Thursday 26 February 2015

Hilangkan Getah Chewing Gum di Rambut

Macam-macam mainan ada di rumah.. Chewing gum juga k yang dipilih untuk main kan.. hehhe
Ini yang terjadi beberapa hari lepas di rumah. Si abang beli chewing gum, makan dan buang rata-rata.

Si adik ambik main dan lekat di frame pintu rumah. Ibu marah.. dan dengan muka garang, si Abang tunjuk ciri-ciri kepimpinan.. marah adik sebab kotorkan rumah. Padahal abang pun buang merata-rata. hehehehe.. Si abang tolong buang chewing gum dengan jayanya dari frame pintu (takut ibu marah la tuuu) dan tempek di kepala adik sebagai denda.. Allahuuuu!!!

Adik cuba buang, tapi tak berjaya. Ibu cuba buang tapi lagi kusut. Jadi, ibu pun google la... senangkan keja surirumah sekarang ni.. nak tahu sesuatu, tanya ja pakcik google. So, ini yang ibu found out

Cara hilangkan gula-gula getah di rambut
1. Letak minyak masak atau Basic H kat rambut
2. Biarkan dalam 10 minit
3. Chewing gum tadi akan jadi lembut
4. Sikat berkali-kali supaya dapat kurangkan jumlah chewing gum tu.
5. Akan tinggal saki baki kat rambut.. rileks...hehehe
6. Ambil ketulan ais, dan keraskan saki baki chewing gum tu. kemudian ulang lagi menyikat rambut sampai hilang semua getah-getah tu.
7. Jangan lupa ucap Alhamdulillah kerana berjaya menyelamatkan rambut daripada dibotakkan.. kih kih kih..


No comments:

Post a Comment

Any comment?