KERANA PENGAMBILAN MAKANAN YANG TIDAK SEIMBANG AKIBAT KESIBUKAN BEKERJA DAN KEKANGAN LAIN
Ramai antara kita yang menyedari bahawa makanan-makanan kita hari ini tidak lagi begitu berkhasiat seperti dahulu.
PEMPROSESAN
PENGHANTARAN
TANAH TANIH YANG PUPUS
INDUSTRI MAKANAN SEGERA YANG PESAT BERKEMBANG
Kita disuruh makan seimbang dan sihat tetapi beribu-ribu ringgit dibelanjakan setiap tahun untuk mempromosikan atau mengiklankan makanan dan minuman yang berlemak, bergula tinggi dan kepadatan nutrien yang rendah.
Kita sekarang merupakan satu bangsa yang "meragut" dan suka kepada makan dengan cepat. Jarang-jarang sekali kita duduk di meja makan bersama ahli-ahli keluarga dan menikmati makanan yang dimasak sendiri di rumah setiap hari.
Jika seluruh ahli keluarga dapat hadir bersama dan menikmati hanya satu sarapan sahaja setiap hari, ini dikira sangat-sangat bernasib baik kan.. anak-anak sekolah kelam kabut bersiap-siap ke sekolah, ayah pula bersiap-siap ke tempat kerja lebih awal supaya tidak menempuh jem dan dapat sampai lebih awal di pejabat dan selamat daripada punch card MERAH :) Namun, sarapan ini sekalipun biasanya boleh dikatakan "makan sambil berlari", ataupun merupakan makanan-makanan ajaib yang dimasak melalui microwave!
Akibatnya, kita tidak lagi memakan makanan-makanan mentah dan segar, lengkap dan bermanfaat yang sarat dengan nutrien-nutrien seperti yang kita pernah makan pada masa dahulu.
No comments:
Post a Comment
Any comment?