart ”(BBT) daripada doktor atau boleh dimuat turun dari internet.
3. Sebelum masuk tidur, pastikan jangkasuhu, pen dan BBT diletakkan di atas meja katil
4. Bangun pagi dan terus ambil suhu badan dengan memasukkan jangkasuhu di bawah lidah. Jangan melakukan apa-apa aktiviti sebelum mengambil suhu badan. Jika menggunakan jangkasuhu raksa, biarkan jangkasuhu selama 5 minit sebelum menentukan bacaan.
5. Terus catitkan suhu badan di atas carta (BBT).
6. Catitkan setiap pagi pada waktu yang sama
7. Proses ovulasi berlaku betul-betul selepas peningkatan mendadak hormon LH (”Luteinizing Hormone”) dan kandungan hormon ini boleh dikesan melalui ujian air kencing. Waktu paling subur adalah di dalam lingkungan 36 jam selepas peningkatan hormon LH. Ujian air kencing yang digunakan adalah sangat mudah seperti juga ujian air kencing untuk kehamilan. Alat yang digunakan untuk mengukur kesuburan ini dinamakan ”Ovulation Predictor Kit” dan boleh didapati di mana-mana Farmasi.
8. Kualiti dan kuantiti lendiran yang keluar dari faraj boleh juga dijadikan asas untuk menentukan waktu kesuburan. Hormon estrogen dan progesteron boleh mengubah kualiti dan kuantiti lendiran yang keluar. Selepas kering haid, faraj akan terasa kering dan kuantiti lendiran akan meningkat secara perlahan. Pada permulaannya lendiran ini berwarna sedikit kekuningan dan kadangkala keputihan serta melekit apabila disentuh. Apabila wanita itu menghampiri waktu kesuburan (ovulasi), kuantiti lendiran akan meningkat dan ketika berlaku ovulasi, lendiran tersebut kelihatan seperti putih telur mentah yang separa lutsinar dan licin. Lendiran ini juga boleh ditegangkan seperti gula-gula getah. Inilah waktu yang paling subur bagi seorang wanita. Selepas waktu subur, lendiran ini akan berkurangan dan menjadi melekit.
Petikan dari buku PANDUAN LENGKAP REPRODUKSI WANITA DAN RAWATAN INFERTILITI tulisan Dr.Mohd Rushdan dan Dr.Murizah Mohd Zain.

No comments:
Post a Comment
Any comment?