Kisah anak Shaklee saya yang paling berjaya, Razif dan Wani.. menjadi contoh untuk anak-anak yang lain. Mendapat manfaat daripada supplement Shaklee, kedua-duanya bertekad untuk berkongsi kehebatan Shaklee kepada semua. From ZERO to HERO!!
Kisah cinta. Kisah kami
Terus terang, sebelum ini saya tak punya passion dlm bisnes.tak suka.tak minat.dan tak rasa ianya satu keperluan. Saya
dilahirkan dlm keluarga yg tidaklah terlalu kaya, tapi taklah hidup
susah. Kedua ibu bapa saya bekerja sebagai guru. Bilangan adik beradik
yang sedikit (4 orang), tinggal di kampung yang tidak menuntut
perbelanjaan besar, membuatkan kami 4 beradik tidak pernah merasai
kesempitan hidup. Sejak kecil, semua keinginan kami adik beradik,
sentiasa dipenuhi. Disebabkan itu tak pernah timbul desakan untuk
mencari wang tambahan.
2010, saya berkahwin Razif,seorang jurutera Intel (pada masa tu), dan
saya pula menunggu masa untuk posting guru.Walaupun saya tidak bekerja,
hidup kami masih selesa, kerana masih tidak banyak tanggungan.
Dahulunya Jurutera, kini bergelar guru :)
Januari 2011, Razif meninggalkan kerjayanya untuk menyambung pelajaran
dalam bidang pendidikan di maktab perguruan. Masa ni kami dah mula rasa
kesempitan.. Dengan pendapatan bulanan saya sebanyak RM3000++, saya
perlu menyelesaikan pinjaman peribadi (buat rumah) rm1000++, ansuran
kereta rm700++, takaful keluarga rm400++, bantu suami, perbelanjaan
makan minum, minyak kereta, keperluan bayi dll... Elaun Razif yang cuma
rm1300 pula hanya cukup untuk sara diri, kos pendidikan dan kos
berulang-alik setiap minggu dr IPDA, Jitra-Baling.. Baki setiap hujung
bln dlm akaun kami selalunya RM0.00... Selama setahun kami hidup
sebegitu..
Hidup kami mula bernafas baru setelah Razif posting guru.. Jadi
pendpatan kami ketika itu cukup untuk kehidupan dan keselesaan kami dan
keluarga terdekat.. Tak pernah terfikir untuk orang lain..
2012 ketika hamil anak kedua, saya diuji dengan masalah kandungan.. saya
ditahan di wad O&G selama 2 bulan setelah mengalami kebocoran air
ketuban yg serius ketika kandungan 6 bulan. Bermulalah episod luka dan
duka dalam kehidupan kami....
Saya ditahan di Wad Kenanga 12 Hospital Sultan Abdul Halim, Sg Petani.
Dalam keadaan masih belum wean off anak sulung masa tu, mmg memeritkan.
Kasihan anak kecil yang tahu umminya sakit, menangis dan meraung
seharian mencari susu ibu..Tiada satu hari pun saya lalui tanpa air
mata.. Paling menyedihkan Razif terpaksa berulang-alik dari Baling ke Sg
Petani hampir setiap hari. Mujur mak dapat bantu menjaga anak kami .
Kadang-kala Razif dan famili saya terpaksa tinggal di hotel-hotel bajet
bdekatan hospital semata-mata untuk dekat dgn saya...duit???mengalir
macam air. Pernah suatu masa hampir terpaksa berhutang. Namun bantuan
Allah sentiasa ada.. Allah lorongkan jalan yang mudah buat kami. Ketika
saya masih di hospital, kami berbincang dan membuat keputusan besar.
Razif buat pinjaman, beli rumah berhampiran hospital & renovate...
Kami punya matlamat terhadap rumah ini. Rumah ini bukan untuk kami diami
secara tetap, tapi sebenarnya untuk memudahkan keluarga kami menginap
andaikata ada dikalangan ahli keluarga yang sakit dan terpaksa ditahan
di hospital. Maka bertambah kos potongan gaji setiap bulan rm1000++
lagi... Agak membebankan..
Di hospital juga barulah saya benar-benar mengenali Shaklee. Saya
hubungi Kak Farihah menceritakan masalah saya dan minta cadangan
vitamin. Sebelum ini saya pernah 2,3 kali beli set bf dengan Kak Eha.
Apabila saya beritahu hasrat menjadi ahli, terus kak Farihah letakkan
saya bawah anak beliau, Kak Noorhafiza Akib. Mak fiza sangat2 membantu
membimbing kami dalam dunia Shaklee.
Di hospital saya diletakkan di bawah pengawasan pakar. Darah diambil
setiap hari untuk pastikan saya bebas dari sebarang jangkitan kuman.
Ketika mula-ditahan lagi saya dah diberi penerangan secara telus oleh
pakar berkenaan risiko-risiko yang mungkin terpaksa saya hadapi akibat
masalah ini. Antaranya, risiko kematian dan kecacatan bayi. Bayangkan
bagaimana bayi dapat survive dalam rahim dengan cecair ketuban yang
hampir kering. Doktor juga beritahu saya bahawa tiada ubat untuk masalah
ini, dan minta saya agar kurangkan pergerakan dan banyakkan berdoa agar
keajaiban berlaku. Atas keizinan doktor, saya hanya berbekalkan vitamin
Shaklee sepanjang 2 bulan di hospital.
