Monday 22 December 2014

The Carnival Sungai Petani

Sempena cuti sekolah ni.. kami secara tiba-tiba bawa anak-anak bermandi manda di The Carnival Sg Petani.

Mula-mula cadangnya tu nak bermalam di Cinta Sayang Resort.. tapi dekat sangat pulak dengan rumah kami di Jitra. Hahah... perjalanan tak sampai 1 jam pun.

1 bilik hotel twin sharing rm 208.. baik simpan duit ye dak. Hehehe..

Untuk pengetahuan semua, entrance fee RM28 untuk dewasa dan RM23 bagi kanak-kanak juga warga emas. Harganya dinaikkan sedikit sempena cuti sekolah.

Harga hari biasa RM23 bagi dewasa dan Rm18 bagi kanak-kanak.

Pada kami, harga ni berpatutan memandangkan banyak kolam dan gazebo disediakan untuk semua. Makanan pun ok.. harga biasa dan banyak gerai pulak tu!

Kami mai hari Isnin...tapi... ramai ja orang kat sini. Ingatkan weekend saja yang ramai.. hihih.. tapi.. kolam kan banyak, terjun aja! Kolam kanak-kanak pun banyak. Yang istimewa tu.. life guard ada dok jaga. Jadi tak la risau sangat ibu bapa yang terlupa nak tengok anak sebab seronok sangat berendam. Hahahaha

No comments:

Post a Comment

Any comment?