4.1.13 saya melahirkan anak secara ceasarian section, ketika usia
kandungan 32 minggu dengan berat 1.54kg. Selepas itu anak saya ditahan
di NICU dan wad paedatrik selama sebulan lebih. Alhamdulillah, Naurah
Salsabila dilahirkan dalam keadaan yg sihat dan sempurna tubuh badan.
Bermula ujian seterusnya buat saya dimana dalam kesakitan di hari
pertama melahirkan, saya terpaksa mengeluarkan susu badan hanya dengan
perahan tangan dan pam. Bayi saya ketika itu hanya boleh menyusu melalui
tiub. Setiap hari saya berulang-alik ke hospital menghantar susu ke
NICU. Keadaan di NICU sangat menyedihkan. Tak sanggup rasanya melihat
bayi-bayi lain yang mengalami masalah yang kronik, dengan segala wayar
dan alat sokongan hayat di tubuh kecil mereka. Terasa ujian Allah buat
kami hanya kecil berbanding mereka.
Naurah Salsabila, anak kecil yang dulunya bertarung nyawa di NICU, kini ceria.
Razif, dulu penghidap diabetes, kini sihat dan bebas diabetes.
Alhamdulillah :)
Dalam tempoh itu, sekali lagi kami diuji. Suami disahkan menghidap
diabetes type 2. Salah satu faktor yg menjadikan penyakitnya menjadi
teruk adalah kerana makan minum yang tidak terurus terutama ketika 2
bulan saya di ward. Saya perasan waktu itu tubuh badan Razif menjadi
kurus dengan sangat mendadak (50kg++ berbanding sebelum ini 60kg), dan
tanda-tanda diabetes sangat jelas ketara. Kerap kencing, mudah haus,
cepat letih. Setelah disahkan, saya paksa Razif makan vitamin Shaklee,
tanpa mengambil ubat-ubatan sintetik... Alhamdulillah, Shaklee sangat
serasi, dan bacaan diabetesnya menurun. Perlahan-lahan berat makin
bertambah dan masalah diabetesnya hilang.
Keluarga bahagia :)
Suatu hari Razif cadangkan supaya kami serius dalam bisnes Shaklee. Saya
sangat terkejut kerana tidak pernah terfikir langsung untuk berbisnes.
Awalnya saya turut meragui kemampuan kami. Kami mula hubungi Mak Fiza
dan Maktok Eha untuk menuntut ilmu. Bertemu sahabat-sahabat di grup
whatsapp dan fb, berkongsi idea dan pengalaman, benar-benar membuka mata
kami untuk terus melangkah jauh dalam bisnes ini. Misi Razif sangat
luar biasa. Dialah yang mencari customer melalui fb kami, dialah yang
membuat iklan dan promosi, dialah yang membungkus, dia jugalah yang pos
vitamin kepada customer. Dia juga yang menghubungi mak dan maktok
berbulan-bulan menggunakan akaun fb saya. Menyamar! (Pecah rahsia..)
Saya pula membantu setakat yang terdaya. (Terima kasih, abang. Kalau tak
kerana usaha dan pengorbanan abang, kita tak akan sampai ke tahap
ini..)
Ramadhan 2013, dengan keberkatan bulan yang mulia, untuk pertama kalinya
kami naik ranking Supervisor. Kami naik sendiri dengan belian anak-anak
tak sampai 400uv. Dan sejak itu kami tidak menoleh lagi. Walaupun
menyakitkan kami cuba sedaya upaya untuk efektif 21%. Duit gaji kami,
setelah tolak keperluan keluarga, kami laburkan semuanya untuk bisnes.
Alhamdulillah hari demi hari kami dikurniakan anak-anak Shaklee yang
hebat. Kami mendaki satu rank ke satu rank.
Razif dan Wani, Leaders hebat, ketika menerima award di Master Celebration Surijunior :)
Apa yang nak kami kongsikan di sini, dengan Shaklee, kami tidak hanya
hidup selesa di sarang sendiri, kami belajar daripada sahabat-sahabat
untuk berkongsi rezeki. Kami belajar membantu insan lain untuk menjalani
kehidupan yang lebih berkualiti. Kami dapat hadiahkan Vivix kepada ibu
bapa setiap bulan. Kami dapat penuhi keinginan anak-anak. Kami dapat
membantu insan lain tanpa had. Memenuhi segala impian kami untuk orang
lain. Seronok. Alhamdulillah.. alhamdulillah.. Alhamdulillah..
Ibu kepada Wani, yang kini lebih ceria dan sihat bersama Vivix Shaklee :)
Semoga pengakhiran 2014 dan permulaan 2015 kali ini membawa sinar
kebahagiaan dalam kehidupan kami dan kita semua. Terima kasih atas
sokongan, bantuan dan tunjuk ajar sifu-sifu hebat, adik beradik
Surijunior dan Cerdas Cergas serta sahabat-sahabat semua yang tak lokek
berkongsi ilmu dan pengalaman. Hanya Allah yang dapat membalas jasa
kalian.
Ayuh sebarkan cinta, sebarkan kasih sayang...dengan Shaklee
Sertai Wani, Razif dan team hebat mereka & saksikan keaajaiban Shaklee merubah hidup anda, keluarga dan rakan-rakan anda :)
Facebook > Noor Hazwani / +6017 535 9154 (Call / sms / WhatsApp / Telegram)
Facebook > Razif Saliman : +6012 797 3240 (Call / sms / WhatsApp / Telegram)
Casino: Why is gambling the most dangerous of all
ReplyDeleteA worrione casino gambling 토토 addict is simply bsjeon.net gambling the most dangerous of all other people. A gambler's casinosites.one life is not just about the outcome of wooricasinos.info an action,